Followers

New Novel

Thursday, September 26, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 15

                
                Hani POVs
                “Hani... lama tak jumpa..”
                Aku memberhentikan langkah aku. Berundur beberapa langkah untuk berdepan dengan orang yang menegur. Aku tersenyum lebar.
                “Maliki..”
                “Yes..aku Maliki.”
                Aku tersenyum. Malikilah yang berjaya membawa aku keluar dari dunia aku yang begitu pudar. Dia yang mengajar aku cara ‘bermain’. Aku pernah terluka. Ya.. aku baru teringat tentang perkara itu. Itulah kali terakhir aku menangis kerana lelaki. Itulah kali terakhir aku  menjadi seorang yang percaya dengan cinta. Maliki terjumpa aku sewaktu aku menangis teresak-esak dan hampir membunuh diri. Kerana cinta. Aku malu dengan sejarah silam itu. Sejak itu aku tidak lagi jadi mangsa cinta. Maliki membantu aku berdiri untuk melawan. Maliki mengajar aku untuk mengenali semua taktik licik lelaki.
                “Sejak bila bekas pelajar kolej dijemput datang ke majlis sambutan ahli baru kelab hoki ni?”
                Aku bertanya dengan nada sarkastik. Maliki tersenyum lebar. Maliki berpeluk tubuh berjalan mengikuti langkah aku. Mesti ada sesuatu yang membawa Maliki ke sini. Aku mengambil meja yang agak tersorok dari yang lain. Maliki mengambil tempat di sebelah aku. Pandangannya masih tertumpu kepada aku. Meja yang mempunyai 10 tempat kosong itu masih belum terisi oleh ahli-ahli hoki hanya kami berdua sahaja yang sudah mengambil tempat duduk di meja yang agak tersorok itu.
                “Apa yang kau mahu Maliki? Some help?”
                Maliki tersenyum sambil menyandarkan tubuhnya yang agak berotot itu di kerusi. Walaupun sudah setahun menghabiskan pengajian di kolej ini, Maliki tetap kelihatan begitu sasa. Mungkin dia selalu bersenam untuk memastikan badannya tetap menarik di mata orang/perempuan. Aku tersenyum sinis bila teringat sesuatu. No more broken heart. Motto kami berdua.
                “Umur aku dah 25 tahun. Dekat masuk 26 tahun.”
                Aku ketawa kelucuan bila mendengar mukhadimah dari Maliki. Dan aku tahu kemana tajuk ini akan pergi. Aku lebih awal menghadapinya. Maliki mengerut dahi. Kemudian meletakkan tangannya di atas bahu aku.
                “Apasal kau ketawa? Aku belum habis cakap lagi..”
                Aku semakin kelucuan. Aku menarik tangannya yang diletakkan di atas bahu aku. Berat. Dan aku terasa lain. Rasa bersalah. Tapi cepat-cepat terpadam rasa bersalah bila terlintas wajah Safran dibenak aku.  
                “Aku dah tahu keseluruhan cerita dengan intro kau yang macam tu. Apa yang kau mahu aku tolong? Cari calon untuk kau? Seorang yang boleh kau buli-buli?”
                Maliki menukar posisinya untuk berhadapan dengan aku. Dia merenung aku lama. Walaupun tanpa berkata apa-apa, aku sudah tau apa yang mahu disampaikannya. Aku cepat-cepat mengangkat kedua –dua tangan aku kemudian menggeleng laju.
                “No..No..And no. Lagipun, aku dah kahwin. Mahu sakit jantung mak kau kalau tau kau bawa pulang calon menantu yang dah ada suami.”
                Maliki terundur sedikit kebelakang. Terkejut. Oh! Aku terlupa bagitahu dia tentang perkahwinan aku dengan Safran. Maliki seperti mahu berkata sesuatu namum mengetap mulutnya selepas beberapa saat dia mahu berkata sesuatu. Dia agak tergamam. Aku mengerut dahi melihat tingkahnya.
