Followers

New Novel

Saturday, October 12, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 21

4 jam sebelum Hani pengsan. 9 pagi. 
 Bab 29
                Safran pov
               
                “Mana kawan you tu?”
               
                Aku mengerut dahi bila mendengar pertanyaan Que. Ketika ini aku, Que dan Sarah lepak di kerusi taman kolej. Hari terakhir sebelum cuti semester. Kalau ikutkan memang aku dah ponteng awal macam Hani. Dua hari awal tu dia buat cuti sendiri. Tapi sebab banyak lagi tugasan yang belum siap, aku terpaksalah jadi pelajar yang baik sikit. Berbalik kepada tadi. Aku pelik dengan Que. Lepas je Sarah duduk di sebelah aku, macam banyak soalan yang dia ajukan mesti mengenai Hani. Walaupun secara ‘berselindung’ dan ‘berlapis’ tp aku rasa Que ni macam ada perasaan lain je dengan Hani. Aku menarik nafas panjang. Lain terus rasa hati aku ni.

                “Kawan I yang mana?”
               
                Tanya Sarah semula. Sebenarnya aku pun tertanya-tanya di mana budak pendek tu pergi bercuti. Cemburu juga dengan dia sebab dapat bercuti panjang sedangkan aku ada latihan intensif hoki untuk seminggu. Dan cuma tinggal seminggu lagi untuk bercuti. Itupun kalau Coach Gramz tak cemburu dengan hidup aku yang penuh dengan keceriaan ni. Tolak, campur, bahagi, dan darab.. agak-agak tinggal dua, tiga hari jelah baki cuti aku.

                “Yang selalu dengan you tu..”

                Jawab Que. Aku Cuma mendiamkan diri. Sehingga sekarang tiada siapa pun tahu tentang hubungan aku dengan Hani. Que yang jadi kawan baik aku selama bertahun-tahun pun tak tahu. Pernikahan aku dan Hani hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Ibu bapa aku dan Hani rancang nak buat persandingan selepas kami habis belajar. Maksudnya ada dua semester lagi aku dan Hani boleh berlakon macam orang asing sebelum seluruh kolej terbeliak mata dan terkejut bila kami edarkan kad kahwin. Itupun kalau aku nak jemput diorang semua ni.

                “wah... Jauh dia pergi bercuti..”

                Okay..  aku dah tertinggal kereta api. Dia bercuti di mana?

                “Mungkinlah.. sebab I cuma jumpa hotel’s brochure di atas meja belajar dia. Dia terlupa nak simpanlah tu.”
               
                Dan aku bayar percutian yang aku sendiri tak tahu di mana. Secara sarkastiknya otak aku berfikir tanpa berkata apa-apa secara lisannya. Cuma di dalam hati. Setelah lama terdiam. Que seperti memikirkan sesuatu dan Sarah terus menatap telefonnya, aku tahu yang Sarah  takkan ulang semula tentang destinasi percutian Hani..(Peringatan: yang aku bayar). Jadi aku bertanya semula dengan membuat muka seperti tak kisah.

                “Dia pergi mana tadi tu?”
               
                Tentunya jawapan Sarah akan membuatkan aku tersedak dan hampir tersembur air sirap yang aku minum.
               
                “Bali.”

                Oh... budak pendek tu betul-betul tahu macam mana mahu menghabiskan duit. (Peringatan sekali lagi: Duit AKU). Ya. Aku suruh dia bercuti. Tapi taklah sampai di Bali. Cuti dalam negara sudahlah. Malaysia banyak tempat menarikla. Membazir. Dan aku tak kedekut.

                “Hey....Are you okay Safran?”

                Aku cuma menggangguk apabila Sarah bertanya. Que seperti sedang kusyuk melihat telefonnya kemudian tersenyum.

                “Sorry.. Aku kena pergi sekarang. Takut tertinggal flight.”
               
                Selepas beberapa minit bermain dengan telefon bimbitnya Que bersuara. Que dan keluarganya selalu pergi bercuti bersama bila ada kelapangan seperti cuti-cuti begini. Mungkin tadi mamanya mesej mengingatkan tentang percutian mereka.

                “Wah.. naik flight..  mesti bercuti di luar negarakan?”

