Followers

New Novel

Thursday, September 26, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 11

Safran POV
                Aku menggosok belakang leher. Rasa tak tenteram dengan situasi ini. Sarah belikan aku kek. Kek! Dia expect aku nak tiup lilin ke apa? Kedengaran Hani tersedak di belakang Sarah. Okay!  Dia bukan tersedak. Dia sedang menahan ketawa. Bila pandangan kami berlaga, dia berkata tanpa mengeluarkan suara. –Have fun- walaupun hanya melihat pergerakan mulutnya, aku tahu dia sedang bernada sarkastik sekarang. Sarah masih memandang aku dengan senyuman. Apa yang patut aku cakap?!
                “Err... Thank you Sarah.. I tak sangka you belikan I kek..”
                Ya.. nada suara aku agak mendatar.. apa lagi yang korang nak aku buat?!  Menjerit keriangan macam perempuan ke?
                “Awak kan sambut birthday hari ni.. mestilah ada kek hari jadi..”
                Dan.... Hani tersedak lagi!.
                “Ya... thank you very much Sarah.”
                Muka Hani sudah mula merah menahan ketawa. Aku ketap bibir. Aku takut Sarah terasa dengan perlakuan Hani tu. Budak ni memang tak tahu nak jaga hati orang ke?!
                “Sarah.. aku suka nak jadi third wheels(pengacau) kat sini.. tapi aku nak cari seseorang.”
                Aku mengecilkan mata memandang Hani. Dia nak cari seseorang? Ke nak cari seseorang yang boleh dia mainkan..
                “Okay..”
                Sarah tersenyum. Aduh.. manisnya dia ni.
                “Awak tak suka ya.. saya bawa kek ni..”
                Gulp.. telan air liur.
                “Eh.. apa pulak.. saya suka la..”
                Sempat aku ternampak mulut Hani bergerak mengatakan sesuatu. Penipu!  Tunggu kau Hani!
               
Hani POV
                “Pelik... orang lain tengah berparty  di dalam tu... you  sorang-sorang kat belakang rumah pulak..”
                Aku mendekati Que yang sedang bersendirian di taman belakang dan hanya di temani dengan minuman tin. Que merenung kemudian tersenyum apabila aku menegurnya. Ada yang lain dengan senyuman itu.. Senyuman yang ikhlas. Aku hampir terpaku di hadapan lelaki yang aku kenali sebagai Que itu.. tak mungkin dia QUE!
                “Saya tak suka dengan suasana bising.”
                Percakapannya lebih sopan. Aku mengecilkan mata merenung lelaki itu.
                “Wah... seorang Que., tak suka dengan kebisingan. Bertambah pelik.”
                Que tersenyum lagi. Pandangannya sudah dialihkan dari aku. Sudah tiada lagi pandangan tajam yang selalu dihadiahkannya. Selalunya hanya aku yang akan menundukkan kepala apabila bertentangan mata dengan lelaki dihadapan aku ini.
                “Semua orang boleh berubah..menjadi baik.”
                Que meneguk minuman lagi. Dia kelihatan tidak selesa. Apabila aku melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Que. Dia semakin gelisah.
                “Berubah? .  Sesuatu yang terlalu bagus untuk dijadikan kenyataan.”
                Que menundukkan pandangan. Aku berpeluk tubuh. Geram apabila tidak dapat melihat perubahan reaksi wajahnya dengan setiap perkataan yang aku katakan.
                “Tak terlalu susah untuk berubah. Awak dah berubah.”
                Ayat Que menyentap ke dalam hati. Mengatakan sesuatu tanpa berasa bersalah! Aku geram. Aku bertambah benci. Bila Que berdiri mahu meminta diri untuk masuk ke dalam rumah, aku hanya melihat wajahnya sambil mengetap bibir.
                “Dan siapa yang sebenarnya bersalah dengan perubahan aku ni?”
                Que yang sudah mula melangkah menuju ke pintu rumah menghentikan langkahnya. Kelihatan dia menarik nafas panjang.
                “Semua dah berlalu.”
                Dan Que terus meninggalkan aku menahan kesakitan yang mula mengetuk hati kembali. Oh Que... kau salah kalau kau ingat semuanya berlalu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                “Wei... kau dari mana?”
                Kaki aku baru melangkah ke ruang dapur ketika suara Safran yang berbisik itu menceroboh masuk ke dalam telinga aku.
                “Aku berada di hadapan pintu dapur. Kau rasa aku dari mana? KLCC?”
                Aku menjawab dengan sarkastiknya. Sarfan buat muka  menyampah. Aku mendekatinya kemudian mengambil gelas yang berisi jus oren di tangannya. Terasa sejuk semula hati yang panas sebentar tadi apabila jus oren yang sejuk itu melalui tekak aku. Safran bercekak pinggang bila melihat jus orennya habis diminum.
                “Ambik sendirilah kalau nak minum pun..”
                Aku menyerahkan semula gelas kepadanya. Tiada semangat nak mencuci gelas ketika ini. Aku mahu cepat-cepat mencari Que. Dan.. Dan.. aku tak tahu apa nak buat kalau jumpa dia selain menjerit meluahkan semua sakit yang terkurung di dalam hati aku ni.
                “Come here..”
                Belum sempat aku memulakan langkah, tangan Safran sudah melingkari pinggang aku. Aku menutup mata. Rasa marah sebentar tadi seperti hilang begitu sahaja. Aku tidak tahu apa yang Safran gunakan untuk membuatkan aku bertenang semula, dan aku tak kisah. Safran juga kelihatan tenang.
                “Your langsir dah tak sempurna.”
                Kata-kata Safran membuatkan aku membuka mata dengan besarnya.
                “What?!”
                Aku melepaskan diri dari pelukannya. Patutlah baik sangat. Rupanya ada ketam di sebalik batu.. aku tahu peribahasa tu salah. Tapi, Safran tu tak layak digelar udang.. Dia tu ketam yang selalu menyakitkan orang!.
                “Sorry okay... berlubang sikit je pun.. sikit je..Aku ganti nanti..”
                Aku berpeluk tubuh sambil mengelak dari tangan Safran yang mahu memeluk aku lagi. Dah buat salah, ada hati nak pegang-pegang aku..
                “Dengan set sofa baru.. Damn!”
                Safran menepuk kepala bila dia tersedar dengan kata-katanya. Memang dari bulan lalu aku minta sofa baru dari Safran ni. Tapi sebagai seorang yang kedekut seperti Safran, dia akan berusaha mencari seribu satu alasan untuk tidak membeli sofa baru.
                “Deal!”
                Jerit aku dengan gembira. Rasa marah sebentar tadi terus hilang dan diganti dengan perasaan tidak sabar untuk melihat kedai perabot pada besok hari. 

No comments:

Post a Comment