                “Kahwin?”
                “eya..Kahwin..”
                Aku berkata perlahan. Takut ada yang memasang telinga pula. Maliki menarik nafas panjang. Apa kena dengan budak ni. Eh! Bukan budak.. Dah boleh panggil bapak budak dah ni. Ni mesti stress sebab mak dia paksa dia kahwin. Dah fobia dengar perkataan kahwin ke?
                “Kahwin?.. Apa dah jadi dengan janji kau yang no more boyfriend, no more love and broken heart?”
                Aku tertawa lucu.
                “Pertama sekali encik Maliki... Suami. Bukan boyfriend. Dan aku tak kawin dengan dia sebab cinta.. yak!.. and kalau takde cinta.. dan takkan ada. Ertinya takkan ada broken heart.”
                Maliki meraup wajah. Jelas kelihatan yang dia agak kebingungan.
                “Jadi? Kahwin?”
                Oh.. Bab tu yang dia tertinggal. Aku pun bagi cerita tak ikut bab. Terus bagi kesimpulan. Kan dah bingung anak teruna orang ni. Anak teruna lagi ke? Ragu-ragu hati dan akal aku ni.
                “My grandma. Kahwin paksa, kahwin muda, kahwin apa-apa kahwin lagi yang orang sekarang panggil. Dan aku tahu benda tu lucu sebab aku yang macam ni boleh terkena dengan badi kahwin ‘paksa’ ni. Its so silly.. Don’t ask for details.”
                Maliki tertawa. Kelihatan wajah kelegaan terpamer di wajahnya. Dia ingat aku nak keluar dari kelab tanpa cinta kami ni ke? Dahlah ahli dua orang je. Aku dan Dia.
                “So, kahwin atas kertas jelah ni..takde hubungan apa-apala..”
                Kata Maliki. Aku membuat senyuman lebar macam senyuman joker. Aku tahu. Evil smile. Aku dah nampak Maliki macam takut-takut. Itulah senyuman yang selalu aku buat sebelum kenakan orang. Tapi kali ini aku bukan nak kenakan Maliki. Aku tersenyum malu campur nakal. Dah jadi evil smilelah.
                “Aku tak kata aku budak baik...”
                Senyum aku bertambah lebar bila dahi Maliki bertambah kerut.
                “Maksud..?”
                Maliki membesarkan matanya bila melihat aku mengangguk.
                “Kau yakin lelaki tu takkan jatuh cinta dengan kau?”
                Pertanyaan Maliki membuatkan aku tergelak. Pssssh, Safran jatuh cinta. Aku rasa dialah orang paling layak jadi ahli ketiga kelab tanpa cinta aku dengan Maliki ni. Aku mahu menjawab pertanyaan Maliki apabila ada tangan yang menepuk perlahan bahu aku.
                “Aku nak cakap kejap.”
                Sarah. Berpeluk tubuh. Pergaduhan petang tadi bukanlah yang pertama. Dah berkali-kali kami bergaduh seperti itu. Bila dah sejuk hati, sama ada aku atau Sarah yang akan meminta maaf. Kali ini mungkin Sarah sudah tau yang dia patut minta maaf. Sebab dari tadi aku tak tegur dia bila masuk ke dewan tadi.
                “Ok.. kejap..”
                Aku mengalihkan pandangan kepada Maliki. Meminta diri seketika.
                “Its okay.. Aku pun ada hal. Nak cari orang lain untuk ganti ‘tempat kau’”
                Aku tertawa kecil. Aku tak risau. Maliki boleh jumpa 10 orang calon untuk maknya. Itupun kalau maknya mahu perempuan yang miskin dengan pakaian. Aku melambai Maliki sebelum berjalan mengikuti Sarah.
                 “Ada apa cik Sarah?”
