Followers

New Novel

Wednesday, January 9, 2013

Dana @ Adriana??? 35


Bab 35
            “Macam mana?”

            Adrian yang sedang membaca beberapa dokumen yang diserahkan oleh Mikhail sebentar tadi mengangkat kepala sambil berfikir seketika. Kelihatan wajahnya seperti berkerut. Kemudian tersenyum lagi.

            “Okay.”

            Mikhail mengerut dahi. Okay bukan jawapan yang terbaik. Dia mahu mendengar jawapan yang lebih menyakinkan seperti itu.

            “Its great, actually.”

            Mikhail mula tersenyum apabila mendengar jawapan dari mulut Adrian. Rasa mahu saja dia rakam jawapan Adrian sebentar tadi dan kemudian menyuruh Dana mendengar kata-kata Adrian itu biar sampai bernanah telinga wanita itu. Biar Dana tahu yang kertas cadangan yang dikutuk wanita itu adalah yang terbaik.

            “Encik Adrian...”

            Laily muncul di muka pintu dengan mata yang sembam. Adrian mengerut dahi melihat penampilan setiausahanya itu. Mahu dikatakan dia ember banyak kerja kepada wanita itu, rasanya tidak pernah. Tapi mata Laily seperti tidak tidur bertahun-tahun. Lebam macam baru ditumbuk di mata.

            “Em.. tadi ada seorang perempuan hantarkan dokumen ni untuk encik Mikhail. Katanya Encik Mikhail tertinggal dokumen ni.”

            Mikhail mengerut dahi.

            “Siapa yang hantarkan?”

            Tanya Mikhail inginkan kepastian. Bingung juga kerana semua dokumen sudah ada di atas meja Adrian. Takkan ada lagi yang tertinggal.

            “Dia kata nama dia, Dana.”

            Muka Mikhail yang tadinya manis dengan senyuman mula memasamkan muka. Laily buat tidak tahu dengan perubahan wajah jejaka itu. Dia menyerahkan kertas cadangan yang mereka berjaya siapkan di awal subuh tadi.

            “Brilliant!.”

            Wajah Mikhail makin masam.Adrian meneliti kertas cadangan yang baru diberikan Laily itu.

            “Tak sangka Encik Mikhail suka bergurau. Sanggup buat dua proposal. I think this one is better.”

            Mikhail meraup wajah. Tension!

            “Saya suka dengan ayat ni., Customer want something different and we have to give something more than different.”

             Seperti resmi padi, makin berisi makin menunduk. Mikhail mula menunduk kerana kepalanya sarat dengan perasaan marah dan geram!.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            “So.............”

            “Senyap!”

            Marina tahan senyum. Rupa abangnya yang seperti kanibal yang kelaparan tidak menerbitkan rasa takut di hatinya. Malah hatinya seperti mahu tertawa kelucuan melihat muka Mikhail yang tidak puas hati menerima kekalahnya itu.

            “Ini semua sebab Yna tolong perempuan tu!.. kalau tidak tak mungkinlah dia boleh siapkan kertas cadangan tu dalam masa dua hari.”

            Marina buat muka tak bersalah.

            “Kalau bukan sebab Yna pun, Dana mesti dapat kalahkan abang.”

            Katanya perlahan. Tidak mahu mencurahkan minyak lagi ke atas kemarahan abangnya itu. Mikhail mencebik.

            “Siapa Dana tu sampai boleh kalahkan abang?? Benda ni semua Cuma nasib baik je.. Konsep abang je yang kekurang sikit daripada konsep Adriana tu. Lukisan plan pun nampak sangat kelam- kabut. Ada hati nak kata proposal tu terbaik.”

            Rungut Mikhail. Macam mana mereka boleh menyiapkan proposal yang sepatutnya mengambil masa berbulan-bulan dalam masa dua hari! Dua hari!. Mikhail menggigit bibir menahan geram. Balik-balik dia juga yang kena bila dia bercadang mahu mengenakan Dana.

            “So... vacation???”

            Marina membuat muka comel dihadapan abangnya yang masih bengang itu. Bila tiada balasan dari Mikhail, Marina mula menggoyangkan tangan abangnya supaya Mikhail memberi respon terhadapnnya.

            “Apa?!”

            Marah Mikhail. Tapi tidak menyebabkan Marina terkejut atau takut walau sedikit pun. Dia tahu Mikhail tidak pernah sanggup memarahinya lama-lama.

            “bercuti......”

            Mikhail mengeluh.

            “Abang akan uruskan nanti., then hantar semua maklumat dengan Yna.”

            Marina menggeleng kepala laju. Bukan itu tujuannya. Dia mahu abangnya turut serta. Lagipun sudah lama mereka sekeluarga tidak bercuti sekali. Lagi-lagi bila ada Dana, mesti percutian kali ini lebih menarik.

            “Nak pergi dengan Dana, mama, and abang.”

            Marina tersenyum penuh makna. Mikhail meraup muka dengan kasar. Huh!

4 comments:

  1. best cepatlah sambung ya jangan lama sangat.

    ReplyDelete
  2. Hahaha....
    Mcm mana dana nk rendahkn ego si mikhail nie...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bila la cerita ni nak bersambung....please writer....tolong la sambung cerita ni....huhuhu

    ReplyDelete