Followers

New Novel

Wednesday, August 28, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 5

Hani POV

                Suasana sunyi dan sepi bila mula masuk waktu tidur. Sejak masuk ke bilik lagi ‘dia’ menyepikan diri. Tiada sindiran, tiada kata-kata menggoda juga seperti seharusnya perlakuan seorang penggoda pada waktu malam. Aku tersenyum. Tentu ‘Dia’ bercadang menggunakan silent treatment sebagai taktiknya untuk menang.Tapi minta maaf Player. Aku tidak akan senang-senang mahu mengalah. Aku menjungkit kening bila melihat ‘dia’ mengambil bantal di sebelah kanan katil. Aku menahan senyum bila dia lebih rela tidur di atas sofa berhadapan dengan katil tempat aku berbaring sekarang ini. Aku berdehem sengaja. Dia berjalan ke sofa dengan membawa bantal dan selimut yang diambilnya di dalam almari dengan muka penuh berlagak. Dia menyelesakan diri di atas sofa panjang dengan berbantalkan lengan dan kakinya bersilang kemudian dia bersiul kononnya lebih selesa tidur di atas sofa. Aku menahan senyum.

                “Kata tak tergoda dengan badan aku yang kurus kering ni.. habis tu takkan orang tu sanggup tidur di atas sofa.. apa yang nak ditakutkan..”

                Sinis aku menyindir dirinya. Dia masih bersiul kononnya tiduak terganggu dengan sindiranku tadi. Lelaki bernama Safran memang penuh dengan ego.

                “Penakut..”

                Kataku lagi. Mahu memancing perhatiannya. Dia berhenti bersiul.

                “Dah mengalah ke Cik Adik.. Nak merayu cik abang ni tidur atas katil ke?”

                Aku tersenyum bila berjaya menancingnya ke medan bertekak.

                “Itu bukan rayuan cik abang.. itu cabaran. Kata tak tergoda..habis tu kenapa nak lari seribu meter dari saya yang apa tu.. ‘tak menggoda???”

                ‘Dia’ menutup muka dengan selimut. Tidak mahu lagi melawan bicara. Aku mula tertawa di atas katil. Apa yang mahu aku katakan tentang hubungan kami.. Tiada hubungan perasaan.. Itu yang aku berkali ingatkan kepada diriku.

                “Shut up! Tak reti nak diam ke? Orang nak tidurlah..”

                Aku menyambung ketawa lagi.

                “Loser memang selalu akan cakap macam tu.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~

                Seperti selalunya, bila hari ahad menjelma aku akan balik semula ke asrama. Tidak sanggup rasanya hidup sebumbung dengan Safran yang ego dan pengotor itu. Aku mengeluh panjang. Macam manalah keadaan rumah itu minggu depan. Mesti lebih teruk dari yang sebelum ini sebab aku dengan Safran menjemput semua pemain hoki dan kawan kawan rapatnya yang lain dapat ke rumah untuk menyambut hari jadinya. Aku membantah habis-habisan bila dia menyuarakan niatnya itu. Tapi itu Safran. Apa yang dilarang, itulah yang dia akan buat untuk menyakitkan hati aku.

                “Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!”

                Aku terlompat sekejap dari kerusi kerana terkejut dengan jeritan itu. Langsuir mana yang menjerit pagi-pagi buta ni. Sakit kepala aku bertambah teruk. Aku memandang ke arah Sarah yang tersenyum lebar sampai ke telinga.

                “Hani..hani.. hani...”

                Semakin pening kepala aku bila Sarah membawa menari berpusing-pusing seperti tarian tango.

                “ya..ya...ya..”

                Jawab aku cepat. Pening bila berpusing lama-lama macam ini. Sarah masih tersenyum lebar.

                “Safran.....”

                Ah... Nama dia lagi. Seriously! Dalam kolej ni dah tiada nama lain ke yang mahu disebut. Dari masuk pintu pagar asrama sampailah ke bilik, nama itu yang aku dengar. Bosan!

                “Dia dah call aku tadi.. Ya Allah... gembiranya. Lepas tu dia nak bawa jumpa kejap lagi.”

                Huh! Tipical Player.  Baru kejap tadi aku bertolak dari rumah. Safran masih lagi tidur berdengkur di atas sofa. Bangun-bangun terus ingat perempuan je kerjanya.

                “Baguslah tu..Wei.. Kau janganlah bawa aku berpusing-pusing.. Nak pecah kepala aku ni..”

