Followers

New Novel

Friday, September 28, 2012

Epilog Diary Isteriku, Cerita Cintanya


     Epilog


Fahmi POV

            Aku tidak tahu kenapa aku boleh terlupa dengan begitu lama.. aku hampir kehilangan dia. Nadia Alisya. Sedikit demi sedikit ingatan yang hilang kembali kepada aku. Aku teringat ketika aku pertama kali aku memperkenalkan diri kepada secara formalnya kepada Dya. Izhar..  arwah papa selalu memanggil aku dengan nama itu. Singkatan dari Izkandhar. Fahmi Izkandhar. Aku mahu dia memanggil aku dengan nama itu. Pertama kali mendengar dia memanggil aku dengan nama Izhar, hati aku yang kecewa dengan pemergian Sofea kembali berbunga-bunga. Satu hari aku tersenyum sehingga Sofian hanya mampu mengeleng kepala melihat gelagat aku ketika itu.

            “Diary?”
           
            Dya berdiri di hadapan aku dengan wajah berkerut.Reaksi wajahnya melihat aku dengan pelik. Aku tersenyum lebar.
           
            “Taklah..  makanan.”
           
            Jawab aku dengan nada nakal. Dya menarik muncung kemudian duduk menyelit di atas pangkuan aku. Tangannya dilingkarkan pada leher aku dan kepalanya mendongak mahu melihat wajah aku. Rambutnya aku belai seketika.
           
            “Macam mana abang boleh teringat?”
           
            Sepanjang beberapa bulan kami kembali bersama, inilah kali pertama Dya berani bertanya soalan itu kepada aku. Mungkin dia takut untuk mendengar jawapan aku. Atau mungkin dia tidak mahu tahu pun apa yang berlaku. Mungkin yang penting adalah aku dan dia masih bersama.
           
            “Masa Dya nak bersalin….”
           
            Dya teragak-agak mahu menyambung pertanyaannya. Aku membelai kembali rambutnya. Sesekali kelihatan Farish bergerak-gerak di atas katilnya. Mujur dia masih lena. Dya masih merenung aku. Meminta penjelasan.
           
            “Dya ingat tak yang Dya pernah tulis diary?”
           
            Air mukanya berubah sedikit. Mungkin terkejut. Kemudian dia mengangguk perlahan.
           
            “Abang ada baca kan?”
           
            Aku mengangguk perlahan.
           
            “Dya terjumpa satu diary Dya di dalam bilik kerja abang. Dan Farina pernah cakap yang orang macam abang ni tak minat baca diary-diary macam tu. Penyibuk juga abang ni kan?”
           
            Katanya dengan nada nakal. Aku tertawa kecil.
           
            “So,, sambung cerita abang.. kenapa dengan dairy Dya tu?”

            Katanya dengan nada budak-budak minta dibacakan buku cerita. Aku hampir tergelak lagi. Wanita inilah yang hampir hilang dari hidup aku. Aku mengeratkan pelukan aku. Dya merehatkan kepala di dada aku tapi kami masih bertentang mata.

            “Sepanjang membaca diary sayang.. satu je perasaan yang buat abang tak tenang dan rasa mahu marah setiap hari.. abang rasa cemburu sayang.. abang cemburu dengan cinta yang sayang dan Izhar ada. Di dalam fikiran abang, Izhar seorang lelaki yang sungguh bertuah kerana mendapat cinta sayang walaupun dia dah tiada.”
           
            Dya merenung aku dengan pandangan berkerut.

            “Izhar tukan abang?”

            Aku tertawa lagi.
           
            “Tapi tiada sesiapa pun yang nak bagitau abang perkara sebenarkan. Sampaikan abang buat conclusion  sendiri yang Izhar tu kekasih sayang yang dah meninggal dunia.”
           
            “Abang tak ingat?”
           
            Soalan Dya membuatkan aku mengerut dahi.

            “Apa dia?”
           
            Dya menarik nafas panjang.
           
            “ Waktu abang baru sedar dari pembedahan.. Dya berulang kali cerita dengan abang.. panggil abang dengan nama Izhar.. Tapi abang mengamuk dan tak suruh semua orang panggil abang dengan nama Izhar.. Abang nak orang panggil abang dengan nama Fahmi balik. Besoknya, selepas abang mengamuk.. abang lupa semula apa yang terjadi dengan abang.. Dya cerita balik dengan abang dengan harapan yang abang akan ingat Dya. Tapi tak..”
           
