Followers

New Novel

Thursday, October 3, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 20

Hani pov
                “Biar aku teka... kau dah rasa sesuatu dengan mamat tu kan?”

                Aku mendongak mencari wajah orang yang mengganggu ketenteraman aku di tepi pantai ini. Walaupun aku sudah tahu siapakah gerangan pengacau itu dengan hanya mendengar suaranya. Aku meletakkan gelas ala-ala minuman topika di atas meja yang sudah di sediakan. Ya.. aku di bali. Dan aku tidak beritahu sesiapa pun yang aku di sini. Dan aku tak tahu macam mana mamat ni ada dekat sini.

                “Maliki.. kau boleh tak jangan mengganggu percutian aku.. Semaklah..”

                Aku membetulkan ‘straw Hat’  yang mempunyai bunga besar di terselit di atasnya .Angin yang kuat seperti mahu menerbangkan skirt putih yang sedang aku pakai. Aku silangkan kaki bila dan menyelitkan skirt di sebalik silangan itu. Tidak mahu mata Maliki yang miang menjamu pandangan walaupun sedikit. Sengaja tidak mengendahkan soalan Maliki tadi. Aku melihat pemakaian Maliki. Tailored Hat yang sedang dipakai menutup rambutnya yang agak keperangan itu. Cardigan hitam menyelubungi t-shirt putih yang sedang dipakainya.

                “Hati kau tu yang dah semak.. Bukan sebab aku kacau percutian kau ni..”

                Aku menjeling Maliki yang sudah mengambil tempat di sebelah aku. Aku takkan bercerita mengenai perasaan aku dengan Maliki. Bercerita mengenai perasaan yang belum tentu kekal. Mungkin lepas cuti ini perasaan ganjil tu akan hilang.

                “Lagipun.. kau yang nak jumpa aku hari tu kan..”

                Aku terus membisu. Memang aku mahu berjumpa Maliki. Tapi lepas aku fikir-fikir balik, aku tak mahulah bagitahu Maliki pasal perasaan-perasaan ni.. macam ‘girls talk´ pula dah.

                “Hari tu.. bukan sekarang ni. Sekarang ni aku nak tenangkan fikiran dan cuba bina balik benteng-benteng perasaan aku ni.”

                Maliki ketawa kecil. Aku mengecilkan mata merenung dirinya. Maliki ketawa besar seperti aku baru selesai membuat persembahan Maharajalawak bersama Jozan.

                “kita ni boleh block apa saja perasaan dari hinggap di hati kita.. Kecuali satu perasaan. Satu perasaan ni adalah anugerah. Perasaan ini boleh membuatkan hati yang keras.. menjadi lembut.”

                Maliki memandang aku. Ada yang lain dengan diri Maliki sekarang ini. Ada sesuatu perubahan yang sukar dilihat secara luaran.

                “Cinta. Cinta sejati. Pasangan yang sudah ditetapkan oleh Allah.”

                Aku membuat muka beku melihat wajah Maliki yang kelihatan bersungguh-sungguh. Cuma Dua saat.. hanya dua saat aku bertahan tanpa mengalirkan air mata.. kerana ketawa terbahak-bahak.
Maliki membuat muka bengang. Nampaknya penasihat aku pun sudah menjadi pemuja cinta.
                “Maliki...”

                Aku menggelengkan kepala.

                “Dah terjatuh ke lembah cinta. Sungguh mustahil.”
               
                Maliki tersenyum panjang.

                “Takde yang mustahil dalam dunia ni Hani..”

                Jawab Maliki. Aku menggeleng kepala semula bila mendengar jawapannya.

                “Dengan siapa?”
               
                Maliki merenung wajah aku dengan begitu lama sebelum menjawab soalan aku.
               
                “Dengan seorang wanita yang pernah terluka.”

                Senyap seketika. Maliki seperti memikirkan ayat yang sesuai yang mahu dia katakan. Kelihatan beberapa kali dia mengetap bibir. Namun sepatah ayat belum terdengar.

                “Dia berdiri semula selepas terjatuh..tidak lari dari cinta.. dan tidak lari dari perasaan.”
               
                Aku terasa geram dengan ayat Maliki itu. Aku tidak mahu dia terluka lagi. Maliki pernah beberapa kali bercerita tentang betapa hancur hatinya kerana cinta. Aku juga pernah merasainya. Dan aku yakin yang aku tidak mahu merasakan betapa sakitnya bila dikecewakan.

                “Tapi dia tak pernah rasa apa yang aku rasa. Dia tak pernah rasa takut seperti yang aku rasa. Dan kau, Maliki. Kau yang cakap dengan aku. Bila kita tak rasa apa-apa.., kita takkan rasa apa-apa. Kita kuat kerana itu. Takkan kau nak runtuhkan benteng-benteng yang kau bina hanya kerana seorang wanita yang hanya terasa secubit dari apa yang aku rasa. Kau nak jadi seperti dulu.. lemah.”

                Maliki meraup wajahnya. Dia kelihatan menyesal.

                “Kita sentiasa ada pilihan Hani. Apa yang aku sentiasa beritahu kau dulu semuanya ayat-ayat dari orang yang kecewa. Masa tu kau dalam keadaan yang terluka. dan aku sepatutnya tolong kau untuk berdiri semula...”
               
