Followers

New Novel

Thursday, October 17, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 30



xxx POV

                Aku tak sangka macam ini jadinya. Aku berlegar-legar di dalam bilik. Tak mungkin. Ayat yang sedang bermain-main di kepala aku sekarang. Aku takkan biarkan itu berlaku. Aku sayangkan dia. Aku takkan benarkan dia menjadi milik orang lain. Aku akan cuba menangi hati dia semua. Mungkin kejadian itu membuatkan dia jauh dari aku. Tapi aku yakin.. kalau aku sabar memujuk hati gadis yang aku sayangi itu.. mungkin kami akan bersama semula seperti dulu. Aku yakin. Bunyi telefon bimbit aku memecahkan kesunyian bilik aku ketika ini.

                “Hello..ya.. korang ready je. Bila ada masa yang sesuai, baru aku inform.”
               
                Aku duduk di kerusi sambil mengapai bingkai gambar yang mempunyai gambar milik gadis yang sentiasa menjadi pujaan hati aku. Dia kelihatan cantik berbaju kurung sekolah. Aku mengusah perlahan gambar gadis yang aku sayangi itu.

                “Aku tak nak sikit pun korang sentuh kekasih aku tu nanti. Terus hantar dia ke tempat yang aku dah sediakan untuk dia.”

                Aku memandang ke arah dinding bilik aku. Senyuman aku makin melebar melihat gambar besar yang aku lekatkan sebagai pengganti kertas dinding. Gambar sebelum kejadian itu berlaku. Kejadian yang di sebabkan kebodohan aku sendiri. Aku mengeluh lemah. Aku kena bersabar. Tak lama lagi aku akan mendapat cinta hati aku semula.

