Followers

New Mini Novel

Thursday, October 17, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 30



xxx POV

                Aku tak sangka macam ini jadinya. Aku berlegar-legar di dalam bilik. Tak mungkin. Ayat yang sedang bermain-main di kepala aku sekarang. Aku takkan biarkan itu berlaku. Aku sayangkan dia. Aku takkan benarkan dia menjadi milik orang lain. Aku akan cuba menangi hati dia semua. Mungkin kejadian itu membuatkan dia jauh dari aku. Tapi aku yakin.. kalau aku sabar memujuk hati gadis yang aku sayangi itu.. mungkin kami akan bersama semula seperti dulu. Aku yakin. Bunyi telefon bimbit aku memecahkan kesunyian bilik aku ketika ini.

                “Hello..ya.. korang ready je. Bila ada masa yang sesuai, baru aku inform.”
               
                Aku duduk di kerusi sambil mengapai bingkai gambar yang mempunyai gambar milik gadis yang sentiasa menjadi pujaan hati aku. Dia kelihatan cantik berbaju kurung sekolah. Aku mengusah perlahan gambar gadis yang aku sayangi itu.

                “Aku tak nak sikit pun korang sentuh kekasih aku tu nanti. Terus hantar dia ke tempat yang aku dah sediakan untuk dia.”

                Aku memandang ke arah dinding bilik aku. Senyuman aku makin melebar melihat gambar besar yang aku lekatkan sebagai pengganti kertas dinding. Gambar sebelum kejadian itu berlaku. Kejadian yang di sebabkan kebodohan aku sendiri. Aku mengeluh lemah. Aku kena bersabar. Tak lama lagi aku akan mendapat cinta hati aku semula.

                “Bersedia dua hari dari sekarang. Masa pertandingan hoki diadakan.”

~~~~~~~~~~~~

Safran Pov

                “Arghhhh!”
               
                Jeritan Hani membuatkan aku terjaga dari tidur yang lena. Hani yang sudah terduduk selepas menjerit kelihatan seperti ketakutan. Aku terus bangun kemudian mendekatkan tubuh Hani kemudian memeluknya. Hani membalas pelukan aku sambil teresak-esak.
               
                “hei.... Its okay..  Cuma mimpi je tu..”
               
                Pujuk aku perlahan walaupun aku tidak tahu apa punca Hani menjerit tadi dan kemudiannya menangis. Aku cuma serkap jarang je tadi cakap dekat dia yang dia cuma mimpi. Mata aku meliar juga ke sekeliling bilik mencari kalau-kalau ada tikus atau lipas yang membuatkan Hani menjerit sebegitu.
               
                ‘tuk..tuk..tuk..’

                Ketukan di pintu kemudiannya kedengaran.

                “Kenapa tu Hani??”
               
                Suara opah Hani kedengaran di luar pintu bilik kami. Jelas kerisauan dengan jeritan Hani sebentar tadi.
               
                “Takde apa-apa opah.. Hani mimpi buruk tadi.”
               
                Kata aku tanpa berkalih dari katil kerana Hani masih kuat memeluk aku seperti takut dengan sesuatu.
               
                “Hah... itulah tidur tak basuh kaki.. Sebelum sambung tidur, baca dulu surah 3 Qul.”

                Pesan opah sebelum masuk semula ke biliknya. Kedengaran pintu dibuka dan ditutup. Mungkin opah belum tertidur sewaktu Hani menjerit tadi. Aku mengusap rambut Hani perlahan. Hani masih teresak-esak.

                “Takde apa-apalah tu.. mimpi je. Aku dah dekat sini.”

                Hani cuma mendiamkan diri.    

                “Aku mimpi kau dah takde.”
               
                Kata Hani setelah lama mendiamkan diri. Aku tertawa kecil. Hani mendongakkan kepala melihat aku. Dia kelihatan tidak puas hati.

                “Kata orang.. mimpi tu kadang-kadang terbalik. Kalau kau mimpi aku takde, ertinya aku akan selalu ada untuk menghuru-harakan hidup kau. Jangan risaulah. Kau ingat senang-senang ke aku nak tinggalkan kau?”

                Kata aku selamba. Hani masih kelihatan murung.

                “Tapi aku mimpi kau kena tembak...”
               
                Aku mengerut dahi. Dia ni benci sangat dengan aku ke sampai termimpi aku kena tembak. Tragis tu..

                “Kena tembak oleh siapa?”
               
                Aku bertanya. Hani kelihatan selesa bermain dengan jari-jemari aku. Jelas sungguh kelihatan Jari-jemari dia yang agak kecil dari aku itu bila dia cuba menggenggam tangan aku. Hani kelihatan termenung jauh dengan soalan aku tadi.

                “Hani... are you still here?”

                Aku bertanya dengan nada sarkastik.  Apabila Hani kelihatan lebih selesa bermain dengan tangan aku daripada menjawab soalan aku tadi. Hani menarik muncung panjang dengan soalan aku sebentar tadi.
               
                “Memanglah masih di sini. Takkan kau sedang peluk patung kot.”

                Jawab Hani. Masih lagi menarik muncung. Aku tersenyum mendengar jawapannya. Air mata yang masih tersisa di pipi aku usap perlahan bila hati mengangkat wajahnya untuk menghadap aku.

                “Tahu pun bukan patung.. Ceritalah.. siapa yang tembak aku tu?”
               
                Aku mengulang kembali soalan yang tidak berjawab sedari tadi. Hani mengerutkan dahi seperti mahu berfikir sebelum menjawab soalan aku.

                “Que.”
               
                Jawab Hani pendek.  Aku cuma berdiam diri sambil mengusap bahu Hani perlahan.

                “Takde apa-apalah. Mimpikan Cuma mainan tidur. Dah., nak ikut solat tahajjud ke? Dah alang-alang terbangun ni.. boleh tenangkan hati tu sikit.”
               
                Aku mula bangun dari katil.
               
                “Kejap.. fikir dulu.”
               
                Aku mengerutkan dahi. Yelahlah sangat berfikir. Aku menggeleng kepala bila Hani yang kononnya mahu berfikir mula melabuhkan semula kepalanya di atas bantal. Cuma beberapa saat sahaja, aku terus dapat mendengar bunyi dengkuran kecil dari Hani.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                “Kenapa Hani semalam?”

                Tanya Mummy Hani ketika aku sedang duduk menjamu sarapan pagi. Aku mengambil sekeping roti yang sudah siap disapu planta dan jem oleh mummy.  Hani awal-awal lagi sudah menyerah kalah bila tercium bau kopi yang terhidang di atas meja makan. Aku sempat menjeling ke arah Hani yang duduk di ruang tamu sambil menutup hidungnya menggunakan kolar bajunya.

                “Nightmare je mummy.. Ingatkan ada perompak masuk rumah semalam. Nak tercabut jantung saya semalam sebab terkejut.”

                Jawab aku perlahan. Opah menuangkan kopi ke dalam cawan kosong di hadapan aku. Inilah yang aku suka bila balik rumah opah Hani. Layanan first class.
               
                “Opah pun fikir macam tu semalam .. Tu yang opah ketuk pintu bilik kamu semalam.”
               
                Kata Opah pula. Daddy tidak kelihatan. Mungkin sudah pergi menjenguk kebun dengan abah aku. Irah, adik Hani dan Fatin, adik aku yang lahir pada tahun  yang sama asyik bercerita di depan balkoni.
               
                “Jadi kamu pergi klinik hari ni?”
               
                Tanya mummy. Aku mengangguk laju. Tak sabar mahu tahu sama ada betul atau tidak jangkaan kami semalam.

                “Ala... tak payahlah nak pergi.. Tengok pun dah tahu yang Hani tu confirm mengandung. Tengok tu.. sanggup makan di sana sebab tak mahu terhidu bau kopi ni. Selalu dialah yang laju habiskan kopi ni.”
                Kami masing-mmasing mengalihkan pandangan kepada Hani yang sedang mengunyah roti kosong sambil menonton television. Hai... habislah aku kalau macam ni.. makin lama makin pelik isteri aku ni.

~~~~~~~~~~~

                Hani POV

                Safran masih mendiamkan diri sambil tersenyum memerhati gambar sonogram yang diberikan oleh doktor sebentar tadi. Kami masih berada di lempat letak kereta berhadapan dengan klinik ibu dan anak. Aku mengusap perut aku yang masih kempis itu. Senyuman terukir sedikit. Seperti Safran.. Aku pun masih dalam keadaan tidak percaya.

                “Hidung dia ikut hidung kau.”
               
                Tiba-tiba Safran memecah kesunyian setelah puas dia memerhatikan setiap penjuru gambar yang ada di dalam pegangan dia itu. Aku tertawa riang. Aku melabuhkan kepala di bahu Safran sambil memerhati gambar di tangan Safran itu.

                “Aku rasa mata dia macam mata kau.”

                Kata aku pula. Kali ini giliran Safran tertawa lucu.
               
                “Mulut dia....”

Safran mengerut dahi. Aku sabar menanti bicaranya.

“Kenapa mulut dia macam mama? Habislah.. nanti kecil-kecil dah suka membebel.”

Safran kelihatan serius bila berkata seperti itu. Kalau mama dengar apa yang dikatakan oleh anak lelaki tunggalnya ini, pasti telinga Safran sudah menjadi sasaran. Safran memang suka mengusik mamanya itu walaupun telinganya sering kali menjadi habuan. Kami berpandangan seketika kemudian tertawa besar. Aku melihat semula ke arah gambar sonogram di dalam pegangan Safran itu. Bayi di dalam kandungan aku masih berbentuk seperti sebiji kidney bean.

“Tajam juga mata kau ni kan.. Aku nampak macam rupa Kidney bean je gambar ni.”

Kata aku sambil tersenyum lebar. Safran tertawa lagi.

“Aku rasa macam nak bagi penampar je dengan doktor tu tadi bila dia tunjukkan gambar kacang then kata yang itu anak kita.. mujur juga dia cepat bagi penjelasan. Kalau tidak memang rasa juga penampar sulung aku tadi.”

 Aku tertawa. Mujur juga doktor tadi banyak memberi penjelasan tentang cara-cara menjaga kesihatan dan tips-tips yang patut diamalkan sepanjang aku mengandung. Nak harapkan kami berdua memang satu apa pun kami tak tau. Safran kemudiannya menjentik dahi aku perlahan. Aku mengerut dahi.

“Cuba jangan ber’kau-aku’ depan anak.. Panggil abangkan mesra sikit..”

Aku mengecilkan mata. Kononnya marah dengan perilakunya sebentar tadi. Suka hati jentik-jentik orang. Safran yang melihat aku menarik muncung cepat-cepat meniup dahi aku tempat dijentiknya sebentar tadi. Kemudian bibirnya singgap sebentar di dahi aku. Aku makin tersenyum lebar. Safran mengenyit mata apabila melihat senyuman aku.

“Terima kasih abang..”
               
Kata aku perlahan. Aku terpaksa kena practice panggil Safran dengan panggilan ‘abang’ hari-hari ni. Macam orang putih selalu kata, practice make perfect!.

Welcome sayang..”

Senyuman aku bertambah lebar. 

