Bab
35
“Macam mana?”
Adrian yang sedang membaca beberapa
dokumen yang diserahkan oleh Mikhail sebentar tadi mengangkat kepala sambil
berfikir seketika. Kelihatan wajahnya seperti berkerut. Kemudian tersenyum
lagi.
“Okay.”
Mikhail mengerut dahi. Okay bukan
jawapan yang terbaik. Dia mahu mendengar jawapan yang lebih menyakinkan seperti
itu.
“Its great, actually.”
Mikhail mula tersenyum apabila
mendengar jawapan dari mulut Adrian. Rasa mahu saja dia rakam jawapan Adrian
sebentar tadi dan kemudian menyuruh Dana mendengar kata-kata Adrian itu biar
sampai bernanah telinga wanita itu. Biar Dana tahu yang kertas cadangan yang dikutuk
wanita itu adalah yang terbaik.
“Encik Adrian...”
Laily muncul di muka pintu dengan
mata yang sembam. Adrian mengerut dahi melihat penampilan setiausahanya itu.
Mahu dikatakan dia ember banyak kerja kepada wanita itu, rasanya tidak pernah.
Tapi mata Laily seperti tidak tidur bertahun-tahun. Lebam macam baru ditumbuk
di mata.
“Em.. tadi ada seorang perempuan
hantarkan dokumen ni untuk encik Mikhail. Katanya Encik Mikhail tertinggal
dokumen ni.”
Mikhail mengerut dahi.
“Siapa yang hantarkan?”
Tanya Mikhail inginkan kepastian.
Bingung juga kerana semua dokumen sudah ada di atas meja Adrian. Takkan ada
lagi yang tertinggal.
“Dia kata nama dia, Dana.”
Muka Mikhail yang tadinya manis
dengan senyuman mula memasamkan muka. Laily buat tidak tahu dengan perubahan
wajah jejaka itu. Dia menyerahkan kertas cadangan yang mereka berjaya siapkan
di awal subuh tadi.
“Brilliant!.”
Wajah Mikhail makin masam.Adrian
meneliti kertas cadangan yang baru diberikan Laily itu.
“Tak sangka Encik Mikhail suka
bergurau. Sanggup buat dua proposal. I think this one is better.”
Mikhail meraup wajah. Tension!
“Saya suka dengan ayat ni., Customer
want something different and we have to give something more than different.”
Seperti resmi padi, makin berisi makin
menunduk. Mikhail mula menunduk kerana kepalanya sarat dengan perasaan marah
dan geram!.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“So.............”
“Senyap!”
Marina tahan senyum. Rupa abangnya
yang seperti kanibal yang kelaparan tidak menerbitkan rasa takut di hatinya.
Malah hatinya seperti mahu tertawa kelucuan melihat muka Mikhail yang tidak
puas hati menerima kekalahnya itu.
“Ini semua sebab Yna tolong perempuan
tu!.. kalau tidak tak mungkinlah dia boleh siapkan kertas cadangan tu dalam
masa dua hari.”
Marina buat muka tak bersalah.
“Kalau bukan sebab Yna pun, Dana
mesti dapat kalahkan abang.”
Katanya perlahan. Tidak mahu
mencurahkan minyak lagi ke atas kemarahan abangnya itu. Mikhail mencebik.
“Siapa Dana tu sampai boleh kalahkan
abang?? Benda ni semua Cuma nasib baik je.. Konsep abang je yang kekurang sikit
daripada konsep Adriana tu. Lukisan plan pun nampak sangat kelam- kabut. Ada
hati nak kata proposal tu terbaik.”
Rungut Mikhail. Macam mana mereka
boleh menyiapkan proposal yang sepatutnya mengambil masa berbulan-bulan dalam
masa dua hari! Dua hari!. Mikhail menggigit bibir menahan geram. Balik-balik
dia juga yang kena bila dia bercadang mahu mengenakan Dana.
“So... vacation???”
Marina membuat muka comel dihadapan
abangnya yang masih bengang itu. Bila tiada balasan dari Mikhail, Marina mula
menggoyangkan tangan abangnya supaya Mikhail memberi respon terhadapnnya.
“Apa?!”
Marah Mikhail. Tapi tidak
menyebabkan Marina terkejut atau takut walau sedikit pun. Dia tahu Mikhail
tidak pernah sanggup memarahinya lama-lama.
“bercuti......”
Mikhail mengeluh.
“Abang akan uruskan nanti., then
hantar semua maklumat dengan Yna.”
Marina menggeleng kepala laju. Bukan
itu tujuannya. Dia mahu abangnya turut serta. Lagipun sudah lama mereka
sekeluarga tidak bercuti sekali. Lagi-lagi bila ada Dana, mesti percutian kali
ini lebih menarik.
“Nak pergi dengan Dana, mama, and
abang.”
Marina tersenyum penuh makna. Mikhail
meraup muka dengan kasar. Huh!
best cepatlah sambung ya jangan lama sangat.
ReplyDeleteHahaha....
ReplyDeleteMcm mana dana nk rendahkn ego si mikhail nie...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila la cerita ni nak bersambung....please writer....tolong la sambung cerita ni....huhuhu
ReplyDelete