Followers

New Novel

Sunday, September 1, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 7

Hani POV

                Aku tiba-tiba terasa mahu tertawa lucu. Ya. Aku ketawa dengan kuatnya bila teringat nota-nota yang aku tinggalkan untuk dia. Sengaja mahu membuatkan dia tertekan bermasam muka sepanjang hari. Balasan untuk apa yang dia buat kepada rumah aku... okay,.. kami. Rumah tu berselerak! Cukup berselerak. Setiap minggu. Macam bukan orang je yang tinggal kat dalam rumah tu. Dan mungkin dia sudah membaca nota aku yang terakhir. Aku bukan sengaja mahu menghabiskan duit dia. Aku bukan jenis orang yang suka menghabiskan duit tak tentu pasal. Aku cuma beli dua, tiga jenis kain untuk projek kedua aku. Aku guna ked kredit dia pun bukan sebab takde duit. Cuma aku beli kain tu secara online dan aku takde kad kredit. Aku pinjamlah kad kredit dia. Sarah sedang seronok bersiap-siap untuk berjumpa Safran. Sambil bernyanyi kecil. Habis semua baju di dalam almari dikeluarkan. Mahu mencari baju yang sesuai. Aku melihat dengan pelik. Apa yang seronok sangat keluar dengan Safran? Aku tak boleh duduk dengan dia walau hanya seminit!. Lelaki tu menyebalkan. Bunyi telefon di atas meja belajar aku kedengaran membingitkan. Itu sebab aku mengkhaskan bunyi yang paling sesuai untuk si pemanggil. Supaya semua orang tahu yang si pemanggil memang selalu membingitkan telinga aku.

                “Yup..”

                “Mana duit belanja yang aku bagi minggu lalu? Dah habis? Sampai kau belanja dengan kad kredit aku? Kan itu untuk emergency je!”

                Sepatutnya aku rasa sedih bila kena ceramah seperti itu. Tapi aku terasa lucu bila dia mengamuk seperti itu. Terasa seperti mendapat kemenangan sejati. Tahniah Hani. Aku kebanggaan seketika.

                “Kau dengar ke tak ni?!”

                Aku tersenyum. Biarkan dia membebel sendiri.

                “Kau patut lebih bertanggungjawabla Hani!. Takkan minggu lalu bagi lima ratus, lima ratus juga kau habis kan? Boros!”

                Isy! Bercakap tak tengok bukti! Aku cuma pakai RM 50 ringgit je untuk minggu lalu. Sebenarnya duit yang dia bagi dua, tiga minggu lalu pun tak habis dipakai. Sudahnya semua masuk ke dalam bank semula.

                “Aku beli barang untuk projeklah.. Secara online. Oversea punya barang. Aku mana ada kredit kad nak puchase. Aku pinjamlah kad kredit kau.”

                Lama-lama dengar dia membebel sebak juga sikit. Aku tak suka kena tuduh-tuduh tanpa bukti yang kukuh ni. Kalau mama aku yang buat macam tu dah lama aku sentap sambil menangis terguling-guling atas lantai.

                “Oow.”

                Senyap seketika. Mujur Sarah keluar seketika ke bilik sebelah untuk bertanya pendapat tentang pemakaiannya. Dia dah menyampah bila bertanya tentang pendapat aku. Sebab aku akan kata, everything is fine. Beautiful.. bla..bla..bla. Dah memang betul pun. Aku kadang-kadang cakap juga. Orang cantik.. pakai apa pun cantik. Dia balas pula. Sebab itulah dia pilih baju berjam-jam, sebab dia tak cantik macam aku. Eh,, ada pula aku yang terlibat.

                “Kau ada duit belanja ke? Tak ambil je dalam dompet aku tadi.”

                Aku mencebik. Ceh! Tak reti nak minta maaf. Begitulah selalunya. Nak bagi offer duit je untuk tujuan pendamaian. Takut aku tak balik untuk bersihkan rumahlah tu.

                “Duit hari tu pun belum habis. Ingat nak bank-in sikit dalam bank. Malas nak pegang duit banyak-banyak.”

                Kenapa aku bagitahu rancangan aku dekat dia. Aku dah putus fius sikit kot sebab berpusing-pusing seperti menari tango dengan Sarah tadi.Aku tak pernah bagitahu  dia apa-apa yang aku rancang. Kecuali kalau nak berjalan ke mana-mana. Aku mesejlah dia. Itu pun dia yang isikan kredit jadi aku tak rasa berat hatilah nak sms dia. Aku takkan membazir duit untuk menghantar mesej dengan dia.

                “Aku dah bank-inlah duit dalam simpanan kau setiap bulan. Tak payahlah nak bank-in lagi. Pegang jelah!”

                Aik? Melenting pula. Aku nak bank-in duit pun salah ke. Hormon tak stabil!

