Followers

New Novel

Thursday, October 3, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 17


                Hani POV

                “Hai Hani...”
               
                Aku cuma melambai tangan kepada yang menegur. Hari berjalan seperti biasa. Sampai ke kolej, aku disapa oleh pelajar-pelajar yang kenal aku dan ada juga yang aku tidak kenal. Tadi sapaan tadi adalah salah satunya. Oleh kerena  tidak mahu dianggap sombong, aku melambaikan juga tangan dari jauh sambil tersenyum. Dua buku besar ditangan aku peluk rapat di dada dengan tangan kiri. Telefon aku genggam di tangan kanan. Dari pintu utama sehingga mahu sampai ke kelas ada saja yang mahu menghulurkan bantuan untuk membawa barang-barang yang sedang aku bawa ini. Belum ditambah lagi beg yang mengandungi komputer riba yang sedang aku galas ini. Tapi aku malas mahu menambah senarai pengacau di dalam hidup aku.

                “Hani.... Kesian you bawa beg berat-berat. Mari I tolong angkatkan.”
               
                Panjang umur! Aku rasa aku patut berhenti mengutuk mamat ni di dalam hati. Sebab dia macam tahu-tahu je.. Tiba-tiba boleh muncul di depan mata aku ni. Aku mengeluh kuat. Sengaja mahu menunjukkan yang aku betul-betul tidak senang dengan kehadiran orang yang sedang tersenyum-senyum di hadapan aku sekarang. Senyum... senyum.. ingat aku sukalah tu!. Aku menjelingnya apabila dia menawarkan khidmatnya sekali lagi untuk mengangkat buku yang berat macam simen ni.
               
                “I boleh angkat lagi benda ini.. thank you jelah.”
               
                Aku mahu terus berjalan menuju ke kelas tapi sekali lagi mamat di depan aku ni menghalang laluan aku dengan sengaja. Aku membuat muka annoying.

                “Hani please... bagi I peluang.. Ke you ada orang lain? Tapi I tak pernah nampak pun you dengan siapa-siapa sekarang.”
               
                Ya Allah.. sudahlah beg laptop ni berat sangat. Dia nak buat mesyuarat koridor pulak di sini.... Ikutkan hati memang aku nak hentak buku ni dekat kepala dia. Aku mendiamkan diri. Geram!

                “tahu you tak suka kena desak-desak macam ni.. Tapi you dah menjauh sekarang ini.. you selalu lari dari I... Kalau you masih marah sebab cakap yang I ada hati dengan you.. I terima.. Tapi takkan menyesal untuk cakap suka you... I tak menyesal sebab jatuh hati dengan you..  I nak you tahu pasal tu... Cinta tu buta Hani.. Hari ini kita kawan.. dan besok  terjatuh... jatuh cinta... I tak boleh kawal perasaan  Hani.. please.. ”
               
                Aku mahu menutup telinga dan mungkin akan menyumbat segumpal kapas atau apa-apa yang boleh menghalang aku dari mendengar dan memakai earphone kemudian memasang lagu dengan kuat sehingga boleh pecah gegendang telinga. Inilah masalahnya bila aku memberi ruang untuk seorang lelaki masuk ke dalam dunia aku. Aku mulanya begitu percaya yang Airit seperti aku. Takkan pernah pandang serius dengan cinta. Mulanya memang begitu. Airit akan ketawa besar apabila mendengar perkataan cinta. Gelaknya kuat seperti dengan menonton maharaja lawak. Dan sekarang... dia jadi seperti yang lain.. cinta..cinta..cinta...

                “EIIIII! I bosanlah dengan you ni Airit! Dah takde cerita lain ke?? You tu  macam orang delusi terlampau tahu tak! Ya. Memang marah dengan you...  dan jangan dekat-dekat  selagi you tak betulkan otak you tu.. Takde maknanya soulmate.. true love semua tu... At lease ...  jatuh cinta dengan orang lain.. Bukan I..You dah pilih orang yang salah.

                Aku tersentak seketika dengan ayat terakhir yang baru terkeluar dari mulut aku sendiri. Ayat tu..
                “Sorry... aku pergi dulu.”
               
                Tanpa berkata apa-apa lagi, aku terus berjalan ke arah yang bertentangan dengan kelas. Aku menuju ke cafeteria. Namun hati aku masih berkecamuk bila mendengar ayat yang keluar dari mulut aku sendiri.Tak sangka dalam banyak-banyak ayat yang tercatat di dalam banyak buku-buku dan novel, ayat itu juga yang aku recycle balik! Aku menarik nafas lega bila cafeteria hampir kosong. Tiada pelajar langsung yang melepak di cafeteria kecuali seseorang. Aku membuat muka menyampah kemudian berjalan mendekati pelajar yang mungkin mengikut jejak aku yang sedang ponteng kelas ini. Aku mengambil tempat duduk di hadapan mamat itu kemudian duduk menyilang kaki tanpa menghadap muka mamat yang sedang membelek-belek I-Pad mini yang baru dibelinya itu. Label harga pun masih melekat di atas skrin.

