Followers

New Novel

Monday, December 26, 2011

Diari isteriku, cerita cintanya 12


“Betul ke apa yang mama dengar?”

            Tanya Puan Fatihah dengan tegas. Fahmi yang sedang membaca surat khabar mengetap bibir. Saja mahu menyembunyikan muka disebalik surat khabar itu.

            “Apa yang mama dengar?”

            Puan Fatihah mendengus. Anaknya itu sengaja tidak mahu bercerita.

            “Sofea balik Malaysia?”

            Fahmi mengeluh. Kemudian melipat kembali surat khabar. Cuba berlagak tenang.

            “Malaysia ni tanah air dia juga ma,.. dia boleh balik ke sini bila-bila masa je dia mahu.. tiada yang menghalang.”

            Fahmi menghirup air kopi yang baru dituang oleh Dya. Dya Cuma mendiamkan diri mendengar perbualan Fahmi dan ibu mertuanya. Puan Fatihah mendengus.

            “Tapi kalau balik sini nak mengacau rumah tangga orang.. baik tak payah balik.. Duduk je kat luar negara tu. Tempat tu lebih sesuai untuk dia.” 

            Fahmi mengetap bibir.

            “Mama tak patut cakap Sofea macam tu. Dia dah banyak terluka ma. Kalau dia dengar apa yang mama cakap sekarang ni.. mesti dia bertambah sedih.”

            Dya menunduk merenung lantai. Menahan rasa hati.

            “Habis tu? Dya tak sedih? Dya ni isteri kamu Fahmi. Walau apa pun alasan dan sebab kamu kahwin dengan dia, dia tetap isteri kamu. Amanat buat kamu. Jaga, sayang, itu tugas kamu. Bukan keluar dengan perempuan lain. Walaupun kamu ada sejarah bersama.”

            Fahmi mula berdiri dan mencapai kunci keretanya. Malas mahu bertekak. Pasti Dya yang membuka cerita kepada ibunya. Dya memang pentingkan diri. Sempat dia merenung tajam ke arah Dya yang masih menunduk. Kemudian dia pergi tanpa sebarang kata.

            “Huh.. selalu begitu.. bukan nak dengar apa orang cakap!..”

            Bebel Puan Fatihah. Dya memegang tangan ibu mertuanya.

            “Tak payahlah marah abang Fahmi macam tu lagi. Mungkin Sofea dan Fahmi cuma berkawan je.”

            “Berkawan? Huh! Fahmi tu bukan boleh percaya.”

            Dya tersenyum tawar mendengar kata-kata Puan Fatihah.

1 comment: