Followers

New Novel

Saturday, October 12, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 23


                Safran POV

                Aku di Bali dan aku tidak tahu di mana aku harus mencari budak pendek tu. Ini sebab aku space out masa Sarah beritahu Hani menginap di hotel yang mana di Bali ni. Mungkin kerana nasib aku yang sangat baik. Telefon yang aku simpan di dalam poket berbunyi. Dan dengan nasib aku yang cukup baik ini.. Que telefon.
               
                “Kau mesti datang sini.”

                Okay..  Tiada salam walaupun Hai tiba-tiba minta aku datang di sini. ‘Sini’ yang mana aku pun tak tahu.
               
                “Kalau kau maksudkan ‘sini’ tu di Bali.. aku memang ada di sini. Aku ada urusan PERniagaan di Bali.”

                Perniagaanlah sangat. Masuk ni dah dua kali aku menipu orang dalam tempoh sehari. Bagus betul perangai aku ni. Sarkastik..sarkastik..

                “Oh.. kau memang di sini..”

                Oh.. suprise-nya.

                “Wah.. Kita di tempat yang sama. Tak sangka kau pun ada di Bali. Kenapa kau boleh ada dekat sini?”

                Aku memasukkan bagasi yang aku bawa ke dalam teksi. Tapi aku masih belum tahu di mana destinasi aku.

                “Aku sayang dengan....”

                Dan aku betul-betul tak mahu dengar pengakuan kawan baik aku yang jatuh cinta dengan isteri aku. Tentunya aku boleh pasang dua, tiga dan empat sekali..sebab aku lelaki.. Tapi budak pendek tu perempuan. Mana boleh pasang lebih-lebih. Aku sorang cukuplah.

                “Wah... Bali ada pantai.”

                Itu sahaja yang aku terfikir untuk memintas ayat Que tadi.

                “Boleh tak kau fokus dengan cerita aku dulu?”
               
                Que kedengaran sedikit kecewa. Aku tersenyum bangga.
               
                “Mahu kemana ya mas?”

                Pemandu teksi itu bertanya. Terlupa sekejap dengan situasi aku sekarang ini. Nak masuk dua, tiga minit aku di dalam teksi tapi masih belum tahun arah tuju.

                “Kau dekat mana sekarang?”

                “The sunset hotel and villa”

                Jawab Que.

                “Tolong hantar dekat The sunset hotel and villa.”

                Aku memberitahu pemandu teksi itu.

                “On the way.. bye.”

                Aku terus meletak telefon tanpa menunggu balasan dari Que. Setelah berapa minit selepas di dalam teksi akhirnya aku sampai juga. Dan.. sejujurnya bila pelancong lain melihat hotel ini mereka akan melihat dan berkata ‘what a lovely place’.. dan aku akan berkata ‘MEMBAZIR’. Budak pendek ni memanglah suka membazir. Cuba pergi bercuti di Batu Caves ke,.. jimat duit aku.. Aku membuka mesej Que yang dihantar selepas aku memutuskan panggilan telefon. Aku cuba mengetuk pintu untuk kesekian kalinya. Kedengaran seperti suara-suara yang sedang berbual di dalam bilik. Aku ketuk sekali lagi sehinggalah kedengaran tombol pintu dipulas . Aku membuka pintu sedikit..

                “Kau hampir ROGOL aku!”
               
                 Aku kenal suara itu. Dan tindakbalas pertama aku selepas mendengar jerita tadi ialah....

                “Wow..”

                Namun kehadiran aku masih tidak diendahkan. 
                              
                “Kau buat aku rasa betapa kerdilnya aku dan kau runtuhkan semua kepercayaan aku. Apa yang aku buat dengan kau adalah beri kasih sayang aku terhadap kau. Walaupun aku tahu tentang pertaruhan antara kau dengan kawan-kawan kau yang tak berguna tu. Aku beri kau peluang. Tapi apa yang aku dapat?? Kau paksa aku jadi macam ni.. jadi orang yang tidak percaya dengan sebarang hubungan. Buang semua orang dari hidup aku sebab kau cakap aku cukup berharga untuk hidup dengan semua orang. Semua lelaki yang akan jadi pasangan aku adalah orang yang malang!”

                Aku melihat keadaan Que yang kelihatan begitu bersalah dan yang lebih penting lagi.. Hani ada di atas katil. Jeritan Hani yang pertama tiba-tiba singgah di kepala aku. Mata aku seperti mahu terbeliak kerana terkejut dengan perbuatan Que. Dia cuba rogol Hani dan buat pertaruhan dengan kawan-kawan dia? Kawan-kawan yang mana? Aku harap bukan budak-budak hoki aku. Cuma dua perkataan yang boleh keluar dari mulut aku sekarang iaitu...

                “Double WOW!”

                BUK! Penumpuk aku yang tentunya bukan yang sulung melayang ke arah Que. Que tidak membalas. Untuk kali kedua bila aku mahu menumbuk kawan baik aku yang aku sungguh percaya kedengaran suara Hani.

                “emm...”