                “Aku dapat samsung tab je.. Orang tu ada I-Pad.. beli lagi I-Pad mini..”
               
                Aku menarik nafas panjang. Ayat tadi masih terngiang-ngiang di kepala aku bagaikan membuat pusingan orbit sebanyak 8 pusingan seminit! Safran meletakkan gadget terbarunya itu kemudian menghadiahkan senyuman yang menambahkan perasaan menyampah yang sudah bertimbun-timbun di dalam hati aku ni.
               
                “Ponteng kelas juga.. Apa masalah kali ni? Gaduh dengan boyfriend atau peminat-peminat kau tiba-tiba datang melamar?”
               
                Kata Safran tanpa mengendahkan sindiran aku tadi. Aku berfikir seketika. Airit semakin menjadi-jadi. Mulanya hanya usikan. Kemudian mesej dan panggilan telefon yang bertalu-talu.. sehinggah dia terpaksa menukar nombor telefon dan sekarang Airit menunggu dan menghalang perjalanan aku bila mahu ke kelas. Aku mengeluh kasar.

                “Lebih kepada pesakit mental yang tidak faham erti tidak.”
               
                Aku bukan mengadu dengan Safran! Aku cuma nak menenteramkan hati aku. Dan Sarfan kebetulan di sini. Lagipun dia suami aku dan dia mesti mendengar setiap keluhan hati aku ni.

                "Takkanlah teruk sangat...”
               
                Safran kembali memberi perhatian kepada I-Pad mini di tangannya. Aku mengecilkan mata merenung Safran. Suka hati mamat ini. Aku baru nak mengadu! Okay.. bukan mengadu.. meluah perasaan tidak puas hati, dia boleh bagi 0.10%  je perhatian dia terhadap aku.
               
                  “Teruk! Airit tu semakin teruk!..  Kau bertanyakan soalan.. jadi kau mesti menumpukan perhatian untuk mendengar jawapan. Takkan itu pun nak kena ajar ke?.”
               
                 Safran menjungkit kening sambil melihat aku yang tiba-tiba melenting.
               
                “Sama ada kau memang dah bengang dengan Airit yang dari semester lalu jadi angau sebab kau atau kau bendera merah atau kau ada masalah lain yang buat kau bengang?.. Aku pilih bendera merah..”

                Huh! Kenapa mesti Safran aku aku terjumpa di cafeteria ni. Bukan orang lain yang lebih mempunyai sifat prihatin atau mungkin pakar psikologi sebab Safran bukan membuatkan emosi aku bertambah baik. Tapi membuatkan aku bertambah emosi negatif!.

                “Dan kalau benda tu tak habis sebelum hari jumaat..”
               
                Safran tersenyum dengan senyuman yang tidak boleh dipercayai..
               
                “Jangan pulang rumah.”
               
                Pap! Aku membaling satu sudu yang tersedia di atas meja cafeteria. Mujur buku gemuk aku tidak terbang sekali. Kalau tidak memang jadi janda berhias juga aku hari ni. (Yahoo!) Safran menggosok dahinya yang sudah berbekas merah dengan balingan sudu aku tadi.

                  “Boleh tak luaskan akal kau tu...fikir benda lain boleh tak?!”

                Safran tertawa kecil.
               
                “Benda apa? Aku tak suruh kau pulang rumah sebab kalau kau bendera merah, kau membebel lebih banyak dari biasa. Macam mesin gun terlebih peluru. Bukan sebab tak boleh buat benda.... ehem... Otak kau yang kuning kot..”

                Sekali lagi balingan tepat di dahi Safran.

                “Ayat kau tu yang ada double meaning!. Macam tak faham otak sempit kau tu. Argh!”
               
                Aku mengeluh kuat bila ternampak Airit sedang berjalan memasuki cafeteria. Safran memandang ke arah yang sama. Airit masih mencari-cari di sekeliling cafeteria. Mujur badan Safran dah cukup besar untuk menutup kehadiran aku dari pandangan mata Airit.
               
                “Boleh tak kau pindah meja.. Aku tak mahu orang nampak kita berdua.”
               
                Kata Safran dengan selambanya. Aku membuat muka menyampah sambil mengelak pandangan Airit.
               
                “Staff cafe ni dah nampak kita duduk berdualah pintar!. Lagipun kau bertanggungjawab menyelamatkan aku dari Airit!.”

                 Balas aku cepat. Airit ni pun masih tercegat di sana dengan muka bingung. Dah tak jumpa tu jalan jelah kat tempat lain. Kalau boleh memang aku baling juga Airit dengan sudu-sudu yang Safran sudah jauhkan dari aku selepas balingan kedua tadi.

                “Kenapa pulak aku bertanggungjawab?”
               
                Tanya Safran dan masih lagi selamba meneroka gadget  di tangannya itu. Entah apa lagi yang mahu dia teroka di dalam I-Pad mini itu. Dia dah ada I-phone dan I-Pad... Well, Hello!  Benda tu tetap takkan ada bluetooth walaupun seratus kali Apple keluarkan produk baru. Dia patut menyelamatkan aku dari pandangan Airit. Tapi apa yang dia buat sekarang? Dia sengaja menunduk supaya Airit boleh nampak yang aku ada di sini.

