Followers

New Novel

Thursday, October 3, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 19

Bab 27
                Aku melihat Safran terbaring di atas lantai. Untuk pertama kalinya.. selepas kejadian itu.. aku terasa sesuatu. Rasa yang aku halang dari menyentuh hati aku. Rasa sayang.. cinta.. dan disusuli dengan rasa kehilangan. Selama ini aku cuba untuk menghalang hati aku untuk terasa sayang terhadap seseorang. Kawan.. kekasih.. keluarga.. selepas peristiwa itu aku halang hati dan perasaan aku daripada merasakan semua perasaan yang membuatkan aku terluka. Aku keraskan hati supaya aku tidak terasa kehilangan bila seseorang berhasrat untuk tidak mempunyai kaitan dengan hidup aku lagi.
                 Aku bekukan perasaan sayang aku kepada semua orang. Supaya bila mereka pergi... aku tetap akan sama. Tidak merasa kehilangan.. dan tidak merasa terluka. Sebab aku tidak pasti yang aku akan bangun lagi jika terjatuh untuk kesekian kalinya. Terima kasih kepada Maliki.. Dia yang banyak membantu aku untuk berdiri semula. Aku teringat pesannya. Perasaan.. hati.. semua dikawal oleh otak. Dan otak dikawal oleh kita. Kita yang mengawal apa yang kita mahu rasa.. aku menarik nafas panjang.. Aku tidak mahu merasai perasaan yang amat menyakitkan itu lagi.. Aku menutup mata dan menarik nafas panjang.. Safran bukan sesiapa. Kenapa aku perlu terasa sakit.. Dia bukan sesiapa.. Aku cuba sematkan di dalam otak. Selepas beberapa saat aku mula mendekati Safran yang masih terbaring di atas lantai. Pengsan.

~~~~~~~~~~~~~~~~
               
                Tumpuan aku terganggu apabila terasa pergerakan di atas katil hospital di sebelah aku. Novel yang aku baca tadi sempat aku selitkan penanda buku kemudian menutupnya. Aku menjungkit kening sebelah apabila Safran sudah membuka mata. Senyuman sinis aku hadiahkan.
                “Baru kena ketuk dengan kerusi plastik dah pengsan... Hebat betul kau ni.. nama je ada 6 packs..  lemau jugak kau ni..”            
                Safran kelihatan keliru sambil memengang kepalanya yang berbalut itu. Hanya luka sedikit di dahi sebelah kanan. Okay!  12 jahitan jugalah.. sikit je pun tu. Takkanlah sampai nak pengsan. Dia mula kelihatan bengang selepas beberapa minit aku menyindir dirinya dengan baik hati. Loading lagi mamat ni.. Maklumlah baru bangun dari pengsan. Fine! Dia banyak hilang darah.. sebab tu dia pengsan. Dan aku amatlah hargai jasa baik dia untuk melindungi aku.
               “Kau cakap senanglah.. meh aku hempuk kau dengan kerusi... dan tak lupa buku gemuk yang kau campak dengan aku tu.. aku dah biol(putus wayar otak :p )  sikit tau lepas kau campak buku tu. Kalau aku dalam keadaan waras dengan pandangan yang tak kabur mesti budak Airit tu yang tengah duduk dekat sini. Bukan aku.”              
                Alasanlah tu.. takpe.. aku buat-buat memahami je mamat ni.
                “Laa.. ye ke.. takpe, lepas kau dah sihat kita buat rematch antara kau dan Airit.. Kita tengok siapa yang melawat dan yang dilawat di hospital ni..”          
                Safran menarik muncung. Ek eleh.. nak sentap-sentap pula..
                “Kau ni memanglah.. kalau aku innalillah tadi..aku confirm  kau menangis tergolek-golek.”        
                A’aa... menangis kegembiraan.         
                “Jadi janda berhias paling da’boom.. Mestilah menangis.. bertambah saham aku di kolej tu..mesti banyak mamat-mamat yang excited nak berkenalan dengan janda behias macam aku ni.. hai.. sedihnya..”
                Aku buat muka sungul macam baru kematian Hj. Samion.


                Hamster peliharaan akulah.. jangan buka buku telefon pula nak cari Hj.Samion tu siapa. Kesian tau Hj.Samion tu.. baru 3 hari aku pelihara dah dia commit suicide.  Dia terjun dari sangkar. Ah.. apa-apa jelah.. bermula dari saat Hj. Samion pergi meninggalkan aku.. Aku menetapkan hati yang aku takkan bela apa-apa lagi binatang peliharaan. No more broken heart! .

                Berbalik kepada Safran.. Dia buat muka menyampah + tak percaya dengan muka sedih aku ni.

                “Kau suka ya kalau aku takde.. Kau tak sayang aku ke.. cakap tu satu doa tau..”
               
