Followers

New Novel

Thursday, September 20, 2012

Dana@Adriana 34


Bab 34
            “Assalamualaikum..”

            Illina bergegas ke arah pintu. Mujur pecahan pasu bunga yang bersepah di hadapan pintu sudah dibersihkan oleh salah seorang pembantu rumah Villa Adria yang diculik Marina untuk seketika. Mujur Adrian tidak banyak bertanya. Dan mujur juga Illina tidak tahu mengenai itu.

            “Waalaikumsalam!..Masuklah..”

            Marina mempelawa masuk beberapa orang wanita dan pemuda yang masih berpakaian pejabat. Muka semuanya nampak penat. Mungkin belum sempat pulang ke rumah. Tapi sanggup juga mereka meluangkan masa apabila Marina meminta pertolongan, kononnya untuk Cik Adriana. Tu namanya pekerja yang setia. Tak merungut bila meminta bantuan. Bisik hati Marina.

            “Eh... Kejap.. ingat perjanjian kita.. Jangan buat muka terkejut.. dan jangan tanya soalan kuiz satu Malaysia pulak.. buat macam biasa.”

            Mereka semua mengerut dahi. Hairan.

            “Siapa tu Yna?”

            Semua membuat reaksi terkejut.

            “Kan dah cakap jangan terkejut..”

            Bisik Illina perlahan.

            “Sorry cik Yna.. Reflect action. Muka dia seiras dengan muka Cik Illina.”

            Laily ikut berbisik sama.

             “Macam cik Adrianalah..”

            Tambah Roslan, salah satu orang pekerje yang amat dipercayai oleh Adriana. Pekerja yang lain turut mengangguk.

            “Kan dah cakap.. jangan tanya soalan jenis drama bersiri ni..Dah.. masuk..”

            Dana masih kebingungan dihadapan pintu rumah walaupun mereka yang lain sudah selamat merehatkan diri di ruang tamu. Ni nak siapkan proposal ke, nak buat party? Bisik hati Dana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            “Misi kita berkumpul di sini adalah untuk membantu cik Dana, untuk menyiapkan proposal dalam masa dua hari.”

            Nazmi, ketua arkitek di Adria holding mula mengerut dahi. Laily sudah mula picit kepala. Roslan dan Marissa pula buat muka bingung.Marina sudah mengagak akan melihat reaksi seperti ini dari pekerja kepercayaan Adriana ini. Dana masih lagi dengan muka tanpa sebarang perasaan risaunya.

            “Proposal untuk?”

            Tanya Marissa. Marina tersenyum lebar dengan soalan dari Marissa itu.

            “Adria Holding!.”

            Kata Marina dengan terujanya.

            “Hah??”
            Semua buat muka terkejut. Kemudian merenung wajah Dana.

            “Proposal untuk tender Resort Damai? Kan abang cik Marina punya company yang dapat apasal kami pekerja Adria Holding pula yang kena tolong buat proposal tu. Lebih baik Adria Holding sendiri yang handle project tu kalau macam tu.”

            Kata Roslan tidak puas hati. Marina tersenyum.

            “Masalahnya sekarang...”

            Marina terberhenti bercakap apabila Dana laju saja menerangkan semuanya

            “Saya tak sengaja ter.. TERkritik proposal yang sudah dibuat oleh Mutiara Holding. Dan, encik Mikhail cabar saya untuk buat proposal tu dalam masa dua hari.Tapi saya manalah tahu pasal semua benda tu.”

            Dana membuat muka 50 sen. Meminta pertolongan.

            “Kita kena selesaikan benda tu dalam masa dua hari?”

            Nazmi menarik nafas panjang  dan merenggangkan badan.

            “Jom kerja!.”

            Dana tersenyum. Takdelah dia menerima senyuman sinis Mikhail kalau mereka sempat menyiapkan kertas cadangan itu.

            “Laily.. keluarkan semua dokumen pasal project tu.”

            Semua memandang kea rah Dana. Baru je tadi kelihatan seperti gadis ayu yang Cuma duduk diam mendengar mereka yang lain berbicang. Tapi sekarang sudah mula terasa aura-aura tegas Adriana Illyana.

            “Double personalty?”

            Bisik Marissa.

            “No.. Dia tengah diambang Dana dan Adriana.”

            Balas Marina perlahan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Macam mana?”

            Adrian yang sedang membaca beberapa dokumen yang diserahkan oleh Mikhail sebentar tadi mengangkat kepala sambil berfikir seketika. Kelihatan wajahnya seperti berkerut. Kemudian tersenyum lagi.

            “Okay.”
            Mikhail mengerut dahi. Okay bukan jawapan yang terbaik. Dia mahu mendengar jawapan yang lebih menyakinkan seperti itu.

            “Its great, actually.”

            Mikhail mula tersenyum apabila mendengar jawapan dari mulut Adrian. Rasa mahu saja dia rakam jawapan Adrian sebentar tadi dan kemudian menyuruh Dana mendengar kata-kata Adrian itu biar sampai bernanah telinga wanita itu. Biar Dana tahu yang kertas cadangan yang dikutuk wanita itu adalah yang terbaik.

            “Encik Adrian...”

            Laily muncul di muka pintu dengan mata yang sembam. Adrian mengerut dahi melihat penampilan setiausahanya itu. Mahu dikatakan dia memberi banyak kerja kepada wanita itu, rasanya tidak pernah. Tapi mata Laily seperti tidak tidur bertahun-tahun. Lebam macam baru ditumbuk di mata.

            “Em.. tadi ada seorang perempuan hantarkan dokumen ni untuk encik Mikhail. Katanya Encik Mikhail tertinggal dokumen ni.”

            Mikhail mengerut dahi.

            “Siapa yang hantarkan?”

            Tanya Mikhail inginkan kepastian. Bingung juga kerana semua dokumen sudah ada di atas meja Adrian. Takkan ada lagi yang tertinggal.

            “Dia kata nama dia, Dana.”

            Muka Mikhail yang tadinya manis dengan senyuman mula memasamkan muka. Laily buat tidak tahu dengan perubahan wajah jejaka itu. Dia menyerahkan kertas cadangan yang mereka berjaya siapkan di awal subuh tadi.

            “Brilliant!.”

            Wajah Mikhail makin masam.Adrian meneliti kertas cadangan yang baru diberikan Laily itu.

            “Tak sangka Encik Mikhail suka bergurau. Sanggup buat dua proposal. I think this one is better.”

            Mikhail meraup wajah. Tension!

            “Saya suka dengan ayat ni., Customer want something different and we have to give something more than different.”

             Seperti resmi padi, makin berisi makin menunduk. Mikhail mula menunduk kerana kepalanya sarat dengan perasaan marah dan geram!.



1 comment:

  1. Writer..bl nk ade n3 br???
    Da bkurun tggu nie...
    Xsbr nk tau ape jd kat adrianna

    ReplyDelete