                “Bersedia dua hari dari sekarang. Masa pertandingan hoki diadakan.”

~~~~~~~~~~~~

Safran Pov

                “Arghhhh!”
               
                Jeritan Hani membuatkan aku terjaga dari tidur yang lena. Hani yang sudah terduduk selepas menjerit kelihatan seperti ketakutan. Aku terus bangun kemudian mendekatkan tubuh Hani kemudian memeluknya. Hani membalas pelukan aku sambil teresak-esak.
               
                “hei.... Its okay..  Cuma mimpi je tu..”
               
                Pujuk aku perlahan walaupun aku tidak tahu apa punca Hani menjerit tadi dan kemudiannya menangis. Aku cuma serkap jarang je tadi cakap dekat dia yang dia cuma mimpi. Mata aku meliar juga ke sekeliling bilik mencari kalau-kalau ada tikus atau lipas yang membuatkan Hani menjerit sebegitu.
               
                ‘tuk..tuk..tuk..’

                Ketukan di pintu kemudiannya kedengaran.

                “Kenapa tu Hani??”
               
                Suara opah Hani kedengaran di luar pintu bilik kami. Jelas kerisauan dengan jeritan Hani sebentar tadi.
               
                “Takde apa-apa opah.. Hani mimpi buruk tadi.”
               
                Kata aku tanpa berkalih dari katil kerana Hani masih kuat memeluk aku seperti takut dengan sesuatu.
               
                “Hah... itulah tidur tak basuh kaki.. Sebelum sambung tidur, baca dulu surah 3 Qul.”

                Pesan opah sebelum masuk semula ke biliknya. Kedengaran pintu dibuka dan ditutup. Mungkin opah belum tertidur sewaktu Hani menjerit tadi. Aku mengusap rambut Hani perlahan. Hani masih teresak-esak.

                “Takde apa-apalah tu.. mimpi je. Aku dah dekat sini.”

                Hani cuma mendiamkan diri.    

                “Aku mimpi kau dah takde.”
               
                Kata Hani setelah lama mendiamkan diri. Aku tertawa kecil. Hani mendongakkan kepala melihat aku. Dia kelihatan tidak puas hati.

                “Kata orang.. mimpi tu kadang-kadang terbalik. Kalau kau mimpi aku takde, ertinya aku akan selalu ada untuk menghuru-harakan hidup kau. Jangan risaulah. Kau ingat senang-senang ke aku nak tinggalkan kau?”

                Kata aku selamba. Hani masih kelihatan murung.

                “Tapi aku mimpi kau kena tembak...”
               
                Aku mengerut dahi. Dia ni benci sangat dengan aku ke sampai termimpi aku kena tembak. Tragis tu..

                “Kena tembak oleh siapa?”
               
                Aku bertanya. Hani kelihatan selesa bermain dengan jari-jemari aku. Jelas sungguh kelihatan Jari-jemari dia yang agak kecil dari aku itu bila dia cuba menggenggam tangan aku. Hani kelihatan termenung jauh dengan soalan aku tadi.

                “Hani... are you still here?”

                Aku bertanya dengan nada sarkastik.  Apabila Hani kelihatan lebih selesa bermain dengan tangan aku daripada menjawab soalan aku tadi. Hani menarik muncung panjang dengan soalan aku sebentar tadi.
               
                “Memanglah masih di sini. Takkan kau sedang peluk patung kot.”

                Jawab Hani. Masih lagi menarik muncung. Aku tersenyum mendengar jawapannya. Air mata yang masih tersisa di pipi aku usap perlahan bila hati mengangkat wajahnya untuk menghadap aku.

                “Tahu pun bukan patung.. Ceritalah.. siapa yang tembak aku tu?”
               
                Aku mengulang kembali soalan yang tidak berjawab sedari tadi. Hani mengerutkan dahi seperti mahu berfikir sebelum menjawab soalan aku.

                “Que.”
               
                Jawab Hani pendek.  Aku cuma berdiam diri sambil mengusap bahu Hani perlahan.

                “Takde apa-apalah. Mimpikan Cuma mainan tidur. Dah., nak ikut solat tahajjud ke? Dah alang-alang terbangun ni.. boleh tenangkan hati tu sikit.”
               
                Aku mula bangun dari katil.
               
                “Kejap.. fikir dulu.”
               
                Aku mengerutkan dahi. Yelahlah sangat berfikir. Aku menggeleng kepala bila Hani yang kononnya mahu berfikir mula melabuhkan semula kepalanya di atas bantal. Cuma beberapa saat sahaja, aku terus dapat mendengar bunyi dengkuran kecil dari Hani.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                “Kenapa Hani semalam?”

                Tanya Mummy Hani ketika aku sedang duduk menjamu sarapan pagi. Aku mengambil sekeping roti yang sudah siap disapu planta dan jem oleh mummy.  Hani awal-awal lagi sudah menyerah kalah bila tercium bau kopi yang terhidang di atas meja makan. Aku sempat menjeling ke arah Hani yang duduk di ruang tamu sambil menutup hidungnya menggunakan kolar bajunya.

                “Nightmare je mummy.. Ingatkan ada perompak masuk rumah semalam. Nak tercabut jantung saya semalam sebab terkejut.”

                Jawab aku perlahan. Opah menuangkan kopi ke dalam cawan kosong di hadapan aku. Inilah yang aku suka bila balik rumah opah Hani. Layanan first class.
               
                “Opah pun fikir macam tu semalam .. Tu yang opah ketuk pintu bilik kamu semalam.”
               
                Kata Opah pula. Daddy tidak kelihatan. Mungkin sudah pergi menjenguk kebun dengan abah aku. Irah, adik Hani dan Fatin, adik aku yang lahir pada tahun  yang sama asyik bercerita di depan balkoni.
               
                “Jadi kamu pergi klinik hari ni?”
               
                Tanya mummy. Aku mengangguk laju. Tak sabar mahu tahu sama ada betul atau tidak jangkaan kami semalam.

                “Ala... tak payahlah nak pergi.. Tengok pun dah tahu yang Hani tu confirm mengandung. Tengok tu.. sanggup makan di sana sebab tak mahu terhidu bau kopi ni. Selalu dialah yang laju habiskan kopi ni.”
                Kami masing-mmasing mengalihkan pandangan kepada Hani yang sedang mengunyah roti kosong sambil menonton television. Hai... habislah aku kalau macam ni.. makin lama makin pelik isteri aku ni.