                Sarah tertawa kemudian melepaskan tangan aku. Aku memegang kepala. Sudah mula pening-pening lalat.

                “Dan lagi satu..”

                Em.. Pasal Safran lagi ke? Dah malas aku dengar dah..

                “Ada budak baru kat team hoki kolej. Handsome,  tinggi.. seriously..  jujur aku cakap yang Safran pun boleh kalah.. Sikitlah..”

                Aku tidak mengendahkan Sarah dan mula membuka buku catatan. Manalah tahu ada apa-apa perjumpaan kelab di hari ahad yang indah ini. Lagipun, apa yang buat Sarah fikir yang aku akan teruja dengan berita tu. Bukan ada kaitannya dengan aku. Walaupun aku memang suka dengan lelaki yang kacak tapi aku tak begitu teruja.

                “Kau ni takde perasaan ke apa ni.. Dia kacak.. 6 packs.. muka pan asian..Semua budak perempuan kolej berebut-rebut nak berkenalan dengan dia.”

                Aku mengerut kening.

                “Apa yang buat kau fikir yang aku nak berkenalan dengan dia?”

                Sarah tersenyum sambil berfikir. Seperti mahu bercakap sesuatu tapi mahu menyembunyikannya juga.

                “Nanti pukul 3 ada perjumpaan kelab hoki. Kau mesti datang dan tengok ahli baru tu. Dan lepas tu baru aku bagitahu sebabnya.”

                Aku mengeluh.

                “Tolong ingatkan aku, kenapa kita ikut kelab hoki untuk semester ni. “

                Aku bertanya dengan nada sarkastik.

                “Sebab aku nak dekat dengan Safran.”

                Jawab Sarah sambil tersenyum angau!.

                “Sekarang kau dah dapat Safran. Boleh kita pindah kelab lain? Atau aku pindah kelab lain?”

                Aku memang rasa tidak selesa bila berdekatan dengan Safran. Tak selesa sebab aku terpaksa buat dia seperti orang asing. Padahal setiap kali berjumpa dengan dia, beribu kata-kata sindiran yang aku mahu sampaikan kepada dia dengan hati terbuka dan ikhlas ni. Tapi peraturan tetap peraturan. Di kolej, aku dan dia. Saling tidak mengenali. Ya.. Aku kenal dia sebagai pelajar paling popular dekat Kolej dan ‘Dia’ kenal aku sebagai pelajar paling banyak menolak cinta lelaki.Sebab sebahagian dari kumpulan hokinya pernah menjadi mangsa.

                “No..no..no.. kau tak boleh keluar dari kelab hoki. Kau mesti temankan aku. Tapi aku memang pasti. Kau akan mula suka dengan persatuan hoki lepas jumpa dengan budak baru ini.”

                “Whatever.”

                Malas mahu memanjangkan cerita. Aku mula melukis satu wajah di atas kertas. Tidak seperti selalu. Sarah hanya tersenyum melihat sketch kasar di atas kertas. Aku melihatnya dengan muka –apa-masalahnya?- Sarah cepat-cepat menggeleng.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 4

Safran POV

                Aku terbangun dari tidur bila cahaya matahari mula menyinari seluruh bilik yang bergelap sebentar tadi. Aku mengeluh panjang. Geram bila langsir di bilik terbuka besar untuk memberi laluan kepada matahari menyinari bilik tidurku. Tempat tidur di sebelahku sudah kosong dan dingin.  Baru sahaja mahu menyambung tidur dengan memeluk ‘bantal peluk’ yang sudah halal menjadi hak milikku. Aku bangun dari katil dengan malasnya. Dengan mata yang hanya terbuka sedikit untuk melihat jalan, aku menuju ke dapur. ‘Dia’ sedang sibuk ke hulu dan hilir dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Aku mahu sahaja mengangkat tubuh kecil itu kembali ke katil, tapi bila mengingatkan yang aku dan ‘dia’ tidak pernah bersependapat bila pagi menjelma, aku membatalkan hajatku sebentar tadi. Aroma nasi goreng kampung mula memenuhi dapur, aku mula menggosok perut. Mula terasa lapar. Sudah lima hari aku hanya memakan nasi bungkus. Itupun belum dapat membuatkan aku menghabiskan makanan yang aku beli dengan penuh selera. Entah apa yang membuatkan aku sentiasa rindu dengan masakan ‘dia’. Cukup setakat makanan. Dan tidak akan lebih dari itu. Aku tidak akan tertarik dengan dia walaupun aku dan ‘dia’ sudah memang menjadi suami isteri yang sebenar-benarnya. Aku dan ‘dia’ sudah berbincang mengenai perkara ini. Tidak akan ada hubungan perasaan antara aku dan ‘dia’. ‘Dia’ juga bersetuju, bahkan dia yang memberi cadangan itu.

