skip to main |
skip to sidebar
Diary isteriku, Cerita cintanya 9
“Dya macam mana.. sihat? Dah scan
baby ke?”
Dya
memberi senyuman manis buat mak mentuanya itu. Wajah itulah yang sentiasa
berkerut dan mula bersedih bila dia mengalirkan airmata. Banyak sudah
pengorbanan yang sudah dilakukan deminya. Andai satu hari nanti dia terpaksa
berkorban, dia akan lakukannya untuk membalas budi wanita ini.
“Dya
macam yang mama tengokla.. sentiasa sihat.. pipi ni pun makin tembam dah..baby
belum lagi scan..”
Puan
Fatihah tersenyum sedikit. Dya kelihatan ceria. Tapi siapalah tahu apa dia
dalam hatinya. Dia juga sentiasa tertanya-tanya, di manalah anak menantunya itu
mendapat kekuatan untuk menerima setiap dugaan yang tidak pernah jemu
mendatangi kehidupan anak menantunya itu..
“Laa...
belum scan lagi? Dya dah mengandung 6 bulan lebih.. nak dekat 7 bulan...
silap-silap nanti tak sempat scan, baby dah keluar.”
Dya
tersenyum sambil menggosok perutnya.
“Rasanya
Dya tak mahu la scan ma, biar surprise sikit.”
“Pulak?
Habis tu, macam mana nak shopping baju baby kalau tak tau baby girl ke boy..
Nanti beli baju merah jambu, yang keluar baby boy..”
Dya
tertawa kecil mendengar rungutan mak mentuanya.
“Takpelah..
kita beli baju warna biru dengan putih je dulu..”
“Dah
siapkan bilik baby ke? Kata hari tu nak cat?”
Dya
tersenyum. Hilang semua kesedihan bila berbual mengenai bayi yang dikandungnya
itu. Dia rasa teruja dengan kehadiran bayi yang dikandungnya itu. Kelahiran
bayi itu memberi seribu satu harapan agar suaminya itu boleh menerimanya.
“Belum
lagi.. Iz.. “
Kata-katanya
terhenti. Mulutnya ditekup perlahan. Kenapa dia boleh tersebut nama itu. Izhar.
Sudah lama rasanya dia tidak menyebut nama itu di hadapan orang lain. Dia
sentiasa berlakon dihadapan semua orang yang dia sudah lupakan nama itu. Puan
Fatihah yang memahami perasaan Dya itu menepuk perlahan bahu anak menantunya
itu.
“Maaf
ma.., Dya tak sengaja cakap nama dia..”
Puan
Fatihah menggenggam tangan Dya. Cuba memberi kekuatan.
“Tak
salah dya ingat dia.. rindu dia.. tapi sekarang ada Fahmi.. dan baby ni..
Jangan pandang kebelakang lagi.. Yang sudah tu.. sudah..”
“Dya
cuma terganggu sedikit kebelakangan ini. Selalunya dialah tempat dya cerita
semua yang mengganggu perasaan Dya ni mama.. Dya rasa terganggu sangat sekarang
ni ma..,”
Puan
Fatihah cuba menenangkan menantunya itu. Dya menangis di dalam dakapannya.
“Apa
lagi yang boleh mama buat Dya.. Mama cuba kembalikan Izhar dalam diri Fahmi..
Tapi Dya masih bersedih macam ni..”
Bisik
Puan Fatihah perlahan.
“Tapi
Fahmi bukan Izhar. “
Sampuk
Fahmi dari belakang Puan Fatihah. Puan Fatihah menoleh ke arah Fahmi yang
sedang bermasam muka. Fahmi cepat melarikan diri ke tingkat atas. Malas mahu
membangkitkan hal yang selalu membuat dia dan ibunya bertelaga. Selama hari
ini.., dia cuba bertahan. Semuanya kerana Dya.. Semua orang kesiankan nasib
malang gadis itu. Kesian dengan Dya.. Simpati dengan Dya.. Sampaikan semua
orang tidak nampak betapa dia dan Sofea terseksa. Terseksa kerana kesedihan Dya
yang seperti tiada akhirnya itu. Izhar! Hanya kerana wajahnya seperti lelaki
itu.., dia yang terpaksa menjadi galang gantinya.Ah! Dia benci dengan
pengorbanan yang terpaksa dilakukan itu. Dia sangat benci!.
dh lm menantikan ntry baru..teruskan berkarya
ReplyDelete