Followers

New Novel

Thursday, October 3, 2013

Miss & Mrs novel version (prolog,bab 1 and bab 2)

Prolog
            “Kita main masak-masak, nak?”

            Budak lelaki itu menggeleng laju.

            “Kita main bola?”

            Kini dia pula memberi cadangan, Laju juga budak perempuan di depannya itu menggeleng. Tidak suka dengan cadangan itu.

            “Em....Kita main kahwin-kahwin nak?”

            Budak lelaki itu mencebik.

            “Tak nak!”

            “Ala.... mainlah... awak jadi suami saya.. saya jadi isteri awak..nak la...”

            Budak perempuan itu mula memujuk. Kawannya masih menggeleng laju.

            “Tak nak.. bosan..”

            “Ala... kita main kahwin-kahwin la...”

            Suaranya sudah serak seperti mahu menangis.. Sedih kerana cadangannya ditolak oleh budak lelaki itu. Lama-kelamaan menjadi tangisan..

            “Kenapa ni Dannial, Dahlia?”

            Puan Dahnia menghampiri kedua kanak-kanak itu.

            “Lia nak kahwin dengan Nial...”

            “Nial tak mau!”

            Dannial tidak mahu mengalah.

            “Alahai... tu pun nak nangis ke?”

            Terdetik rasa lucu dihati Puan Dahnia.. Kanak-kanak seawal lima tahun sudah pandai memperkatakan tentang perkahwinan.

            “Mama.... nak main kahwin-kahwin dengan Nial.......”

            Pujuk anak kecilnya itu. Dannial hanya membiarkan saja teman sepermainannya menangis.

            “Okay.. jomlah main... lepas tu kita main bola pulak..boleh?”

            Akhirnya dia mengalah juga bila melihat wajah sedih temannya. Dahlia tersenyum kesukaan..

            “Jom kahwin!”
Bab 1

“Aku terima nikahnya Dahlia Zahirah dengan mas kahwinnya RM300 tunai..” Dengan sekali lafaz Dahlia sudah menjadi isteri kepada Dannial Mirzan. Lelaki di depannya itu.Mungkin kerana Dannial Mirzan tidak merasai sebarang keresahan atau gementar seperti pengantin-pengantin yang lain.. Dan mungkin juga kerana tiada rasa cinta di antara mereka membuatkan Dannial senang melafazkan akad nikah seperti main kahwin-kahwin di waktu kecil dulu. Dahlia? 

Dia juga merasakan yang sama.. Cuma rasa sedikit tertekan dengan majlis ini di mana dia sepatutnya berada di katil asrama di kala ini dan membuat assignment yang diberikan oleh Puan Madhihah sebelum cuti pertengahan semester ini bermula..Mungkin rakan-rakan tertanya-tanya sekarang ini kerana dia masih lagi belum memunculkan diri di hadapan mereka.. Sekali lagi dia menghela nafas panjang kemudian mengangkat pandangannya.. Dannial yang memerhati Dahlia sedari tadi mengalihkan pandangannya apabila pandangan mereka bertembung.
            “Alhamdullilah, semuanya dah selesai..” Kata ayah Dannial, Encik Harris. Ayah Dahlia, Encik Raziq pula mengangguk dengan senyuman. Dahlia dan Dannial bersalam dengan semua tetamu. Cuba tersenyum apabila di tanya soalan yang sama berkali-kali.. kenapa berkahwin dalam usia yang terlalu muda? Jawapannya hanya pada kedua-dua ibu bapa pengantin.. Bukan salah mereka bertanya, Cuma dalam usia 19 tahun mereka masih belum sedia untuk memikul dua tanggungjawab sekali gus.. sebagai pelajar dan suami atau isteri orang.  Kerana janji.. ya, janjinya. Nazim di sebelah ayahnya direnung seketika. Itulah abang angkatnya. Dia sanggup mengotakan janjinya walaupun dia dan Nazim tidak pernah berdamai. Asyik bertekak. Dahlia tersenyum.