                Aku berpeluk tubuh sambil memerhati sekeliling. Kalau-kalau ternampak muka yang dicari. Masih belum ada. Aku seperti mahu ketawa terbahak-bahak bila cuba membayangkan betapa kalutnya pakcik tu bila terbangun dari tidur. Mungkin bila majlis sudah habis baru dia terbangun.
                “Aku nak...”      
                “Okay.”
                Sarah melihat aku seperti aku sudah tumbuh kepala kedua bila aku memintas ayatnya. Aku tersenyum kecil.
                “Okay.. aku tahu kau nak minta maaf.. Aku kenal kau dari tahun pertama lagi Sarah.. Tak susah nak baca fikiran kau tu.”
                Kali ini Sarah turut tersenyum.
                “Aku nak minta maaf pasal aku panggil kau the P word. Tapi aku tak menyesal panggil kau drama queen.”
                Aku tertawa kecil.
                “Samalah. Aku langsung tak menyesal panggil kau drama queen petang tadi.”
                Kami berdua membuat muka serius. Kemudian aku terbayang wajah budak-budak hoki petang tadi bila dengan suara Sarah yang selalunya lemah lembut ini menjerit. Macam youtube tengah buffering. Statik je semuanya. Semua muka bingung! Aku dan Sarah berpandangan kemudian ketawa sambil menekan perut. Senak perut.
                “Reaksi diorang semua tu terlalu lucu. Dah macam CD rosak. Yang tengah angkat kotak pun boleh statik bila dengar suara kau.”
                Ya.. Aku dan Sarah tak pernah gaduh lama-lama. Kadang-kadang kami akan mengimbau balik situasi semasa kami bergaduh dan membuatnya sebagai bahan lawak.
                “Indeed. Lucu sangat. Kau nampak reaksi Que bila aku mention pasal P word. Muka dia tersentak sangat tau. Rasa macam nak minta maaf sebab mencemar pendengaran dia je. Rasa bersalah pula hati aku ni.”
                Aku tersenyum lebar. Sarah pun perasan. Tapi aku yakin dia bukan tersentak!. Dia gembira bila ada orang sependapat dengan dia.
                “Anyway... mana prince charming kau tu?”
                Aku menahan senyum.  Sarah terus membuat muka geram.
                “Tulah! Dah jam 9.00.. kau tahu tak dia janji nak ambil aku jam 7.30.. aku tunggu dekat setengah jam! Then terpaksa ikut kereta junior yang nak pergi sini tau. Dahlah kau pun takde.. Kau pegi mana? Merajuk? Dengan beg laundry pun takde dalam bilik tu.”
                Aku menggeleng. Aku lebih prefer perang dingin dengan Sarah. Dia ni banyak mulut. Jam juga otak aku nak process ayat yang keluar dari mulut dia tu. Bertalu-talu.
                “Aku balik rumah sedara.. sebab nak tengok Adam & Hawa..”
                Aku terierit keriangan. Tak sabar nak tengok episode seterusnya. Selalu aku hanya  ‘sedut’ wayang tu dari mana-mana website. Tapi setelah berjaya memujuk Safran untuk bertukar ke astro beyond. Aku takkan nak lepas peluang tengok dari tv safran yang besar tu.
                “Wahh.... bestnya.. Aku nak tengok juga. Kalau rumah aku besar. Memang hari-hari aku balik rumah. Kau tolong rakamlah ya... aku nak tengok juga..”
                Aku mengangguk cepat. Takkan nak tengok cerita tu sorang-sorang. Tak seronoklah. Aku nak Sarah tengok sama cerita tu. Boleh bercerita panjang-panjang. Kalau cerita dengan Safran memang tak payahlah. Tak masuk cerita. Tangan dia tak boleh duduk diam. Opss.. budak bawah umur. Skip ayat tadi. Haha. Evil laugh kejap.
                “Opss.. arah jam 11. Safran....”
                Aku terpandang Safran yang baru menampakkan dirinya. Sarah memeluk tubuh bila ada gadis yang dahulu menegur Safran di pintu gelanggang.
