Followers

New Novel

Thursday, October 3, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 16

Bab 24
                Aku hanya memberi senyuman yang agak tak ikhlas sambil cuba melepaskan pegangan atau lebih tepat pelukan Aleeya, budak junior aliran kewartawanan. Nampak pemakaian pun dah tahu budak ni bukan jenis orang yang bersukan. Aku tak tahu apa tujuan dia ikut kelab hoki. Okay..  aku tahu tujuan dia. Cuma saja buat tak tahu.
                “Abang Safran.................”
Adoyai... bini aku pun tak panggil aku abang. Kebetulan sekali. Aku ternampak Que berjalan mendekati Hani. Dan aku yakin Hani sempat memberi pandangan –lelaki-macam-aku-memang-tak-boleh-jauh-dari-permpuan. Senang kata, pandangan sinisla. Jangan salahkan aku kerana aku Chick Magnet.  
                “Sorry...”
                Aku terasa ada yang menarik tangan aku. Hai.... siapa lagi ini.. Ingat aku tali ke nak tarik-tarik.
                “Excuse me..”
                Sarah dengan muka begangnya bercekak pinggang bila dia tidak dapat menjauhkan Aleeya dari aku. Aku tertawa kecil bila melihat muka bengangnya. Ingatkan perempuan mana tadi. Selalunya aku tidak suka dengan over-possessive-girlfriend tapi aku lucu dengan keadaan sekarang ini. Sarah mula menarik muncung.
                “Okay..”
                Aku dengan senangnya melepaskan diri dari pegangan kuat Aleeya. Sebenarnya dari tadi pun aku boleh melepaskan diri. Tapi sengaja mahu menghabiskan masa lapang di dalam pegangan atau pelukan orang. Aku menarik tangan Sarah perlahan ke arah Que. Aleeya sudah mula menghentak kaki menuju ke arah kawan-kawannya yang satu spesis dengannya. Spesis... spesis yang senang ‘dapat’. Bila aku sampai ke tempat Que, dia menarik nafas panjang. Seperti tengah memikirkan sesuatu yang memeningkan.
                “Apasal?”
                Que kelihatan tersentak dengan teguran aku. Mungkin tidak perasan yang aku berada di sebelahnya.
                “Eh! Saf..”
                Aku dan Sarah berbalas pandang seketika. Que kelihatan begitu tersentap. Ni mesti Hani punya kerja. Mulut dia tu memang cakap lepas. Laju je bercakap macam machine gun .
                “Kau apasal? Ada problem ke?”
                Que laju menggeleng.
                “Saf.. aku dah lama sini.. Takde apa lagi yang nak buat kan.. Aku balik dululah.”
                Aku mengerut dahi. Pelik dengan sikap Que yang sudah berubah 360 darjah. 
                “Kau okay ke?”
                Que mengangguk laju.
                “Okayla.. aku balik dulu.. Tangan tu..kau tu belum ada lesen pegang anak dara  orang.”
                Aku tersipu sekejap. Cepat-cepat melepaskan tangan Sarah. Macam mana boleh tak sedar yang aku masih pegang Sarah. Rasa syok je.. tu yang tak sedar.
                “Opps ! Sorry Sarah.. You senyap je.. Kang tak perasan yang pegang tangan you.. Sampai ke rumah tarik you..”
                Sarah kelihatan malu-malu bila aku berkata begitu. Que menggeleng perlahan. Tapi tidak bercakap apa-apa. Dia tahu aku cuma bergurau.Aku takkan bawa perempuan sampai ke rumah. Lainlah Que.. Que yang dulu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                “No..no..no and never!”
                Aku berusaha untuk menang dalam perbalahan ini. Pulang dari majlis tadi, aku terus menunggu kepulangan Hani. Dan Hani.. Dia buat aku menunggu sehingga jam 2 pagi. 2 pagi!! Entah di pelusuk mana dia menghabiskan masa hanya untuk membuat aku menunggu kepulangan dia dengan penuh kebengangan. Kalau Sarah tidak membuka mulut tadi. Mesti aku tidak tahu rancangan minah pendek ni. Ya,, Sarah ada mengamuk sebab aku lambat dan dengan mulut yang begitu manis dan biasa mengayat aku berjaya pujuk dia untuk terus mendemonstrasikan mulutnya menjadi muncung itik. Dan kawan sebilik Sarah aka Hani berjaya menimbulkan syak di kepala Sarah yang aku lambat sampai sebab aku bersama perempuan lain. Ofcouse aku dengan perempuan lain! Aku dengan Hani!