            “Lepas ni sambung belajar tak?” tanya Mak ngah Saidah kepada Dahlia. keluarga dari sebelah mama Dannial.

            “Aa..masih belajar.. dekat Kolej Angsana 2 cawangan Sabah.. lusa ni balik kena balik Sabah lah..” Jawab Dahlia sopan. Dannial hanya memasang telinga tetapi tetap berdiri di sebelah Dahlia.

            “Ooo…kena tinggallah hero Mak Ngah sorang ni..” Kata Mak Ngah Saidah merujuk kepada Dannial. Dannial hanya tersenyum. “Tak ikut pindah sana ke Dannial?” Tanya Mak Ngah Saidah lagi.

            “Tak, sebab dah dekat pertengahan semester. jadi susah nak pindah sekarang.. banyak benda lagi nak urus..” Jawab Dannial. Dia kelihatan tampan dengan baju selangor warna putih ditambah lagi dengan samping yang dipakainya yang menyerlahkan peribadinya sebagai lelaki melayu.

            “Dannial kat Kolej Angsana juga kan? ambil bidang apa?” Sampuk Auntie Kira yang tua hanya dua tiga tahun dari Dannial dan Dahlia. Adik bongsu kepada Ayah Dahlia.

            “Ya, ambil bidang yang sama dengan Lia.. Diploma Multimedia..” Dannial menolak cermin matanya yang sudah terlurut di batang hidung dengan jari telunjungnya. Dahlia hanya melihat. Terkejut dengan panggilan nama Lia yang Dannial sebut tadi.. Selama ni keluarganya hanya memanggil dengan nama Ira.. mungkin Dannial mahu kelainan.. ‘I love glasses man’ bisik hati Dahlia.

            “Oo.. bolehlah calling Ira kalau ada nak dibincangkan pasal pelajaran ni..” kata Mak Ngah pula..
            “Ala.. sekarang ni senang nak buat perhubungan jarak jauh.. kalau rindu-rindu bolehlah pasang webcam..tapi boleh tengok rupa jelah.. pegang-pegang tak bolehlah..” Usik Auntie Kira pula.. Dahlia tunduk!.. malu.. Dannial dengan gaya machonya membetulkan cermin matanya.

            “Amboi kamu ni.. kamu tu bila lagi.. anak Mak ngah pun masih ada yang available..” Mak Ngah mengusik Auntie Kira pula.. Auntie Kira memang liat sikit nak ajak berbincang pasal Nikah-Kahwin ni..

            “Hehe… Lain tahun lah Mak Ngah.. lepas saya menjawat jawatan pengarah hospital..” Alasannya… sama seperti alasan yang diberi kepada Atuk Dahlia untuk beberapa pinangan.. Cuma jawatannya saja berbeza dari tahun ke tahun..mungkin tahun depan Auntie Kira akan cakap yang dia akan berkahwin lepas menjawat jawatan Menteri kesihatan.

            “ Jawabnya sepuluh tahun lagilah tu Kak Ngah..” Mak Dahlia, Puan Dahnia menyampuk. Auntie Kira tersenyum lebar..

            “Hei… kamu ni Kira.. tak lari mana jawatan tu di kejar.. kahwin dulu.. kalau sakit ada orang jaga.. Asyik jaga orang sakit je.. diri sendiri pun tak terurus..” Sampuk mama Dannial pula, Puan Safiah. Auntie Kira mengaru kepala.. mungkin kerana serangan bertalu-talu dari Puan Safiah dan Puan Dahnia. Mak Ngah juga mengutarakan topic yang tidak mungkin menarik minat Auntie Kira.. KAHWIN..

            “Belum puas bujanglah Kak Fia..” Jawab Auntie Kira.. Dahlia dan Dannial lebih lega sekarang kerana perbualan tidak mengenai mereka berdua.

