Thursday, September 20, 2012
Diary Isteriku Cerita cintanya 14
“Habis tu macam mana sekarang?”
Farina
melabuhkan punggung di sebelah Dya. Air muka Dya yang kelihatan tenang
membuatkannya risau. Tidak seperti sewaktu dia kehilangan Izhar, Dya
terang-terang mengatakan yang dia tidak sanggup hidup tanpa Izhar. Menangis
sehingga hilang suara. Tapi sekarang dia kelihatan begitu tenang. Itu yang
membuatkannya risau.
“Macam
mana apanya? Aku tumpang rumah kau sampai aku bersalin. Then aku balik ke
Sidney. Aku dah call parent aku semalam. Bagitahu apa yang telah berlaku.”
Dya
masih lagi bertenang. Sempat dia melipat baju-baju bayi yang baru dibelinya. Padahal
Farina dan Sofian masih lagi terkejut dengan kejadian itu.
“Begitu
je?”
Soal
Farina tidak puas hati dengan keputusan Dya.
“Begitu
jelah.. kau nak aku buat apa lagi? Merengek, menangis-nangis merayu dengan
Abang Fahmi.. a’ak.. not gonna happen”
“Bagitahu
perkara sebenar..”
“Farina..
jangan risau sangat. Aku okay.. dia okay.. takde apa masalah.”
Dya
pula memujuk Farina. Macam terbalik sikit. Sepatutnya Farina yang memujuk Dya.
“Dya..
kalau kau nak menangis. Kau menangislah sekarang. Jangan pendam-pendam. Kang
jadi barah pulak.”
Dya
tertawa kecil dengan kata-kata Farina ini. Macam manalah budak ni boleh lulus
biologi masa SPM dulu. Main hentam fakta je dia tahu.
“Aku
dah penat menangis.. Aku takut nanti baby aku keluar, mata dah macam panda.
Sebab mama dia tak berhenti menangis.”
Farina
tertawa dalam sedih.
“Apa
pula jadi macam tu. Kau ni kawal mulut tu sikit. Kang baby kau dengar,
tersentap dia. Merajuk tak nak keluar dari perut kau tu.”
Balas
Farina. Dya tersenyum panjang. Terhibur sedikit hatinya. Dia menarik nafas
panjang. Dia teringat ayat yang pernah dibacanya di dalam internet suatu ketika
dulu.
“Kadang-kala..kita
disakiti, tapi kita boleh memilih untuk menyembuhkan luka atau menangis
kerananya.”
Farina
tersenyum. Dia yakin temannya itu seorang yang kuat semangat. Farina menepuk
bahu Dya perlahan.
“Mungkin
dari filem yang mulanya hanya berwarna hitam akan menghasilkan gambar yang
penuh keindahan.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Aku
tak sangka kau boleh datang kerja lagi..”
Fahmi
tidak mengendahkan kata-kata perlian dari temannya itu. Dia menyelak fail-fail
yang berselerak di atas mejanya. Sofian duduk di hadapan Fahmi dengan tenang.
“Apa
lagi kau mahu cakap Sofian.. dalam beberapa hari ni telinga aku dah bernanah
bila dengar orang bercakap tak berhenti-henti.”
Sofian
tersenyum sinis.
“Aku
cuma mahu bertanya.”
Kata
Sofian pendek.
“Tanya
pasal apa? Kenapa aku ceraikan Dya? Atau kenapa aku ceraikan Dya atau... kenapa
aku ceraikan Dya??”
Fahmi
menjawab sinis. Sofian tertawa kecil sambil menggeleng kepala.
“Aku
nak tanya, bila kali terakhir kau berjumpa dengan Sofea.”
Fahmi
merenung wajah temannya. Pelik dengan soalan temannya itu. Padahal Sofian ada
bersamanya sewaktu kali terakhir dia berjumpa Sofea.
“Waktu
dekat airport. Dia nak sambung pelajaran di luar negara. Kau pun ada sama waktu
tu. Jangan nak buat soalan perangkap pulak kat sini.”
Kata
Fahmi dengan nada bengang. Sofian masih tersenyum. Penuh makna.
“
Di mana Sofea selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin dengan
Dya?”
Fahmi
membetulkan duduknya. Kemudian menarik nafas panjang. Seperti mahu menahan
amarah.
“Apa
yang kau mahu capai dengan soalan tu Sofian. Kalau kau rasa nak campakkan semua
kesalahan kepada Sofea. Aku rasa baik kau keluar dari bilik aku ni sekarang
juga. Aku tak mahu perkara ni merosakkan persahabatan kita.”
Sofian
menggeleng lemah. Kalau boleh diketuk kepala temannya, memang sudah
diketuk-ketuk sekuat hati supaya hatinya puas.
“Aku
tak salahkan Sofea. Sebenarnya aku ada dua soalan.”
Fahmi
berdiri dari kerusinya kemudian berjalan ke arah pintu dan membukakan pintu itu
seluas yang mungkin.
“Aku
rasa takde apa-apa lagi yang nak dibualkan.”
Kata
Fahmi dengan tujuan untuk menghalau Sofian keluar dari bilik pejabatnya. Sofian
berdiri kemudian berjalan mendekati Fahmi.
Dia menepuk perlahan bahu temannya.
“kau
ada di mana selama empat tahun berturut-turut sebelum kau berkahwin dengan
Dya?”
Sofian
sempat mengajukan soalan sebelum keluar dari bilik Fahmi itu.Fahmi tersentak di
hadapan pintu biliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment