Followers

New Novel

Sunday, September 1, 2013

Bukan Aku,Kau & Dia 6

Safran POV

                 Aku terbangun dari tidur bila terdengar pintu tertutup. Mengelip-ngelip mata seketika sementara otak mula berkerja semula. Aku mengeliat kecil bila mula tersedar. Nota di tepi bantal aku aku baca seketika. Dia dah balik asrama. Patutlah rumah terasa tenang sahaja pagi ni. Aku bergerak ke dapur mula tersenyum suka bila melihat ada makanan yang sudah terhidang di atas meja. Bagus juga si pendek ni siapkan semua sebelum pulang ke asrama. Kalau tidak terpaksalah aku bersiap lagi untuk mencari makanan di luar.

                Aku teringat pergaduhan kami semalam sebelum masuk ke bilik tidur. Hani mula membebel dan mula berkata tidak.tidak.tidak walaupun aku belum habis bercakap mengenai hal itu. Huh! Aku tak sangka Hani tu seorang yang membosankan. Tak boleh adakan parti kat rumah lagi? Aku cuma menjemput orang kelab hoki dan kawan-kawan rapat itu pun membuat Hani mahu melenting. Macam sahaja aku menyuruhnya menyiapkan semuanya untuk parti itu. Dia pun akan dijemput. Tapi bukan sebagai tuan rumah. Apa yang buat dia tak senang hati. Bukan parti liar pun. Kalau taknak rumah bersepah, panggillah cleaner agency . Senang. Tak payah nak membebel-bebel.

                Selesai makan, aku meletakkan pinggan di dalam singki. Malas mahu mencuci. Mungkin nanti. Hajat hati mahu mengambil jus oren di dalam peti ais terhenti apabila ada nota sebesar buku melekat di hadapan peti ais.

                -oh.. no.no.no.. Cuci pinggan lepas Makan!-

                Aku mengoyakkan nota itu kemudian membuangnya di dalam tong sampah dengan rasa bengang. Dan aku bertambah bengan bila satu lagi nota kecil melekat di pintu peti ais. Si pendek ni bangun pukul berapa sampaikan dia sempat buat nota ni.

                -Seriously! Just put the dishes in dishwasher.. And let that machine do the job Lazybones!-

                Aku meramas rambut dengan kuat. Geram dengan nota itu.

                “Fine!”

                Walaupun Hani tiada di dalam rumah untuk membebel, aku meletakkan juga pinggan-pinggan yang aku letakkan di dalam singki ke dalam mesin pencuci pinggan-mangkuk-gelas-apa-apa jelah- itu. Aku tak mahu nanti muncul lagi nota-nota yang menyakitkan hati.

                Baru teringat yang hari ni sudah masuk 3 hari aku tidak menelefon Sarah. Rasanya dah cukup masa untuk membuat aku tak begitu berharap dengan dia. Dan dia juga tak telefon aku. Tapi aku rasa Sarah lain sikit dari semua perempuan yang pernah aku ajak keluar. Dan tentunya Hani bukan termasuk dalam kategori itu. Hani bukan lain sikit dari yang lain. Tapi dia lebih banyak lain dari biasanya. Dan dia bukan perempuan yang pernah aku ajak keluar. Dan takkan pernah jadi. Aku mendail nombor telefon Sarah. Harap dia masih ingat dengan aku. Sebenarnya aku lebih berharap dia masih tergila-gilakan aku. Lama telefon dibiarkan berdering. Aku menunggu dengan penuh harapan. Kalau dia tak angkat telefon, mahunya aku malu setahun.

                “Hello.”

                Aku tersenyum lebar bila mendengar suara yang serak-serak basah menjawab panggilan. Wow.. seksinya suara dia pagi-pagi ni. Mesti aku mengganggu tidur dia. Mesti dia seksi bila tidurkan. Ah.. aku mula fikir bukan-bukan. Mesti kesan dari silent treatment semalam. Aku memang bodoh sebab menolak tuah. Orang dah suruh pindah kat atas katil. Ah! Tak payah fikirlah.

                “umm .. Sarah.”

                Bila aku menyebut saja namanya, terdengar bunyi seperti tengah tersesak nafas. Okay ke tidak minah ni.

                “Sarah.. you okay?”

                Terdengar bunyi terjatuh. Aku mengerut dahi bila Sarah mula menjerit kecil. Sleep walking ke minah ni.

                “Umm..”

                Aku mengaru kepala. Salah masa ke aku menelefon ni?.

                “Safran?”

                Baru terdengar suara Sarah di hujung talian. Bunyinya seperti tengah menahan rasa teruja. Aku tersenyum. Suka dengan keadaan itu.

                “Ya..”

                Jawabku dengan pendek.

                “Ke..kenapa? eh.. ada apa?”

                Aku tertawa kecil bila dia kedengaran serba tak kena.

                “You busy hari ni? Kalau tak, I cadang nak ajak you pergi jalan-jalan.. Makan..”

                Aku duduk di atas sofa sambil tersenyum kemudian senyuman yang manis kerana dapat mendengar suara Sarah terganggu seketika apabila ada nota kecil terletak di dalam pasu bunga.

                -Tolong siram.. Jaga bunga pun tak reti.. tapi gatal nak jaga anak dara orang!-

                Beraninya si pendek ni! Nantilah dia minggu depan. Jangan harap dia dapat berehat! Aaa.. apa yang kamu fikir?! Jangan harap dia dapat berehat sebab dia terpaksa kemas seluruh rumahlah.. aku menarik nota itu kemudian membuang nota itu di atas lantai. Aku kembali tersenyum. Menunggu jawapan dari Sarah

                “haa.?”

