Followers

New Novel

Tuesday, December 27, 2011

Diary isteriku, cerita cintanya 13

Bab 13

            “Puan Dya..”

            Dya tersenyum menerima sapaan dari gadis itu. Sofea tersenyum manis sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dya. Dya berpeluk tubuh. Kalau boleh dia tidak mahu lagi berjumpa dengan gadis itu. Namun bila mendengar perbualan telefon Fahmi semalam membuat hatinya menggelegak.

            “Saya faham kisah pernah tercatat dalam sejarah cinta Sofea dan Fahmi. Dan saya sedar kisah cinta tu belum pernah lagi bertemu titik akhir. Tapi saya juga sedar yang antara kekasih dan isteri, taraf isteri lagi tinggi sehingga hak kehidupan si suami adalah hak si isteri. Seperti mana juga suami. Tapi bila kekasih mula hadir semula dan memporak perandakan rumah tangga yang dibina atas alasan si isteri adalah perampas. Itu agak tidak adil Sofea.”

            “Apa yang adil di dalam dunia ni Dya.. Sekarang ni Allah membalas tunai setiap kesalahan yang hambanya lakukan. Buktinya seperti sekarang. Beberapa tahun lalu..Awak berada di atas, tapi sekarang rasanya roda sudah mula berpusing.”

            Sofea dan Dya masih lagi tenang walaupun hati mula bergelora hebat menahan rasa.

            “Apa kesalahan yang saya telah lakukan sehingga hanya saya seorang yang patut menerima balasan. Jangan hanya kerana nasib yang lebih menyebelahi awak ketika ini awak menjadi riak Sofea. Awak mahu cinta awak? Cinta yang hanya muncul seperti bintang yang hanya menjelma dimalam hari. Bila siang timbul, teranglah seluruh dunia Sofea. Tidak payah bersuluh-suluh lagi.”

            “Sedangkan malam pun boleh menjadi lebih gelap gelita kerana gerhana wahai Dya., Apatah lagi siang. Lagipun, selama beberapa tahun ni.. awak dah terjumpa siang?”

            Sofea tersenyum manis bila melihat riak wajah Dya mula berubah.

            “Dunia yang awak diami sekarang masih gelap kan?”

            Tanya Sofea masih lagi dengan penuh berkias. Dya mula tersenyum kemudian membetulkan duduknya.

            “Sampai masanya, malam akan bertukar siang cik Sofea.”

            Dya berdiri dari kerusinya. Malas mahu berkias lagi.

            “Dan jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh terkulai layu cik Sofea.”

            “Andai suratan sudah tertulis., kita berjalan pun boleh terjatuh Puan Dya.”

            Dya tersenyum sinis kemudian meninggalkan Sofea yang turut tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Apa yang awak buat tengah hari tadi?”

            Tanya Fahmi dengan wajah berangnya. Dya masih lagi berwajah tenang sambil tangannya melipat kain baju juga dengan penuh ketenangan. Fahmi menghempas badan ke sofa di hadapan Dya bila Dya masih lagi tidak menjawab persoalannya.

            “Saya tanya ni.. Apa awak buat petang tadi hah perempuan!!!”

            Fahmi sudah mula berang. Dya terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fahmi. Terjungkit juga badannya kerana terkejut. Baru kali ini Fahmi mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu.

            “Dia bagitahu?”

            Tanya Dya perlahan dengan memaksudkan ‘Dia’ sebagai Sofea. Fahmi menarik geram tali lehernya..

            “Tak perlu dia bagitaulah! Dia bukan perempuan pengadu macam kau! Aku nampak kau dengan dia di restauran waktu lunch dengan Client! Apa yang kau cakap dengan dia sampaikan dia menangis teresak-esak.”

            Dya mengerut dahi. Menangis. Setahu dirinya, Sofea sempat lagi memberi senyuman sinis kepadanya.

            “Kau buat dia serba salah? Hah?! Atau terasa hati sebab dia ada di antara kita?? Itu yang kau cakap dengan dia?”

            “Bukan itu ke yang sedang terjadi sekarang?”