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 29

Safran POV
"Tadi cerita dengan mummy dengan mak pasal apa?"
Aku duduk di tepi katil sementara Hani duduk menyandar di kepala katil sambil mengunyah hidangan 'istimewa'nya itu. 
"um? takde apa-apa. Dorang cakap benda yang sama juga dengan kau cakap tadi."
Aku membuat muka bingung. Banyak benda yang aku cakap dari tadi. Mana aku nak ingat yang mana satu. Cuba spesifik sikit.
"Baby."
Mulut aku automatik berbentuk O. Aku duduk dengan keadaan yang serba salah.
"Tapi aku dah cakap dah.. Aku makan birth control pill."
Aku mengangguk perlahan. Berkerut juga dahi bila melihat Hani kesedapan makan hidangan 'istimewa'nya itu. Hani menjungkit kening.
"Nak ke?"
Aku cepat-cepat menggeleng. Apa resepi isteri aku makan ni?
"Sedap...."
Aku menelan liur. Bukan kerana aku teringin sangat makan benda tu. Tapi aku tak mahu meracun perut aku sendiri. Aku bermain dengan jari-jemari aku. Serba-salah.Kejap-kejap merenung ke arah  Hani. Nak cakap ke tak..
"Hani.."
Mukhadimah awal.
"Em.."
Hani begitu menumpukan kepada makanan di hadapannya itu. Kenapa juga dia bawa makanan atas katil. Kalau dulu, bawa makanan masuk bilik pun dah kena bebel panjang. Dia boleh pula buat macam tu.
"Apasal makan dalam bilik.. Bersemutlah nanti."
Perhatian! bukan itu yang aku nak cakap sebenarnya. Tapi.. Aku perhatikan sekeliling kalau-kalau ada senjata yang merbahaya yang boleh dicapai oleh Hani dalam masa yang singkat. 
"Nanti orang rumah ni minta.Tak cukup untuk aku."
Aku mengerut kening. Siapa juga yang nak makan kombinasi makanan yang pelik tu. Okay.. Dia semakin pelik. Aku mesti cakap sekarang. Tapi.. Kalau aku cakap pun takpe kot. Nanti dua, tiga bulan lagi dia tahu juga sendiri. Tak payahlah aku susah-susah nak bahayakan diri aku.
"Em...."
Aku dapat melihat Hani merenung aku sambil mengunyah makanannya. Susahnya nak cakap! sepotong timun dihalakan ke muka aku yang sedang berkerut. 
"Makanlah... aku tahu kau nak juga.. malu-malu lagi nak minta."
Aku kebingungan melihat Hani. Dan...
"Hani..... Aku rasa apa yang mak dan mummy cakap tu betullah."
Hani meletakkan mentega kacang di meja tepi katil. Dan ya.. Dia makan mentega kacang dengan timun. Aku takkan membahayakan diri aku macam benda macam tu.
"Aku makan ubatlah Safran.. Bukan tak nak baby.. tapi tunggulah habis belajar.."
Aku menarik nafas panjang.
"Em.. Ubat yang macam tic tac tu?.."
Aku tanya dengan takut-takut.. Beberapa bulan lalu, aku tak sengaja tertumpahkan ubat dari dalam botol. Dah jatuh atas lantai..mestilah dah kotor. Takdenya peraturan 5 saat. Kuman tak dimaklumkan lagi dengan peraturan 5 saat tu. Jadi takkan aku nak letak balik dalam botol. Dan aku tak tahu ubat tu untuk apa.. Nanti keracunan pula isteri aku kalau aku tukar dengan ubat yang lain. Cara yang paling selamat.. aku tukarlah dengan gula-gula Tic Tac yang baru aku beli. 
Buk!
Bantal hinggap di kepala aku.
"Aduh!"
Buk! Sekali lagi.. Baru aku mahu berkata sesuatu.. Hani sudah menangis di hujung katil.
"Hani...."
Aku mendekati Hani dan menariknya ke dalam pelukan.
"But.. aku tak sedia.. Aku tak pernah pegang baby pun. Macam mana kalau dia lahir nanti.. Aku tak tahu bila dia lapar.. Bila dia kena mandi.. Aku tak pandai.."
Kata Hani sambil menangis teresak-esak. Aku tersenyum kecil.
"It's okay sayang.... We cross that bridge when we come to it. Jangan risau pasal tu sekarang."
Aku dan Hani berpandangan. 
"Besok pagi kita pergi jumpa doktor.. Kalau betul, barulah kita boleh panik.."
Aku cakap dengan selambanya sehingga menerima tamparan perlahan di bahu dari Hani. 
"Kalau betul?"
Tanya Hani. Aku tersenyum lebar. 
"Alhamdullilah."
Jawab aku dengan pendek.
"Kalau tak?"
Tanya Hani lagi. Sekarang dia mula risau. 
"Kita cuba lagi!"
Kata aku dengan bersemangat. Cuba untuk bergurau. Aku tak tahu dengan perasaan aku sekarang. Kalau betul Hani mengandung.. kami mesti menyiapkan diri aku untuk menjadi ibu dan ayah. Dan kalau tak.. sebahagian kecil dari hati aku akan rasa kecewa.
"Boleh serius tak?"
Marah Hani. Okay.. aku akan cuba hadapi mood swings  seperti ini. Kejap menangis.. Kejap mengamuk.. Kejap marah.. Save me.. 






Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 28

Safran POV
"Boleh tak perlahan sikit.. kau bawa kereta macam nak pergi berlumbalah.."
Hani kelihatan seperti tidak begitu selesa di sebelah aku. Ini dah kali ketiga dia suruh aku perlahankan kereta. Setiap kali kereta terlonjak sedikit di sebabkan jalan tidak rata, tangan aku menjadi mangsa. Ini mesti sebab aku bawa dia balik ke kampung awal pagi (sebelum subuh!) untuk menghabiskan seminggu lagi cuti mid-semester kami. Kebetulan mak, ayah dan keluarga mentua aku balik ke kampung. Aku cuba berhati-hati membawa kereta dalam kelajuan yang cukup perlahan.
"Perlahan sikit!"
Aku sempat berpaling sebelum menumpukan perhatian ke arah jalan raya. Dah gear dua. Aku rasa kura-kura lebih cepat jalan dari kereta kami ni. Kereta yang ada di belakang kami tadi pun mungkin dah selamat sampai ke destinasi. Bukan satu.. Dah masuk 20 puluh kereta memotong kereta kami ni.
"Hani.. kau nak slow macam mana lagi ni. ni dah cukup perlahan dah.."
Hani kelihatan sedih. Sejak balik dari Bali ni dia cepat betul tersentap.. Leaking je mata dia. Aku mula-mula ingatkan dia masih lagi sedih dengan kejadian dia dengan Que, Tapi macam tidak pula. Pasal anak kucing yang kena kurung dalam sangkar pun dia sedih masa d Bali hari tu. Mengamuk suruh aku bagi keluar anak kucing tu. Suka hati dan limpa dia je.. Anak kucing orang tu.. Tuan kucing tu tengok-tengok je kami. Mujur isteri aku. Kalau tidak dah aku tinggalkan dekat tengah-tengah jalan.
 "Slowlah.. Kereta ni macam dah berdisko dah.. Pening kepala aku tau!"
Kereta berdisko? kereta ni dah macam tak bergerak dari tadi. Perjalanan ke kampung yang selama dua jam dah boleh jadi empat jam kalau aku bawa kereta macam siput ni. 
"Apa pula disko.... tak laju pun aku bawa.."
Perlahan... suara biar lembut.. Kang banjir pula dalam kereta ni. Semalam aku cubalah main-main.. Suara cakap macam biasalah.. kasar-kasar sikit.. Hah! Dapat tiket untuk tidur dekat sofa.. bukan sofa di bilik.. kira untunglah kalau masih boleh tidur dalam bilik. Dia kunci terus bilik tu. Terpaksa aku bawa diri di sofa ruang tamu. Saja nak tambah drama tidur dekat sofa. Padahal bilik tetamu memang sentiasa available. 
"Tak payah pergi mana-manalah kalau macam tu! bawa kereta macam bawa kapal terbang terhempas. Orang macam nak muntah tau kalau naik kereta yang bergoyang-goyang macam ni."
Hani berpeluk tubuh. Aku menarik nafas panjang. Sabar.... Safran..
"Sorry, okay... aku cuba bawa perlahan-lahan.."
Hani membelakangkan aku dengan memalingkan badannya ke arah tingkap. Macam roller-coster mood Hani sekarang ni. Nak kata datang bulan.. tak juga.
"Dah cakap dengan Sarah ke?"
Aku memandang ke arah Hani yang masih membelakangi aku. Kakinya di rapatkan ke dada.
"Belum.. kau kata haritu jangan dulu beritahu dia."
Memang aku nak bagitahu Sarah tentang kami.. Tapi Hani kelihatan seperti berat Hani. Mungkin dia masih ragu-ragu dengan halatuju hubungan kami. Aku tahu. Aku mesti sabar nak raih kepercayaan Hani terhadap kebahagian semula.
"Aku cuma tunggu kau bersedia. Tapi, aku rasa mungkin aku dan Sarah patut putus. Tentang kita.. kita rahsiakanlah dulu kalau kau belum bersedia."
Senyap. Aku membelok ke arah pekan. 
" Nak pergi mana pulak ni?"
Hani berpaling menghadap aku apabila aku membelokkan kereta. 
"Nak pergi kliniklah..Kau tu macam tak sihat............ ada baby kot"
Aku tertawa kecil. Masuk akal juga. Tengoklah emosi Hani sekarang ni. Macam dah tunggang langgang dah. Aku teringat masa mak aku mengandungkan Tasha. Huru-hara juga seluruh isi rumah dengan emosi mak aku waktu tu.
"Tak mahu! orang sihatlah.. Apa pulak ada baby.. Aku makan pil perancanglah."
Ek? aku tak tahu pun pasal tu??
"Jangan buat muka tak tahu.. kita dah bincang pasal ni masa kau angau dengan siapa nama perempuan tu.. Liz..Liza? ke Lizard..."
Suka hati tukar nama orang jadi Lizard.. Poyo betul isteri aku ni. Nama perempuan tu Lizda boleh jadi Lizard. Meneka pun tak tepat langsung!.
"Lizda-lah.. Suka hati kau je nak tukar nama orang."
Hani menjungkit bahu selamba.
"Memang padan pun.. Dia kan lidah bercabang."
Aku tahu korang memang tengah berfikir apa kaitan lidah bercabang dengan Lizard/ cicak. Aku pun tengah berfikir..
"Bukan lidah bercabang untuk ular ke?"
Tanya aku dengan penuh keliru. Hani memandang aku dengan tajamnya. Pandangan matanya seperti boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman!.
"Oo..okay.. memang padan nama dia Lizard.. Dia memang lidah bercabang.. Lizard betul!.."
Siapa tak sayang bini oi!... Support  jelah..
Author : kalau jumpa cicak yg lidah bercabang bagitahu ek.. kol no: 999. :p