                “Sebab kau H aku.”
               
                Safran mengerut dahi.

                “Lidah kau takkan terbakar kalau kau sebut husband pun.. atau hubby ..”
               
                Sindir Safran. Aku menjeling apabila mendengar kata-katanya. Aku mula mendekatkan kepala di atas meja. Pergilah...pergilah.. Keras kepalalah Airit ni.

                “Dah pergi pun..”

                Aku mengangkat kepala sedikit. Ayat Safran bukan boleh percaya seratus-peratus. Selepas melihat Safran sudah tidak ada di sana aku menarik nafas lega.

                “Oh  by the way...  dia ada di belakang kau sekarang..”

                Jantung aku macam terberhenti seketika dari mengepam darah. Aku tak takut dengan Airit. Tapi bila aku sudah tetapkan di kepala yang aku tidak mahu berjumpa dengan dia. Dan tiba-tiba aku terserempak dengan dia, aku mula takut dan panik secara tiba-tiba. Kemudian aku terdengar suara ketawa Safran memenuhi ruang dan sudut cafeteria ini. Malah ada beberapa pekerja yang sedang mengelap meja terpaku melihat ke arah kami.

                “Kau patut tengok muka kau tadi.. Pucat! Aku tak pernah nampak kau macam tu.. Kau selalu kawal semuanya.. Tak menangis.. tak sedih.. Tak takut.. aku dah mula percaya yang kau ni takde perasaan. Rupanya ada juga rasa takut kau ni..”
               
                Puk! Ambik kau..

                “Aduh!”

                “Padan muka!”

                Aku menyandang semula beg laptop kemudian mengambil buku gemuk yang sudah selamat menyinggah di kepala Safran semula melandingkan diri di atas lantai cafeteria. 

                “You gonna pay Hani!...”           
               
                Safran menjerit dibelakang aku. Aku tersenyum lebar. Tiba-tiba terasa tenang hati aku. Aku rasa aku dah jumpa cara mahu tenangkan hati aku bila hati aku ni berkecamuk.. Melihat muka Safran yang kosong seketika kerana buku gemuk aku ni membuatkan hati aku macam mahu tersenyum sampai bila-bila.

                “Well,.. kau boleh hantar surat saman. My unsweet and ugly ‘H’ akan bayar semuanya.”
               
                Aku sempat mengadap kembali ke arah Safran kemudian menjelir lidah.

                “Maksud aku bayar dengan cara lain...”

                Nada suara Safran yang nakal membuatkan hati aku seperti mahu menerbangkan dua buah buku gemuk aku ni ke udara dan terus ke arah Safran.
               
                “Miang!”

                Safran tersengih.

                “Sekali lagi... otak kau memang mesti kena basuh bersih-bersih ni.. ish..ish..ish.. budak-budak remaja zaman sekarang ni..”

                Dia menggeleng kepala namun masih tersengih nakal. Konon akulah yang otak kuning.. Dia tu biru, merah, hijau.. semua ada di dalam kepala otak dia ni. Belum sempat aku membalas kata-kata Safran.. aku terdengar nama aku dipanggil.. dan aku kenal suara itu.

                “Hani...”
               
                Terus melangkah ke arah Safran dan keluar dari pintu belakang. Itu rancangan yang ada di otak aku sekarang ini. Jalan.. terus.. terus... Safran menarik aku.. Bila aku kata menarik.. aku maksudkan dia menarik aku ke dalam pelukannya dan meletakkan tangannya di atas pinggang aku.
               
                “Hai Ritz.. lama tak jumpa..”

              Kata  Safran sambil menghadiahkan senyuman kepada Airit yang sedang... dalam sedikit masa lagi mahu mengamuk melihat Safran mendekatkan aku lagi ke sisinya. Tangannya melingkar di atas pinggang aku. Kalau bukan sebab Airit yang kelihatan seperti mahu membunuh orang sekarang ini.. aku mungkin.. mungkin..

                “Hani... Fokus..”
               
                Kata Safran secara berbisik. Cuma nada suaranya kelihatan bangga dan sedikit nakal. Aku menjeling Safran kemudian memeluk tubuh kerana geram. Aku memandang ke arah Airit. Dia mula mendekati kami. Dan hati aku mula rasa tidak sedap.. Aku mendongak mencari wajah Safran.
                “Apa yang kau buat ni?”

                Bisik aku.
               
                “Selamatkan kau dari mamat nilah..”
               
                Balas Safran secara berbisik juga. Airit mula menggenggam tangannya. Tapi dia bukan seperti Airit yang aku kenal. Wajahnya kelihatan sungguh menakutkan.

                “Apa kata kita lari?”
               
                Sebab aku betul-betul takut dengan Airit ketika ini..Airit betul-betul menakutkan!

No comments:

Post a Comment