Followers

New Novel

Saturday, October 12, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 24

Safran POV

                Aku berjalan masuk ke dalam lif sambil mata masih merenung ke arah kad kahwin aku dan Hani. Dahi berkerut semacam. Macam mana aku boleh terlupa.. Eh! Aku kan lelaki, memang patut pun aku terlupa tarikh-tarikh macam begini. Tapi.. Aku tengok sekali lagi kad di tangan. Memang betul. Aku tengok tarikh di telefon bimbit memang sama dengan tarikh yang tercatat di atas kad yang tengah aku pegang sekarang. Kalau bukan sebab penyambut tetamu tadi memang aku tak ingatlah pasal ini walaupun kad kahwin memang selalu ada di dalam dompet aku. Aku teringat adegan tadi sewaktu aku mahu klentong dengan penyambut tetamu tadi.

                “Ya, Boleh saya bantu?”

                Tanya penyambut tetamu itu. Manis senyuman. Tapi sayang bukan taste aku. Yelah.. perempuan ni mungkin 4 tahun lebih tua dari aku. Tak patut kalau aku tangkap cintan dengan dia. Tergugat Hani tu kang.. Sebab aku jatuh hati dengan perempuan lagi tua dari dia.. Tapi kalau aku kahwin dengan penyambut tetamu ni.. Si Hani tu jadi isteri tua ke atau isteri yang muda?.. jauh pula otak aku berfikir.

                “Ya Mas?”

                Sekali lagi penyambut tetamu itu bertanya. Aku tersedar dari khayalan yang sedikit pendek.

                “Saya nak tahu nombor bilik Miss...”

                Bingung seketika. Miss ke? Ah! Hentam jelah. Aku bukan tahu apa panggilan di Bali ini untuk orang yang sudah kawin. Takkan nak panggil Madam pula.Macam tinggi sungguh darjat isteri aku ni. Atau Puan?

                “Miss??”

                Kata penyambut tetamu itu dengan muka penuh dengan tanda tanya.

                “Miss Hani Alisha”

                Penyambut tetamu itu tersenyum.

                “Sorry Mas,, saya tidak boleh memberi sebarang informasi mengenai pelanggan kami.”

                Dah tahu tak boleh bagi kenapa tak cakap awal-awal. Angin juga hati ni.

                “Look.. today is our anniversary and I want to suprise her.With flower.. candy..food.. and me!”
                Penyambut tetamu kelihatan tidak percaya. Aku keluarkan kad kahwin yang tersembunyi berkurun lama di dalam dompet aku tanpa berfikir panjang. Tapi kad kahwin tu tidaklah berkurun lama sangat-sangat. Aku cuba buat ayat hyperbola je tadi.
               
                “Ow....

                Eh.. main tunjuk-tunjuk kad pula dengan member sebelah dia. Aku mengerut kening. Dan aku mula berfikir dengan waras. Kad kahwin tu ada tarikh sebenar kami kahwin. Habislah. Aku baru nak klentong tadi. Aku mula memikir ayat-ayat yang boleh buat penyambut tetamu itu kesian dengan aku. Mungkin aku boleh kata yang Hani merajuk dengan aku atau apa-apa jelah. Penyambut tetamu itu menulis sesuatu di atas kertas kemudian menyerahkan kad kahwin berserta kertas putih yang digunakan untuk menulis sebentar tadi.

                “Tahniah ya mas..”

                Aku mengerut dahi. Hairan. Betul juga ke tarikh kahwin aku ni sampaikan penyambut tetamu tu bagi nombor bilik.

                Ting!

                Pintu lif terbuka luas. Aku keluar dan cepat menuju ke bilik Hani. Aku menekan lonceng yang tersedia. Senyuman di wajah terus terukir bila pintu mula dibuka.. dan...

                “Safran!!”
               
                Senyuman aku mula menjadi palsu. Kenapa pula minah ni ada dekat sini.. Dahlah aku payah nak buat Que jauh dari Hani sebab aku nak luangkan masa dengan minah pendek tu. Alang-alang dah membazir duit datang dekat Bali.. baik kami berbulan madu dekat sini. Senyuman aku kembali terukir lebar.

                “Sarah! You datang sini..”