                “Dia tahu macam mana nak guna ketampanan dia. Baru sekejap dah ada yang menyambar. Macam ada magnet. No wonderlah dia lambat.”
                Aku bukan mahu menjadi batu api. Tapi.. Come on Sarah! Safran takkan berubah dalam masa yang singkat hanya sebab mereka keluar berdua untuk beberapa kali. Macam soulmate  yang selalu Sarah bayangkan tu. Cinta takkan jadi begitu mudah. Kalau betul Safran adalah Mr.Right  Sarah, Safran tentu perasan Sarah dari dulu lagi. Bukan baru sekarang.
                “Mungkin dia adalah masalah kereta ke,.. tertidur..”
                Sarah berkata bagai tidak pasti. Aku menjungkit kening menambahkan ketidakpastiannya.
                “Positif. Kita mesti fikir positif.”
                Kata Sarah seperti mahu menyakinkan aku walaupun sebenarnya dirinya yang patut di yakinkan.
                “Yeah right.”
                Aku tersenyum lebar.
                “Whatever..aku akan tanya dia. Dan dia akan jawab yang..”
                “Dia tertidur. Atau kereta dia rosak ditengah jalan.”
                Aku menyambung ayatnya dengan nada sarkastik.
                “Kau fikir begitu ke? Ala... janganlah macam tu.. Ok! Budak perempuan tu dah mula bergesel macam cacing tak cukup tanah. Aku patut pergi sana. Bye.”
                Aku mengerut dahi. Bergesel macam cacing tak cukup tanah? Peribahasa manalah dia cedok ni. Tak faham aku. Aku hanya melihat dari jauh Safran cuba melepaskan diri dari budak junior tahun 1 itu. Huh! Extreme. Baru masuk kolej dah terkinja-kinja nak mengoda senior. Macam takde matlamat hidup je.
                “Wanita islam bukan sahaja mesti memakai tudung untuk menutup aurat..tapi juga perlu menjaga tingkah laku dan batasan antara lelaki dan perempuan.”
                Aku agak terkejut bila ada suara yang tiba-tiba menyapa tanpa salam. Que. Muka dia nampak bersih. Tenang bila aku melihat ke dalam matanya. Tapi cuma seketika sebelum dia melarikan pandangan. Aku terasa sedikit kecewa dengan tindakannya melarikan pandangan dari aku.
                “Ow... batasan antara lelaki dan perempuan? .. Maksudnya? Pegang seorang wanita tanpa sebarang lapisan kain? Dan juga tanpa kebenaran wanita itu? Tak begitu USTAZ QUE?”
                Que menundukkan pandangannya sekali lagi sebelum menangkat wajah dan cuba berkata sesuatu. Tapi hati yang dilanda kemarahan membuatkan aku menarik nafas panjang dan berlalu dari tempat itu. Sempat melagakan bahu dengan kuat dengan Que. Ya. Kemarahan tu tak pernah surut Que. 

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 14

 Safran POV
                Aku membuka pintu rumah sambil berkerut di dahi. Hairan bila melihat kasut milik Hani ada di hadapan pintu. Itu bukan perkara yang menghairankan. Inikan rumah dia juga. Mestilah dia boleh datang bila-bila masa sahaja. Tapi aku hairan melihat susunan kasutnya itu. Hanya tersadai di hadapan pintu. Selalunya Hani yang selalu membebel bila melihat kasut-kasut diletakkan di hadapan pintu. Kasut mesti diletakkan ke dalam rak selepas pakai. Mahu seminggu juga dia membebel mengenai perkara itu. Hari ini dia pula yang melakukan benda yang paling dilarang olehnya. Pelik. Bila aku masuk ke ruang tamu. Sunyi. Mungkin dia ada di dalam bilik. Aku menjungkit bahu. Tidak mahu pening memikirkan mengenai hal Hani. Alat kawalan jauh astro di atas meja aku capai kemudian membuat saluran sukan. Rasa sunyi. Kuatkan lagi suara television. Rasa bosan. Kuatkan lagi... dan lagi... sebelum lagi...