            Aku mula meraup wajah. Selama ini aku mencemburui diri aku sendiri. Aku tak pernah sangka yang Izhar dan aku adalah orang yang sama.. sehinggalah hari semasa Dya mahu bersalin. Kalaulah aku turutkan kata hati aku untuk membiarkan sahaja Diary Dya.. mesti aku tidak perasaan yang selama ini akulah orang yang Dya maksudkan di dalam setiap tulisannya.

            “Diary Dya yang terakhir.. ada gambar Izhar.. ya.. abang tau itu abang..”
           
            Cepat aku memotong ayat Dya apabila melihatnya seperti mahu berkata sesuatu.. Di wajahnya kelihatan risau. Mungkin dia takut aku terlupa lagi. Aku mengusap perlahan wajahnya.. Mahu menghilangkan kerutan di wajah itu. Aku hanya mahu melihat dia tersenyum. Bukan berkerut kerisauan seperti ini.

            “Sebelum abang tau yang Izhar dan abang adalah orang yang sama. Mungkin wajah kami boleh ada persamaan. Mungkin perangai Izhar dan abang sama, dan mungkin kami belajar di tempat yang sama.. Tapi tak mungkin, abang dan dia mempunyai seratus peratus persamaan termasuk nama. Fahmi Izkandhar. Note yang tertulis di belakang gambar tu tertulis….”

            “Orang yang akan selalu mengingati dan menyayangi Dya.. Fahmi Izkandhar..”  
           
            Dya mengungkapkan ayat itu dengan lancarnya. Seperti dia sudah simpan di dalam kotak ingatannya. Dan dari wajahnya, aku boleh tahu yang dia akan terus ingat kata-kata yang aku tulis di dalam gambar yang aku berikan kepada dia sebelum kemalangan yang membuatkan kami ter‘pisah’ itu terjadi. Bunyi telefon bimbit membuatkan kami berdua terkejut. Aku mengambil telefon bimbit yang berada di tepi meja bersebelahan dengan aku. Mama Ruby? Aku mengerut dahi. Dya melirik kea rah telefon miliknya yang sedang aku pegang. Kemudian tersenyum. Aku memandangnya meminta jawapan.
           
            “Mamala….”

            Jawab Dya pendek sambil mengambil telefon dari pegangan aku. Aku menunggunya sehingga menamatkan perbualan dengan mama. Rasanya mama dah tak ingat dengan anak lelakinya yang tunggal ni.. Tiada langsung tanda-tanda dia mahu berbual dengan aku. Dya kembali ke pangkuan aku selepas selesai bercerita dengan mama. Aku menjungkit kening. Tanda masih mengemukakan soalan yang sama. Dya tertawa kecil.
           
            “Dya tulis diary sebab masa kecil.. sehinggalah besar, Dya seorang yang cepat pelupa. Dya takut satu hari nanti, Dya akan terlupa dengan semua benda-benda penting. Berbalik kepada nama panggilan mama,.. em.. Mama kan kawan lama ibu Dya… So, bila terjumpa di pasar raya, Dya pun tegurlah.. dengan bangganya Dya menjerit dari jauh.. Auntie Ruby!! Confident je itu nama mama.. Muka mama masa tu terkejut tau.. lepas tegur-tegur ala kadar, Dya pun minta diri la.”
           
            Aku mengerut dahi.

            “Mama tak bagitau ke nama dia Fatihah?”

            Dya tertawa kelucuan.

            “Itulah masalahnya… mama tak bagitau.. berapa kali jumpa mama, mama tetap tak tegur pasal nama Ruby tu.. sampailah bila ada kenduri dekat kampong.. Masa tulah Dya tau nama sebenar mama.. Tapi mama kata dia tak kisah.. Dia suka Dya panggil dia dengan nama tu..”
           