            Jawab Dya. Dia sudah lelah dengan keadaan begini. Kadang-kadang dia terfikir, kenapa dia boleh berusaha melupakan cinta lamanya dan Fahmi tidak. Betul kata Sofea. Apa yang adil di dalam dunia ni.

            “Apa yang terjadi sekarang ni takkan terjadi kalau awak tak buat saya macam arwah kekasih awak tu. Apa yang terjadi sekarang takkan terjadi kalau saya tak kahwin dengan awak dan sekaligus hancurkan hati Sofea!!!”

            “Fine!! Saya pun dah rimas dengan keadaan sekarang.. Bukan sahaja sekarang malah dari dulu lagi. Semuanya saya! Saya yang salah! Saya yang jadi penghalang.. Saya semuanya. Dan yang saya mahu dari dulu sampai sekarang cuma dihargai..”

            Dya menarik nafas panjang. Emosinya sedikit terganggu hari ini. Pertemuan dengan Sofea, Diarynya pula berada di dalam bilik kerja Fahmi. Dia tak tahu kenapa diarynya itu boleh berada di sana. Dalam penat berfikir, Fahmi pula datang mengamuk. Kepalanya seperti mahu pecah memikirkan semua benda.

            “Kalau awak nak kahwin dengan Sofea, awak kena ceraikan saya dulu. Saya takkan berkongsi kasih dengan sesiapa pun.”

            Putus Dya. Fahmi menarik nafas panjang.

            “Kalau itu yang awak mahu,..”

            “Fahmi.. Dya.. apa bising-bising ni. Sampai keluar dengar suara kamu berdua bertelaga.”

Puan Fatihah memerhati tingkah laku anak dan menantunya itu.

            “Baguslah mama dah datang. Dengan bersaksikan mama, saya ceraikan perempuan ni dengan talak satu!”

            Dya menarik nafas panjang. Dia terduduk di atas sofa sambil merenung tajam ke arah Fahmi. Dulu wajah itu yang memberi ketenangan di setiap harinya. Tapi wajah itu hanya memberi kelukaan di hatinya.

            “Astagfirullah al azim Fahmi!”

            Puan Fatihah mengurut dada. Terkejut dengan apa yang didengar sebentar tadi. Tanpa kata Fahmi meninggalkan rumah itu.

            “Fahmi.. hey! Kamu nak ke mana tu..”

            Puan Fatihah yang mahu mengejar menghentikan langkahnya bila mendengar esakan kecil dari Dya. Puan Fatihah cepat menghampiri Dya.

            “Dya minta maaf ma,. Dya dah tak boleh menipu diri sendiri lagi. Dya dah tak mampu. Dya redha ma.. Dya redha walaupun dya dah kehilangan kedua-duanya.”

            “Dya.. dya jangan cakap begitu.. Mama takkan terima Sofea tu jadi menantu mama...”

            Dya tertawa kecil. Entah apa yang mencuit hatinya dengan kata-kata Puan Fatihah itu.

            “Sudah masanya kita biar Fahmi cari kebahagian dia sendiri ma.. Jangan halang dia lagi.”

            “Kebahagian dia hanya dengan Dya.”

            “Kebahagian dia sudah menjadi ketentuan Allah ma,, Dya mohon, biarkan abang cari kebahagian dia sendiri.”

            Dya mencium tangan ibu mertuanya. Dia bukan siapa-siapa lagi di dalam rumah itu. Biarlah dia mencari ketenangan di tempat lain. Sepatutnya dari dulu lagi dia harus mencari titik tamat kisahnya bersama Izhar. Kesian Fahmi terlibat sama. Dya menarik nafas panjang. Dya, kau menipu diri sendiri lagi. .....

3 comments:

  1. akhirnya ditinggalkan..kerana api kenangan lama yg tidak padam...
    ...akan adakah sinar baru buat Dya?
    (i`m still reading n waiting )
    -che`leen-

    ReplyDelete
  2. nape tk de sambungan dek.....jgn lh wat crite tergantung cam ne dek....sakit ati je dek.sambung n panjang lh sikit,ciput sangat.

    ReplyDelete