                “Eiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Safran!”
                Aku tersengih bak kerang busuk bila melihat Hani di hadapan pintu bilik kami dengan rambut yang setaraf macam sarang tebuan. Baru bangun tidur. Otak aku berkerja keras memikirkan agenda terbaik untuk ber’main’ dengan Hani yang tengah mamai.
                “Hi sayang....”
                Aku menepuk paha aku.
                “Mari duduk sini..”
                Sengaja mahu mencabar Hani. Aku tahu aku mesti mendapat jelingan dari Hani dari cabaran aku ini tapi kalau dia duduk di pangkuan aku pun apa salahnya.Mungkin boleh menghilangkan semua penat mengurus budak-budak membuat persiapan untuk malam ni. Saat aku mengalihkan pandangan mencari jam dinding, aku terasa sesuatu menghempap di pangkuan aku. Aku mengalihkan pandangan ke wajah Hani yang tersenyum. Senyuman yang penuh muslihat.
                “Abangku sayang, you jangan nak mencabar I.. tak mencabar betul pun cabaran you ni.”
                Aku menahan gelak bila Hani buat muka menggoda. Tak. Aku tak tergoda. Dan ya. Aku tak menipu.
                “Kalau ye pun nak mengoda aku, cerminlah diri kau tu dulu..dahlah pakai baju winny the pooh, rambut dah macam bergeng dengan kumpulan Alley cat.. Beku Iman aku terus cik adik oi!!”
                Aku sungguh yakin aku akan menang dengan perbalahan kali ini. Yakin 100%!. Sehinggalah Hani menyilangkan kalinya sehingga membuatkan baju yang tadinya sampai ke paras lutut ternaik sedikit sehingga ternampak pahanya yang putih melepak. Aku menelan air liur. Ternampak bibir Hani yang mahu tersenyum lebar. Aku tak boleh kalah. Aku mengangkat tubuh Hani kemudian meletakkan dia di atas sofa. Aku cepat berdiri.
                “Dah lambat. Aku nak bersiap dulu. Takut budak-budak tu huru-hara pula dekat gelanggang..”
                Hani tertawa mengejek. Dia berdiri di hadapan aku.
                “ Aku menang.”
                Aku meraup muka bila Hani mula mendekati aku. Aku melihat jam. Teringat yang aku berjanji dengan Sarah untuk mengambilnya dan pergi awal ke gelanggang itu untuk memastikan semuanya sudah siap sedia. Dengan mood Sarah yang masih belum baik, aku tak patut mungkir janji.. Aku mesti pergi aw.... Jari Hani mula bergerak nakal menyelusuri otot di perut aku. Aku mesti apa tadi? Whatever.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                “Oh tidak! Tidak! Tidakkk...”
                Aku geram melihat nota yang Hani tinggalkan di sebelah aku. Dan aku bertambah geram bila melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.30pm. Habislah. Aku janji dengan Sarah 7.30 pm.. aku dah lewat 1 jam. Dan nota Hani menambahkan darjah kemarahan aku.
                -aku pergi kolej dulu. Tak sabar tengok muka Sarah mengamuk dengan kau. Hate you :D-
                Aku mencapai telefon. Lebih dari 10 miskol dari Sarah. Kenapa boleh tak dengar? Eya.. Hani dengan suka hati menetapkan telefon kesayangan aku dalam silent mood. Aku sempat menghantar pesanan ringkas buat Hani sebelum berlari ke bilik air untuk membersihkan diri. Mujur Hani sudah menyediakan pakaian yang perlu aku pakai untuk malam ini. Kalau tidak memang kucar kacir juga almari ni aku buat untuk mencari baju. Tunggulah Hani. Dan berapa kali aku kena dengan budak pendek ni? Aku patut minta idea-idea bernas dariKhairi dan kawan-kawan yang lain untuk mengenakan budak ni. 