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 27

Hani POV
"So... kita lunch kat mana-mana dulu sebelum pergi airport.. laparlah.."
Sarah menggosok perutnya mahu menunjukkan dia lapar. Perut aku pun terasa mahu berkeroncong bila Sarah mengatakan yang dia lapar. Sudah terbayang-bayang menu untuk makanan tengah hari. Kerang bakar! atau udang galah.. atau sotong bakar.. cicah air asam.. aduh! dekat sini ada hidangan yang aku mahu tu ke? Walau apa-apa pun.. aku nak juga.. kalau tak jumpa, aku suruh Safran terjun laut untuk cari apa-apa seafood yang dia boleh tangkap. Dan aku tak buli suami.. serius! 
"Kita cari restaurant seafoodlah.." 
Oh.... my.....hubby.. macam tau-tau je isteri dia ni nak makan seafood .. Tapi..
"Hani tak suka makan seafood..
Que dan Sarah serentak menghancurkan hati aku. Memang dulu aku tak suka makan seafood. aku geli sebenarnya. Ikan jelah yang aku pandai makan pun. Tapi bulan lalu Safran ajak makan benda tu.. Rasa sedap pulak.. Siap bertambah.. jangan risau.. Safran yang bayar.Best bila ada suami ni.. jalan tak payah bawa dompet pun takpe.. Separuh dari cenderahati yang aku beli untuk orang-orang kampung memang ihsan dari Safran. Dan aku tak buli suami.. Ish.. tak baik buat begitu mak aku cakap..
"Ek?"
Safran mengangkat kening hairan. Mesti dia tak tahu yang aku ni tak suka dengan seafood sebab hari tu memang lajak je makan.. Besoknya memang kami berdua sama-sama kena cek doktor sebab makan kerang bakar banyak sangat. Tapi aku nak makan macam tu hari ni juga..
"Ala... takpelah.. Aku bukan ada allegy pun dengan seafood.. Jomlah cari restaurant .. dah lapar.. nanti kelam kabut kejar flight pula."
Fokus utama: Cari kerang bakar! Aku rasa macam dah meleleh air liur bila terfikir pasal kerang bakar.. 
"Kau pernah muntahkan balik kerang sebab kau geli dengan benda tu.. kita cari makanan lain jelah.."
Aku mahu jeling Que.. Aku betul-betul nak jeling dia. Tapi sebab Safran paksa aku berjanji untuk berbaik-baik dengan Que.. Aku terpaksa tahan. Cari jelah restaurant yang ada kerang bakar tu.. tak payahlah caring sangat. Aku tarik nafas panjang.
"Takpe.. sekarang dah okay dah.. aku tak geli macam dulu.."
Jawab aku dengan kesabaran yang sangat tinggi.
"Hah?! dah okay? Hari tu kami bawa kau pergi makan kerang bakar, kau boleh nak muntah sebab cium bau je.."
Itu dah 3 bulan lalu Sarah.. Aku.nak.makan.kerang.bakar. susah sangat ke nak percaya?.. aku merenung Safran minta pertolongan. Tapi malangnya dia cuma menjungkit bahu.. hubby lah sangat!
"Kalau macam tu kita makan dekat restaurant sushi tu jelah.."
Aku menarik nafas panjang macam nak putus nyawa. 
"A'aalah.. nak makan sushi..Jom!"
Bila Sarah dan Que sudah berjalan di hadapan aku dan Safran.. Tangan aku cepat mencubit pinggangnya. 
"Auch!"
Safran mengaduh perlahan supaya Que dan Sarah tidak berpaling ke belakang.
"Orang nak makan kerang bakar.. "
Safran menggeleng kepala.
"Kau ada alahan dengan kerang kan.. aku baru teringat tadi."
Aku buat muka sedih.. Cis! macam mana dia boleh tau..
"Hari tu lepas kita makan seafood tangan kau ada bintik-bintik merah.."
 "Alaaaaaaaaaaaa....... nak juga.."
Aku sudah mula teresak-esak. Mujur Sarah dan Que sudah sudah jauh ke depan. Safran menarik nafas panjang. 
"Okay.. Sampai Malaysia kita rehat-rehat kejap.. malam baru kita cari kerang bakar.. Tapi kau boleh makan sikit je.."
Aku  laju mengangguk. Apa-apa jelah.. Sampai tempat kerang bakar tu aku balunlah banyak-banyak..Bukan dia boleh halang pun.. Aku tersenyum lebar.
"Not gonna happen....."
Senyuman yang lebar tadi tiba-tiba kecut.. Ah! Aku order juga banyak-banyak.. Cepatlah sampai Malaysia.... 

