Followers

New Novel

Thursday, October 3, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 18

Bab 26 
                Aku mendekatkan lagi Hani ke sisi aku. Dia nampak betul-betul takut dengan reaksi Airit sekarang. Dah lama aku dengar cerita tentang ketaksuban Airit terhadap Hani. Mulanya memang normal bila dia mula terkejar-kejarkan cinta Hani walaupun Hani sudah beberapa kali menolak. Tapi bila dia mula membelasah beberapa orang pelajar lelaki di kolej ni hanya kerana merenung Hani, rasa melampaulah pulak. Aku pun tak buat macam tu walaupun ada sesekali rasa macam gatal penumbuk aku ni. Dan aku bukan cemburu. Cuma aku terasa marah bila mereka melihat ‘hak aku’ macam nak buat ‘lauk’.  Airit semakin marah namun masih tidak bercakap apa-apa. Pekerja-pekerja di cafeteria masing-masing sudah menghentikan kerja dan menumpukan perhatian kepada kami bertiga walaupun belum ada apa-apa yang terjadi. Namun aura dari renungan Airit membuatkan aku tahu yang mahu atau tidak aku terpaksa menunjukkan kehebatan penumbuk sulung aku ni.
                “Ritz... lama tak jumpa..”
                Airit tidak membalas. Hani berkali-kali memberi isyarat supaya kami lari sahaja dari situasi ini. Baru sekarang aku tengok dia mengalah. Selalunya walau apa pun terjadi dia tetap tidak mahu kalah. Dan ‘selalunya’ semestinya dengan aku.            
                “Hani.. mari sini."
                Airit menghulurkan tangan kepada Hani. Nampak sangat dia sedang cuba menahan amarah. Hani merenung ke arah aku seperti meminta bantuan.Entah kenapa, Hani kelihatan begitu takut dengan tiba-tiba setelah Airit menghulurkan tangannya.
                “Ritz... Aku rasa kau tak dengar cerita yang Hani ni girlfriend baru aku sekarang..”
                Hani memandang aku dengan muka tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut aku. Mungkin kalau Airit tahu Hani ni dah ada kekasih dia tidak akan ganggu Hani lagi. Selagi boleh, aku tidak mahu menunjukkan kehebatan aku di depan pekerja-pekerja cafeteria ini. Namun bila melihat wajah Airit semakin merah menahan marah dan tangan yang tadi dihulurkan kepada Hani mula digengam kuat. Aku tahu cara itu tidak berjaya.             
                “Apa kata kau bagi dia pisau? Boleh dia tikam kau laju-laju..”
                 Bisik Hani dengan sarkastiknya apabila melihat Airit semakin menakutkan. Posisi aku dan Hani juga tidak begitu membantu Airit dari bertenang. Aku tiba-tiba mahu tersenyum bila terfikir sesuatu yang aku perlu buat untuk mempercepatkan letupan kemarahan dari Airit. Ya, memang tadi aku tidak mahu memanjangkan hal. Tapi bila melihat reaksi Airit sebentar tadi membuatkan penumbuk aku terasa gatal mahu hinggap dekat muka dia. Apa hak dia nak marah bila aku cakap Hani tu girlfriend aku walaupun aku sendiri tahu statement tu memang salah. Aku merenung ke arah Hani yang tidak jemu memberi signal supaya kami lari sahaja dari situasi ini. Tapi bagi aku, kalau lari pun Airit tetap tidak akan membiarkan benda ini senyap begitu sahaja. Daripada mengikut kemahuan Hani.. aku melakukan yang sebaliknya. Aku mendaratkan bibir aku di pipi Hani.Ikutkan hati memang bibirnya yang mungil itu menjadi mangsa aku. Tapi semestinya bukan di depan Airit dan pekerja-pekerja cafe. Terdengar beberapa pekerja terkejut dengan apa yang aku lakukan sebentar tadi. Hani juga kelihatan terkejut. Baru hari ini kami berbual di tempat umum.. duduk semeja di tempat umum dan semestinya dia tidak menjangka yang hari ini aku menunjukkan hak  aku di tempat umum!   
                “Tak guna!”
                Aku sempat menolak Hani supaya berada di belakang aku sebelum menerima tumbukan dari Airit. Terasa sengal sedikit otot pipi aku. Aku sempat tersenyum sebelum menyerang Airit dengan tumbukan yang membuatkan dia terpelanting sedikit dari tempat dia berdiri. Kedengaran Hani menjerit-jerit melihat pergaduhan di depannya. Pekerja cafeteria mula kalut bila melihat kami mula menyepahkan beberapa meja-meja yang ada di dalam cafeteria itu. Aku mengambil nafas panjang apabila tidak dapat mengelak salah satu tumbukan dari Airit. Aku sempat meludahkan darah kerana geram sebelum mula menyerah Airit sekali lagi. Hati aku tidak puas selagi tidak membuatkan Airit terbaring di atas lantai. Melihat keadaan Airit aku rasa dengan dua tiga kali tumbukan lagi mesti Airit akan tumbang.
                “Apa dah jadi ni?!”           
                Aku dengar suara tu. Suara pengetua kolej ini. Mungkin salah seorang pekerja cafeteria ini memberitahunya tentang pergaduhan aku dan Airit. Tapi aku masih tidak mahu berhenti. Aku terasa marah. Lelaki ini yang mahu menjadi kekasih Hani. Menjaga Hani? Dia patut jaga diri dia sendiri.               
                “Safran.. sudah...”
                Aku terganggu seketika apabila mendengar suara Hani. Bukan baru sekarang Hani suruh kami berhenti. Namun rasa marah membuatkan otak aku mengasingkan suara dia yang menjerit menyuruh kami berdua berhenti bergaduh. Tidak seperti tadi.. suara Hani tidak selantang tadi. Dia kelihatan teresak-esak. Aku seperti mahu lari kepadanya dan memujuk supaya jangan menangis. Dan jangan takut.. aku tahu dia takut bila melihat tubuhnya kelihatan menggeletar dan dia berdiri di sudut cafeteria seperti mahu menyelamatkan diri dari sesuatu. Aku tidak tahu kenapa aku marah.. Aku tidak tahu kenapa aku mahu berlari kepadanya dan membisikkan kata-kata yang boleh membuatkan dia menangis. Aku.. aku tidak tahu dengan perasaan aku sekarang.. Bukan seperti perasaan yang aku rasa dengan Rita.. Zita.. Maria.. dan semestinya Sarah. 
Dengan mereka aku mahu terasa seronok.. aku juga mahu mereka gembira bersama aku. Tapi dengan Hani sekarang.. aku mahu melindungi dia.. aku mahu dia terus membebel tentang semua benda... aku cuma mahu dia berada di sebelah aku.. dia tidak perlu melakukan apa-apa.. Cuma duduk di sebelah aku dan buat aku terasa.. bahagia.. tenang.. Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang menghempap di kepala aku. Sekali lagi aku terdengar Hani menjerit. Sebelum semuanya menjadi gelap.. aku melihat dia mendekati aku dengan air mata penuh di wajahnya. Aku mahu mengatakan kepada dia yang aku Okay..dia tak perlu risau.. Tapi aku terasa tida terdaya. Terdengar suara-suara yang lain yang menjerit.. Keadaan di sekeliling aku kelihatan kucar- kacir dan penuh kekecohan. Pandangan aku perlahan-lahan menjadi gelap dan aku mula tidak sedar diri..

No comments:

Post a Comment