skip to main |
skip to sidebar
Diary isteriku, cerita cintanya 13
Bab 13
“Puan
Dya..”
Dya
tersenyum menerima sapaan dari gadis itu. Sofea tersenyum manis sambil
mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dya. Dya berpeluk tubuh. Kalau boleh
dia tidak mahu lagi berjumpa dengan gadis itu. Namun bila mendengar perbualan
telefon Fahmi semalam membuat hatinya menggelegak.
“Saya
faham kisah pernah tercatat dalam sejarah cinta Sofea dan Fahmi. Dan saya sedar
kisah cinta tu belum pernah lagi bertemu titik akhir. Tapi saya juga sedar yang
antara kekasih dan isteri, taraf isteri lagi tinggi sehingga hak kehidupan si
suami adalah hak si isteri. Seperti mana juga suami. Tapi bila kekasih mula
hadir semula dan memporak perandakan rumah tangga yang dibina atas alasan si
isteri adalah perampas. Itu agak tidak adil Sofea.”
“Apa
yang adil di dalam dunia ni Dya.. Sekarang ni Allah membalas tunai setiap
kesalahan yang hambanya lakukan. Buktinya seperti sekarang. Beberapa tahun
lalu..Awak berada di atas, tapi sekarang rasanya roda sudah mula berpusing.”
Sofea
dan Dya masih lagi tenang walaupun hati mula bergelora hebat menahan rasa.
“Apa
kesalahan yang saya telah lakukan sehingga hanya saya seorang yang patut
menerima balasan. Jangan hanya kerana nasib yang lebih menyebelahi awak ketika
ini awak menjadi riak Sofea. Awak mahu cinta awak? Cinta yang hanya muncul
seperti bintang yang hanya menjelma dimalam hari. Bila siang timbul, teranglah
seluruh dunia Sofea. Tidak payah bersuluh-suluh lagi.”
“Sedangkan
malam pun boleh menjadi lebih gelap gelita kerana gerhana wahai Dya., Apatah
lagi siang. Lagipun, selama beberapa tahun ni.. awak dah terjumpa siang?”
Sofea
tersenyum manis bila melihat riak wajah Dya mula berubah.
“Dunia
yang awak diami sekarang masih gelap kan?”
Tanya
Sofea masih lagi dengan penuh berkias. Dya mula tersenyum kemudian membetulkan
duduknya.
“Sampai
masanya, malam akan bertukar siang cik Sofea.”
Dya
berdiri dari kerusinya. Malas mahu berkias lagi.
“Dan
jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh terkulai layu cik Sofea.”
“Andai
suratan sudah tertulis., kita berjalan pun boleh terjatuh Puan Dya.”
Dya
tersenyum sinis kemudian meninggalkan Sofea yang turut tersenyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~
“Apa
yang awak buat tengah hari tadi?”
Tanya
Fahmi dengan wajah berangnya. Dya masih lagi berwajah tenang sambil tangannya
melipat kain baju juga dengan penuh ketenangan. Fahmi menghempas badan ke sofa
di hadapan Dya bila Dya masih lagi tidak menjawab persoalannya.
“Saya
tanya ni.. Apa awak buat petang tadi hah perempuan!!!”
Fahmi
sudah mula berang. Dya terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut
Fahmi. Terjungkit juga badannya kerana terkejut. Baru kali ini Fahmi mengamuk
dan mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu.
“Dia
bagitahu?”
Tanya
Dya perlahan dengan memaksudkan ‘Dia’ sebagai Sofea. Fahmi menarik geram tali
lehernya..
“Tak
perlu dia bagitaulah! Dia bukan perempuan pengadu macam kau! Aku nampak kau
dengan dia di restauran waktu lunch dengan Client! Apa yang kau cakap dengan
dia sampaikan dia menangis teresak-esak.”
Dya
mengerut dahi. Menangis. Setahu dirinya, Sofea sempat lagi memberi senyuman
sinis kepadanya.
“Kau
buat dia serba salah? Hah?! Atau terasa hati sebab dia ada di antara kita?? Itu
yang kau cakap dengan dia?”
“Bukan
itu ke yang sedang terjadi sekarang?”
