Followers

New Novel

Wednesday, August 28, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 3

Hani POV

Aku tidak berhenti mengomel dan membebel bila saja sampai di rumahnya. Sampah merata-rata. Aku belum tengok lagi bahagian dalam rumah. Baru sampai muka pintu aku dah berzikir panjang. Mungkin aku boleh kena Heart Attack bila dah tengok bahagian dalam rumah. Bila aku masuk, kelihatan tin-tin minuman dan plastik-plastik makanan bergelimbangan di atas lantai dan meja sofa. Tidak lupa juga meja makan kegemaran aku. Dan juga dapur. Aku tahu ‘dia’ seorang yang sosial dan akan mengadakan party setiap hari rabu. (Aku tidak mahu tahu apa yang terjadi di dalam party itu) Tapi aku tidak perasan pula ‘dia’ ni begitu so...sial, dan aku sebagai wanita yang baik lagi berhemah tidak patut mengungkap perkataan tadi. Maaf. Aku juga menyesal memuji ‘dia’ dengan hati dan juga lidah. (melafazkan dengan lidah atau berkata di dalam hati). Macam mana dia boleh hidup dalam keadaan ini selama beberapa hari! Party  hari rabu.. dan sekarang kalau aku tidak bermimpi, adalah hari jumaat. Keadaan rumah itu masih berselerak seperti ‘dia’ baru lepas mengadakan majlis malam semalam!.

Aku mengeluh dan mengeluh sambil mengeluarkan plastik sampah dan memungut semua sampah-sampah yang berselerakan di dalam rumah. Kenapa aku perlu buat semua ni? Kenapa aku terperangkap di dalam satu ikatan yang tidak kelihatan talinya. Oh ya! Baru aku teringat. Secara normalnya cerita melayu,cina, india, indonesia, dan lain-lain bahasa di dalam dunia ini. Aku teringat air mata Nanna berjatuhan seperti air paip dan muka macam dah tak rindu dunia lagi memujuk-mujuk aku untuk menunaikan satu perkara yang aku berat hati sangat nak buat. Aku pun tersentap sikit emosi ni bila melihat Nanna memujuk dengan muka sedih dan riak wajah yang sedang menahan sakit sangatlah.  Terharu bila Nanna mula bercakap pasal maut-maut ni. Meleleh-leleh air mata aku bila Nanna mula bercakap pasal tu. Kalau boleh aku mahu Nanna hidup 100 tahun lagi. Nanti kesian pula dengan Daddy kalau Nanna tiada. Dengan siapa dia nak mengadu kalau dia bergaduh dengan Mummy. Dan aku makin terharu bila selesaikan hajat Nanna aku tunaikan, Nanna boleh berjoging dengan atuk jiran sebelah rumah. Siap ber’dating-dating’ lagi sambil senam erobik dengan kawan-kawan dia. Mujarab benar ubat yang Nanna makan. (aku tengah sarkastik!)

Selesai memungut sampah-sampah yang ada, aku melihat jam di dinding. Sudah dekat magrib. Aku berjalan ke dapur, mahu menyediakan bahan untuk masak selepas sembahyang magrib. Mungkin selepas makan aku akan mem’vacuum’ seluruh lantai-lantai di dalam rumah ini. Itupun selepas selesai mop lantai yang sebahagiannya masih melekit. Semestinya tidak akan siap menyelesaikan semua malam ini. Belum lagi baju-baju yang masih berselerakkan di seluruh bilik tidur. Aku menggeleng kepala. Memang itupun kerja aku setiap minggu. Mula-mula memang  setiap minit aku mengeluh. Tapi sekarang jumlah keluhan aku mula berkurang. Sekurang-kurangnya keluar juga peluh selepas lima hari membiak lemak di asrama. Tidur, bangun, makan, pergi kelas, makan, balik asrama, makan lagi, mandi, tidur.. Itu sahaja rutin aku di asrama. Ketika aku sedang seronok memotong bawang sambil sesekali tu pisau yang aku pegang aku men’thermal contact’ dengan tudung periuk supaya menghasilkan bunyi bising. Kemudian mulut aku membebel kan semua perkara yang sama aku bebelkan minggu lalu. Memang sengaja mahu mengganggu tidur si jejaka yang kelihatan tenang di alam mimpi.

Aku mengambil sudip yang sudah tersangkut di hadapanku. Bila melihat waktu masih belum masuk solat magrib, aku mengambil keputusan dengan seyakin-yakinnya untuk mengoreng ikan terlebih dahulu. Supaya si ‘dia’tidak mengambil tugas aku untuk membebel pula kerana hidangan malam lambat siap. Bunyi tapak kaki yang makin menghampiri aku biarkan saja. Mahu mendengar ayat pertama yang akan keluar dari mulut ‘dia’.

“MalamJumaat!”