                Kata aku dengan penuh dengan kegembiraan yang palsu. Bukan aku dah tak sayang dengan Sarah.. Cuma, memang rasa sayang tu cepat pudar. Mungkin sebab aku dah jumpa apa yang aku cari selama ini. Tepat pada masanya, kelihatan Hani yang sedang memakai jubah mandi baru keluar dari bilik air. Bila pandangan aku dan Hani bertentangan mata, aku menjungkit kening dengan nakalnya tanpa mengendahkan Sarah di hadapan aku. Atau lebih tepat aku terlupa yang Sarah ada di hadapan aku. Hani menjelir lidah di belakang Sarah. Kemudian menyembunyikan diri di sudut yang terhalang dari pandangan mata aku.

                “Kenapa you ada dekat sini? You nak jumpa Hani ke?”
               
                Tanya Sarah dengan nada curiga. Tentu dia tidak sedar dengan perilaku aku dan Hani sebentar tadi.

                “Apa pula nak jumpa Hani.. Nak jumpa you lah.. Hani mesej tadi bagitahu yang you datang dekat sini. Tak bagitahu pun..”

                Aku cuba membuat muka selamba. Sarah mengerut dahi.

                “Macam mana Hani tau you ada dekat sini?”

                Tanya Sarah lagi. Aku menarik nafas panjang sambil mencari idea. Mungkin Hani sedang tersenyum senang bila mendengar Sarah bertanya dengan nada curiga. Dia suka betul kalau aku dalam kesusahan. 

                “ Hani tak cerita dengan  Hani tak cerita dengan you pasal tadi tengah hari ke? Hani pengsan masa terjumpa Que. Gugup sangat kot bila nampak muka Que..”

                Aku sengaja menguatkan suara kerana mahu Hani mendengar dengan jelas.

                “Ye ke?? Lah.. dia tak bagitahu pun.. So, you dah jumpa dengan Que dengan Hanilah ni.. Ingatkan ada apa-apa yang I tak tahu tadi.”

                Kata Sarah yang nampak sedikit lega.

                “emm... Sarah, I tak boleh lama ni.. ada urusan yang belum selesai. datang sini pun semata-mata nak jumpa you sekejap.”

                Ini dah kali ke berapa aku menipu untuk hari ini?? Dah berkati dosa menipu untuk hari ini je. Memang susahlah sembunyi-sembunyi kahwin ini. Idea Hanilah ni.

                “Eh? Takkanlah... Malam ni new year eve tau! Takkan you  nak sambut seorang.”

                Aku menggaru kepala. Takkan sebab Sarah datang je aku nak buang ke laut rancangan yang sudah aku rancangan di kepala sewaktu di dalam lif tadi. Tak boleh jadi ni.. mesti cari jalan keluar.

                “So sorry Sarah.. besok pagi banyak masa lapang. janji besok luangkan masa untuk you je.”

                Sarah berfikir seketika. Aku menunggu dengan penuh sabar dan doa yang tidak berhenti di dalam hati agar Sarah tidak berkeras mahu aku meluangkan masa dengannya malam ini.

                “Em.... Okaylah.. nampaknya terpaksa duduk di dalam bilik jelah malam ni.”

                Aku menarik nafas lega. Cuma sedikit berselindung supaya Sarah tidak melihat reaksi wajah aku yang gembira.

                “janji. Besok kita jalan-jalan. Okay..  gerak dululah..”

                Aku cepat-cepat berjalan ke arah lif sebelum Sarah mengubah fikiran. Kalau tidak habislah.. Aku menekan butang SEND selepas selesai menaip mesej untuk Hani. Aku terasa pipi aku mula sakit kerana tersenyum lebar.


                Hani POV

                “Huh... Bosanlah macam ni.. Dah tu jalan macam tu je.. tak bye-bye pun.”

                Keluh kesah Sarah kedengaran apabila tangannya menutup pintu. Aku keluar dari tempat persembunyian dan kemudian duduk di katil. Sengaja mempamerkan muka tidak senang.
               
                “Kau bukan pintu pun apasal lebar sangat. Mujur Safran tak nampak aku macam ni tau..”