            Aku tertawa kecil sambil menarik hidung Dya. Dah tau terlupa, buatlah cara terlupa.. Ini suka hati dia je bagi nama dekat orang.. Agaknya dia pernah tak lupa nama aku waktu awal-awal kami berjumpa? Dya.. Dya… Aku mengucup dahinya lama.. Mujurlah ada Diary Dya. Aku mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mengingati kenangan kami bersama.. Atau mungkin akut tidak akan dapat mengingatinya.. Tapi cuma satu yang aku tau.. apa yang aku rasa…  aku tidak mahu kehilangannya. Perasaan yang sama sewaktu aku berkejar ke hospital untuk menjumpainya.. aku takut kehilangan Dya.

            “Selalu sayang abang…”
           
            Bisik Dya perlahan yang membuat aku tersenyum. Abang juga akan selalu sayangkan Dya….

            Diary Dya,

   Jumaat, 19:57.

   -TamaT-

Thursday, September 20, 2012

Dana@Adriana 34


Bab 34
            “Assalamualaikum..”

            Illina bergegas ke arah pintu. Mujur pecahan pasu bunga yang bersepah di hadapan pintu sudah dibersihkan oleh salah seorang pembantu rumah Villa Adria yang diculik Marina untuk seketika. Mujur Adrian tidak banyak bertanya. Dan mujur juga Illina tidak tahu mengenai itu.

            “Waalaikumsalam!..Masuklah..”

            Marina mempelawa masuk beberapa orang wanita dan pemuda yang masih berpakaian pejabat. Muka semuanya nampak penat. Mungkin belum sempat pulang ke rumah. Tapi sanggup juga mereka meluangkan masa apabila Marina meminta pertolongan, kononnya untuk Cik Adriana. Tu namanya pekerja yang setia. Tak merungut bila meminta bantuan. Bisik hati Marina.

            “Eh... Kejap.. ingat perjanjian kita.. Jangan buat muka terkejut.. dan jangan tanya soalan kuiz satu Malaysia pulak.. buat macam biasa.”

            Mereka semua mengerut dahi. Hairan.

            “Siapa tu Yna?”

            Semua membuat reaksi terkejut.

            “Kan dah cakap jangan terkejut..”

            Bisik Illina perlahan.

            “Sorry cik Yna.. Reflect action. Muka dia seiras dengan muka Cik Illina.”

            Laily ikut berbisik sama.

             “Macam cik Adrianalah..”

            Tambah Roslan, salah satu orang pekerje yang amat dipercayai oleh Adriana. Pekerja yang lain turut mengangguk.

            “Kan dah cakap.. jangan tanya soalan jenis drama bersiri ni..Dah.. masuk..”

            Dana masih kebingungan dihadapan pintu rumah walaupun mereka yang lain sudah selamat merehatkan diri di ruang tamu. Ni nak siapkan proposal ke, nak buat party? Bisik hati Dana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            “Misi kita berkumpul di sini adalah untuk membantu cik Dana, untuk menyiapkan proposal dalam masa dua hari.”

            Nazmi, ketua arkitek di Adria holding mula mengerut dahi. Laily sudah mula picit kepala. Roslan dan Marissa pula buat muka bingung.Marina sudah mengagak akan melihat reaksi seperti ini dari pekerja kepercayaan Adriana ini. Dana masih lagi dengan muka tanpa sebarang perasaan risaunya.

            “Proposal untuk?”

            Tanya Marissa. Marina tersenyum lebar dengan soalan dari Marissa itu.

            “Adria Holding!.”

            Kata Marina dengan terujanya.

            “Hah??”
            Semua buat muka terkejut. Kemudian merenung wajah Dana.

            “Proposal untuk tender Resort Damai? Kan abang cik Marina punya company yang dapat apasal kami pekerja Adria Holding pula yang kena tolong buat proposal tu. Lebih baik Adria Holding sendiri yang handle project tu kalau macam tu.”

            Kata Roslan tidak puas hati. Marina tersenyum.

            “Masalahnya sekarang...”

            Marina terberhenti bercakap apabila Dana laju saja menerangkan semuanya

            “Saya tak sengaja ter.. TERkritik proposal yang sudah dibuat oleh Mutiara Holding. Dan, encik Mikhail cabar saya untuk buat proposal tu dalam masa dua hari.Tapi saya manalah tahu pasal semua benda tu.”

            Dana membuat muka 50 sen. Meminta pertolongan.