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 13

Bab 22
                Safran POV
                “Hey...apasal ni? Aku baru keluar sekejap ambil barang-barang , gelanggang ni dah jadi padang jarang, padang tekukur je...”
                Ek? Betul ke apa yang aku cakap tu.. ah! Hentam jelah... Bukan guru BM pun dekat sini.
                “Padang jaraklah... melayu fails betul!”
                Jawapan Khairi membuatkan aku tertawa kecil. Aku lupa pula dengan si Khairi ni. Aku melihat di sekeliling gelanggang. Sunyi! Coach Gramz baru lepas mengamuk ke? Tapi aku rasa tak mungkinlah kot. Aku ada ternampak dia berborak-borak di cafe tadi. Takkan dia sempat masuk sini untuk mengamuk. Dah macam kena sambar petir budak-budak ni semua. Semua macam tengah berbincang plan rahsia. Bercakap pun nak berbisik-bisik.
                “Apasal senyap sunyi ni?”
                Aku tanya lagi. Dahi sudah mula berkerut memikirkan seribu satu kemungkinan malapetaka apa yang sudah menimpa dengan budak-budak ni semua.
                “Kau boleh tak jangan rosakkan bahasa melayu.. dah senyap, sunyi lagi kau tambah dalam ayat.”
                Ek eleh.. kamus melayu ni.. Aku dah ditimpa seribu satu persoalan. Si Khairi ni pula banyak buat lencongan. Jawap jelah soalan aku ni. Geram juga hati aku ni.
                “Kau nak aku buat karangan empat muka surat ke dekat sini? Supaya kau boleh faham sefaham-fahamnya dengan soalan ciput aku yang aku ajukan beberapa kali dari beberapa minit yang lalu?”
                Kawan-kawan aku yang lain tertawa lucu. Khairi turut tersenyum. Baru rasa macam hidup sikit suasana di gelanggang ni. Budak-budak hoki yang lain semua melihat ke arah kami. Aku mengerut dahi. Dah apasal dorang semua ni?
                “Sarah dengan the gorgeous ignorant princess bergaduh..”
                Uh! Aku masih belum dapat biasakan dengan nama panggilan itu dan rasa lain macam bila mendengar panggilan yang diberikan oleh kawan-kawan aku untuk Hani. Rasa lain.. Lainlah! Jangan nak soal rasa lain apa.. Eh! Apasal aku sentap sendiri ni.. Nanti kejap.. Hani bergaduh dengan Sarah??? Aku baru mahu bertanya soalan, Dahari menyampuk dari belakang.
                “More like Sarah mengamuk dengan Hani.. Dan Hani ... is Hani.. Selamba dan still tersenyum manis.. Huh! Bertuah badanlah kalau dapat jadikan Hani tu awek.. Cool je sepanjang masa.”
                Ek..Eh! Kecik besar-kecik besar je aku tengok Dahari ni.. Eh.. apa pula..  Aku menepuk kepala aku. Apasalah tiba-tiba aku emosi semacam ni.
                “Mana Sarah?”
                Aku mencari sekeliling. Tiada Sarah. Kenapa dia nak mengamuk? Atau Sarah dah tahu tentang rahsia kami? Tak mungkin juga. Cuma dua orang je dalam kolej ni yang tahu tentang rahsia aku dengan Hani. Siapa? Aku dan Hani lah. Takkan Sarah boleh tahu pulak.. Daripada aku membuat sepuluh macam konklusi.. baik aku cari Hani.. eh.. Sarah.
                “Aku nampak dia belok kiri  ke taman Ilmu tadi.. Mungkin balik hostel.”
                Paied pula menjawab soalan aku.. eh?.
                “Paied? Apasal kau sesat kat sini?”
