Hani POV
Aku mengambil tempat duduk yang aku rasa selesa untuk mesyuarat yang akan memakan masa sejam lebih ini. Buku catatan aku keluarkan dari beg sandang kemudian aku menghabiskan masa beberapa minit untuk mencari pen yang bersepah di dalam beg sandang aku. Perbetulkan duduk, selitkankan rambut depan di belakang telinga, berkipas-kipas sekejap menggunakan buku catatan tadi. Tengok keadaan di sekitar kiri dan kanan dengan sedaya upaya berusaha untuk mengelak pandangan depan disebabkan oleh Safran yang sungguh tidak kebetulan duduk di hadapan aku. Mesyuarat dimulakan setelah kebanyakkan ahli sudah selamat sampai ke mesyuarat ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah 15 minit sebelum mesyuarat ditangguhkan. Sarah yang duduk disebelah aku menyiku tangan aku berkali-kali sehinggalah aku mengalihkan tumpuan kepadanya. Mulutnya menjuih seperti menunjuk kepada sesuatu... atau seseorang. Aku memandang ke arah yang ditunjukkannya itu. Cuba mencari wajah sesiapa yang menarik minat Sarah untuk menganggu tumpuan aku tadi. Nope! Bukan budak tu.. aku mencari lagi. Memusingkan kepala 15 darjah ke arah barat daya. Perempuan gedik yang sedang mencuba nasib dengan Zakuan,salah seorang dari pemain utama untuk kumpulan hoki.Aku membuat muka kejengkelan. Tak menarik perhatian. Dan Sarah pun takkan tertarik dengan agenda itu. Aku terus mencari sesuatu yang ditunjuk oleh Sarah secara sembunyi-sembunyi. Safran?. Aku menarik muka.
“Apasal kau suruh aku tengok Safran? Takde perubahan pun dengan muka dia yang aku tengok beberapa minit yang lalu. Masih tak handsome.”
Sarah memandang pelik. Tak puas hati. Ah! Aku terlupa yang tak semua orang tahu aku memang tak berapa suka dengan Safran. Tak semua adalah satu penyataan yang salah! Apa yang aku nak cakap ialah satu kolej ni tak tahu yang aku tak suka dengan Safran.
“tapi kacak.”
Sambungku. Sarah tersenyum puas hati.
“Bukan Safranlah. Tu.. sebelah dia.”
Bisik Sarah. Aku memandang semua ke arah Safran. Kemudian perlahan-lahan mengalihkan pandangan ke arah manusia yang dimaksudkan Sarah itu. Kosong.. Itu yang aku rasakan sekarang.
“Woah... Kenapa dengar pandangan makrifat yang sedang kau beri kepada mamat baru tu?”
Aku tersedar dari lamunan yang hampir membawaku kepada mengelamun akan kenangan silam.
“Hah?.. pandangan makrifat?.. apalah.. biasa je pun”
Aku mengelak dari topik itu. Aku selalu dapat mengelak dari topik –kenapa-kau-tenung-Hazril-macam-tu- Dari dulu sampai sekarang.Hazril nama mamat baru tu. Aku cuba menumpukan tumpuan kepada Jason, pengerusi kelab hoki.
“Jangan nak cuba lari dari topik. Lukisan di dalam buku kau tu macam rupa dia. Tu dia kan?”
Okay.. Ini tak boleh dibiarkan. Aku memandang Sarah yang sedang menutup mulutnya dengan pandangan yang cukup garang. Sarah menggeleng laju walaupun aku belum berkata-kata sepatah pun.
“Buku yang kau maksudkan tu Diari kan.. kalau tak silap akulah..”
Aku berkata dengan penuh sarkastiknya. Mungkin dia sempat melihatnya sewaktu aku mengemas almari di bilik asrama tempoh hari. Kuat juga daya ingatan dia.
“Aku tertengok sekejap je.. sekejap je.. jangan marah..”
Dan kemudiannya dia tersengih bak kerang busuk. Aku mengeluh panjang. Lepas ni kena berhati-hati dengan diari aku. Kang tak pasal-pasal minah ni baca diari aku macam cerita novel pulak.
“Drop the subject.”
Kata aku lemah. Malas mahu berbalah.
“Tapi kalau kau buat lagi! Awaslah.”
Kata aku dengan tegas. Sarah mengangguk sambil tersengih. Aku mula menumpukan perhatian kepada perbincangan kelab. Bila memandang sekeliling, pandangan aku sekali lagi tersinggah kepada Hazril. Dan... dia sedang memandang ke arah aku. Mungkin dia pandang orang lain. Kata hati aku yang tidak mahu aku ‘terjatuh’ lagi.
No comments:
Post a Comment