            “Kita kena selesaikan benda tu dalam masa dua hari?”

            Nazmi menarik nafas panjang  dan merenggangkan badan.

            “Jom kerja!.”

            Dana tersenyum. Takdelah dia menerima senyuman sinis Mikhail kalau mereka sempat menyiapkan kertas cadangan itu.

            “Laily.. keluarkan semua dokumen pasal project tu.”

            Semua memandang kea rah Dana. Baru je tadi kelihatan seperti gadis ayu yang Cuma duduk diam mendengar mereka yang lain berbicang. Tapi sekarang sudah mula terasa aura-aura tegas Adriana Illyana.

            “Double personalty?”

            Bisik Marissa.

            “No.. Dia tengah diambang Dana dan Adriana.”

            Balas Marina perlahan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Macam mana?”

            Adrian yang sedang membaca beberapa dokumen yang diserahkan oleh Mikhail sebentar tadi mengangkat kepala sambil berfikir seketika. Kelihatan wajahnya seperti berkerut. Kemudian tersenyum lagi.

            “Okay.”
            Mikhail mengerut dahi. Okay bukan jawapan yang terbaik. Dia mahu mendengar jawapan yang lebih menyakinkan seperti itu.

            “Its great, actually.”

            Mikhail mula tersenyum apabila mendengar jawapan dari mulut Adrian. Rasa mahu saja dia rakam jawapan Adrian sebentar tadi dan kemudian menyuruh Dana mendengar kata-kata Adrian itu biar sampai bernanah telinga wanita itu. Biar Dana tahu yang kertas cadangan yang dikutuk wanita itu adalah yang terbaik.

            “Encik Adrian...”

            Laily muncul di muka pintu dengan mata yang sembam. Adrian mengerut dahi melihat penampilan setiausahanya itu. Mahu dikatakan dia memberi banyak kerja kepada wanita itu, rasanya tidak pernah. Tapi mata Laily seperti tidak tidur bertahun-tahun. Lebam macam baru ditumbuk di mata.

            “Em.. tadi ada seorang perempuan hantarkan dokumen ni untuk encik Mikhail. Katanya Encik Mikhail tertinggal dokumen ni.”

            Mikhail mengerut dahi.

            “Siapa yang hantarkan?”

            Tanya Mikhail inginkan kepastian. Bingung juga kerana semua dokumen sudah ada di atas meja Adrian. Takkan ada lagi yang tertinggal.

            “Dia kata nama dia, Dana.”

            Muka Mikhail yang tadinya manis dengan senyuman mula memasamkan muka. Laily buat tidak tahu dengan perubahan wajah jejaka itu. Dia menyerahkan kertas cadangan yang mereka berjaya siapkan di awal subuh tadi.

            “Brilliant!.”

            Wajah Mikhail makin masam.Adrian meneliti kertas cadangan yang baru diberikan Laily itu.

            “Tak sangka Encik Mikhail suka bergurau. Sanggup buat dua proposal. I think this one is better.”

            Mikhail meraup wajah. Tension!

            “Saya suka dengan ayat ni., Customer want something different and we have to give something more than different.”

             Seperti resmi padi, makin berisi makin menunduk. Mikhail mula menunduk kerana kepalanya sarat dengan perasaan marah dan geram!.



Diary Isteriku, Cerita Cintanya (15) Last.

Terlebih dahulu saya mahu meminta maaf sebab membiarkan cerita ini tergantung begitu lama.. dan enovel yg lain.... baru hari ini saya boleh mengambil masa untuk menarik nafas panjang.. duduk depan komputer dan mula menulis... Banyak yang terjadi di dalam otak.. senang kata , writer block! Saya sayangkan dunia penulisan walaupun tidaklah berbakat sangat.. tapi saya suka menulis.. saya cuba berkali-kali untuk menulis sepanjang masa ini tapi terlalu sukar(Chewah!) ... Komen ya... Inilah novel yang ketiga saya yang berjaya disiapkan! hore!

“kau ada di mana selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin dengan Dya?”