                Balas Sarah dengan nada seperti tidak percaya. Aku mengerut dahi.

                “Tak mahu ke?”

                Mahulah..mahulah..

                “Bukan.. Rasa tak percaya pula.”

                Aku menekan-nekan punat alat kawalan jauh astro. Mencari rancangan yang menarik. Balik-balik iklan wayang ombak rindu yang tersiar di kebanyakan saluran astro. Dan yang menimbulkan geram, setiap minggu bila si pendek tu balik. Dia akan melanggan wayang itu walaupun sudah berkali-kali dia menontonnya. Akulah yang kopak membayar siaran astro first itu. Entah apa yang seronoknya.

                “Kenapa pula tak percaya?”

                Aku bertanya selepas mendengar jawapannya.

                “Aa..?”

                Aku tersenyum. Teringat sewaktu keluar bersama Sarah beberapa hari lalu. Bunyi itulah yang selalu didengar bila Sarah mula kebingungan atau malu. Mesti comel bila tengok muka dia sekarang. Muka bingung lagi ditambah dengan muka baru bangun tidur. Aku tersenyum sendiri.

                “Kenapa pula tak percaya?”

                Aku mengulang pertanyaan yang sama.

                “Ooo..Sebab dah berapa hari you tak call I.. ingatkan awak tak sudi.”

                Senyuman aku bertambah lebar bila dia berkata seperti itu. Peluang aku nampaknya makin cerah kalau macam tu.

                “You pun tak call I..”

                Kata aku kononnya sedikit tersentuh dengan keadaan itu.

                “Ingatkan you  tak berminat dengan I. Atau I bukan macam yang you sangka. So,.. Macam tulah..”

                Sambungku. Walaupun kenyataan aku tadi ada sedikit salah. Ya,memang semua pun tak  betul.

                “No.. Bukan I tak minat.. I nak sangat call you lepas kita keluar bersama.. Tapi kawan I kata I patut tunggu you call. Itupun kalau you akan call.”

                Aku tertawa kecil. Patutlah! (geram).

                “Ofcouse I akan call you Sarah.. Siapa kawan you tu?”

                Patutlah dia tak call aku. Rupanya ada juga yang jadi penasihat tak berbayar.

                “Kawan I.. Yang selalu sama-sama dengan I bila ada mesyurat kelab Hoki. Dia roommate I. Nama dia Hani.”

                Aku tersenyum geram sekarang. Patutlah! Dia yang menjadi penasihat. Penyibuk betul!

                “Ohh.. Dia.. Emm.. you terima nasihat dari orang yang dikelilingi banyak pelajar lelaki dan menganggap semuanya hanya kawan dia tu?”

                Aku cuba mengawal kebengangan tahap petala ke lapan ini. Dia sudah lupa dengan perjanjian kami? Dia dengan hidup dia, dan aku dengan hidup aku.

                “You marah ke?”

                Tanya Sarah serba salah. Oo.. tengok apa si pendek tu dah buat! Sarah dah serba salah dengan Aku. Semuanya salah si pendek tu!.

                “No... tentulah tidak Sarah. You nak temankan I jalan-jalan ke?”

                Aku cepat menukar topik.

                Lamanya menunggu jawapan dari Sarah.

                “Atau you nak minta pendapat dari sesiapa dulu sebelum keluar dengan I.. yelah.. I..”

                Sarah memotong ayatku.

                “No.no.no... I nak keluar dengan you..tak perlu minta pendapat dari sesiapa pun.”

                Aku tersenyum bila mendengar jawapannya.

                “Okay.. Jumpa you dua jam dari sekarang?”

                “Okay..”

                Selepas mematikan talian aku masih tersenyum lebar. Aku mengambil tuala baru di dalam almari. Hani sentiasa mencuci tuala yang aku pakai setiap hujung minggu. Aku membuka baju kemudian hanya membuang saja di atas lantai sebelum menutup pintu almari. Ada kertas kecil yang jatuh di atas kaki aku. Aku mendengus geram.

                -Hey Mister! Laundry bag cuma beberapa langkah je dari tempat anda berdiri sekarang. Jangan jadi malas! Masukkan baju kotor di dalam laundry bag!-

                Perempuan ni buat aku hilang sabar! Aku memungut kasar baju yang aku buang ke lantai sebentar tadi kemudian memasukkan dengan ke dalam Laundry Bag bersama kata makian dan bebelan.

                “Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

                Aku menjerit bila terjumpa lebih banyak nota di dalam bilik air.

                -hey..berus gigi betul-betullah..jangan percikkan air di cermin ni.-

                Aku jumpa nota tertampal di cermin singki.

                -Jangan lupa KERINGKAN air di dalam tub lepas mandi. Nanti berlumut!-

                Di dalam Tub mandi.

                -Letak berus gigi di tempat penyangkut lepas guna. Jangan main letak je.-

                Aku menarik nafas geram bila nota terakhir.

                -Gud Morning Husband, And.. oh ya.. Aku guna kredit kad kau sebanyak RM 500.. Ya.. you know.. some girl stuff.. ;).. breath husband.. breath.. aku belum mahu jadi janda lagi-

                “Great!”

                Belum sampai sebulan aku dah mula kopak. Nasib Dr.Sport selalu mendapat keuntungan yang memberangsangkan. Tapi dia ingat aku ni cop duit ke apa?.. Great!

No comments:

Post a Comment