Followers

New Novel

Saturday, October 12, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 22

                Hani POV.

                “Kau mesti datang sini... Oh.. kau memang di sini.. Aku sayang dengan... Boleh tak kau fokus dengan cerita aku dulu?. The sunset hotel and villa. Macam ma... dah letak telefon.. macam mana dia boleh datang sini dengan cepat?”

                Aku meraup muka apabila tersedar dengan suara yang sedang bercakap sendirian. Kepala yang masih pening sedikit aku endahkan. Aku duduk dan menyandarkan badan di kepala katil. Bila aku perhatikan keadaan bilik tempat aku terjaga dari pengsan aku tahu yang ini bukan bilik aku. Kedengaran langkah seseorang yang makin mendekat.

                “Dah bangun?”

                Aku menjeling. Dalam banyak hari dalam setahun kenapa hari ini pula aku boleh pengsan. Dan dalam ramai orang di hotel ini kenapa aku boleh pengsan di depan dia!. Aku mahu bangun dari katil. Kalaulah boleh.. kepala aku yang masih tidak stabil seperti tidak membenarkan sebarang pergerakan yang berat seperti turun dari katil. Just my luck!

                “Kenapa aku ada dekat sini? Ke kau nak cuba stunt kau yang tak menjadi beberapa tahun lalu?”

                Que. Ya... Que. Dia duduk di hujung katil sambil mengeluh. Dalam pada itu aku mengundur sedikit dari dia. Tidak mengambil sebarang peluang untuk duduk dekat dengan dia.

                “Awak pengsan.”

                Hah! Sebab tengok muka kau. Terima kasih. Aku menjeling dirinya.

                “Dan you angkat I dan bawa pergi bilik you? Kali kedua jumpa you selepas kejadian dulu, you  nampak takut-takut.. tak selesa duduk berdua dengan I.. sekarang ni you  tak kisah pula kan duduk di dalam bilik berdua-duaan dengan you.Nampak sangatlah yang you dah berubah jadi ‘baik’

                Aku berpeluk tubuh sambil menyindir Que. Que masih membuat muka yang tiada perasaan. Cuma sedetik. Aku perasan rasa bersalah di wajahnya sebelum dia membuat wajah yang penuh ketenangan.

                “Pertama sekali.. saya tak angkat awak. Saya suruh beberapa orang pekerja hotel wanita yang mengangkat awak. Dan saya tak biarkan diri saya dengan awak berdua-duaan dalam bilik ini. Saya minta temankan seorang pekerja hotel tadi. Tapi sekarang dia terpaksa buat kerja dia. Dan ketiga, saya bawa awak di sini sebab saya tak mahu awak lari lagi sebelum dengar apa yang saya nak cakap.. nak jelaskan.. Awak selalu ‘larikan’ diri dari saya .”
                Aku terkebil-kebil memerhatikan Que di hujung katil. Aku melarikan diri dan itu satu masalah bagi dia. Aku bukan cuba jadi sarkastik di sini tapi apa yang Que pernah buat secara automatik menukar persepsi aku terhadap semua orang sama ada mereka bersalah ataupun tidak aku tetap menganggap semua orang akan melukai hati aku. Dan perkara itu langsung tidak membuatkan aku rasa teruja mahu menghadap muka Que 24 jam dan memberikannya layanan terbaik. Satu-satunya sebab untuk aku bercakap dengan Que adalah untuk membuatkan dia rasa bersalah dan menyesal!.

                “Eya... Macam nak sangat mengadap muka you 24 jam tanpa henti selepas peristiwa tu..”

                Sarkastik. Que menarik nafas panjang.

                “Apa yang awak nak saya buat untuk buat awak percaya yang saya menyesal dengan peristiwa tu?”

                Terdiam seketika. Aku tahu apa yang aku mahu. Tapi aku tak tahu apa yang aku mahu selepas dapat apa yang mahu. Pening? Aku sendiri pun mula pening.

