Terlebih
dahulu saya mahu meminta maaf sebab membiarkan cerita ini tergantung begitu
lama.. dan enovel yg lain.... baru hari ini saya boleh mengambil masa untuk
menarik nafas panjang.. duduk depan komputer dan mula menulis... Banyak yang terjadi
di dalam otak.. senang kata , writer block! Saya sayangkan dunia penulisan
walaupun tidaklah berbakat sangat.. tapi saya suka menulis.. saya cuba
berkali-kali untuk menulis sepanjang masa ini tapi terlalu sukar(Chewah!) ...
Komen ya... Inilah novel yang ketiga saya yang berjaya disiapkan! hore!
“kau ada di mana selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin
dengan Dya?”
Soalan Sofian
masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia di mana? Fahmi meraup mukanya.
Persoalan Sofian membuatkan dirinya masih terpaku di hadpan meja kerjanya
walaupun pekerja-pekerja yanglain sudah pun mengosongkan pejabat sejak pukul
5.30 petang tadi. Panggilan telefon Sofea pun entah berapa kali deringan dan
hanya dibiarkan sehingga sepi kembali. Fahmi menarik laci mejanya. Diari dya
yang masih dalam simpanannya dikeluarkan dari laci itu.
“Kau bertuah Izhar.. sebab dapat cinta yang didambakan oleh setiap orang. Cinta
sejati.”
Fahmi mengeluh perlahan sebelum dia membuka catatan terakhir di dalam diary
itu. Catatan terakhir itu mengisahkan tentang kemalangan yang dialami oleh
Izhar sehingga membuatkan nyawa lelaki itu melayang. Fahmi menutup muka surat
terakhir yang diselaknya sebentar tadi. Dia menarik nafas panjang. Kemudian dia
mula mencari-cari sambungan kisah itu di dalam diari yang seterusnya. Tapi
tiada. Hanya empat naskah sahaja. Hanya empat diari milik isterinya saja
tersimpan dalam kotak itu. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar yang terselit
di dalam naskah terakhir dalam pegangannya itu.. Dan….Dia menggeleng
perlahan..Ini Diari isterinya, yang mengisahkan cerita cintanya…..
Hati aku hanya untuk dia.. andai dia mahu aku pergi.. aku akan pergi.. Tapi
sebelum itu, biarlah aku tetap dengannya..
Catatan yang terdapat dibelakang
gambar itu dibaca perlahan. Memang betul.. wajah Izhar serupa dengannya. Rasa
yang bercampur-campur menyerbu dihatinya bila melihat gambar itu. Dya
bersamanya kerana wajah itu... Kepalanya balik-balik mengulang ayat yang sama.
Dia kecewa dengan Dya.. Dia sungguh kecewa.... Masa seperti terberhenti
tiba-tiba apabila melihat catatan kecil dihujung gambar itu...
“Mi.... Dya di hospital!”
Sofian yang tercungap-cungap di depan pintu pejabatnya dipandang dengan
pandangan yang begitu sukar. Rupanya Sofian juga sepertinya. Masih lagi belum
meninggalkan pejabat.
“Yan... aku... Dya..”
Fahmi menggeleng kepalanya. Sofian mengerut dahi. Tidak tahu kenapa dengan
kawannya itu. Kemudian otaknya cepat berfikir.
“Fahmi! Dya tu mengandung anak kau... kau masih nak cakap dengan aku yang kau
dan dia bercerai.. jadi kau dah tiada kaitan dengan dia.. Dya tu nak bersalin
Mi! Takkan kau nak biar dia sendiri.”
Fahmi seperti tersedar sesuatu dan kemudiannya meninggalkan Sofian terkaku di
depan pintu pejabatnya.
“Wei! Tunggu akulah...”
~~~~~~~~~~~~
“Rina… telefon abang Fahmi… aku takut…”
Dya
menggoncang-goncangkan tangan Farina. Sakit yang dirasakan membuatkan dia tidak
dapat berfikir betul. Dia mahu Fahmi ada disisinya. Tangan Farina yang kecil
itu digenggam kuat. Bukan dia tidak nampak kerutan di wajah Farina yang menahan
sakit itu.
“Aku
dah call Sofian.. Dah suruh dia bagitau
Fahmi.. kau sabar ya..”
Jawab
Farina sambil menahan sakit kerana tangannya digenggam kuat oleh temannya itu.
Sesekali Dya menjerit kerana kesakitan, dia turut serta menjerit sama.