Bab 2
Suasana di bilik tidur suram sekali.. Dahlia yang duduk di tepi katil memainkan jemarinya.. gugup dengan suasana itu.. Baru sekejap tadi ibunya menyuruh dia mandi dan menyiapkan diri.. dan mungkin sekejap lagi Dannial akan memunculkan dirinya di dalam bilik itu.. dan.. Banyak lagi ‘dan’ yang terfikir olehnya sekarang.. Bilik yang dihias cantik tidak dapat menenteramkan dirinya.. Kelihatan lagi cebisan daun-daun bunga ros yang memenuhi katil saiz king itu.. bertambah lagi gerun hatinya.. Dan baju tidur yang di khaskan untuk malam ini.. Semakin kerap dia mengeluh.. mungkin dia patut berbincang dengan Dannial supaya menangguhkan apa yang sepatutnya terjadi malam ini.. Alasannya? kerana dia masih bawah umur.. ya! Bawah umur apanya, dah 19 tahun. bawah umur is a lame excuses!..

            Dannial sudah terpaku di depan pintu biliknya yang bukan lagi miliknya seorang.. tapi dikongsi bersama isterinya.. Mahu saja dia tidur bertilamkan sofa yang berada di ruang tamu sebentar tadi.. tapi serangan bertubi-tubi dari sepupu sepapatnya yang tidak berhenti mengusik sedari tadi membuatkan dia mengalah.. lebih baik menyembunyikan diri di dalam bilik.. teragak-agak  tangannya mahu memusingkan tombol pintu di hadapannya itu..

            “Aik? gabra sangat ke sampai berdiri statik je kat depan pintu tu?” Usik Aidil sepupunya.. Sepupunya yang lain berdiri di belakang Aidil sambil tahan senyum. mungkin mereka juga mahu masuk tidur dan bilik mereka bersebelahan dengan bilik Dannial..

            “Wei, dahlah.. pergilah masuk tidur.. kami tak mengendap punya..” Sampuk Khadim lagi, sepupunya yang tua setahun darinya.. Rizal mengetuk perlahan dinding bilik.. Mereka semua hairan dengan perlakuan Rizal.. abang sepupu mereka.. Dia yang paling tertua antara semua dan yang masih bujang.sedangkan abang sepupu mereka yang lain seusia Rizal sudah pun mendirikan rumah tangga..

            “Bilik ni sound proof ke? bukan apa.. takut terdengar bunyi-bunyi yang… ehm-ehm.. kang aku yang tak tidur malam..” Kata-kata Rizal membuatkan mereka tertawa tanpa dapat tertahan.. Dannial bercekak pinggang.. Selalunya dia juga seangkatan dengan mereka mengusik pengatin baru.. tapi sekarang dia yang terkena… sabar jelah..

            “Wei! Sudah-sudahlah nak mengusik pun.. dahlah.. aku nak tidur.. dah lewat malam…” Dannial mengangkat tangan.. malas mahu bertekak dengan sepupunya yang agak nakal itu..

            “Aik? awalnya tidur.. malam kan masih muda..” Mengusik lagi.. Dannial hanya mengeluh.. inilah balasannya kerana selalu mengusik orang.. terkena di batang hidung sendiri.. langsung tak terkata..

            “Yelah.. tadi aku duduk kat bawah korang halau aku suruh naik atas.. sekarang ni aku nak tidur korang kata malam masih muda lagi.. apa-apa hallah korang ni..”

Bebel Dannial..Dia memusing tombol pintu biliknya.. Tanpa mengedahkan sepupu-sepupunya yang suka mengusik itu.. pagi besok pasti lebih teruk.. Di dalam bilik pula Dahlia semakin tertekan mendengar perbualan Dannial dan sepupu-sepupunya di luar bilik.. mendengar saja tombol pintu dipusing membuatkannya tidak senang duduk..

            “Good night!” Dannial sempat lagi wish good night untuk sepupu-sepupunya yang nakal itu dan masuk ke biliknya..  Dia hanya terdiam melihat Dahlia dengan baju tidur yang….. fuh! peluh jantan meleleh di pipinya.. Dannial mengambil tempat duduk di sofa yang ada di biliknya.. pandangan masih tertumpu kepada Dahlia yang sedang tunduk meneroka jubin di kakinya.. 1 minit.. 2…3… dan seterusnya 30 puluh minit mereka diam tanpa kata.. hanya sesekali bertentangan mata..akhirnya..

            “Lia tidurlah kat katil tu.. Nial tidur kat sofa ni je..” Putus Dannial.. Dahlia mengangkat muka..Dannial menanggalkan cermin matanya dan letakkannya di atas meja belajarnya. Dia bergerak ke arah Dahlia. Dahlia mendongak untuk bertentang mata dengan Dannial.  Dannial cuba mengukir senyuman dan mengambil sebuah bantal dari katil itu. 
            “ Eh! takpelah.. Li..Lia tidur kat sofa.. Nial kat katillah..” Dahlia tergagap mahu membahasakan diri dengan nama Lia.. janggal rasanya..

            “ That would not make me being a gentleman right?” Dannial mengambil bantal yang berada di atas katil kemudian membaringkan diri di sofa panjang itu.. Dahlia mengambil tempat di katil..

            Dannial tidak dapat melelapkan mata.. memang penat menguruskan hal pernikahan mereka walaupun 90% diuruskan oleh kedua mama papanya dan ibu ayah mentuanya,, penat berfikir dan menyiapkan fizikal dan mental menghadapi pernikahan ini.. dan tidur di sofa panjang tidak mungkin melelapkannya kerana tidak biasa tidur di atas sofa empuk itu.. Dia merenung Dahlia yang sudah terlelap di atas katil itu.. perlahan-lahan dia memulakan langkah dan mendaki katil itu perlahan-lahan.. tidak mahu mengejutkan Dahlia.. terasa sesak nafasnya melihat tubuh isterinya yang terdedah.. pantas tangannya menarik selimut di kaki dan menutup tubuh Dahlia yang kelihatan kesejukan. Wajah Dahlia direnung lama...

            “Lia... sekarang adalah realitinya.. kalau dulu kita boleh main kahwin-kahwin dan bercerai sesuka hati kita.. Tapi sekarang Nial akan pastikan hubungan kita berkekalan.. Itu tekad Nial selepas menerima cadangan mama dan papa untuk menyatukan kita...”


            Bisik Dannial perlahan. Akhirnya dia juga tertidur keletihan..

megalisa @ Hajar.A : Jeng-jeng-jeng....... Nak tahu sambungan kisah Dannial dan Dahlia.. kenalah beli novel miss and Mrs.. hehe.. Lain sikit dari yang saya post di blog.. Kalau ada kelemahan dari pihak saya.. (dari segi penulisan) harap dimaafkan.. masih merangkak nak belajar menulis.. kadang-kadang main hentam je nak menulis..Dan saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa hati,sentap, tak senang hati, pedih ulu hati.(ek?.. hehe) dengan nama pena yang digunakan di novel tu... terus terang saya katakan.. tak terniat nak guna nama pena tu.. saya lebih suka dengan nama pena megalisa (sampai sekarang tak tahu dari mana saya dpt idea nak pakai nama tu.. pelik pun pelik bunyi dia.. hehe) tapi kalau  nasi dah jadi bubur.. kita tak bolehlah buang bubur tu.. campurkanlah pasti sedap ke.. secukup rasa ke.. boleh juga dia makan.. sedap pulak tu..  (saya membebel.. harap ada juga yg faham..) hehe... okay.. siapa yang dah ada novel miss&mrs... selamat membaca ek... :)  

3 comments:

  1. Waha.. rajin salin balik ... ;)

    ReplyDelete
  2. takdela salin balik..copy paste je... hehe

    ReplyDelete
  3. cerita ni sya dapat bayangkan lah..dah 6 kali baca buku ni tak jugak jemu huhuhu..

    ReplyDelete