            Soalan Sofian masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia di mana? Fahmi meraup mukanya. Persoalan Sofian membuatkan dirinya masih terpaku di hadpan meja kerjanya walaupun pekerja-pekerja yanglain sudah pun mengosongkan pejabat sejak pukul 5.30 petang tadi. Panggilan telefon Sofea pun entah berapa kali deringan dan hanya dibiarkan sehingga sepi kembali. Fahmi menarik laci mejanya. Diari dya yang masih dalam simpanannya dikeluarkan dari laci itu.

            “Kau bertuah Izhar.. sebab dapat cinta yang didambakan oleh setiap orang. Cinta sejati.”

            Fahmi mengeluh perlahan sebelum dia membuka catatan terakhir di dalam diary itu. Catatan terakhir itu mengisahkan tentang kemalangan yang dialami oleh Izhar sehingga membuatkan nyawa lelaki itu melayang. Fahmi menutup muka surat terakhir yang diselaknya sebentar tadi. Dia menarik nafas panjang. Kemudian dia mula mencari-cari sambungan kisah itu di dalam diari yang seterusnya. Tapi tiada. Hanya empat naskah sahaja. Hanya empat diari milik isterinya saja tersimpan dalam kotak itu. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar yang terselit di dalam naskah terakhir dalam pegangannya itu.. Dan….Dia menggeleng perlahan..Ini Diari isterinya, yang mengisahkan cerita cintanya…..

     Hati aku hanya untuk dia.. andai dia mahu aku pergi.. aku akan pergi.. Tapi sebelum itu, biarlah aku tetap dengannya..

     Catatan yang terdapat dibelakang gambar itu dibaca perlahan. Memang betul.. wajah Izhar serupa dengannya. Rasa yang bercampur-campur menyerbu dihatinya bila melihat gambar itu. Dya bersamanya kerana wajah itu... Kepalanya balik-balik mengulang ayat yang sama. Dia kecewa dengan Dya.. Dia sungguh kecewa.... Masa seperti terberhenti tiba-tiba apabila melihat catatan kecil dihujung gambar itu...

            “Mi.... Dya di hospital!”

            Sofian yang tercungap-cungap di depan pintu pejabatnya dipandang dengan pandangan yang begitu sukar. Rupanya Sofian juga sepertinya. Masih lagi belum meninggalkan pejabat.

            “Yan... aku... Dya..”

            Fahmi menggeleng kepalanya. Sofian mengerut dahi. Tidak tahu kenapa dengan kawannya itu. Kemudian otaknya cepat berfikir.

            “Fahmi! Dya tu mengandung anak kau... kau masih nak cakap dengan aku yang kau dan dia bercerai.. jadi kau dah tiada kaitan dengan dia.. Dya tu nak bersalin Mi! Takkan kau nak biar dia sendiri.”

            Fahmi seperti tersedar sesuatu dan kemudiannya meninggalkan Sofian terkaku di depan pintu pejabatnya.

            “Wei! Tunggu akulah...”

     ~~~~~~~~~~~~
            “Rina… telefon abang Fahmi… aku takut…”

            Dya menggoncang-goncangkan tangan Farina. Sakit yang dirasakan membuatkan dia tidak dapat berfikir betul. Dia mahu Fahmi ada disisinya. Tangan Farina yang kecil itu digenggam kuat. Bukan dia tidak nampak kerutan di wajah Farina yang menahan sakit itu.

            “Aku dah call Sofian.. Dah suruh dia bagitau Fahmi.. kau sabar ya..”

            Jawab Farina sambil menahan sakit kerana tangannya digenggam kuat oleh temannya itu. Sesekali  Dya menjerit kerana kesakitan, dia turut serta menjerit sama. Agaknya tinggal kulit sahaja yang ada di tangannya. Tulang di tangan sudah hancur disebabkan genggaman kuat Dya.

            “AHHHHHHHHH..”

            Sekali lagi Farina ikut terjerit sama.

            “Ask my baby to get out already…”

            Bebel Dya perlahan. Farina tertawa kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~

       “Nama saya  bukan miss cendawanlah encik ‘pathway’...”

            Besar mata lelaki itu bila diberi nama seperti itu.

            “Dan itu bukan nama saya juga..”

            “Ha?? Bukan ke?? Ada aku kisah??”