                Ya! Aku ada perasaan dengan Hani. Aku mengaku. Sebab itu bila dia cuba cakap ‘emm panjang tiga harkat’ aku boleh dengar dengan jelas. Orang melayu kata ‘penyakit angau!’

                “Are you okay? Dia cuba pegang di mana?”
               
                Hani terkebil-kebil mendengar pertanyaan aku. Dia seperti berfikir sesuatu. Que terbatuk-batuk.

                “Bila Hani menjerit ‘Kau hampir ROGOL aku!’ dengan penuh perasaan.. aku harap kau tak fikir yang kejadian tu berlaku sekarang ini.Sebab kalau kau fikir begitu aku rasa mesti kau tak beri perhatian dengan semua cerita-cerita aku kan BRO..”

                Que kedengaran agak sinis. Atau sarkastik. Kelogikan di kepala tiba-tiba membuatkan aku tersedar. Aku teringat cerita Que sewaktu dulu. Tentang penyesalan zaman sekolah menengahnya membuatkan dia mula meninggalkan zaman ‘kegemilangannya’. Tapi aku betul-betul tak sangka gadis itu adalah Hani. Macam langit dan bumi bezanya.

                “ofcouse, not. Aku ingat cerita tu. Dan tadi tu aku cuma...cuma...”

                Cuma apa? Oh! Aku cuma terfikir yang Que cuba rogol isteri aku. Dan juga cuba mengurat isteri aku yang sedang duduk di atas katil.

                “Cuma nak cuba,try dan test kau punya penumbuk tu?”

                Tanya Que sarkastik sambil mengelap tepi bibirnya yang mempunyai sedikit darah.

                “Mungkin juga.”

                Aku mengambil bagasi aku kemudian meletakkannya di sebelah kerusi di sebelah katil. Aku merenung Hani kemudian Que.

                “So...

                Kata aku dengan nada yang penuh dengan syak wasangka. Hani kelihatan lebih tertarik dengan kuku dan jarinya.
               
                “Hani pengsan dan aku suruh beberapa orang pekerja hotel tolong angkat di pergi bilik aku. Sebab aku nak leraikan apa yang dah lama tersimpul lama dulu. Kalau aku tak buat begini, aku takde peluang untuk bercakap dengan Hani.”

                Aku merenung Hani lagi. Aku faham dengan maksud Que.. Di tempat lain atau lebih tepat lagi,Malaysia.. mesti tiada privasi untuk mereka berbual tentang perkara ini. Aku cuba membuang perasaan marah atau geram,, secara jujurnya.. perasaan cemburu di hati.

                “Itu cuma alasan... Dia memang cuba rogol aku balik. Tumbuk dia lagi.”

                Kata Hani selamba. Budak pendek ni memang tidak tahu macam mana nak berbicara dari hati ke hati. Dia ada hati ke tidak ni?

                “Aku tahu apa yang Que buat memang tidak boleh dimaafkan. Tapi takkan kau nak biarkan benda ni macam tu je. Dan keganasan bukan jawapan untuk semuanya.”
               
                Bila Que kata Hani pengsan aku ada sedikit kecurigaan. Perempuan yang boleh membebel dari pagi sampai ke malam kemudian ke pagi balik boleh pengsan di hadapan Que. Tapi bila melihat muka Hani kelihatan pucat. Aku kesian pula.

                “huh! Keganasan bukan jawapan untuk semuanya.. kata-kata dari orang yang melontar penumpuk tanpa tahu sebarang sebab.”

                Que mengomel perlahan. Aku mengendahkan sahaja.

                “Kau okay ke tak ni?”

                Aku bertanya kepada Hani. Hani berpeluk tubuh.

                “Anyway.. why are you here?”
               
                Tanya Hani tanpa menjawab persoalan aku tadi.

                “Ya... kenapa kau di sini?”

                Tanya Que pula..

                “Em...import...export?”

                Jawab aku dengan ragu-ragu. Hani merenung aku dengan penuh curiga.

                “Aku dah tahu! Mesti jadi begini! Kenapa mesti cinta tu wujud! Ahrg!”

                Jerit Hani sebelum keluar dari bilik Que dan meninggalkan Que dengan penuh kebingungan. Rancangan Hani dan aku untuk menjarakkan diri tidak berjaya. Perasaan tu masih ada dan mungkin makin bercambah. Bukan masalah besar. Tak payahlah jerit-jerit macam watak di dalam drama swasta.
               
                “Um... apa yang dia maksudkan tu?”
                Tanya Que yang masih bingung. Otak aku cepat sahaja terfikir jawapan yang logik untuk persoalannya itu.

                “Aku curang dengan Sarah. Aku datang sini sebab nak jumpa orang lain..Tu yang Hani nampak marah sangat. Dia memang kawan yang sejati.”

                Aku tak menipu untuk kali ketiga hari ini. Sebab aku memang curang.. tapi bukan dengan Sarah.. aku curang dengan isteri aku. Dan dia tak kisah langsung!. Aku datang sini memang nak jumpa orang lain.. isteri aku... yang kawan baik aku cuba tackle. (menguratla).


No comments:

Post a Comment