Followers

New Novel

Sunday, September 1, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 9

Hani POVs
                Sarah dengan penuh keceriaannya menarik tangan aku ke arah Safran dan..
                “Hazril.”
                Tegurku. Dia mengangkat pandangannya. Mulutnya seperti mahu berkata sesuatu sebelum dia mengeluh dan mengalihkan pandangannya. Safran menggigit bibir di hadapan aku. Sarah menjungkit kening kepadaku.
                “Kau kenal Que?.. kawan lama ke?”
                Aku menjungkit bahu mendengar pertanyaan Sarah.
                “Kenalan lama.”
                Jawapku sebelum meninggalkan mereka bertiga.
~~~~~~~~~~~
                ‘Rabu ni confirm .Jemputlah datang kalau mahu.’
                Mesej dari Safran menyebalkan hati aku. Rasanya perdebatan mengenai majlis sosial yang Safran mahu anjurkan di rumah kami dimenangi oleh aku. Keras kepala betul mamat ni. Siap menjemput datang lagi. Ingat aku orang luar? Suka hati akulah nak datang ke tidak walaupun tak di jemput. Itu rumah aku juga!.
                ‘Datang sebagai kawan Sarah semestinya.’
                Oh. Lupa tentang perhubungan dua hari milik Safran dan Sarah. Catatan rekod terlama hubungan Safran adalah dua bulan. Itupun sebab perempuan tu handal bermain ‘tarik tali’ dengan Safran.
                “Kenalan lama or kekasih lama?”
                Sarah seperti biasa sentiasa menarik diri aku keluar dari dunia khayalan. Dia duduk disebelah aku sambil mengerutkan kening apabila melihat skrin laptop milik aku. Apa yang peliknya? Ya, aku tengah menonton cerita hindustan. Tapi takkanlah sampai berkerut dahi macam tu sekali.
                “Kenalan lama dan menonton cerita hindustan tak pelik.”
                Sarah tertawa. Tidak tahu penyataan yang mana yang membuatkan dia tertawa, sama ada mengenai Que atau tentang cerita yang sedang aku sekarang ini.
                “Pertama sekali, keadaan kau dan Que tadi macam ada rahsia yang terpendam. Definately lebih dari kenalan lama. Kedua, tengok hindustan tak pelik kecualilah kalau orang yang menengok tu dari tadi asyik ulang tayang adegan yang sama.”
                Aku menjungkit bahu kemudian menutup monitor komputer ribaku kemudian beralih ke arah almari baju milik aku. Sarah masih berfikir sambil tersenyum.
                “Kau pelik.”
                Aku tersenyum di sebalik baju-baju yang bergantungan di dalam almari.
                “Sebab?”
                Sarah berjalan ke arah almarinya. Mungkin mahu mencari baju yang sesuai untuk berjumpa dengan Safran malam ini. Baru beberapa jam yang lalu dia terlalu teruja sehingga belum sempat masuk ke dalam bilik, dia sudah menjerit mengatakan Safran ingin keluar bersamanya lagi.
                “Sebab kau selalu mengulang babak-babak wayang. Tak bosan?”
                Sarah mengeluarkan sepasang baju kemudian mengenakan ke badannya untuk mendapatkan pendapat aku. Aku menggeleng. Untuk baju dan soalannya sebelum ini.
                “Warna baju tu terlalu terang.Nampak macam terdesak . Kau tak boleh tunjukkan yang kau terdesak sangat nak kan Safran. Dan tak.. aku tak bosan.”
                Sarah meneliti semua baju yang dipegangnya itu. Kemudian berlari ke almarinya untuk mencari baju yang sesuai.
                “Pertama kali pulak kau bagi pendapat secara panjang lebar. Kau nak pakai apa untuk malam ni? Aku bawa Ema dengan Fika tau.. kau boleh tumpangkan kami kan?”
                Aku menutup komputer riba di depan aku itu. Baru mahu mencari baju. Aku mula berjalan menuju almari aku yang berhadapan dengan almari Sarah.
                “Boleh.. takde masalah.”
                Aku mula binggung mencari baju yang sesuai. Aku mesti pakai baju yang agak menarik malam ni. Sebaba aku ada rancangan yang bernas untuk malam ni. Lepas beberapa minit termenung di depan almari yang penuh! Bila aku kata penuh aku betul-betul maksudkan penuh dengan baju sampaikan koleksi Sarah yang suka bergaya pun boleh kalah. Dengan muka penuh dengan kebenaran aku mula berkata..
                “Takde baju nak dipakailah...”
                Sarah tertawa kecil mendengar ayat hyperbola aku sebentar tadi. Aku rasa dah semua baju aku dah pakai. Aku tak rasa selesa kalau orang kata aku tak pandai nak cari baju yang sesuai. Senang kata tak pandai bergaya.
                “Aku akan pakai baju tidur je kalau kau tak tolong aku pilih baju-baju ni Sarah..”
                Sekali lagi Sarah tertawa sambil berjalan mendekati almari aku.
                “Banyaknya koleksi baju kau ni.. boleh pula kau kata takde baju? Perempuan betul!”
                Aku termenung di depan almari. Aku nampak macam semua dah aku pakai. Macam dah bosan dengan koleksi baju ni. Sarah masih terus membongkar baju-baju aku di dalam almari.
                “Apa kata kau pakai dress biru ni.. Cantik.. tudung pula kau pakai selendang cotton lycra warna biru ni.”
                Aku mengelip mata mendengar cadangannya. Kami ni nak pergimajlis formal ke? Fikir aku seketika.
                “Wow.. birunya aku.”
                Kata aku dengan nada sarkastik.
                “Okay-okay.. Baju tshirt lengan panjang warna kelabu  dengan pencil skirt labuh warna hitam ni.. dengan tudung corak polka dot warna kelabu-kelabu sikit.”
                Setelah puas hati dengan pilihan Sarah, kami mula bersiap-siap dan menunggu Ema dan Fika sampai ke bilik kami. Misi pertama bermula sekarang. 

No comments:

Post a Comment