Jawab
Dya. Dia sudah lelah dengan keadaan begini. Kadang-kadang dia terfikir, kenapa
dia boleh berusaha melupakan cinta lamanya dan Fahmi tidak. Betul kata Sofea.
Apa yang adil di dalam dunia ni.
“Apa
yang terjadi sekarang ni takkan terjadi kalau awak tak buat saya macam arwah
kekasih awak tu. Apa yang terjadi sekarang takkan terjadi kalau saya tak kahwin
dengan awak dan sekaligus hancurkan hati Sofea!!!”
“Fine!!
Saya pun dah rimas dengan keadaan sekarang.. Bukan sahaja sekarang malah dari
dulu lagi. Semuanya saya! Saya yang salah! Saya yang jadi penghalang.. Saya
semuanya. Dan yang saya mahu dari dulu sampai sekarang cuma dihargai..”
Dya
menarik nafas panjang. Emosinya sedikit terganggu hari ini. Pertemuan dengan
Sofea, Diarynya pula berada di dalam bilik kerja Fahmi. Dia tak tahu kenapa
diarynya itu boleh berada di sana. Dalam penat berfikir, Fahmi pula datang
mengamuk. Kepalanya seperti mahu pecah memikirkan semua benda.
“Kalau
awak nak kahwin dengan Sofea, awak kena ceraikan saya dulu. Saya takkan
berkongsi kasih dengan sesiapa pun.”
Putus
Dya. Fahmi menarik nafas panjang.
“Kalau
itu yang awak mahu,..”
“Fahmi..
Dya.. apa bising-bising ni. Sampai keluar dengar suara kamu berdua bertelaga.”
Puan Fatihah memerhati tingkah
laku anak dan menantunya itu.
“Baguslah
mama dah datang. Dengan bersaksikan mama, saya ceraikan perempuan ni dengan
talak satu!”
Dya
menarik nafas panjang. Dia terduduk di atas sofa sambil merenung tajam ke arah
Fahmi. Dulu wajah itu yang memberi ketenangan di setiap harinya. Tapi wajah itu
hanya memberi kelukaan di hatinya.
“Astagfirullah
al azim Fahmi!”
Puan
Fatihah mengurut dada. Terkejut dengan apa yang didengar sebentar tadi. Tanpa
kata Fahmi meninggalkan rumah itu.
“Fahmi..
hey! Kamu nak ke mana tu..”
Puan
Fatihah yang mahu mengejar menghentikan langkahnya bila mendengar esakan kecil
dari Dya. Puan Fatihah cepat menghampiri Dya.
“Dya
minta maaf ma,. Dya dah tak boleh menipu diri sendiri lagi. Dya dah tak mampu.
Dya redha ma.. Dya redha walaupun dya dah kehilangan kedua-duanya.”
“Dya..
dya jangan cakap begitu.. Mama takkan terima Sofea tu jadi menantu mama...”
Dya
tertawa kecil. Entah apa yang mencuit hatinya dengan kata-kata Puan Fatihah
itu.
“Sudah
masanya kita biar Fahmi cari kebahagian dia sendiri ma.. Jangan halang dia
lagi.”
“Kebahagian
dia hanya dengan Dya.”
“Kebahagian
dia sudah menjadi ketentuan Allah ma,, Dya mohon, biarkan abang cari kebahagian
dia sendiri.”
Dya
mencium tangan ibu mertuanya. Dia bukan siapa-siapa lagi di dalam rumah itu.
Biarlah dia mencari ketenangan di tempat lain. Sepatutnya dari dulu lagi dia
harus mencari titik tamat kisahnya bersama Izhar. Kesian Fahmi terlibat sama.
Dya menarik nafas panjang. Dya, kau menipu diri sendiri lagi. .....
akhirnya ditinggalkan..kerana api kenangan lama yg tidak padam...
ReplyDelete...akan adakah sinar baru buat Dya?
(i`m still reading n waiting )
-che`leen-
mne smbungan dia????
ReplyDeletenape tk de sambungan dek.....jgn lh wat crite tergantung cam ne dek....sakit ati je dek.sambung n panjang lh sikit,ciput sangat.
ReplyDelete