Agaknya tinggal kulit sahaja yang ada di tangannya. Tulang di tangan sudah
hancur disebabkan genggaman kuat Dya.
“AHHHHHHHHH..”
Sekali lagi Farina ikut terjerit sama.
“Ask
my baby to get out already…”
Bebel
Dya perlahan. Farina tertawa kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~
“Nama saya bukan miss cendawanlah encik ‘pathway’...”
Besar mata lelaki itu bila diberi nama seperti itu.
“Dan itu bukan nama saya juga..”
“Ha?? Bukan ke?? Ada aku kisah??”
Fahmi melajukan lagi keretanya. Sofian di sebelah hanya mendiamkan diri
walaupun takut juga dengan cara pemanduan kawannya itu.
~~~~~~~~~~~~~~~
“Nama saya kan Dya..”
“Pendeknya... Nama panjang?”
“Nama panjang Mak Cik Dya
yang cantik lagi vogue dan beautiful!......”
Selama ini.. Dia seperti tertidur. Dalam banyak-banyak perkara yang dia patut
lupa, kenapa mesti suara manis itu yang pudar didalam ingatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~
“Awak tak takut gelap ke?”
Telatah yang lain daripada yang lain.. Kenakalan yang mula pudar.. Semuanya
kerana dia.. Fahmi memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk dan terus
keluar tanpa meletakkan keretanya dengan sempurna. Dia terus berlari ke arah
bilik bersalin. Farina dan ibunya duduk dengan sabar dihadapan pintu bilik
bersalin itu.
“Ma..
Dya mana?”
Tanya
Fahmi tercungap-cungap.
“Datang juga kamu.. Ingatkan berkepit dengan si Sofea tu..”
Marah
Puan Fatihah. Sebenarnya marahnya sudah mula surut dan boleh menerima keputusan
Dya dan Fahmi tentang penceraian anak dan menantunya itu. Tapi bila menerima
tetamu tidak diundang petang tadi membuatkan marahnya kembali membara. Sofea
datang kononnya mahu mencari Fahmi. Sudah menghancurkan rumah tangga anak dan
menantunya, ada hati mahu datang ke rumah dengan perasaan tidak bersalah. Bisik
hati Puan Fatihah yang masih geram.
“Mana
Dya??”
Fahmi
yang risau dengan keadaan Dya tidak mengendahkan kemarahan ibunya itu. Wajah
Farina dipandang. Meminta jawapan.
“Room
2”
Fahmi
tersenyum tanda terima kasih sebelum masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan
Farina itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kadang-kadang kita mesti melepaskan seseorang itu pergi.. kalau dia
jodoh kita.. Dia tidak akan pergi jauh.. Dia pasti kembali.
Diary Dya..
p/s : tengah
tunggu my heros bangun.
p/s lagi: Budak
kecik n bapa budak kecik ni berdengur kuat. Sampai mama dia yang tak boleh
tidur.
p/s lagi dan lagi:
Nadia Alisya sayang Fahmi Izkandhar dan Izhar Farish yang kecik baru nak pandai
merangkak tu..
“Tulis
diari lagi?”
Suara
serak- serak basah mengejutkan dirinya. Dya tersenyum lebar kemudian menutup
diarinya.
“Tidaklah.. tengah main bola tadi.”
Jawabnya nakal. Suaminya tertawa kecil mendengar jawapan darinya. Dya ditarik
kedalam pelukan yang erat.
“Terima kasih kerana tidak pernah berhenti menyayangi abang.”
Dya mendongak mencari wajah suaminya.
“Sama-sama kasih.”
Dya mengeratkan lagi pelukannya.. Kalau boleh.. dia masuk selamanya berada
didalam pelukan Fahmi Izkandhar .
Suaminya… dan juga kekasihnya… Dya tersenyum lebar.
Tak berapa faham.....tahu izhar ngan fahmi same person.....tp kenapa dia tukar jd fahmi izkandhar...mcm mana fahmi tu lupa yg dia tu ihar n rentetan pulih kembali ingatan tu pun mcm celaru.....
ReplyDeleteApa catatan yg ada kat gambar tu yg Fahmi terbaca? mcm man dia drpd anak mama rubi jd anak Pn Fathiah?
DeleteNanti saya post epilog... n nama tu memang tersalah.. hehe.. sory.. fahmi izkandhar yg betul.. will edit later... so sorry for all the confusion.
Delete