                “Noisy Dear.. Lama lagi ke nak sarapan?”

                Aku menegur ‘dia’. Tak sabar nak makan nasi goreng. Dia merenung aku dengan pandangan membunuh. Lah.. apa kena lagi ni.. Tapi bila teringat nama panggilan untuknya sebenar tadi membuat aku tersenyum tanpa rasa bersalah. Langsung tidak terasa mahu meminta maaf pun. Itu sudah menjadi perjanjian. Tiada hubungan perasaan! Itu juga termasuk rasa marah,benci, dendam, ambil hati, makan hati, dan sebagainya. Langsung tidak boleh. Mungkin aku kelihatan dayus bila kawan-kawan aku yang lain tahu yang aku tidak kisah pun ‘dia’ keluar dengan sesiapa pun yang dia mahu. Lagipun tiada sesiapa pun di dalam kampus itu tahu hubungan kami berdua. Jadi tidak perlulah dia menjaga perilakunya untuk menjaga maruah aku. ‘Dia’ dengan dunia ‘dia’ dan aku dengan dunia aku.

                “Hey Papa Croc! Nak sarapan tapi mulut masih penuh dengan air liur basi. Entah macam manalah girls boleh jatuh hati dengan kau ni..”

                Aku membuat muka tidak setuju. Ada pula panggil aku papa Croc. Tahu apa maksudnya? Papa crocodileDamn! Aku boleh terima bila seribu orang panggil aku buaya darat ke, player ke. Tapi bukan dari mulut ‘dia’. Dia sendiri ada banyak spare part. Siapa tidak kenal Hani Afriani, kalau boleh dengan semua jejaka di dalam Kolej dia nak layan. Cuma yang lainnya aku dan dia, dia tetap melayan baik jejaka-jejaka yang pernah bergelar kekasihnya. Aku pula, Maaflah. Bila aku dah tak berkenan sampai bila-bila pun aku tak mahu bertegur. Geli- geleman bila perempuan mula merayu-rayu dan bergesel-gesel dengan aku ni.

                 “Em.. pelik. Aku pun tengah memikirkan soalan yang sama. Kenapalah semua boys kat kolej tu boleh tersangkut dengan kau. Aku tengok taklah menarik sangat pun. Kurus kering.”

                Sudah tentu aku akan membalas balik setiap sindirannya. Dia mula membuat muka bengang. Ah! Bukanlah suatu yang menakutkan. Seriously! Aku pelik kenapa ada lelaki yang berminat dengan dia ni. Sudahlah banyak membebel. Bila bercakap banyak auta dari betulnya. Badan pun.. Aku melihat dia dari atas ke bawah. Sengaja mahu memberi perang psikologi. Kemudian membuat muka tidak berminat. Dia membuat muka kononnya terkejut.

                “Tak menarik? Ooo.. wow.. no wonder ada orang semalam memujuk-mujuk dan merayu-rayu.. rupanya tak berminat. That good news! Aku boleh tidur dengan lena malam ni tanpa ada tangan-tangan gatal yang mengacau.”

                Sarkastik.. sinis.. itu sahajalah yang boleh buat dia menang. Tengoklah malam ni. Jangan harap aku nak sentuh dia pun. Dan aku takkan mengalah dengan senangnya. Aku membuat muka selamba. Sengaja mahu memanaskan hatinya lagi.

                “Well.. kita tengok siapa yang pujuk siapa malam ni.”

                Aku berlalu masuk ke dalam bilik tidur semula. Bukan mahu merajuk. Tetapi mahu cepat-cepat memberus gigi dan memcuci muka yang mungkin ada air liur basi yang belum dibersihkan. Dan segera kembali ke meja makan. Sambil aku dan ‘dia’ bergaduh, dia mengelap meja makan, kemudian meletakkan pinggan dan semangkuk besar nasi goreng kampung. Tidak lupa juga telur goreng mata kerbau yang menjadi kegemaran aku. Sampai di meja makan, dia sudah mengaut nasi goreng ke pingganku. Aku tersenyum panjang melihat nasi goreng yang masih berasap. Kita makan dulu! Bisik hati aku. Nanti lepas makan baru sambung bergaduh balik.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 3

Hani POV

Aku tidak berhenti mengomel dan membebel bila saja sampai di rumahnya. Sampah merata-rata. Aku belum tengok lagi bahagian dalam rumah. Baru sampai muka pintu aku dah berzikir panjang. Mungkin aku boleh kena Heart Attack bila dah tengok bahagian dalam rumah. Bila aku masuk, kelihatan tin-tin minuman dan plastik-plastik makanan bergelimbangan di atas lantai dan meja sofa. Tidak lupa juga meja makan kegemaran aku. Dan juga dapur. Aku tahu ‘dia’ seorang yang sosial dan akan mengadakan party setiap hari rabu. (Aku tidak mahu tahu apa yang terjadi di dalam party itu) Tapi aku tidak perasan pula ‘dia’ ni begitu so...sial, dan aku sebagai wanita yang baik lagi berhemah tidak patut mengungkap perkataan tadi. Maaf. Aku juga menyesal memuji ‘dia’ dengan hati dan juga lidah. (melafazkan dengan lidah atau berkata di dalam hati). Macam mana dia boleh hidup dalam keadaan ini selama beberapa hari! Party  hari rabu.. dan sekarang kalau aku tidak bermimpi, adalah hari jumaat. Keadaan rumah itu masih berselerak seperti ‘dia’ baru lepas mengadakan majlis malam semalam!.

Aku mengeluh dan mengeluh sambil mengeluarkan plastik sampah dan memungut semua sampah-sampah yang berselerakan di dalam rumah. Kenapa aku perlu buat semua ni? Kenapa aku terperangkap di dalam satu ikatan yang tidak kelihatan talinya. Oh ya! Baru aku teringat. Secara normalnya cerita melayu,cina, india, indonesia, dan lain-lain bahasa di dalam dunia ini. Aku teringat air mata Nanna berjatuhan seperti air paip dan muka macam dah tak rindu dunia lagi memujuk-mujuk aku untuk menunaikan satu perkara yang aku berat hati sangat nak buat. Aku pun tersentap sikit emosi ni bila melihat Nanna memujuk dengan muka sedih dan riak wajah yang sedang menahan sakit sangatlah.  Terharu bila Nanna mula bercakap pasal maut-maut ni. Meleleh-leleh air mata aku bila Nanna mula bercakap pasal tu. Kalau boleh aku mahu Nanna hidup 100 tahun lagi. Nanti kesian pula dengan Daddy kalau Nanna tiada. Dengan siapa dia nak mengadu kalau dia bergaduh dengan Mummy. Dan aku makin terharu bila selesaikan hajat Nanna aku tunaikan, Nanna boleh berjoging dengan atuk jiran sebelah rumah. Siap ber’dating-dating’ lagi sambil senam erobik dengan kawan-kawan dia. Mujarab benar ubat yang Nanna makan. (aku tengah sarkastik!)

Selesai memungut sampah-sampah yang ada, aku melihat jam di dinding. Sudah dekat magrib. Aku berjalan ke dapur, mahu menyediakan bahan untuk masak selepas sembahyang magrib. Mungkin selepas makan aku akan mem’vacuum’ seluruh lantai-lantai di dalam rumah ini. Itupun selepas selesai mop lantai yang sebahagiannya masih melekit. Semestinya tidak akan siap menyelesaikan semua malam ini. Belum lagi baju-baju yang masih berselerakkan di seluruh bilik tidur. Aku menggeleng kepala. Memang itupun kerja aku setiap minggu. Mula-mula memang  setiap minit aku mengeluh. Tapi sekarang jumlah keluhan aku mula berkurang. Sekurang-kurangnya keluar juga peluh selepas lima hari membiak lemak di asrama. Tidur, bangun, makan, pergi kelas, makan, balik asrama, makan lagi, mandi, tidur.. Itu sahaja rutin aku di asrama. Ketika aku sedang seronok memotong bawang sambil sesekali tu pisau yang aku pegang aku men’thermal contact’ dengan tudung periuk supaya menghasilkan bunyi bising. Kemudian mulut aku membebel kan semua perkara yang sama aku bebelkan minggu lalu. Memang sengaja mahu mengganggu tidur si jejaka yang kelihatan tenang di alam mimpi.