Dia berkata seperti orang yang sedang batuk. Aku berpaling ke belakang sambil bercekak pinggang. Sudip masih aku genggam erat. Dalam banyak-banyak ayat yang patut dia cakap dengan aku sekarang ni. Dia boleh pilih ayat itu! Tiada kata maaf saya tak kemas rumah, atau maaf rumah berselerak atau MAAF. Empat perkataan pun susah mahu di lafazkan! Haiyss! Lelaki..lelaki!

“Oh.. malam jumaatnya sudah lepas tuan. Malam jumaat yang malamnya hari Khamis. Malam ini malam sabtu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan? Mungkin saya boleh bantu memungut sampah sarap di sekitar rumah Tuan.. atau mengepel (mop) lantai.. atau memasukkan baju yang sudah tuan guna di dalam beg laundry?”

Aku mengelip mata berkali-kali bila ‘dia’ juga mengelip mata berkali-kali bila menerima sindiran dari aku. Itulah kerja-kerja yang aku mahu dia buat. Tiga perkara sahaja. Itupun terlalu susah untuk dia lakukan. Macam manalah aku tidak boleh berhenti membebel disebabkan perkara itu.

“Dalam kalender saya cik adik yang manis lagi cantik.. Hari jumaat,malam jumaat.. Kalau malam sabtu.. hari sabtu.”

Aku buat muka tidak percaya yang separuh terkejut. Itu yang dia mampu fikir untuk balas sindiran aku. Otak dia ni memang tidak ada benda lain di dalam selain perkara itu? Duh! warga Kolej Angsana mesti semuanya gila bila mengatakan dia adalah top student dari segi ko-kurikulum (aku boleh terima dengan hati terbuka) dan kurikulum (aku tidak pasti dengan perkara ini!) Aku menggeleng kepala dengan mulut yang tidak tahu mahu berkata apa lagi dengan ‘dia’ di depan aku ini. Macam mahu tergagap mendengar jawapannya itu. 

“You better get ready to Solat.. mandi.. Kejap lagi I datang..”

Sebelum aku berpusing mahu menghadap ikan yang sedang aku goreng di dalam kuali. Aku terhenti bila melihat sengihannya yang cukup nakal itu.

“Yau datang??”

Tanyanya dengan senyuman paling nakal. Ya Tuhan! Aku mula geram dengan ‘dia’ di depan aku ini. Macam mahu aku ketuk-ketuk dengan sudip di tangan aku ni di kepalanya.

“Untuk Solat!”

Dia tertawa berdekah-dekah bila mendengar jeritan aku. Bukan membuatkan dia takut. Lagi dia tertawa suka! Selepas solat magrib, makan dan kemudiannya solat isyak. Aku mula mengemas bilik tidur pula. Pakaian kotor yang sepatutnya berada di dalam laundry bag aku kumpul kesemuanya,  mengasingkan baju itu kepada basuhan tangan dan mesin. kemudian memasukkan baju yang di cuci dengan mesin ke dalam mesin basuh.Baju yang mesti di basuh menggunakan tangan aku rendam dahulu. Mungkin besok baru aku rajin untuk mencuci. Sementara menunggu mesin basuh menyiapkan kerjanya, aku mula membersihkan dapur yang sudah 5 hari tidak berasap sepanjang ketiadaan aku. ‘Dia’ terbaring di atas sofa sambil menonton television. Dia seperti sudah selesa dengan kedudukannya sekarang. Aku tidak menghiraukannya dan menyiapkan kerja-kerja mengemas. Kalau ‘dia’ mahu meminta makanan atau minuman pandailah ‘dia’ meminta. Tidak perlu dilayan sangat. Nanti menjadi manja dan naik tocang pula!.

Setelah selesai semua kerja rumah , aku mengambil tuala di dalam beg pakaian yang aku bawa dari asrama. Aku sedar yang ‘dia’ tidak lagi menonton television tapi mula menumpukan perhatiannya kepada aku. Tanpa mengendahkan ‘dia’, aku mengangkat beg pakaian untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Mahu harapkan ‘dia’. Jangan nak bermimpilah. Kalau boleh setahun, setahun juga beg tu di atas sofa. Hai... apalah malang nasib aku ni. Selepas sahaja selesai mandi, ‘dia’ sudah menyandar di atas katil sambil membaca buku. Aku keluar dari bilik air dengan hanya memakai jubah mandi yang hanya menutup sehingga ke paras lutut. ‘Dia’ memandang dengan senyuman nakal sambil menjungkit kening. Tidak sempat aku melangkah ke arah beg pakaian untuk mengambil baju, aku sudah berada di dalam pelukannya.

“Assalammualaikum...”

                Aku tersenyum kecil dan mula gemuruh bila mendengar suaranya.

                “Waalaikumsalam..”

No comments:

Post a Comment