                Paied adalah pemain bola sepak kolej ni. Bingung juga kenapa dia boleh tersesat dekat sini. Tapi bila melihat dia membawa barang di tangan, aku tahu mesti dia mempunyai tujuan yang kukuh untuk masuk ke gelanggang hoki ini.
                “Aku hantar ni hah... Barang-barang untuk hiasan meja. Aku nak jalan pegi padang bola tadi masa terserempak dengan Que.. Dia minta tolong aku hantar barang ni.. Macam dah takde matlamat hidup je muka dia tadi.. apasal?”
                Aku mengerut dahi. Mahu bertanya dengan kawan-kawan yang lain, masing-masing menggeleng kepala tanda tidak tahu. Ada juga yang baru perasan Que takde dengan dorang. Bagus punya kawan. Paied menjungkit bahu. Tanda tidak mahu masuk campur. Aku mengambil barang-barang dari tangan Paied kemudian meletakkannya di atas meja yang berhampiran. Paied kemudian meminta diri untuk pergi ke latihan bola sepaknya.
                “Aku nak cari Sarah dulu.. Korang tolong uruslah budak-budak ni.. Kang ada pula yang tak siap untuk malam ni.”
                Mereka cuma mengangguk. Aku memberhentikan langkah apabila terfikir sesuatu.
                “Hani... Dia keluar juga ke?”                            
                Aku bertanya kepada Khairi.
                “A’aa.. Aku nampak macam dia ikut jalan kanan tadi. Balik ke kampus utama kot.”
                Aku mengangguk perlahan kemudian mengucapkan terima kasih. Sampai sahaja di depan pintu gelanggang, langkah aku terhenti lagi.. Ikut kiri? Atau kanan? Aku terpacak di hadapan pintu membuat perkiraan. Aku tidak tahu apa kena dengan aku hari ini tiba-tiba memasukkan nama Hani dalam jadual hidup aku...mungkin sebab dah berapa hari tidur tak berteman kot.. Aku tersegih nakal. Mungkin lah. Malas mahu berfikir lebih lama apabila seorang dari junior aku berkerut dahi memandang aku yang tersengih dan terpacak di hadapan pintu. Aku memilih jalan lurus..  Mencari Que. Aku mahu tahu juga apasal dia itu serta mengeluarkan diri dari gelanggang yang masih banyak kerja yang mahu disiapkan. Dia tersentap tengok Sarah dengan Hani bergaduh ke? Laaa... emosinya lah kawan aku sorang ni. 

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 12

Hani POV
                “aku tak tahulah apa yang susah sangat dorang semua nak faham. Aku bercakap dalam bentuk ayat yang paling ringkas! Tolong letak kotak ini di atas.....”
                Aku sudah tidak memberli perhatian dengan bebelan Sarah bila ternampak susuk tubuh seseorang melangkah masuk ke gelanggang hoki.Suasana yang tadinya riuh rendah dengan suara ahli-ahli kelab hoki yang membuat persiapan untuk majlis malam ini seperti terus sunyi. Aku hanya mendengar derapan kakinya yang melangkah.. dan melangkah..
                “Hani! Betul tak?”
                Suara Sarah yang seperti mendesak mahu meminta jawapan berjaya mengeluarkan aku dari khayalan.  Aku sempat melihat sekilas lalu ke arah Safran dan kawan-kawannya sebelum memberi perhatian kepada Sarah. Ya Allah! Aku benci tengok ‘dia’ tersenyum macam tu.
                “Apa yang betul?”
                Soalan Sarah aku balas dengan soalan semula. Sarah kelihatan bengang bila menyedari aku tidak memberi tumpuan kepadanya. Ah sudah! Aku menjulingkan mata ke atas tanda malas mahu melayan Sarah yang merajuk. Sarah kadang-kadang boleh menjadi orang yang paling menjengkelkan hati dan perasaan.. Macam semua mesti ikut cakap dan cara dia.. childish!
                “Apa kau cakap?! Kau semestinya tidak akan memaksudkan apa yang kau cakap!”