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 26

Hani Pov
"Hai pendek..."
Shawl yang mengambil masa satu jam dipusing-pusing di kepala aku sehingga mencapai kepuasan hati aku dan sekarang aku rasa usaha aku selama sejam terbuang begitu sahaja apabila Safran mengusap kepala aku macam budak-budak lima tahun. Aku meniup kasar hujung shawl yang sudah jatuh ke dahi kemudian memandang Safran dengan perasaan geram. Macam mana mamat crocodile ni boleh ada dekat sini...
"Boleh tak jangan buat macam tu.. Rosaklah selendang aku!."
Aku jeling Safran.Aku membetulkan muncung shawl. Mujur ada cermin besar di lobby hotel kalau tidak terpaksa aku naik balik ke bilik. 
"Jeling..jeling... ingat bagus sangatlah buat kat suami macam tu.. Siapa suruh pendek sangat.. abang buatlah macam tu.."
Aku cepat-cepat memandang Safran. Abang.. Uwek! tak padan. Safran menjungkit kening bila aku memberi pandangan tidak puas hati. 
"Abang... abang.. abang buaya jelah yang padan pun... Suka sangat kena peluk-peluk.."
Safran tersenyum lebar bila aku sebut kejadian petang tadi. Aku memandangnya tajam sebelum berjalan meninggalkan Safran jauh di belakang. Malas nak layan buaya darat yang tak pandai nak bersara ni. 
  "Its not my false.."
Aku menjeling Safran di sebelah aku.Aku merapatkan cardigan yang sedang aku pakai. Sedikit kesejukan bila disapa angin malam. Nak dating dengan suami sendiri pun kena sembunyi-sembunyi.. Kami sekarang tengah lepak di tepi pantai dan berbumbungkan pokok kelapa. Kalau nasib aku memang malang, sekejap lagi jatuhlah buah kepala ni kat kepala aku. Harap-harap kena Safran sekali.
"Tak tahu pula Sarah jenis yang daring macam tu.. Aku memang pandai cari girlfriend la.."
Buk! aku pukul kepala Safran yang dah mula merepek tu dengan wallet yang ada di tangan aku. Dia boleh fikir macam tu walaupun aku sedang panah dia dengan pandangan mata aku ni. Aku tahu tak baik pukul suami.. tapi Safran ni memang patut kena!.
"Auchhhhhhhhh... jangan dera aku, boleh tak? Baru nak manja-manja.."
Aku berpeluk tubuh. 
"Jangan jadi buaya darat, boleh tak?"
Safran merenung ke wajah aku seperti ada sesuatu yang menarik melekat di muka aku. Kemudian kesunyian malam terganggu dengan gelak ketawa Safran yang kuat. Aku buat muka keliru. Kena sampuk ke apa hubby aku ni. Ceh.. dah pandai hubby-hubby dah.
"jangan cemburu, boleh tak?"
Dia cakap aku cemburu?? aku langsung tak cemburu.. tolonglah Malaysia.. euwww.. Okay.. aku cemburu sikit. Sikit je.. Okay! aku cemburu dengan teruk sekali lagi.
"Tengok muka pun boleh nampak dear.. You look so jealous.. and cute!"
Muka aku dah macam shin chan yang kena cubit oleh mamanya. Aku menggosok-gosok pipi selepas Safran melepaskan pipi aku yang dicubit sebentar tadi. Sakitlah! dia yang mendera aku sebenarnya.
"Sakitlah! Penderaan rumah tangga betul!" 
Safran tertawa kecil bila aku menjelingnya entah untuk keberapa kali malam ni. 

Author note : pendek lagi! hehehe.. menaip sambil berbincang dengan supervisor.. buat muka confident je bila kena tanya soalan. Padahal dalam otak penuh dengan cerita Hani & Safran. Tak tahu bila nak masukkan watak Que..next entry kot...  


Saturday, October 12, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 25

Hani POV
               “Fahamkan aku sekejap..  Lelaki yang tengah dipaut leher dari belakang oleh kawan baik kau tu adalah suami kau?”
               Maliki kelihatan bingung. Dahi berkerut seribu. Aku mengangguk cepat.
               “Kawan sebilik. Bukan kawan baik. Belum lagi.”
               Maliki menjungkit kening bila mendengar respon aku.
               “Tengok dari keadaan dia cekik leher suami kau tu, aku rasa tak akan jadi kawan baik.”
               Aku menjeling Maliki. Sebenarnya aku berterima kasih dari sudut hati yang terdalam kepada Maliki kerana menambah rasa sakit hati aku yang berusaha aku pendamkan. Ikutkan hati memang aku dah panggil pencegah maksiat datang tangkap mamat buaya darat tu! Tapi aku tak naklah bermadu. Not my taste  okay...
               “By the way.. kenapa kau masih di sini? Sesaklah tempat ni.. Aku nak habiskan cuti mid semester aku dengan penuh ketenangan dan  baru satu hari aku di sini dah penceramah tidak berbayar datang. Tak cukup dengan itu.. Bekas bakal perogol tu pulak datang menyibuk.. Nak tambahkan malang nasib aku.. Buaya darat yang sedang dipegang-pegang oleh my so called kawan sebilik tu pun nak masuk dalam cerita juga.. Tak ketinggalan Miss-who-never-will-be-MRS Safran pun menghancurkan percutian aku.”
               Maliki seperti tercengang melihat aku. Ya.. aku masih bengang dengan pandangan di hadapan aku sekarang. Kenapa mesti mereka berdua tidak cari tempat lain selain pantai.. Pantai tu tempat Safran sambut Anniversary kami. Dan sekarang memory manis tu dah tercemar dengan pemandangan sekarang. Tak gunalah Safran ni!
               “Pertama sekali.. Kau panggil aku datang sini dan bukan aku dengan rela hati datang menyemak di sini. Kedua, siapa bekas perogol?. Dan terakhir sekali, kalau kau tak suka tengok pemandangan yang menyakitkan mata kau tu .. kau boleh baca entah apa benda namanya wattpad  di dalam bilik. Atau kau boleh humban perempuan tu masuk dalam air.”
               Otak aku cepat memikirkan cadangan kedua Maliki itu. Baru kali ini aku rasa dia bagi aku idea yang bernas. Tapi nanti Sarah tu bingung pula kalau aku tiba-tiba humban dia ke dalam air. Silap-silap Sarah tu panggil bomoh-bomoh local dekat sini sebab ingat aku kena hysteria.
                “Hah.. Panjang umur pun umur bekas perogol tu. Tu dia..”
               Kebetulan pula Que tiba-tiba muncul di hadapan aku. Sebenarnya di hadapan Sarah dan Safran yang sedang 'memadu kasih!' ..Otak aku tengah berfikir macam mana nak denda Safran. 
               " Muka pijak-semut-pun-tak-mati kau kata bekas perogol? Tak patut betullah pandangan kau ni. Kau tengok tu.. siap tegur suami kau lagi.. macam bagi ceramah je tu.."
                Kata Maliki sambil memerhati Que yang sedang berkata sesuatu dengan Safran. Kelihatan Safran menggaru belakang lehernya. Seperti malu-malu. Ek? Que tegur Safran ke tu? Owh! My new bestfriend! 