                “nak you rasa apa yang rasa selama beberapa tahun ni Que.”

                Sedih. Kecewa. Dipermainkan. Dan macam-macam lagi perasaan negatif.

                “Saya sedih. Sebab selepas hari tu saya kehilangan awak. Dan ya,  saya kecewa dengan lingkah laku saya. Dalam usia 17 tahun saya sudah agak dewasa untuk berfikiran sedikit matang. Bukan bertindak seperti itu. Memalukan awak.. Buat awak menangis.. Sedangkan apa yang awak beri saya cuma kasih sa....”

                “Euw.... Stop!

                Aku menghentikan semua ayat-ayat Que yang mengelikan itu.
               
                “Terima kasih kerana mengingatkan betapa bodohnya I dulu.”
               
                Que termenung jauh.

                “Saya rindu Hani yang dulu. Bukan Hani.. Tapi Alisha. Dia seorang yang lembut hati. Dia pemaaf..Seorang yang simple.Dia seorang yang selalu ceria dan tersenyum dan ketawa. Seperti tiada perkara di dalam dunia ni boleh buat dia menangis.”
               
                Bila Que merenung ke arah aku. Aku tahu yang aku juga merindui Alisha. Hani Alisha. Cuma perasaan takut selalu menyelubungi hati aku. Bila aku cuba bersikap terbuka dengan orang-orang di sekeliling aku, aku sentiasa bertanya pada diri.. Macam mana? Macam mana kalau mereka bosan dan kemudian pergi jauh. Macam mana kalau aku tidak cukup bagus? Macam mana dan macam mana.

                “Terima kasih dengan you sebab beritahu perempuan tu yang dunia ni bukan selalunya tempat untuk ketawa gembira.”

                Dan perempuan tu menangis berbulan-bulan kerana dunia yang penuh dengan pelangi hanya ada selepas hujan yang kuat membasahi bumi. Dan kadang-kala hujan bukanlah sesuatu yang menarik. Kadang-kadang hujan menjadi ribut petir, atau banjir kilat . Dan bagi kes aku. Hujan turun diselangi dengan ribut petir dan banjir kilat. Dan tidak ketinggalan juga segala macam jenis taufan. Terima kasih untuk lelaki yang duduk tenang di hadapan aku sekarang ini.

                “Hani... peristiwa tu adalah kesalahan terbesar saya. Dan saya minta maaf....”

                Que bercakap sepatah demi sepatah seperti mahu membuatkan budak dua tahun untuk memahami apa yang dicakapkan.

                “Que... Peristiwa yang you cakapkan tu bukan peristiwa kecil. Dan kalau you ingat dengan meminta maaf macam ni boleh buat I dengan senang hati nak maafkan you.. You salah. I mengambil masa bertahun untuk sembuhkan hati I yang terluka. Dan sampai sekarang I rasa yang I belum berjaya sepenuhnya untuk jadi Alisha yang you jumpa beberapa tahun lalu.”

                Ketukan di pintu membuatkan hati yang geram bertambah geram.  Dia tak rasa apa yang aku rasa. Ya! Dia boleh dengan senangnya cakap dia dah berubah. Dia menyesal dengan semua perbuatan dia. Dan aku manusia yang agak lemah. Aku tidak menyalahkan takdir aku. Cuma rasa hati yang terluka tidak dapat disembuhkan dengan perkataan ‘saya dah menyesal’ atau ‘saya minta maaf’. Walau berapa banyak kali aku berdoa untuk melapangkan hati dan menenteramkan jiwa, sedikit bahagian yang ada di dalam hati aku sentiasa menyimpan perasaan takut dan rasa kecewa dan mahu Que rasa apa yang aku rasa. Jauh di sudut hati aku mahu dia terluka seperti mana aku terluka.Ketukan pintu untuk kesekian kalinya membuatkan Que berdiri dan berjalan ke arah pintu dan mahu mengapai tombol pintu. Mungkin pekerja hotel yang dia maksudkan sebentar tadi.Dia merenung ke arah aku.