Aku mengambil sudip yang sudah tersangkut di hadapanku. Bila melihat waktu masih belum masuk solat magrib, aku mengambil keputusan dengan seyakin-yakinnya untuk mengoreng ikan terlebih dahulu. Supaya si ‘dia’tidak mengambil tugas aku untuk membebel pula kerana hidangan malam lambat siap. Bunyi tapak kaki yang makin menghampiri aku biarkan saja. Mahu mendengar ayat pertama yang akan keluar dari mulut ‘dia’.

“MalamJumaat!”

Dia berkata seperti orang yang sedang batuk. Aku berpaling ke belakang sambil bercekak pinggang. Sudip masih aku genggam erat. Dalam banyak-banyak ayat yang patut dia cakap dengan aku sekarang ni. Dia boleh pilih ayat itu! Tiada kata maaf saya tak kemas rumah, atau maaf rumah berselerak atau MAAF. Empat perkataan pun susah mahu di lafazkan! Haiyss! Lelaki..lelaki!

“Oh.. malam jumaatnya sudah lepas tuan. Malam jumaat yang malamnya hari Khamis. Malam ini malam sabtu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan? Mungkin saya boleh bantu memungut sampah sarap di sekitar rumah Tuan.. atau mengepel (mop) lantai.. atau memasukkan baju yang sudah tuan guna di dalam beg laundry?”

Aku mengelip mata berkali-kali bila ‘dia’ juga mengelip mata berkali-kali bila menerima sindiran dari aku. Itulah kerja-kerja yang aku mahu dia buat. Tiga perkara sahaja. Itupun terlalu susah untuk dia lakukan. Macam manalah aku tidak boleh berhenti membebel disebabkan perkara itu.

“Dalam kalender saya cik adik yang manis lagi cantik.. Hari jumaat,malam jumaat.. Kalau malam sabtu.. hari sabtu.”

Aku buat muka tidak percaya yang separuh terkejut. Itu yang dia mampu fikir untuk balas sindiran aku. Otak dia ni memang tidak ada benda lain di dalam selain perkara itu? Duh! warga Kolej Angsana mesti semuanya gila bila mengatakan dia adalah top student dari segi ko-kurikulum (aku boleh terima dengan hati terbuka) dan kurikulum (aku tidak pasti dengan perkara ini!) Aku menggeleng kepala dengan mulut yang tidak tahu mahu berkata apa lagi dengan ‘dia’ di depan aku ini. Macam mahu tergagap mendengar jawapannya itu. 

“You better get ready to Solat.. mandi.. Kejap lagi I datang..”

Sebelum aku berpusing mahu menghadap ikan yang sedang aku goreng di dalam kuali. Aku terhenti bila melihat sengihannya yang cukup nakal itu.

“Yau datang??”

Tanyanya dengan senyuman paling nakal. Ya Tuhan! Aku mula geram dengan ‘dia’ di depan aku ini. Macam mahu aku ketuk-ketuk dengan sudip di tangan aku ni di kepalanya.

“Untuk Solat!”

Dia tertawa berdekah-dekah bila mendengar jeritan aku. Bukan membuatkan dia takut. Lagi dia tertawa suka! Selepas solat magrib, makan dan kemudiannya solat isyak. Aku mula mengemas bilik tidur pula. Pakaian kotor yang sepatutnya berada di dalam laundry bag aku kumpul kesemuanya,  mengasingkan baju itu kepada basuhan tangan dan mesin. kemudian memasukkan baju yang di cuci dengan mesin ke dalam mesin basuh.Baju yang mesti di basuh menggunakan tangan aku rendam dahulu. Mungkin besok baru aku rajin untuk mencuci. Sementara menunggu mesin basuh menyiapkan kerjanya, aku mula membersihkan dapur yang sudah 5 hari tidak berasap sepanjang ketiadaan aku. ‘Dia’ terbaring di atas sofa sambil menonton television. Dia seperti sudah selesa dengan kedudukannya sekarang. Aku tidak menghiraukannya dan menyiapkan kerja-kerja mengemas. Kalau ‘dia’ mahu meminta makanan atau minuman pandailah ‘dia’ meminta. Tidak perlu dilayan sangat. Nanti menjadi manja dan naik tocang pula!.