                   kalau dia tak buat aku trauma sampai bertahun-tahun.. Kebetulan juga pandangan aku dan Que bertembung. Aku menjeling 'sejeling' mungkin..Sampai juling pun aku sanggup!. Nak tunjuk baik dengan akulah tu.
                     "Padan muka buaya darat tu!"
                     Maliki tertawa mendengar ayat terakhir aku sebelum aku tenggelam dalam dunia Wattpad.
Safran POV
                    Aku hanya membawa Sarah bermain air di pantai sahaja walaupun aku berjanji untuk membawanya berjalan sepanjang hari. Dan... aku takkan berjanji benda tu lagi.. Aku hanya bertahan selama setengah hari! Itu  pun aku dah terasa macam kehilangan kedua-dua kaki aku. Kena penumbuk  Airit beberapa kali pun aku sanggup daripada berjalan dengan Sarah. Dan kaki dia kecil je! macam mana boleh berjalan tanpa henti macam tadi?.. Alien kot minah ni..
                          "Safrann... "
                          Kelihatan Sarah melambai-lambai ke arah aku. Mahu terbeliak juga mata aku bila tengok dia pakai bikini! Selawat di dalam hati juga aku. Apa yang aku fikir bila aku nak buat dia jadi girlfriend aku.. Oh ya.. sebab dia seksi.. Kelihatan Hani berada di belakang Sarah. Dah sampai satu hari  aku tak nampak muka dia. Aku tersenyum melihat dia. Mujur masih menutup aurat walaupun tinggal sebilik dengan Sarah yang agak ceria terlebih ni.
               "Tak ramai pula orang dekat pandai petang ni kan.. kelmarin ramai tau.."
              Aku cuma mengangguk. Sempat aku melihat Hani memberi isyarat yang dia sedang memerhati ketika Sarah mula membelakangi dia. Aku hanya tersenyum.  Setelah beberapa minit bermain air, aku melihat Hani didatangi seorang lelaki. Macam agak familiar wajah lelaki itu. Tak senang duduk juga aku tengok bila nampak Hani seperti rancak bercerita dengan lelaki itu.
                   "you! tengok kulit kerang I jumpa ni.. cantikkan.."
                 Erkk... Kulit kerang tu.. kulit kerang juga.. ni nak tercekit leher aku bila Sarah berpaut leher aku dari belakang. Aku mula tak selesa. Aku sempat mencuri pandang ke arah Hani. Kelihatan dia dan lelaki tadi merenung ke arah aku dan Sarah. Habislah aku ni. Selalu di Malaysia takde pula Sarah ni 'manja' semacam.!
                   "Assalammualaikum... Tahulah bukan di Malaysia.. Teropong Allah bukan berpusat di Malaysia je.."
                    Aku melepaskan pautan tangan Sarah bila tiba-tiba ada suara yang menegur. Malu juga hati ni.. Tapi bukan salah aku! aku yang dipeluk tau..  Que mengangkat kening sebelah kiri bila aku menggaru belakang belakang leher aku. Dah kena dengan Que....... nasib baik juga dia datang.. kalau tidak memang patah leher aku.. 


Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 24

Safran POV

                Aku berjalan masuk ke dalam lif sambil mata masih merenung ke arah kad kahwin aku dan Hani. Dahi berkerut semacam. Macam mana aku boleh terlupa.. Eh! Aku kan lelaki, memang patut pun aku terlupa tarikh-tarikh macam begini. Tapi.. Aku tengok sekali lagi kad di tangan. Memang betul. Aku tengok tarikh di telefon bimbit memang sama dengan tarikh yang tercatat di atas kad yang tengah aku pegang sekarang. Kalau bukan sebab penyambut tetamu tadi memang aku tak ingatlah pasal ini walaupun kad kahwin memang selalu ada di dalam dompet aku. Aku teringat adegan tadi sewaktu aku mahu klentong dengan penyambut tetamu tadi.

                “Ya, Boleh saya bantu?”

                Tanya penyambut tetamu itu. Manis senyuman. Tapi sayang bukan taste aku. Yelah.. perempuan ni mungkin 4 tahun lebih tua dari aku. Tak patut kalau aku tangkap cintan dengan dia. Tergugat Hani tu kang.. Sebab aku jatuh hati dengan perempuan lagi tua dari dia.. Tapi kalau aku kahwin dengan penyambut tetamu ni.. Si Hani tu jadi isteri tua ke atau isteri yang muda?.. jauh pula otak aku berfikir.

                “Ya Mas?”

                Sekali lagi penyambut tetamu itu bertanya. Aku tersedar dari khayalan yang sedikit pendek.

                “Saya nak tahu nombor bilik Miss...”

                Bingung seketika. Miss ke? Ah! Hentam jelah. Aku bukan tahu apa panggilan di Bali ini untuk orang yang sudah kawin. Takkan nak panggil Madam pula.Macam tinggi sungguh darjat isteri aku ni. Atau Puan?

                “Miss??”

                Kata penyambut tetamu itu dengan muka penuh dengan tanda tanya.

                “Miss Hani Alisha”

                Penyambut tetamu itu tersenyum.

                “Sorry Mas,, saya tidak boleh memberi sebarang informasi mengenai pelanggan kami.”

                Dah tahu tak boleh bagi kenapa tak cakap awal-awal. Angin juga hati ni.

                “Look.. today is our anniversary and I want to suprise her.With flower.. candy..food.. and me!”
                Penyambut tetamu kelihatan tidak percaya. Aku keluarkan kad kahwin yang tersembunyi berkurun lama di dalam dompet aku tanpa berfikir panjang. Tapi kad kahwin tu tidaklah berkurun lama sangat-sangat. Aku cuba buat ayat hyperbola je tadi.
               
                “Ow....

                Eh.. main tunjuk-tunjuk kad pula dengan member sebelah dia. Aku mengerut kening. Dan aku mula berfikir dengan waras. Kad kahwin tu ada tarikh sebenar kami kahwin. Habislah. Aku baru nak klentong tadi. Aku mula memikir ayat-ayat yang boleh buat penyambut tetamu itu kesian dengan aku. Mungkin aku boleh kata yang Hani merajuk dengan aku atau apa-apa jelah. Penyambut tetamu itu menulis sesuatu di atas kertas kemudian menyerahkan kad kahwin berserta kertas putih yang digunakan untuk menulis sebentar tadi.