            Fahmi melajukan lagi keretanya. Sofian di sebelah hanya mendiamkan diri walaupun takut juga dengan cara pemanduan kawannya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~

“Nama saya kan Dya..”

“Pendeknya... Nama panjang?”

“Nama panjang Mak Cik Dya yang cantik lagi vogue dan beautiful!......”

            Selama ini.. Dia seperti tertidur. Dalam banyak-banyak perkara yang dia patut lupa, kenapa mesti suara manis itu yang pudar didalam ingatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

       “Awak tak takut gelap ke?”

            Telatah yang lain daripada yang lain.. Kenakalan yang mula pudar.. Semuanya kerana dia.. Fahmi memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk dan terus keluar tanpa meletakkan keretanya dengan sempurna. Dia terus berlari ke arah bilik bersalin. Farina dan ibunya duduk dengan sabar dihadapan pintu bilik bersalin itu.

            “Ma.. Dya mana?”

            Tanya Fahmi tercungap-cungap.

            “Datang juga kamu.. Ingatkan berkepit dengan si Sofea tu..”

            Marah Puan Fatihah. Sebenarnya marahnya sudah mula surut dan boleh menerima keputusan Dya dan Fahmi tentang penceraian anak dan menantunya itu. Tapi bila menerima tetamu tidak diundang petang tadi membuatkan marahnya kembali membara. Sofea datang kononnya mahu mencari Fahmi. Sudah menghancurkan rumah tangga anak dan menantunya, ada hati mahu datang ke rumah dengan perasaan tidak bersalah. Bisik hati Puan Fatihah yang masih geram.

            “Mana Dya??”

            Fahmi yang risau dengan keadaan Dya tidak mengendahkan kemarahan ibunya itu. Wajah Farina dipandang. Meminta jawapan.

            “Room 2”

            Fahmi tersenyum tanda terima kasih sebelum masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan Farina itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            Kadang-kadang kita mesti melepaskan seseorang itu pergi.. kalau dia jodoh kita.. Dia tidak akan pergi jauh.. Dia pasti kembali.
     Diary Dya..
     p/s : tengah tunggu my heros bangun.
     p/s lagi: Budak kecik n bapa budak kecik ni berdengur kuat. Sampai mama dia yang tak boleh tidur.
     p/s lagi dan lagi: Nadia Alisya sayang Fahmi Izkandhar dan Izhar Farish yang kecik baru nak pandai merangkak tu..

     “Tulis diari lagi?”

            Suara serak- serak basah mengejutkan dirinya. Dya tersenyum lebar kemudian menutup diarinya.

            “Tidaklah.. tengah main bola tadi.”

            Jawabnya nakal. Suaminya tertawa kecil mendengar jawapan darinya. Dya ditarik kedalam pelukan yang erat.

            “Terima kasih kerana tidak pernah berhenti menyayangi abang.”

            Dya mendongak mencari wajah suaminya.

            “Sama-sama kasih.”

            Dya mengeratkan lagi pelukannya.. Kalau boleh.. dia masuk selamanya berada didalam pelukan Fahmi Izkandhar . Suaminya… dan juga kekasihnya… Dya tersenyum lebar.

 


Diary Isteriku Cerita cintanya 14


“Habis tu macam mana sekarang?”

            Farina melabuhkan punggung di sebelah Dya. Air muka Dya yang kelihatan tenang membuatkannya risau. Tidak seperti sewaktu dia kehilangan Izhar, Dya terang-terang mengatakan yang dia tidak sanggup hidup tanpa Izhar. Menangis sehingga hilang suara. Tapi sekarang dia kelihatan begitu tenang. Itu yang membuatkannya risau.

            “Macam mana apanya? Aku tumpang rumah kau sampai aku bersalin. Then aku balik ke Sidney. Aku dah call parent aku semalam. Bagitahu apa yang telah berlaku.”

            Dya masih lagi bertenang. Sempat dia melipat baju-baju bayi yang baru dibelinya. Padahal Farina dan Sofian masih lagi terkejut dengan kejadian itu.

            “Begitu je?”

            Soal Farina tidak puas hati dengan keputusan Dya.

            “Begitu jelah.. kau nak aku buat apa lagi? Merengek, menangis-nangis merayu dengan Abang Fahmi.. a’ak.. not gonna happen”

            “Bagitahu perkara sebenar..”