                Ek???? Apa pula tiba-tiba perkataan sayang masuk dalam dictionary  hubungan kami ni.. Sesiapa.. tolong pinjamkan liquid..perkataan tu mesti dipadam!.

                “ Kenapa tanya macam tu? Kau sa..yang aku ke?”
               
                Cuak! Gagap aku nak cakap perkataan sayang-sayang ni.. sensitif!.
               
                “Hahahahahah”
               
                Kalau boleh dilukis atau digambar.. aku terasa mulut aku sudah boleh diibaratkan C yang sudah dipusing 90 darjah. Macam nilah -> :C  . Safran terus ketawa.

                “ Better  aku makan telan seratus  biji gula tic tac daripada menyimpan apa-apa perasaan dengan kau..”

                Masih tertawa. Makin perlahan... makin pelahan.. mata kami masih bertentangan antara satu sama lain. Aku tidak tahu bila masanya kami berbalas pandangan. Tapi kami berbalas pandangan dan aku tidak suka dengan apa yang terasa dihati. Hati aku tak sepatutnya terasa apa-apa.. Hati lindungi oleh kulit dan tulang rangka dan darah  dan tidak lupa juga urat-urat untuk menerima dan menghantar darah.. Macam mana boleh tersentuh?? Hati tu di dalam badan aku kot.. oh tidak.. aku tak suka dengan ini.

                “Kita patut jarakkan diri untuk sementara waktu.”
               
                Serentak!. Kami berdua mengeluarkan pendapat dengan serentak. Itulah perkara paling bijak yang keluar dari mulut Safran ketika ini.
               
                “eya...”
               
                Aku berkata dengan perlahan.

                “yup.. briliant..”
               
                Safran mengalihkan pandangan dari aku kepada langsir putih yang terbuai-buai kerana ditiup angin. Macam langsir tu lebih menarik dari apa-apa yang berada di dalam bilik ini sekarang. Termasuk aku! Ek.. apa ni.. kenapa terasa sesuatu di dalam hati.. translation to hindi = kuch-kuch hota hai.  Ohhh.. ini teruk.. teruk... Maliki.... tolong bagi aku tamparan pulang balik supaya aku tersedar... Aku mesti jumpa Maliki.

                 “Em...”
               
                Aku gagap. Tergagap!

                “um...”
               
                Safran kekok...

                Oh tidak!

                “Kebetulan cuti mid semester.. Aku.. Aku pergi tempat lain dan kau pergi tempat lain.. asal kita tak berjumpa dalam masa terdekat ini.”

                Safran mengangguk cepat.
               
                “Good Idea.. Mungkin..”

                Safran menepuk perlahan hatinya. (Hati sepatutnya dibawah sedikit.. dia mungkin memaksudkan hati walaupun dia sedang menunjuk ke arah jantung..)

                “ Ini.. Cuma sebab trauma... you know..  Airit.. bergaduh dengan Sarah.. Mungkin.. Mungkin benda ini akan hilang.”

                Aku melihat dengan dengan mata hampir terbeliak.. Mungkin?? Dah mula panik.

                “Mesti.. Mesti hilang.”
               
                Safran cepat-cepat membetulkan ayatnya. Dia bergaduh dengan Sarah.. Lega.. Eh? Aku mesti keluar dari bilik ni cepat.. Bilik hospital ni mungkin ada hantu cinta.  Orang yang mati masa tengah bercinta.. duh.. .. mestilah hantu tu ada.. jangan banyak soal.. hantu cinta mesti ada.

                “Aku keluar dulu. Seram bilik ni.”

                Safran buat muka keliru kemudian mengangguk.

                “Hey..”
               
                Dia memanggil lagi bila aku mahu memulas tombol pintu.

                “Kalau kau nak bercuti ke mana-mana.. pergilah. Aku izin kan.. mesej je kalau perlukan duit.. and jangan nak mengatal balik kampung.. nanti banyak pula soalan orang kat sana.”

                Aku membuat muka duh! Obviously aku ni lebih bijak dari Safran. Takkanlah aku nak gali lubang kubur sendiri dengan balik kampung. Mati aku kena serang dengan mummy and daddy sebab Safran tak balik sekali..

                “Bye Safran... Jaga diri.”

                Uhrg! Aku cakap jaga diri. Apasal dengan aku ni.. pandai-pandailah dia nak fikir pasal diri dia.. aku nak sibuk apasal. Aku melajukan langkah.. lagi cepat jauh hospital ni lagi bagus.. Hantu cinta punya pasal!

No comments:

Post a Comment