                “Tahniah ya mas..”

                Aku mengerut dahi. Hairan. Betul juga ke tarikh kahwin aku ni sampaikan penyambut tetamu tu bagi nombor bilik.

                Ting!

                Pintu lif terbuka luas. Aku keluar dan cepat menuju ke bilik Hani. Aku menekan lonceng yang tersedia. Senyuman di wajah terus terukir bila pintu mula dibuka.. dan...

                “Safran!!”
               
                Senyuman aku mula menjadi palsu. Kenapa pula minah ni ada dekat sini.. Dahlah aku payah nak buat Que jauh dari Hani sebab aku nak luangkan masa dengan minah pendek tu. Alang-alang dah membazir duit datang dekat Bali.. baik kami berbulan madu dekat sini. Senyuman aku kembali terukir lebar.

                “Sarah! You datang sini..”

                Kata aku dengan penuh dengan kegembiraan yang palsu. Bukan aku dah tak sayang dengan Sarah.. Cuma, memang rasa sayang tu cepat pudar. Mungkin sebab aku dah jumpa apa yang aku cari selama ini. Tepat pada masanya, kelihatan Hani yang sedang memakai jubah mandi baru keluar dari bilik air. Bila pandangan aku dan Hani bertentangan mata, aku menjungkit kening dengan nakalnya tanpa mengendahkan Sarah di hadapan aku. Atau lebih tepat aku terlupa yang Sarah ada di hadapan aku. Hani menjelir lidah di belakang Sarah. Kemudian menyembunyikan diri di sudut yang terhalang dari pandangan mata aku.

                “Kenapa you ada dekat sini? You nak jumpa Hani ke?”
               
                Tanya Sarah dengan nada curiga. Tentu dia tidak sedar dengan perilaku aku dan Hani sebentar tadi.

                “Apa pula nak jumpa Hani.. Nak jumpa you lah.. Hani mesej tadi bagitahu yang you datang dekat sini. Tak bagitahu pun..”

                Aku cuba membuat muka selamba. Sarah mengerut dahi.

                “Macam mana Hani tau you ada dekat sini?”

                Tanya Sarah lagi. Aku menarik nafas panjang sambil mencari idea. Mungkin Hani sedang tersenyum senang bila mendengar Sarah bertanya dengan nada curiga. Dia suka betul kalau aku dalam kesusahan. 

                “ Hani tak cerita dengan  Hani tak cerita dengan you pasal tadi tengah hari ke? Hani pengsan masa terjumpa Que. Gugup sangat kot bila nampak muka Que..”

                Aku sengaja menguatkan suara kerana mahu Hani mendengar dengan jelas.

                “Ye ke?? Lah.. dia tak bagitahu pun.. So, you dah jumpa dengan Que dengan Hanilah ni.. Ingatkan ada apa-apa yang I tak tahu tadi.”

                Kata Sarah yang nampak sedikit lega.

                “emm... Sarah, I tak boleh lama ni.. ada urusan yang belum selesai. datang sini pun semata-mata nak jumpa you sekejap.”

                Ini dah kali ke berapa aku menipu untuk hari ini?? Dah berkati dosa menipu untuk hari ini je. Memang susahlah sembunyi-sembunyi kahwin ini. Idea Hanilah ni.

                “Eh? Takkanlah... Malam ni new year eve tau! Takkan you  nak sambut seorang.”

                Aku menggaru kepala. Takkan sebab Sarah datang je aku nak buang ke laut rancangan yang sudah aku rancangan di kepala sewaktu di dalam lif tadi. Tak boleh jadi ni.. mesti cari jalan keluar.

                “So sorry Sarah.. besok pagi banyak masa lapang. janji besok luangkan masa untuk you je.”

                Sarah berfikir seketika. Aku menunggu dengan penuh sabar dan doa yang tidak berhenti di dalam hati agar Sarah tidak berkeras mahu aku meluangkan masa dengannya malam ini.

                “Em.... Okaylah.. nampaknya terpaksa duduk di dalam bilik jelah malam ni.”

                Aku menarik nafas lega. Cuma sedikit berselindung supaya Sarah tidak melihat reaksi wajah aku yang gembira.

                “janji. Besok kita jalan-jalan. Okay..  gerak dululah..”

                Aku cepat-cepat berjalan ke arah lif sebelum Sarah mengubah fikiran. Kalau tidak habislah.. Aku menekan butang SEND selepas selesai menaip mesej untuk Hani. Aku terasa pipi aku mula sakit kerana tersenyum lebar.


                Hani POV

                “Huh... Bosanlah macam ni.. Dah tu jalan macam tu je.. tak bye-bye pun.”

                Keluh kesah Sarah kedengaran apabila tangannya menutup pintu. Aku keluar dari tempat persembunyian dan kemudian duduk di katil. Sengaja mempamerkan muka tidak senang.
               
                “Kau bukan pintu pun apasal lebar sangat. Mujur Safran tak nampak aku macam ni tau..”

                Aku menunjuk ke arah jubah mandi yang masih terbalut di tubuh aku. Sengaja berkata begitu supaya Sarah tidak syak apa-apa. Aku tahu dia tidak perasan dengan perbuatan Safran yang menunjukkan dia pervert sebentar tadi apabila aku keluar dari bilik air. Mujur Safran! Kalau lelaki lain tadi memang aku pelangkung juga Sarah ni.

                “Ala.... Kalau dia nampak pun bukan dia terliur sangat pun tengok badan kau. Dia buat selamba je tu..”

                Aku mengerut dahi. Sarah memang selalu tidak puas hati dengan aku. Apasal aku benarkan dia duduk bilik hotel aku ek?

                “Ya.. Betul juga..”

                Kata aku dengan sarkastiknya. Tapi aku tahu yang Sarah takkan sedar aku menggunakan nada sarkastik. Sebab dia tak nampak pandangan Safran sebentar tadi. Pervert!.. My pervert. Oh tidak! Aku dah mula tangkap cintan ke? Telefon aku berbunyi kuat menandakan satu mesej diterima.

                ‘Jumpa di tepi pantai dekat
               dengan pondok yang pertama
               dari kanan. Sebelum  pukul  12.
               Kedatangan adalah wajib!’
                -Land Crocodile- ..8.90 pm.

                Mamat Crocodile betullah dia ni!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
               
                Aku berjalan mendekati Safran yang sedang duduk di atas tikar yang terbentang luas itu. Aku tersenyum melihat lilin yang sudah terbakar separuh itu. Makanan yang bertutup di atas meja kecil mungkin sudah sejuk. Aku tahu aku lambat. Susah sebenarnya mahu lepas dari Sarah.

