Followers

New Novel

Thursday, September 26, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 13

Bab 22
                Safran POV
                “Hey...apasal ni? Aku baru keluar sekejap ambil barang-barang , gelanggang ni dah jadi padang jarang, padang tekukur je...”
                Ek? Betul ke apa yang aku cakap tu.. ah! Hentam jelah... Bukan guru BM pun dekat sini.
                “Padang jaraklah... melayu fails betul!”
                Jawapan Khairi membuatkan aku tertawa kecil. Aku lupa pula dengan si Khairi ni. Aku melihat di sekeliling gelanggang. Sunyi! Coach Gramz baru lepas mengamuk ke? Tapi aku rasa tak mungkinlah kot. Aku ada ternampak dia berborak-borak di cafe tadi. Takkan dia sempat masuk sini untuk mengamuk. Dah macam kena sambar petir budak-budak ni semua. Semua macam tengah berbincang plan rahsia. Bercakap pun nak berbisik-bisik.
                “Apasal senyap sunyi ni?”
                Aku tanya lagi. Dahi sudah mula berkerut memikirkan seribu satu kemungkinan malapetaka apa yang sudah menimpa dengan budak-budak ni semua.
                “Kau boleh tak jangan rosakkan bahasa melayu.. dah senyap, sunyi lagi kau tambah dalam ayat.”
                Ek eleh.. kamus melayu ni.. Aku dah ditimpa seribu satu persoalan. Si Khairi ni pula banyak buat lencongan. Jawap jelah soalan aku ni. Geram juga hati aku ni.
                “Kau nak aku buat karangan empat muka surat ke dekat sini? Supaya kau boleh faham sefaham-fahamnya dengan soalan ciput aku yang aku ajukan beberapa kali dari beberapa minit yang lalu?”
                Kawan-kawan aku yang lain tertawa lucu. Khairi turut tersenyum. Baru rasa macam hidup sikit suasana di gelanggang ni. Budak-budak hoki yang lain semua melihat ke arah kami. Aku mengerut dahi. Dah apasal dorang semua ni?
                “Sarah dengan the gorgeous ignorant princess bergaduh..”
                Uh! Aku masih belum dapat biasakan dengan nama panggilan itu dan rasa lain macam bila mendengar panggilan yang diberikan oleh kawan-kawan aku untuk Hani. Rasa lain.. Lainlah! Jangan nak soal rasa lain apa.. Eh! Apasal aku sentap sendiri ni.. Nanti kejap.. Hani bergaduh dengan Sarah??? Aku baru mahu bertanya soalan, Dahari menyampuk dari belakang.
                “More like Sarah mengamuk dengan Hani.. Dan Hani ... is Hani.. Selamba dan still tersenyum manis.. Huh! Bertuah badanlah kalau dapat jadikan Hani tu awek.. Cool je sepanjang masa.”
                Ek..Eh! Kecik besar-kecik besar je aku tengok Dahari ni.. Eh.. apa pula..  Aku menepuk kepala aku. Apasalah tiba-tiba aku emosi semacam ni.
                “Mana Sarah?”
                Aku mencari sekeliling. Tiada Sarah. Kenapa dia nak mengamuk? Atau Sarah dah tahu tentang rahsia kami? Tak mungkin juga. Cuma dua orang je dalam kolej ni yang tahu tentang rahsia aku dengan Hani. Siapa? Aku dan Hani lah. Takkan Sarah boleh tahu pulak.. Daripada aku membuat sepuluh macam konklusi.. baik aku cari Hani.. eh.. Sarah.
                “Aku nampak dia belok kiri  ke taman Ilmu tadi.. Mungkin balik hostel.”
                Paied pula menjawab soalan aku.. eh?.
                “Paied? Apasal kau sesat kat sini?”
                Paied adalah pemain bola sepak kolej ni. Bingung juga kenapa dia boleh tersesat dekat sini. Tapi bila melihat dia membawa barang di tangan, aku tahu mesti dia mempunyai tujuan yang kukuh untuk masuk ke gelanggang hoki ini.
                “Aku hantar ni hah... Barang-barang untuk hiasan meja. Aku nak jalan pegi padang bola tadi masa terserempak dengan Que.. Dia minta tolong aku hantar barang ni.. Macam dah takde matlamat hidup je muka dia tadi.. apasal?”
                Aku mengerut dahi. Mahu bertanya dengan kawan-kawan yang lain, masing-masing menggeleng kepala tanda tidak tahu. Ada juga yang baru perasan Que takde dengan dorang. Bagus punya kawan. Paied menjungkit bahu. Tanda tidak mahu masuk campur. Aku mengambil barang-barang dari tangan Paied kemudian meletakkannya di atas meja yang berhampiran. Paied kemudian meminta diri untuk pergi ke latihan bola sepaknya.
                “Aku nak cari Sarah dulu.. Korang tolong uruslah budak-budak ni.. Kang ada pula yang tak siap untuk malam ni.”
                Mereka cuma mengangguk. Aku memberhentikan langkah apabila terfikir sesuatu.
                “Hani... Dia keluar juga ke?”                            
                Aku bertanya kepada Khairi.
                “A’aa.. Aku nampak macam dia ikut jalan kanan tadi. Balik ke kampus utama kot.”
                Aku mengangguk perlahan kemudian mengucapkan terima kasih. Sampai sahaja di depan pintu gelanggang, langkah aku terhenti lagi.. Ikut kiri? Atau kanan? Aku terpacak di hadapan pintu membuat perkiraan. Aku tidak tahu apa kena dengan aku hari ini tiba-tiba memasukkan nama Hani dalam jadual hidup aku...mungkin sebab dah berapa hari tidur tak berteman kot.. Aku tersegih nakal. Mungkin lah. Malas mahu berfikir lebih lama apabila seorang dari junior aku berkerut dahi memandang aku yang tersengih dan terpacak di hadapan pintu. Aku memilih jalan lurus..  Mencari Que. Aku mahu tahu juga apasal dia itu serta mengeluarkan diri dari gelanggang yang masih banyak kerja yang mahu disiapkan. Dia tersentap tengok Sarah dengan Hani bergaduh ke? Laaa... emosinya lah kawan aku sorang ni. 

No comments:

Post a Comment