                Aku memotong ayat Maliki yang kedengaran agak gila. Dia tolong aku. Dia tolong aku menempuhi semua peristiwa pahit walaupun aku terasa agak mustahil. Dia tolong aku berdiri semula dengan penuh keyakinan.

                “Kau tolong aku Maliki. Kau tolong aku untuk menjadi seorang yang....”

                “Seorang yang keras hati. Seperti patung. Tiada perasaan. Aku jadikan kau macam tu. Kau buang semua orang yang sayang kau. Sebab aku pernah nasihatkan kau yang pergi sebelum kau ditinggalkan.”

                “Aku tak pernah buang keluarga aku Maliki.”
               
                Maliki tertawa kecil.

                “Kau buang semua orang Hani. Kau tak sedar.. Tapi kau buang semua orang. Kau menghalang diri kau dari rapat dengan semua orang. Kau bina benteng di sekeliling kau.. Dan sekarang kau cuba untuk buang perasaan yang sudah mula menyelubungi hati kau.”

                Aku berdiri mahu meninggalkan Maliki. Selama hari ini aku sangka yang cuma Maliki yang akan tetap sama seperti aku. Tapi hari ini aku terbukti salah. Dia juga seperti yang lain. Sentiasa mahu menjadi hamba cinta.

                “ Aku tak rasa tenang kalau kau tetap macam ni Hani. Kau macam adik aku. Dan aku nak kau bahagia.”

                Apa dah jadi dengan Maliki yang aku jumpa beberapa bulan yang lalu ketika majlis tempoh hari. Ketika ini aku seperti berjumpa dan berbual dengan orang yang baru aku jumpa. Bukan Maliki yang menarik tangan aku ketika aku menangis teresak-esak di bangunan terbiar itu. Bukan Maliki yang menampar wajah aku hanya kerana aku menangis kerana cinta. Bukan Maliki yang mengatakan yang aku bodoh.. tolol dan macam-macam lagi perkataan sehingga aku berhenti menangis.

                “Aku mungkin berhenti menangis Maliki.. dan mungkin luka-luka yang kau nampak ketika kali pertama kau jumpa aku dah hilang. Tapi luka di hati masih berdarah. Dan kalau kau anggap aku macam adik kau sendiri.. Tolong.. jangan buat nasihatkan aku untuk membuka hati aku untuk cinta lagi. Sebab kali terakhir aku memberi peluang dengan cinta.. Aku hancur.. dengan teruk sekali.”

                Aku terus pergi meninggalkan Maliki yang kelihatan termenung jauh. Aku bahagia. Bahagia kerana Maliki menjumpai cinta kembali walaupun kami berdua tidak pernah menjangkakannya. Aku bukan patung seperti yang Maliki katakan. Aku masih seperti yang lain. Cuma perasaan sakit dan kecewa yang mendominasi hati membuatkan aku sentiasa menjarakkan diri bila mula terasa rapat dengan seseorang. Aku berjalan menuju ke lobi dan kemudian berlari ke arah lif yang sedang terbuka.

                “Terima kasih..”

                Aku berterima kasih kepada lelaki yang menahan pintu lif untuk aku sebentar tadi tanpa melihat wajahnya.
               
                “Kasih diterima..”
               
                Kata lelaki itu. Suaranya membuatkan aku mendongak. Suara yang selalu berlegar-legar di kepala aku selama beberapa hari ini. Aku mengetap bibir kemudian menekan butang lif supaya berhenti di mana-mana tingkat yang berdekatan. Aku tidak mahu berada dekat dengannya. Apatah lagi hanya kami berdua di dalam lif itu. Bila pintu lif terbuka, aku terus keluar dari lif itu.

                “Kenapa kau datang sini?!!”

                Aku marah.. Aku menjerit.. Orang terakhir aku yang mahu jumpa ketika ini adalah dia. Kehadiran dia di sini menyebabkan perasaan aku bertambah kucar-kacir. Bertambah kusut.

                “Sebab aku sayang kau.”

                Dan pandangan aku mulai gelap.

4 comments:

  1. ohemgee!!!! safran ke tu???? jejeng....

    ReplyDelete
  2. crite nie getting interesting....hrp sambg dengn sepantas mungkn...

    ReplyDelete
  3. Saya rasa tertipu sebab sudah terbeli novel awak.. tak rasa bersalah ke.. gunakan nama seakan 2 sama dengan penulis terkenal....

    ReplyDelete
  4. Laila.... Saya minta maaf sebab awak tersalah beli novel sebab nama penulis tu sama dengan nama kak Lynn.. Saya dah berblogging dah lama kak... kalau saya sengaja nak curi nama orang lain memang saya dah lama tukar nama pelik macam megalisa ni... Saya pun tersepit dengan nama ni.. berkali2 hantar email kat penerbit.. saya nak guna nama saya.. sakit tau kalau tgk novel sendiri tp bukan nama kita sendiri.. tak sabar nak tulis novel baru (kalau ada rezeki) and guna nama pena saya sendiri.. Maaf sekali lagi... assalammualaikum.

    ReplyDelete