~~~~~~~~~~~

                Hani POV

                Safran masih mendiamkan diri sambil tersenyum memerhati gambar sonogram yang diberikan oleh doktor sebentar tadi. Kami masih berada di lempat letak kereta berhadapan dengan klinik ibu dan anak. Aku mengusap perut aku yang masih kempis itu. Senyuman terukir sedikit. Seperti Safran.. Aku pun masih dalam keadaan tidak percaya.

                “Hidung dia ikut hidung kau.”
               
                Tiba-tiba Safran memecah kesunyian setelah puas dia memerhatikan setiap penjuru gambar yang ada di dalam pegangan dia itu. Aku tertawa riang. Aku melabuhkan kepala di bahu Safran sambil memerhati gambar di tangan Safran itu.

                “Aku rasa mata dia macam mata kau.”

                Kata aku pula. Kali ini giliran Safran tertawa lucu.
               
                “Mulut dia....”

Safran mengerut dahi. Aku sabar menanti bicaranya.

“Kenapa mulut dia macam mama? Habislah.. nanti kecil-kecil dah suka membebel.”

Safran kelihatan serius bila berkata seperti itu. Kalau mama dengar apa yang dikatakan oleh anak lelaki tunggalnya ini, pasti telinga Safran sudah menjadi sasaran. Safran memang suka mengusik mamanya itu walaupun telinganya sering kali menjadi habuan. Kami berpandangan seketika kemudian tertawa besar. Aku melihat semula ke arah gambar sonogram di dalam pegangan Safran itu. Bayi di dalam kandungan aku masih berbentuk seperti sebiji kidney bean.

“Tajam juga mata kau ni kan.. Aku nampak macam rupa Kidney bean je gambar ni.”

Kata aku sambil tersenyum lebar. Safran tertawa lagi.

“Aku rasa macam nak bagi penampar je dengan doktor tu tadi bila dia tunjukkan gambar kacang then kata yang itu anak kita.. mujur juga dia cepat bagi penjelasan. Kalau tidak memang rasa juga penampar sulung aku tadi.”

 Aku tertawa. Mujur juga doktor tadi banyak memberi penjelasan tentang cara-cara menjaga kesihatan dan tips-tips yang patut diamalkan sepanjang aku mengandung. Nak harapkan kami berdua memang satu apa pun kami tak tau. Safran kemudiannya menjentik dahi aku perlahan. Aku mengerut dahi.

“Cuba jangan ber’kau-aku’ depan anak.. Panggil abangkan mesra sikit..”

Aku mengecilkan mata. Kononnya marah dengan perilakunya sebentar tadi. Suka hati jentik-jentik orang. Safran yang melihat aku menarik muncung cepat-cepat meniup dahi aku tempat dijentiknya sebentar tadi. Kemudian bibirnya singgap sebentar di dahi aku. Aku makin tersenyum lebar. Safran mengenyit mata apabila melihat senyuman aku.

“Terima kasih abang..”
               
Kata aku perlahan. Aku terpaksa kena practice panggil Safran dengan panggilan ‘abang’ hari-hari ni. Macam orang putih selalu kata, practice make perfect!.

Welcome sayang..”

Senyuman aku bertambah lebar. 

1 comment:

  1. Hi Lisa

    Kami Team dari aplikasi Novelplus berbesar hati ingin memaklumkan

    bahawa kami berminat untuk menyiarkan novel di blogspot/website

    anda untuk dipaparkan dalam aplikasi Novelplus yang kami

    bangunkan untuk mobile (android/IOS/mobile web).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti

    menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya

    ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai

    secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi Novelplus ini

    boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store

    (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih

    dahulu, sekiranya kami boleh menyiar novel anda di dalam aplikasi

    Novelplus ini atau tidak.

    Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera

    daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati

    keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi Novelplus

    kami.

    Sekian.

    Hubungi Kami!
    Emel: novelplus.team@gmail.com
    Mobile Web: www.novelplus.com.my
    Facebook: Novelplus
    Twitter: @AppNovelplus
    Instagram: Novelplus

    ReplyDelete