Epilog
Fahmi POV
Aku tidak tahu kenapa aku boleh terlupa
dengan begitu lama.. aku hampir kehilangan dia. Nadia Alisya. Sedikit demi
sedikit ingatan yang hilang kembali kepada aku. Aku teringat ketika aku pertama
kali aku memperkenalkan diri kepada secara formalnya kepada Dya. Izhar.. arwah papa selalu memanggil aku dengan nama
itu. Singkatan dari Izkandhar. Fahmi Izkandhar. Aku mahu dia memanggil aku
dengan nama itu. Pertama kali mendengar dia memanggil aku dengan nama Izhar,
hati aku yang kecewa dengan pemergian Sofea kembali berbunga-bunga. Satu hari
aku tersenyum sehingga Sofian hanya mampu mengeleng kepala melihat gelagat aku
ketika itu.
“Diary?”
Dya
berdiri di hadapan aku dengan wajah berkerut.Reaksi wajahnya melihat aku dengan
pelik. Aku tersenyum lebar.
“Taklah..
makanan.”
Jawab
aku dengan nada nakal. Dya menarik muncung kemudian duduk menyelit di atas
pangkuan aku. Tangannya dilingkarkan pada leher aku dan kepalanya mendongak
mahu melihat wajah aku. Rambutnya aku belai seketika.
“Macam
mana abang boleh teringat?”
Sepanjang
beberapa bulan kami kembali bersama, inilah kali pertama Dya berani bertanya
soalan itu kepada aku. Mungkin dia takut untuk mendengar jawapan aku. Atau
mungkin dia tidak mahu tahu pun apa yang berlaku. Mungkin yang penting adalah
aku dan dia masih bersama.
“Masa
Dya nak bersalin….”
Dya
teragak-agak mahu menyambung pertanyaannya. Aku membelai kembali rambutnya.
Sesekali kelihatan Farish bergerak-gerak di atas katilnya. Mujur dia masih
lena. Dya masih merenung aku. Meminta penjelasan.
“Dya
ingat tak yang Dya pernah tulis diary?”
Air
mukanya berubah sedikit. Mungkin terkejut. Kemudian dia mengangguk perlahan.
“Abang
ada baca kan?”
Aku
mengangguk perlahan.
“Dya
terjumpa satu diary Dya di dalam bilik kerja abang. Dan Farina pernah cakap
yang orang macam abang ni tak minat baca diary-diary macam tu. Penyibuk juga
abang ni kan?”
Katanya
dengan nada nakal. Aku tertawa kecil.
“So,,
sambung cerita abang.. kenapa dengan dairy Dya tu?”
Katanya
dengan nada budak-budak minta dibacakan buku cerita. Aku hampir tergelak lagi.
Wanita inilah yang hampir hilang dari hidup aku. Aku mengeratkan pelukan aku.
Dya merehatkan kepala di dada aku tapi kami masih bertentang mata.
“Sepanjang
membaca diary sayang.. satu je perasaan yang buat abang tak tenang dan rasa
mahu marah setiap hari.. abang rasa cemburu sayang.. abang cemburu dengan cinta
yang sayang dan Izhar ada. Di dalam fikiran abang, Izhar seorang lelaki yang
sungguh bertuah kerana mendapat cinta sayang walaupun dia dah tiada.”
Dya
merenung aku dengan pandangan berkerut.
“Izhar
tukan abang?”
Aku
tertawa lagi.
“Tapi
tiada sesiapa pun yang nak bagitau abang perkara sebenarkan. Sampaikan abang
buat conclusion sendiri yang Izhar tu kekasih sayang yang dah
meninggal dunia.”
“Abang
tak ingat?”
Soalan
Dya membuatkan aku mengerut dahi.
“Apa
dia?”
Dya
menarik nafas panjang.
“
Waktu abang baru sedar dari pembedahan.. Dya berulang kali cerita dengan
abang.. panggil abang dengan nama Izhar.. Tapi abang mengamuk dan tak suruh
semua orang panggil abang dengan nama Izhar.. Abang nak orang panggil abang
dengan nama Fahmi balik. Besoknya, selepas abang mengamuk.. abang lupa semula
apa yang terjadi dengan abang.. Dya cerita balik dengan abang dengan harapan
yang abang akan ingat Dya. Tapi tak..”
Aku
mula meraup wajah. Selama ini aku mencemburui diri aku sendiri. Aku tak pernah
sangka yang Izhar dan aku adalah orang yang sama.. sehinggalah hari semasa Dya
mahu bersalin. Kalaulah aku turutkan kata hati aku untuk membiarkan sahaja
Diary Dya.. mesti aku tidak perasaan yang selama ini akulah orang yang Dya
maksudkan di dalam setiap tulisannya.