                Berbalik dengan minah pendek tu. Dia mahu bermalam dari isnin sehingga khamis di rumah aku.. KAMI.. okay! Rumah kami untuk menonton wayang atau drama terbaru Aaron Aziz tu. Sampai masa, aku saman juga Aaron Aziz ni. Trauma kerana dua bulan mengulang menengok ombak rindu belum lagi hilang. Sekarang keluar lagi drama Adam Maya? Atau Adam & Halim??? 
                “Aku tak kira! Aku nak tengok Adam Hawa di sini. Dan aku takkan balik asrama besok! Jumaat baru aku balik asrama. Isnin hingga khamis tepat jam 11 malam tv ni milik aku!.”
                Ooo.. Adam Hawa. Tak kiralah apa-apa tajuk wayang tu pun. Aku tak mahu dia ada di rumah ni sepanjang masa! Letak baju di dalam beg cucian setiap hari!.. Buang sampah setiap hari!.. rumah tak boleh bersepah langsung!  Aku belum sedia untuk itu. Aku betul-betul tak sedia.
                “Macam mana kalau kawan-kawan aku datang? Kau nak sembunyi dekat mana? Apa yang diorang akan cakap kalau tengok rumah aku begitu... begitu...”
                Hani mengangkat kening menunggu ayat yang keluar dari mulut aku. Aku melihat sekeliling. Aku belum sedia untuk hilang rumah orang bujang!
                “Rumah yang ‘scream’  married people house!”
                Hani memandangan aku dengan pandangan tidak percaya.
                “Maksud kau rumah yang begitu KEMAS?”
                Ya. Baru aku sedar yang Hani agak bijak. Rumah yang kemas.  Aku mengangguk cepat.
                “look..  aku akan tambah broadband limit  kau.. even to pay more for  Astro on-the-go untuk kau tengok cerita karut-marut tu asalkan kau boleh duduk diam-diam di asrama tu. Aku tak selesa dengan husband & wife staying together concept. Aku tahu kau pun tak suka mengadap muka aku 24 jam.”
                Hani duduk bersilang kaki kelihatan sedang memikirkan tawaran aku. Habis kopak aku kalau begini selalu!.
                “Astro on-the-go?”
                Hani bertanya seperti mahu memastikan tawaran aku itu. Aku cepat-cepat mengangguk.
                “Okay.
                “Yes! still got my freedom!”
Aku cepat memeluk Hani sambil tertawa kecil.  Aku hampir hilang kebebasan aku di rumah
sendiri. Tapi bila terfikir seketika kalau Hani pindah masuk di rumah ni.. Mesti aku dapat makan sedap hari-hari.. NO! Jangan pernah terfikir Safran. Kau akan sakit otak kalau mengadap muka minah ni hari-hari. Hari.. siang.. malam tak bosan. Aku tersenyum lebar.
               
                “Dont ever thing about it.”
               
                Hani menolak aku jauh darinya dan cepat berlari ke bilik tidur. Tanpa sempat aku berfikir apa-apa, bantal dan selimut sudah melayang keluar dari pintu bilik kami. Dan kemudian terdengar bunyi pintu yang dikunci dari dalam. Aku menarik nafas panjang. Sabar Safran... besok minah tu balik asrama. Aku mengambil bantal dan selimut dengan perasaan geram.
               
                “Lembu jantan lepak di sekolah, Aku tak kisahlah!”
               
                Belum sempat aku berjalan ke bilik tidur tetamu, aku terdengar Hani membalas pantun 2 kerat yang aku main hentam je tu.
               
                “Kambing pak mail ponteng sekolah, baguslah!”
               
                Okay.. mana kunci pendua bilik ni.. minah ni memang nak kena!
                

1 comment:

  1. Play blackjack, table games - DRMCD
    The 군포 출장샵 dealer sets the table in blackjack at a point of 세종특별자치 출장안마 least one hand. The 김해 출장안마 dealer then sets up his card to reveal the number of cards in his 포항 출장샵 hand. 화성 출장샵

    ReplyDelete