            “Farina.. jangan risau sangat. Aku okay.. dia okay.. takde apa masalah.”

            Dya pula memujuk Farina. Macam terbalik sikit. Sepatutnya Farina yang memujuk Dya.

            “Dya.. kalau kau nak menangis. Kau menangislah sekarang. Jangan pendam-pendam. Kang jadi barah pulak.”

            Dya tertawa kecil dengan kata-kata Farina ini. Macam manalah budak ni boleh lulus biologi masa SPM dulu. Main hentam fakta je dia tahu.

            “Aku dah penat menangis.. Aku takut nanti baby aku keluar, mata dah macam panda. Sebab mama dia tak berhenti menangis.”

            Farina tertawa dalam sedih.

            “Apa pula jadi macam tu. Kau ni kawal mulut tu sikit. Kang baby kau dengar, tersentap dia. Merajuk tak nak keluar dari perut kau tu.”

            Balas Farina. Dya tersenyum panjang. Terhibur sedikit hatinya. Dia menarik nafas panjang. Dia teringat ayat yang pernah dibacanya di dalam internet suatu ketika dulu.

            “Kadang-kala..kita disakiti, tapi kita boleh memilih untuk menyembuhkan luka atau menangis kerananya.”

            Farina tersenyum. Dia yakin temannya itu seorang yang kuat semangat. Farina menepuk bahu Dya perlahan.

            “Mungkin dari filem yang mulanya hanya berwarna hitam akan menghasilkan gambar yang penuh keindahan.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Aku tak sangka kau boleh datang kerja lagi..”

            Fahmi tidak mengendahkan kata-kata perlian dari temannya itu. Dia menyelak fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Sofian duduk di hadapan Fahmi dengan tenang.

            “Apa lagi kau mahu cakap Sofian.. dalam beberapa hari ni telinga aku dah bernanah bila dengar orang bercakap tak berhenti-henti.”

            Sofian tersenyum sinis.

            “Aku cuma mahu bertanya.”

            Kata Sofian pendek.

            “Tanya pasal apa? Kenapa aku ceraikan Dya? Atau kenapa aku ceraikan Dya atau... kenapa aku ceraikan Dya??”

            Fahmi menjawab sinis. Sofian tertawa kecil sambil menggeleng kepala.

            “Aku nak tanya, bila kali terakhir kau berjumpa dengan Sofea.”

            Fahmi merenung wajah temannya. Pelik dengan soalan temannya itu. Padahal Sofian ada bersamanya sewaktu kali terakhir dia berjumpa Sofea.

            “Waktu dekat airport. Dia nak sambung pelajaran di luar negara. Kau pun ada sama waktu tu. Jangan nak buat soalan perangkap pulak kat sini.”

            Kata Fahmi dengan nada bengang. Sofian masih tersenyum. Penuh makna.

            “ Di mana Sofea selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin dengan Dya?”

            Fahmi membetulkan duduknya. Kemudian menarik nafas panjang. Seperti mahu menahan amarah.

            “Apa yang kau mahu capai dengan soalan tu Sofian. Kalau kau rasa nak campakkan semua kesalahan kepada Sofea. Aku rasa baik kau keluar dari bilik aku ni sekarang juga. Aku tak mahu perkara ni merosakkan persahabatan kita.”

            Sofian menggeleng lemah. Kalau boleh diketuk kepala temannya, memang sudah diketuk-ketuk sekuat hati supaya hatinya puas.

            “Aku tak salahkan Sofea. Sebenarnya aku ada dua soalan.”

            Fahmi berdiri dari kerusinya kemudian berjalan ke arah pintu dan membukakan pintu itu seluas yang mungkin.

            “Aku rasa takde apa-apa lagi yang nak dibualkan.”

            Kata Fahmi dengan tujuan untuk menghalau Sofian keluar dari bilik pejabatnya. Sofian berdiri kemudian berjalan mendekati  Fahmi. Dia menepuk perlahan bahu temannya.

            “kau ada di mana selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin dengan Dya?”

            Sofian sempat mengajukan soalan sebelum keluar dari bilik Fahmi itu.Fahmi tersentak di hadapan pintu biliknya.