“Diary
Dya yang terakhir.. ada gambar Izhar.. ya.. abang tau itu abang..”
Cepat
aku memotong ayat Dya apabila melihatnya seperti mahu berkata sesuatu.. Di
wajahnya kelihatan risau. Mungkin dia takut aku terlupa lagi. Aku mengusap
perlahan wajahnya.. Mahu menghilangkan kerutan di wajah itu. Aku hanya mahu
melihat dia tersenyum. Bukan berkerut kerisauan seperti ini.
“Sebelum
abang tau yang Izhar dan abang adalah orang yang sama. Mungkin wajah kami boleh
ada persamaan. Mungkin perangai Izhar dan abang sama, dan mungkin kami belajar
di tempat yang sama.. Tapi tak mungkin, abang dan dia mempunyai seratus peratus
persamaan termasuk nama. Fahmi Izkandhar. Note yang tertulis di belakang gambar
tu tertulis….”
“Orang
yang akan selalu mengingati dan menyayangi Dya.. Fahmi Izkandhar..”
Dya
mengungkapkan ayat itu dengan lancarnya. Seperti dia sudah simpan di dalam
kotak ingatannya. Dan dari wajahnya, aku boleh tahu yang dia akan terus ingat
kata-kata yang aku tulis di dalam gambar yang aku berikan kepada dia sebelum
kemalangan yang membuatkan kami ter‘pisah’ itu terjadi. Bunyi telefon bimbit
membuatkan kami berdua terkejut. Aku mengambil telefon bimbit yang berada di
tepi meja bersebelahan dengan aku. Mama Ruby? Aku mengerut dahi. Dya melirik kea
rah telefon miliknya yang sedang aku pegang. Kemudian tersenyum. Aku
memandangnya meminta jawapan.
“Mamala….”
Jawab
Dya pendek sambil mengambil telefon dari pegangan aku. Aku menunggunya sehingga
menamatkan perbualan dengan mama. Rasanya mama dah tak ingat dengan anak
lelakinya yang tunggal ni.. Tiada langsung tanda-tanda dia mahu berbual dengan
aku. Dya kembali ke pangkuan aku selepas selesai bercerita dengan mama. Aku
menjungkit kening. Tanda masih mengemukakan soalan yang sama. Dya tertawa kecil.
“Dya
tulis diary sebab masa kecil.. sehinggalah besar, Dya seorang yang cepat
pelupa. Dya takut satu hari nanti, Dya akan terlupa dengan semua benda-benda
penting. Berbalik kepada nama panggilan mama,.. em.. Mama kan kawan lama ibu
Dya… So, bila terjumpa di pasar raya, Dya pun tegurlah.. dengan bangganya Dya
menjerit dari jauh.. Auntie Ruby!! Confident je itu nama mama.. Muka mama masa
tu terkejut tau.. lepas tegur-tegur ala kadar, Dya pun minta diri la.”
Aku
mengerut dahi.
“Mama
tak bagitau ke nama dia Fatihah?”
Dya
tertawa kelucuan.
“Itulah
masalahnya… mama tak bagitau.. berapa kali jumpa mama, mama tetap tak tegur
pasal nama Ruby tu.. sampailah bila ada kenduri dekat kampong.. Masa tulah Dya
tau nama sebenar mama.. Tapi mama kata dia tak kisah.. Dia suka Dya panggil dia
dengan nama tu..”
Aku
tertawa kecil sambil menarik hidung Dya. Dah tau terlupa, buatlah cara
terlupa.. Ini suka hati dia je bagi nama dekat orang.. Agaknya dia pernah tak
lupa nama aku waktu awal-awal kami berjumpa? Dya.. Dya… Aku mengucup dahinya
lama.. Mujurlah ada Diary Dya. Aku mungkin akan mengambil masa yang lama untuk
mengingati kenangan kami bersama.. Atau mungkin akut tidak akan dapat
mengingatinya.. Tapi cuma satu yang aku tau.. apa yang aku rasa… aku tidak mahu kehilangannya. Perasaan yang
sama sewaktu aku berkejar ke hospital untuk menjumpainya.. aku takut kehilangan
Dya.
“Selalu
sayang abang…”
Bisik
Dya perlahan yang membuat aku tersenyum. Abang
juga akan selalu sayangkan Dya….
Huhhuhu...
ReplyDeleteAkhirnya br paham ending citer nie