                Aku menunjuk ke arah jubah mandi yang masih terbalut di tubuh aku. Sengaja berkata begitu supaya Sarah tidak syak apa-apa. Aku tahu dia tidak perasan dengan perbuatan Safran yang menunjukkan dia pervert sebentar tadi apabila aku keluar dari bilik air. Mujur Safran! Kalau lelaki lain tadi memang aku pelangkung juga Sarah ni.

                “Ala.... Kalau dia nampak pun bukan dia terliur sangat pun tengok badan kau. Dia buat selamba je tu..”

                Aku mengerut dahi. Sarah memang selalu tidak puas hati dengan aku. Apasal aku benarkan dia duduk bilik hotel aku ek?

                “Ya.. Betul juga..”

                Kata aku dengan sarkastiknya. Tapi aku tahu yang Sarah takkan sedar aku menggunakan nada sarkastik. Sebab dia tak nampak pandangan Safran sebentar tadi. Pervert!.. My pervert. Oh tidak! Aku dah mula tangkap cintan ke? Telefon aku berbunyi kuat menandakan satu mesej diterima.

                ‘Jumpa di tepi pantai dekat
               dengan pondok yang pertama
               dari kanan. Sebelum  pukul  12.
               Kedatangan adalah wajib!’
                -Land Crocodile- ..8.90 pm.

                Mamat Crocodile betullah dia ni!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
               
                Aku berjalan mendekati Safran yang sedang duduk di atas tikar yang terbentang luas itu. Aku tersenyum melihat lilin yang sudah terbakar separuh itu. Makanan yang bertutup di atas meja kecil mungkin sudah sejuk. Aku tahu aku lambat. Susah sebenarnya mahu lepas dari Sarah.

                “ Aku tunggu kau dari tahun lalu lagi, tahun ini baru kau sampai. Makanan pun dah sejuk.”
               
                Hebat. Sindiran dimulakan dengan lawak hambar tahun baru walaupun matanya masih melihat pantai di hadapannya. Aku duduk dekat dengan Safran. Masih ramai lagi orang di hujung sebelah kiri pantai tempat kami duduk. Dan yang peliknya, cuma kami berdua sahaja yang melepak di sebelah kanan pantai Resort ini.

                “Private Party.”

                Safran seperti dapat membaca riak wajah aku yang kehairanan.

                “Aku sengaja book bahagian pantai ini supaya Sarah dan Que tak nampak kita di sini. Dan kau masih lambat. Aku penat-penat buat semua ni..”

                Safran mula merungut. Aku membuat muka annoying. Bukan salah aku sepenuhnya.

                “Pertama sekali.. kau patut dah kenal dan faham dengan perangai Sarah. Dia yang buat aku lambat. Dan kedua, kita ada celebrate apa-apa ke selain new year?”

                Safran buat muka geram dan separuh tidak percaya. Okay.. aku ada buat salah apa kali ni? Aku cuba melihat hidangan yang bertutup itu. Dingin malam membuatkan aku makin mendekat dengan Safran. Walaupun dengan reaksi muka yang sama, tangan Safran melingkar ke pinggang aku dan menarik aku agar lebih rapat lagi.

                “Kau tak ingat?? Sepatutnya perempuan lagi ingat!.”

                Katanya tak puas hati. Apa yang aku patut ingat? Aku membuat muka binggung bila mengadap muka Safran. Meminta secara bisu agar Safran tidak membuat selok-belok dan terus ke point utama.

                “Anniversary kita. Tapi sebab kau dah lambat, kita dah tak sempat sambut anniversary kita.”
               
                Kata Safran sedikit kecewa. Dah setahun. Sedar tak sedar aku dah setahun jadi isteri orang. Dan sedikit demi sedikit.. kehadiran Safran dalam hidup aku sedikit sebanyak membuatkan fobia aku terhadap perhubungan semakin berkurangan. Hanya dengan lafaz..

                “Aku terima nikahnya Hani Alisha binti Ghazali dengan mas kahwin RM 300 tunai.”

                Aku dan Safran berpandangan apabila Safran mengulang kembali lafaz yang telah membuatkan air mata aku mengalir buat kali pertamanya selepas peristiwa malang yang diakibatkan oleh Que.

                “um... Orang putih kata,better late than never.