Setelah selesai semua kerja rumah , aku mengambil tuala di dalam beg pakaian yang aku bawa dari asrama. Aku sedar yang ‘dia’ tidak lagi menonton television tapi mula menumpukan perhatiannya kepada aku. Tanpa mengendahkan ‘dia’, aku mengangkat beg pakaian untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Mahu harapkan ‘dia’. Jangan nak bermimpilah. Kalau boleh setahun, setahun juga beg tu di atas sofa. Hai... apalah malang nasib aku ni. Selepas sahaja selesai mandi, ‘dia’ sudah menyandar di atas katil sambil membaca buku. Aku keluar dari bilik air dengan hanya memakai jubah mandi yang hanya menutup sehingga ke paras lutut. ‘Dia’ memandang dengan senyuman nakal sambil menjungkit kening. Tidak sempat aku melangkah ke arah beg pakaian untuk mengambil baju, aku sudah berada di dalam pelukannya.

“Assalammualaikum...”

                Aku tersenyum kecil dan mula gemuruh bila mendengar suaranya.

                “Waalaikumsalam..”

Bukan aku,kau & dia, Tapi tentang KITA 2

Bab 2

                Safran POVs

                Aku berbaring selesa di atas sofa. Penat dari latihan tidak hilang lagi. Coach Gramz macam tidak tahu erti penat. Dan mestilah dia tidak tahu penat, sebab kami yang berlari ke sana ke sini di tengah gelanggang. Dia cuma menjerit dan menjerit dari tepi gelanggang. Boleh angin satu badan juga badan bila tidak tahan dengan kerenah Coach Gramz. Ditambah pula dengan perlawanan yang akan datang ni, mesti dia mengerahkan kami seperti mahu menghantar askar pergi berperang!

Tapi bukan itu alasannya kenapa aku masih tidak menghubungi gadis yang bernama Sarah itu. Dia memang cantik.Memang semua gadis yang pernah aku bawa ‘berjalan-jalan’ tu cantik. Dia lemah lembut. Sebahagian gadis yang pernah aku ‘jumpa’ pun lemah lembut. Dia happy-go-lucky.. selalu tersenyum. Well..bila keluar date dengan aku.. siapa yang tidak senyum lebar 24 jam. Ya.. untuk seketika ini.. aku mungkin patut cuba jadi eksklusif’ dengan Sarah. Memang satu Kolej pun tahu mengenai perangai aku yang agak buruk ni.

 Tapi seburuk-buruk aku tiadalah sampai membawa ke katil. Aku cuma cuba mencari wanita yang boleh menghentikan tabiat aku serta-merta. Mungkin membuat aku jatuh cinta. Tapi aku rasa macam mustahil. Kalau Sarah setuju menjadi kekasih aku. Dia akan jadi kekasih aku yang ke 25. Dalam 24 orang gadis! Belum ada seorang pun yang buat aku tetapkan hati aku ni. Aku mengeluh lagi. Mungkin satu dua hari lagi aku telefonlah Sarah tu. Kalau aku ingatlah. Sebab aku rasa ada budak junior lagi yang akan masuk dalam beberapa hari ni. Mesti ada yang lebih cantik ,menarik, tertarik dan da’boom la untuk aku mengayat-ayat cinta.

Kepenatan mula membuatkan aku sedikit mengantuk.Penghawa dingin yang terpasang di rumah sewa aku ni pula menambah keselesaan yang seperti membantu membelai mata aku agar tertutup dan melayari alam mimpi. Berfikir tiada apa lagi yang perlu aku buat selepas ini. Solat asar pun sudah selesai. Aku tahu tidak baik tidur selepas solat asar. Ianya akan mengurangkan daya ingatan seseorang. Kalau tak silap akulah. Tapi rasa mengantuk tidak dapat aku tahan. Lama-kelamaan aku mula menaiki monorel menuju ke alam mimpi..

Aku terjaga dari tidur selepas mendengar dentuman yang tidak berhenti dari tadi. Tidak lupa juga dengan suara-suara bising yang tidak berhenti berhenti mengomel sedari tadi. Telefon bimbit yang aku letak di atas meja berhadapan dengan sofa aku capai. Dah pukul 7. Tidaklah lama sangat aku terlena sebelum ada penceramah percuma yang tidak berhenti mengomel itu dan ini di dalam rumah aku ni. Aku tahu itu dia. Aku benci mendengar suara itu. Bingit!. Tapi aku tidak tahu kenapa aku masih tersenyum lebar. Aku ulang sekali lagi. Aku benci mendengar ceramah percuma itu. Dan aku masih tersenyum. Aku lantas bangun kemudian berjalan ke dapur. Aku makin tersenyum lebar bila melihat susuk tubuh penceramah percuma yang berada di dalam rumah aku itu. Sekarang baru aku ingat kenapa aku tersenyum lebar.