                “Takkan nak simpan duit banyak-banyak dalam dompet! Kang kena copet pula..”

                Aku pula yang terikut melenting ni kang.

                “Kalau tak pandai simpan baik-baik mestilah kena copet!”

                Tut..tut.. Aku ketawa kecil bila aku menamatkan talian tanpa sebarang kata. Aku ada banyak perancangan untuk hari ini.Dan aku tak mahu sesiapa pun merosakkan mood aku. Emm.. Nak buat rawatan muka(jerawat dah tumbuh lepas balik dari rumah tu).., cari novel baru.. tengok wayang.. Em.. Ajak Emalah. Kawan sekelas aku. Sebab Sarah ada date dengan si perosak mood yang mempunyai hormon tak stabil hari ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                Aku kelam kabut berjalan menuju ke arah bangunan gelanggang hoki. Seronok berjalan sehingga terlupa tentang perjumpaan hari ini. Nasib baiklah Sarah menghantar mesej untuk mengingatkannya. Kalau tidak, kelab hoki akan bermesyuarah tanpa kehadiran setiausahalah gamaknya. Aku menghentikan langkah yang laju bila terdengar orang yang memanggil namaku. Sarah yang berjalan seiringan dengan Safran menjerit memanggil namaku sambil melambai-lambai ke arahku. Mahu tidak mahu aku terpaksa menunggu mereka.

                “Mesti kau lupa hari ni ada meeting kan??”

                Kata Sarah yang sudah arif dengan diri aku yang pelupa ini. Lagipun aku bukan selesa sangat bila menghadiri mesyuarat hoki. Dan Sarah sudah tahu tentang itu. Tapi kerana minatnya kepada Safran sangat mendalam. Aku juga yang menjadi mangsa menemaninya. Bukanlah masalah besar kalau setakat menghadiri mesyuarat hanya untuk sejam dua. Tapi aku tidak selesa dengan renungan para gadis dan para jejaka yang mempunyai seribu satu makna tersirat. Kadang-kadang aku terasa macam ada benda yang menjijikkan melekat di muka aku.

                “Aku ingat... beberapa jam yang lalu.”

                Sambungku perlahan. Safran hanya membuat muka selamba. Tapi aku sempat melihat mulutnya tergerak-gerak sedikit. Mungkin dia juga berkongsi rasa yang sama seperti aku. Sedang menahan diri dari memulakan perang mulut di kaki lima ini. Mujur Sarah ada di antara kami berdua, kalau tidak memang tolak ke tepilah jawabnya mesyuarat kelab hoki untuk hari ini. Sampai saja di muka pintu gelanggang hoki. Sarah menepuk dahi.

                “Eh.. Kenapa tepuk dahi pula? You lupa sesuatu ke?”

                Tanya Safran dengan nada risau. Aku menjungkit kening. Dasar buaya darat. Tiba-tiba suara yang selalu memerli boleh menjadi lemah lembut.Pijak semut pun tak mati kalau depan perempuan. Kalau depan aku, memang RIP la semut-semut kat rumah tu. Tak sempat nak mengucap. Mati dalam iman semua semut tu. Safran membesarkan mata kepada aku  bila Sarah tidak melihat. Ingat aku kisah.

                “I lupa buku catatan I.. Kan hari ni nak bincang mengenai majlis sambutan ahli baru next month.

                Aku teringat yang Sarah sudah dilantik menjadi orang kuat majlis sambutan bulan depan. Kalau tak silap aku ada ternampak buku Sarah di dalam kereta aku.

                “Eh.. Buku kau ada dalam kereta akulah.. kalau nak, aku ambil kejap.”

                Boleh membuang masa beberapa minit. Belum masuk ke dalam gelanggang hoki, baru di depan pintu aku terasa ada mata-mata yang mula memandang ku. Apa dosa aku. Jadi baiklah aku melambat-lambatkan kedatangan aku . Lagipun mesyuarat kali ini tidaklah formal sangat. Hanya ahli-ahli sahaja yang hadir. Couch Gramz sebagai lecture penasihat untuk kelab ini tidak akan hadir.

                “Eh.. Tak payah- tak payah. Biar aku je ambil. Bak kunci kereta kau.”

                Sarah berlalu meninggalkan kami di depan pintu gelanggang hoki ais itu. Tanpa melihat ke arah Safran, aku mula menyindirnya sebelum berlalu ke arah bertentangan dengan lelaki itu.

                “Player.”

                Kata aku dengan puas hati kerana mendapat juga kesempatan untuk memerlinya.

                “Penyibuk.”

                Balasnya.Senyuman aku menjadi masam. Tak guna. Langsung tak mahu kalah. Aku mengambil tempat duduk di dalam gelanggang itu. Duduk jauh-jauh dari Safran. Takut terjadi perang dunia ketiga di tengah-tengah orang mesyuarat ni.

No comments:

Post a Comment