                Aku berkata dengan payah sekali. Bukan kerana tercekik kerana mencuri sebiji buah anggup yang Safran sudah sediakan. Tapi kerana lafaz tadi dan pandangan mata Safran ketika ini.

                “Aku tak tahu kena apa boleh tergagap-gagap setahun lalu masa nak lafaz benda tu depan Tok kadi.. Sebab sekarang ini aku rasa benda tu senang je nak cakap berulang kali.”

                Kata safran yang sudah meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Aku tersenyum kecil. Teringat betapa gugupnya Safran ketika tangannya digenggam oleh tuk kadi.

                “Mungkin sebab tangan kau kena genggam kuat oleh Tuk kadi tu.”

                Safran tertawa kecil.

                “Pencarian aku dah berakhir.”

                Kami berpandangan kembali. Aku faham apa yang dia maksudkan.Aku bermain dengan jari jemari Safran yang ada di dalam gengaman aku. Tiba-tiba aku terasa malu mahu berkata.

                “Que ceritakan semuanya?”

                Aku tiba-tiba terfikir mengenai perkara itu. Aku takut kalau Safran Cuma tahu setengah cerita dan Que mungkin akan memburuk-burukkan aku dikemudian hari nanti. Aku mahu membuka hati aku untuk Safran. Tapi aku mahu mempastikan yang Safran  tidak akan pergi meninggalkan aku.

                “Semuanya. Dan untuk pengetahuan kau.. Tumbukan di bilik tadi bukan kali pertama hinggap di muka Que. Que hampir koma bila dia bagitahu aku cerita mengenai gadis yang dia dan kawan-kawan dia kenakan.”
                Aku tersenyum lebar. Aku tahu berdendam bukan perbuatan yang bagus. Tapi... Whatever! Aku gembira bila dengar dia kena tumbuk oleh buaya darat yang akan aku rantai kuat-kuat tak lama lagi.

                “Suka dia. Tak baik berdendam.”

                Aku membuat muka tak setuju.

                “Dia hampir nak nampak asset terbesar aku sebagai seorang wanita tau! Kalau dia nampak memang dengan rasminya orang yang menjadi pasangan aku adalah lelaki yang malang macam Que cakap dulu.”

                Safran tersenyum sedikit.

                “Aku gembira bila dengar yang Que tu belum sempat nampak apa-apa dan aku setuju bila dia cakap lelaki yang jadi pasangan kau tu memang malang sebab dapat isteri yang banyak membebel macam kau ni. Tak cukup dengan membebel, semua tempat kau letak note-note kecil.”

                Kata Safran dengan serius. Aku menjeling Safran tanda tidak puas hati sambil tanganku sempat mencubit lengan Safran perlahan.

                “Auch! Que memang betul!”

                Kali ini Safran tertawa kecil mungkin gembira kerana sudah berjaya membuatkan aku geram.

                “by the way.. Happy new year and happy Anniversary.”

                Safran menghadiahkan ciuman di kedua belah pipi bila menyebut happy new year dan happy anniversary. Sedar tak sedar aku tersenyum senang dengan perlakuannya itu.

                “you too..”
               
                Balas aku pendek. Kononnya masih merajuk. Safran kelihatan tidak puas hati. Aku tiba-tiba teringat sesuatu. Aku memandangnya curiga.

                “Jadi..  Siapa yang ingatkan kau?”

                Safran cuba membuat muka selamba.

                “New year?  Semua orang tahu bila tahun baru..”

                Safran tertawa kecil yang seakan palsu. Aku masih melihatnya dengan pandangan selamba. Tak mungkin aku boleh terlupa dan dia boleh ingat. Memang ada kerang di sebalik mee goreng ni.

                “Makan? Nak? Sedap tau..”

                Safran membuka penutup hidangan makan tengah malam kami. Memang ketara sangat nak ubah topik. Aku masih tak mengalah. Kali ini aku bercekak pinggang dan mengekalkan pandangan curiga.

                “Okay! Penyambut tetamu yang perasan yang kelmarin atau beberapa jam yang lalu adalah hari anniversary kita.”
                Hah! Aku dah agak!.Memang fairy tales betullah kalau dia ingat ulangtahun perkahwinan kami.  

No comments:

Post a Comment