“MalamJumaat!”

Aku berkata seperti orang yang batuk.Menyembunyikan kata-kata di dalam batuk buatan itu. Susuk tubuh itu berpaling melihat aku dengan muka yang cukup garang kemudian bercekak pinggang sambil tangannya masih memegang sudip. Mungkin ‘dia’ sedang memasak. Great! Sekarang aku terpaksa makan nasi bungkus lagilah. Dengan muka yang garang yang sudah bertukar jadi berang itu, tentunya ‘dia’ yang sedang memasak sudah tidak mahu memasak lagi.

“Oh.. malam jumaatnya sudah lepas tuan. Malam jumaat yang malamnya hari Khamis. Malam ini malam sabtu”

Ek?? Asal minah indon pula?

Bukan Aku, Kau dan Dia.. tapi tentang KITA


Bab 1

                Aku tersipu sendiri di depan komputer bila membaca ayat yang tertulis di halaman muka buku itu. Bermacam status yang tertulis. Bosan, baru lepas makan, I love you.. tapi bukan itu yang membuat aku tersipu. Bukanlah tersipu.. tapi aku seperti terasa ayat yang baru aku baca itu membuat aku berfikir seketika. Bukan aku.. kau dan dia.. tapi tentang kita ayat itu membuatkannya berfikir berkali-kali. Sarah masuk ke dalam bilik sambil mengeluh. Aku renungnya dengan pandangan pelik. Sarah bukanlah orang yang suka mengeluh. Dia seorang yang ceria. Walaupun ketika sedang menangis dia boleh tersenyum sambil tertawa.(Ya,, dia PELIK dan kuat! Dari segi emosi) Dia tidak pernah langsung bercerita tentang dirinya. Dia lebih suka mendengar cerita orang lain  daripada bercerita tentang dirinya. Aku menunggu seketika. Memberi ruang untuknya bertenang seketika. Barangkali kalau ada yang perlu dia ceritakan, dia akan ceritakan. Tidak payahlah aku mahu mengganggunya ketika ini. Aku tidak gemar mengorek cerita orang.

                “ Kau pernah putus cinta Hani?”

                Sarah mula bersuara. Hani. Hani Alisha. Itu nama aku. Dalam berbalik semula kepada soalannya. Aku terfikir seketika. Bila kali terakhir aku bermain cinta. Kemudian menggeleng dengan muka selamba. Aku tidak pernah rasa putus cinta walaupun aku pernah beberapa kali bercinta. Macam mana pula? Entahlah.. aku tidak pernah rasa seperti putus cinta.

                “Aku tak pernah rasa macam putus cinta.”

                Aku cepat memberi alasan bila Sarah mula mengerut dahi. Mustahillah remaja macam aku ni tak pernah bercinta dan putus cinta. Mesti pelik bagi pandangan orang zaman sekarang. Bagi aku juga! Aku kemudian menghadap kembali ke skrin komputer. Membiarkan Sarah yang termenung seketika. Mungkin memikirkan tentang masalahnya. Aku sudah mula dapat mengagak apa masalahnya. Sedangkan aku masih berfikir tentang ayat tadi. Ada banyak makna yang boleh ditafsir dari ayat itu. Cinta tiga segi? Mungkin juga.

                “Safran...”

                Aku masih mengadap skrin komputer tapi telinga aku tetap bersedia menangkap kata-kata dari Sarah. Safran seorang yang ‘baik’ bagi pandangan aku. Dia seorang pemain hoki ais kolej Angsana. Kumpulan hoki ais itu agak mendominasi Kolej Angsana 3. Kehadiran kumpulan itu di kolej Angsana inilah mungkin membuatkan pelajar-pelajar perempuan bersemangat untuk datang ke kolej.  Kalau ada yang tak teguh ‘iman’, mesti cair atau pengsan (tak tipu!) bila saja mereka berselisih dengan Safran dengan kawan-kawannya. Tak payah cakap pasal six packs! Tengok saja muka mereka yang mengalahkan ketampanan Zac Efron, ( mamat ni pernah jadi handsome?) Korang akan cakap begitu kalau sudah berjumpa dengan kumpulan Hoki Kolej Angsana 3.Kedengaran Sarah mengeluh lagi. Tunggu kejap.. Dia sebut nama Safran kan?? Aku menumpukan seluruh perhatian kepada Sarah.