                “Saya tahu peristiwa tu memang teruk. Tapi benda tu dah lama berlaku.. Tak cukup ke masa beberapa tahun untuk menyembuh hati yang terluka. Saya sayang awak Hani.. Dan saya nak apa yang terjadi kita jadikan pengajaran dan kita bina semula apa yang dah hancur. Kita lupakan yang pahit dan ambil yang manis.”

                Dia masih belum membuka pintu. Ketukan masih bergema. Orang yang mengetuk itu pasti tidak tahu yang wujudnya lonceng bersebelahan dengan pintu.

                “You  nak lupakan peristiwa tu?”

                Aku bertanya sambil menggigit bibir kerana menahan amarah. Que seperti mahu berkata sesuatu namun menutup mulutnya kembali.

                “Semenjak kali pertama jumpa you kembali, perkara yang pertama yang I notice adalah you nak lupakan benda yang you  dah lakukan seperti perkata itu takkan beri kesan kepada kehidupan I.  Dan ofcouse kehidupan you tak dapat kesannya sebab you fikir yang benda tu tak jadi pun.. buat apa nak overdramatic sangat. Well, guest what?! Benda tu tetap beri kesan terhadap pandangan I terdapan diri I, hidup I.. dan orang sekeliling I.. I buang semua orang sebab I takut diorang akan tinggalkan I macam yang you buat..”

                “Saya tak tinggalkan awak. Besoknya bila saya sedar apa yang saya buat tu salah dan saya sedar yang saya perlukan awak dan bersedia untuk minta maaf or even melutut di depan awak. Tapi awak takde. Dan hari berikutnya dan berikutnya saya tunggu awak datang sehinggalah habis sekolah saya tak jumpa awak lagi.. So basicly, awak yang tinggalkan saya..”

                Jadi sekarang aku yang bersalah?What the H.

                “Kau hampir ROGOL aku!”
               
                Aku menjerit kuat. Que berubah wajah. Tangannya yang sedang memulas tombol pintu terus terjatuh dan kemudian meraup mukanya. Pintu yang tidak berkunci lagi itu kini terbuka sedikit.

                “Wow..”

                Aku tidak kisah dengan siapa di depan pintu dan komem ‘wow’ yang baru diucapkan. Aku mahu luahkan semuanya.
               
                “Kau buat aku rasa betapa kerdilnya aku dan kau runtuhkan semua kepercayaan aku. Apa yang aku buat dengan kau adalah beri kasih sayang aku terhadap kau. Walaupun aku tahu tentang pertaruhan antara kau dengan kawan-kawan kau yang tak berguna tu. Aku beri kau peluang. Tapi apa yang aku dapat?? Kau paksa aku jadi macam ni.. jadi orang yang tidak percaya dengan sebarang hubungan. Buang semua orang dari hidup aku sebab kau cakap aku tak cukup berharga untuk hidup dengan semua orang. Semua lelaki yang akan jadi pasangan aku adalah orang yang malang!”

                Dada aku begitu sesak menahan rasa amarah. Aku tidak sedar dengan keadaan sekeliling. Aku rasa Que juga begitu. Dia merenung aku dengan perasaan sedih dan menyesal. Dan sedah tentu kami berdua tidak endahkan sesiapa pun individu yang berada di hadapan pintu ketika ini.

                “Double WOW!”

                Dia menolak pintu agar terbuka luas. Bagasi yang mungkin berisi pakaian terjatuh dari pegangannya. Oh! Lupakan tentang ‘lelaki yang akan jadi pasangan aku adalah orang yang malang’! Aku sendiri penuh dengan nasib malang. Hari ini semakin teruk dan penuh dengan kejutan yang teruk. Mungkin lepas ni Lady Gaga akan muncul di hadapan aku dengan costume buah tembikai!

No comments:

Post a Comment