                Kata Sarah yang sudah menyimpan telefonnya di dalam beg tangan. Salah satu yang membuat aku bosan dengan Sarah ialah telefon bimbit yang tidak pernah hilang dari tangannya. Tidak seperti Hani yang lebih menumpukan perhatian terhadap keadaan sekelilingnya. Walaupun ketika menonton television, dia tetap perasan yang aku membuat sepah di dalam rumah. Oh... Otak tolong berhenti sekarang!. Aku berfikir pasal Hani sekali lagi!.

                “Tak.. dekat-dekat sini je..”

                Jawab Que sambil mengemas barang-barangnya.

                “Mungkin boleh melawat Hani di Bali tu.”
               
                Que tersenyum lebar.

                “Mungkin.”

                Selepas mengemas barang-barangnya, Que meminta diri untuk pulang dahulu. Aku dan Sarah masih belum mahu pulang. Tiada apa yang menarik pun di rumah. Dan aku merenung Sarah. Penuh makna.

                “What??”

                Sarah bertanya.

                “Kenapa you  cakap macam tu?”
               
                Aku bertanya. Sarah mengerutkan dahi. Tidak faham dengan soalan yang aku tadi.

                “Mungkin boleh melawat Hani di Bali tu.”

                Aku cuba mengalak nada suara yang sedikit jengkel. Hani tertawa. Tentunya tidak perasan yang aku sedang berlawan dengan perasaan sendiri. Oh tidak! Kenapa dengan hati aku ni.

                “You tak perasan ke?”
               
                “Perasan apa?”

                Aku rasa sedikit geram bila soalan aku dijawab dengan soalan semula.

                “Que suka Hani. Dan ternampak dia buat transaksi tadi. Beli tiket. Mungkin ke Bali.”
               
                Oh... Otak aku masih memproses sesuatu.. Oh!  

                “Oh!”

                Akhirnya sesuatu sampai di otak aku ni. Sarah mengangguk laju sambil tersenyum lebar. Aku tahu yang apa yang dia fikir tidak sama dengan apa yang aku fikir. 100% yakin!

                “Hello.. a’aa... ya..”

                Sarah mengerut dahi.
               
                “tak dengar pun telefon  you bunyi..”

                Sarah berkata lebih kepada dirinya sendiri. Seperti dia berfikir sesuatu. Aku tetap membuat riak selamba.

                “What?!”
               
                Aku membuat riak terkejut.

                “What?...”

                Sarah kelihatan seperti tertanya-tanya dengan siapakah aku bercakap di talian sekarang. Tapi aku tidak mengendahkannya. Teruskan dengan lakonan aku.

                “Tersangkut di Bali?! Macam mana boleh jadi macam tu. Dalam banyak-banyak tempat... Okay..okay..  pergi sana sekarang..”

                Sarah mendekatkan diri. Mahu bertanya apa yang terjadi. Aku membuat muka kecewa.

                “Stock  untuk barang-barang kedai I..  Salah pos.. Dan sekarang kena pergi sana dan tengok sebab apa.. Barang-barang tu mencecah  harga tiga ratus ribu. tak sanggup rugi banyak tu. Daripada duduk diam di sini.. Baik  tengok apa dah jadi dekat sana.”

                Aku meraup muka. Seperti orang putus harapan. Harap Sarah tidak banyak tanya.

                “Tapi Bali tempat percu..”

                “ know! Betul-betul tak boleh percaya. Macam mana boleh tersangkut di sana.. you tolong bagitahu Coach Gramz betul-betul dalam krisis dan tak dapat ikut latihan intensif tu. Tiga ratus ribu. Dia mesti faham. Please Sarah..”

                Aku memotong kata-katanya dengan penjelasan panjang lebar yang kebetulan terhinggap di kepala aku.
               
                “Okay...bu..”
                “Okay .. bye..”
               
                 Sekali lagi aku memotong kata-katanya sebelum sempat dia berkata apa-apa yang boleh membuatkan aku mendengar celotehnya selama berjam-jam.  Aku berjalan meninggalkan Sarah dengan langkah yang kononnya tak bermaya. Mungkin Sarah sedang terpinga-pinga sekarang tapi aku tahu yang mesti meneruskan lakonan drama swasta aku ini. Bali!! Here I come.. and Que.. well..  jangan bermimpi!
             

No comments:

Post a Comment