                “Aku tahu.. aku tahu.. dah satu kelas IT  warning aku pasal Safran.. Tapi hati aku ni dah memang nak kat dia.. I mean.. Siapa boleh tolak lelaki yang emm.... yummy!” Aku menjungkit kening.pemain hoki  ‘YUMMY’ aku tak boleh bantah kata-kata Sarah tu. “Macam tu..” Sambung Sarah.

                “Jaaaaa...di?”

                Bila dia sudah berkata yang sudah satu kelas berkata seperti itu memberi peringatan kepada tentang Safran. Apa yang membuatkan aku-ulat buku- moden ni boleh ubah fikirannya. Tidak sama sekali aku mahu mengulang ayat yang sama seperti semua kawan-kawan sekelasnya. Itu baru satu kelas IT. Belum masuk communication english, statistic, Business management  yang akan mengatakan benda yang sama kepada Sarah. Sarah pula seorang pelajar yang cukup peramah. Sudah pasti ramai yang tidak mahu dia dipermainkan oleh ‘buaya darat’ yang cukup mengiurkan itu.

                “Aku dating dengan dia malam tadi.. OfcouseCumaMakanTengokWayangKenalKenalDanMakanLagi..”

                Sarah bercakap dengan cepatnya bila aku mula menjungkit kening sekali lagi bila dia mengatakan yang dia berjumpa dengan Safran di malam hari. Boleh kalah Ziana Zain kalau aku macam ni selalu. Apa yang pelik??? Malam hari tu kot.. Macam-macam boleh jadi. Aku pula tak balik asrama malam semalam. Bermalam di rumah Tati untuk menyiapkan proposal projek. Manalah nak tahu dia balik jam berapa malam tadi.

                “Ofcouse.. dan? Problem?”

                Baru lepas keluar dengan jejaka impian. Takkan dah mula mengeluh? Melainkan.... astagfirullah Al-Azim.. Aku sudah berhajat mahu berfikir positif je tahun ni. Azam tahun barulah katakan.

                “Dia tak telefon lagi dari semalam. Sampai aku tak boleh fokus kat kelas tadi sebab tunggu dia call aku.”

                Aku memandang Sarah dengan pandangan –biar betul!- atau –seriously?!- Apa yang Sarah harap dari Safran? Dia tak pernah baca tentang peraturan-peraturan menjadi ‘mamat player’Player takkan telefon perempuan. That pathetic! Bagi pandangan mereka-mereka yang Player. (Ada kemungkinan..) Mungkin mereka akan telefon tapi selepas beberapa hari.. mungkin seminggu. Atau kalau tidak ada juga.. ucapkan selamat tinggallah dengan impian-impian anda.

                “Tapi semuanya perfect malam semalam.”

                Sarah mungkin mahu meyakinkan aku tentang Safran. Atau dia mahu meyakinkan hatinya. Aku membuat muka tersengih.

I rest my case

Aku masih tersenyum.Sarah mengeluh kuat.. atau mendengus... yang penting sarah menunjukkan kebengangan yang dihadapinya ketika itu sambil terbaring di atas katilnya.

                “By the way.. Kau balik lagi minggu ni?”

                Aku mula membuat mula menyampah. Tentunya aku sembunyikan muka menyampah aku dari pandangan Sarah. Mesti dia hairankan bila lihat muka menyampah aku ni. Aku bukan menyampah dengan pertanyaan dari dia. Aku cuma menyampah bila teringat yang hujung minggu akan menjelma lagi! Kenapa mesti ada hujung minggu.. aku benci hujung minggu.. Tapi aku mesti balik rumah juga!. Otak aku mula  berputar-putar memikirkan alasan. Mungkin ada kerja yang belum siap. Ada juga alasan untuk tidak balik ke rumah. Tapi aku tidak mahu menambah kerja. Kalau aku tidak balik minggu ni. Minggu depan mesti aku pecah kepala tahan kena langgar lori angkat balak punya!

                “Balik...”

                Jawab aku lemah.

                “Kau ni.. hujung minggu tak kira ada kelas ke tak.. mesti kau dah cabut dari asrama ni.. Home sick betul!..”

                Aku mula meletakkan dahi di atas papan kekunci komputer riba aku yang semestinya terletak di atas meja belajar. Tu yang aku agak tidak suka mendengarnya. Aku tak suka kena kata homesick.. anak manja.. dan apa-apa saja yang berkaitan dengan rumah. Tapi aku mesti pulang juga. Aku menarik muncung. Aku tak nak pulang.. mummy............taknak pulang.. (jeritan batinku sahaja)!