                “ Aku tunggu kau dari tahun lalu lagi, tahun ini baru kau sampai. Makanan pun dah sejuk.”
               
                Hebat. Sindiran dimulakan dengan lawak hambar tahun baru walaupun matanya masih melihat pantai di hadapannya. Aku duduk dekat dengan Safran. Masih ramai lagi orang di hujung sebelah kiri pantai tempat kami duduk. Dan yang peliknya, cuma kami berdua sahaja yang melepak di sebelah kanan pantai Resort ini.

                “Private Party.”

                Safran seperti dapat membaca riak wajah aku yang kehairanan.

                “Aku sengaja book bahagian pantai ini supaya Sarah dan Que tak nampak kita di sini. Dan kau masih lambat. Aku penat-penat buat semua ni..”

                Safran mula merungut. Aku membuat muka annoying. Bukan salah aku sepenuhnya.

                “Pertama sekali.. kau patut dah kenal dan faham dengan perangai Sarah. Dia yang buat aku lambat. Dan kedua, kita ada celebrate apa-apa ke selain new year?”

                Safran buat muka geram dan separuh tidak percaya. Okay.. aku ada buat salah apa kali ni? Aku cuba melihat hidangan yang bertutup itu. Dingin malam membuatkan aku makin mendekat dengan Safran. Walaupun dengan reaksi muka yang sama, tangan Safran melingkar ke pinggang aku dan menarik aku agar lebih rapat lagi.

                “Kau tak ingat?? Sepatutnya perempuan lagi ingat!.”

                Katanya tak puas hati. Apa yang aku patut ingat? Aku membuat muka binggung bila mengadap muka Safran. Meminta secara bisu agar Safran tidak membuat selok-belok dan terus ke point utama.

                “Anniversary kita. Tapi sebab kau dah lambat, kita dah tak sempat sambut anniversary kita.”
               
                Kata Safran sedikit kecewa. Dah setahun. Sedar tak sedar aku dah setahun jadi isteri orang. Dan sedikit demi sedikit.. kehadiran Safran dalam hidup aku sedikit sebanyak membuatkan fobia aku terhadap perhubungan semakin berkurangan. Hanya dengan lafaz..

                “Aku terima nikahnya Hani Alisha binti Ghazali dengan mas kahwin RM 300 tunai.”

                Aku dan Safran berpandangan apabila Safran mengulang kembali lafaz yang telah membuatkan air mata aku mengalir buat kali pertamanya selepas peristiwa malang yang diakibatkan oleh Que.

                “um... Orang putih kata,better late than never.

                Aku berkata dengan payah sekali. Bukan kerana tercekik kerana mencuri sebiji buah anggup yang Safran sudah sediakan. Tapi kerana lafaz tadi dan pandangan mata Safran ketika ini.

                “Aku tak tahu kena apa boleh tergagap-gagap setahun lalu masa nak lafaz benda tu depan Tok kadi.. Sebab sekarang ini aku rasa benda tu senang je nak cakap berulang kali.”

                Kata safran yang sudah meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Aku tersenyum kecil. Teringat betapa gugupnya Safran ketika tangannya digenggam oleh tuk kadi.

                “Mungkin sebab tangan kau kena genggam kuat oleh Tuk kadi tu.”

                Safran tertawa kecil.

                “Pencarian aku dah berakhir.”

                Kami berpandangan kembali. Aku faham apa yang dia maksudkan.Aku bermain dengan jari jemari Safran yang ada di dalam gengaman aku. Tiba-tiba aku terasa malu mahu berkata.

                “Que ceritakan semuanya?”

                Aku tiba-tiba terfikir mengenai perkara itu. Aku takut kalau Safran Cuma tahu setengah cerita dan Que mungkin akan memburuk-burukkan aku dikemudian hari nanti. Aku mahu membuka hati aku untuk Safran. Tapi aku mahu mempastikan yang Safran  tidak akan pergi meninggalkan aku.

                “Semuanya. Dan untuk pengetahuan kau.. Tumbukan di bilik tadi bukan kali pertama hinggap di muka Que. Que hampir koma bila dia bagitahu aku cerita mengenai gadis yang dia dan kawan-kawan dia kenakan.”
                Aku tersenyum lebar. Aku tahu berdendam bukan perbuatan yang bagus. Tapi... Whatever! Aku gembira bila dengar dia kena tumbuk oleh buaya darat yang akan aku rantai kuat-kuat tak lama lagi.

                “Suka dia. Tak baik berdendam.”

                Aku membuat muka tak setuju.

                “Dia hampir nak nampak asset terbesar aku sebagai seorang wanita tau! Kalau dia nampak memang dengan rasminya orang yang menjadi pasangan aku adalah lelaki yang malang macam Que cakap dulu.”

                Safran tersenyum sedikit.

                “Aku gembira bila dengar yang Que tu belum sempat nampak apa-apa dan aku setuju bila dia cakap lelaki yang jadi pasangan kau tu memang malang sebab dapat isteri yang banyak membebel macam kau ni. Tak cukup dengan membebel, semua tempat kau letak note-note kecil.”

                Kata Safran dengan serius. Aku menjeling Safran tanda tidak puas hati sambil tanganku sempat mencubit lengan Safran perlahan.

                “Auch! Que memang betul!”

                Kali ini Safran tertawa kecil mungkin gembira kerana sudah berjaya membuatkan aku geram.

                “by the way.. Happy new year and happy Anniversary.”

                Safran menghadiahkan ciuman di kedua belah pipi bila menyebut happy new year dan happy anniversary. Sedar tak sedar aku tersenyum senang dengan perlakuannya itu.

                “you too..”
               
                Balas aku pendek. Kononnya masih merajuk. Safran kelihatan tidak puas hati. Aku tiba-tiba teringat sesuatu. Aku memandangnya curiga.

                “Jadi..  Siapa yang ingatkan kau?”

                Safran cuba membuat muka selamba.

                “New year?  Semua orang tahu bila tahun baru..”

                Safran tertawa kecil yang seakan palsu. Aku masih melihatnya dengan pandangan selamba. Tak mungkin aku boleh terlupa dan dia boleh ingat. Memang ada kerang di sebalik mee goreng ni.

                “Makan? Nak? Sedap tau..”

                Safran membuka penutup hidangan makan tengah malam kami. Memang ketara sangat nak ubah topik. Aku masih tak mengalah. Kali ini aku bercekak pinggang dan mengekalkan pandangan curiga.

                “Okay! Penyambut tetamu yang perasan yang kelmarin atau beberapa jam yang lalu adalah hari anniversary kita.”
                Hah! Aku dah agak!.Memang fairy tales betullah kalau dia ingat ulangtahun perkahwinan kami.