                Kelantangan suara Sarah yang membuatkan seluruh manusia  di dalam gelanggang terpaku di tempat masing-masing membuatkan aku tersedar sesuatu.. Ops... Aku cakap dalam hati kan tadi tu? Tolong bagitau aku yang tadi cuma luahan hati aku dan Sarah tentunya tidak mendengar pendapat diri aku yang terlalu innocent  mengenai dirinya..  Aku melihat Sarah di sebelah aku sudah bercekak pinggang dengan muka yang seakan mahu meletup menahan marah. Seriously, Safran memang tidak boleh tengok muka Sarah sekarang. Hilang semua kelembutan di wajah wanita di depan aku ini. Oh Drama queen!.
                What?????.....”
                Jeritan Sarah kembali membingitkan persekitaran. Ya.. bila aku kata bingit.. aku tak kata bunyi yang dihasilkan dari mulut kecil milik Sarah ini selamat untuk pendengaran manusia. Contohnya seperti  sekarang. Ada beberapa ahli menutup telinga apabila Sarah menjerit sebentar tadi dan masih menutup telinga mereka. Mungkin kerana trauma dalaman. Em.. Aku suka membuat teori sendiri. Dan aku tak sedar yang luahan hati aku yang kononnya aku bercakap di dalam hati rupanya terkeluar juga dari mulut aku. Apa boleh buat..  terpaksa tambahkan perisa cukup-cukup ni.
                “ Ya.. Drama Queen..”
                Aku mengulang ayat aku dengan nada selamba.
                “What?!”
                Dia ni pekak ke apa?
                “Oh relax Sarah!.. Itu cuma pendapat dari aku.. Takkan itupun nak mengamuk di gelanggang ni. Drama Queen la tu..”
                “Drama Queen? Selama berapa tahun kenal kau, aku rasa kaulah Drama Queen. Berlagak selamba dan kononnya kau tak tahu yang kau tu digilai semua lelaki di kampus ni. Sebenarnya kau suka dengan perhatian tu kan.. Sebab tu kau layan semua lelaki tu.. Dah macam..macam...”
                Aku menjungkit kening bila Sarah teragak-agak  untuk menyambung ayatnya. Aku tahu sambungan ayat yang Sarah mahu sampaikan. Dan aku langsung tidak terasa hati dengan panggilan itu.  Aku tersenyum sinis. Dan penyataan aku digilai semua lelaki di kampus adalah satu penyataan yang melampau! Contoh utama adalah Safran.  Fikir aku selamba.
                “pelacur!”
                Bila aku perhatikan di sekeliling gelanggang. Aku ternampak ada seorang yang terasa hati. Ekspresi wajahnya yang tersentak bila Sarah berjaya melengkapkan ayatnya. Dan dia menunduk kemudian berjalan keluar dari pintu utama. Ayat yang diucapkan oleh Sarah dengan kuat di sebelah aku tiba-tiba seperti ditelan oleh suasana vacuum. Suasana yang sunyi dan hanya mendengar satu bunyi.. derapan kakinya.. Selangkah demi selangkah. Kenapa dia yang sensitif lebih-lebih! Owh! Atau dia tidak mahu pecah ketawa di dalam gelanggang ini.. Ya.. semestinya begitu.
                

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 11

Safran POV
                Aku menggosok belakang leher. Rasa tak tenteram dengan situasi ini. Sarah belikan aku kek. Kek! Dia expect aku nak tiup lilin ke apa? Kedengaran Hani tersedak di belakang Sarah. Okay!  Dia bukan tersedak. Dia sedang menahan ketawa. Bila pandangan kami berlaga, dia berkata tanpa mengeluarkan suara. –Have fun- walaupun hanya melihat pergerakan mulutnya, aku tahu dia sedang bernada sarkastik sekarang. Sarah masih memandang aku dengan senyuman. Apa yang patut aku cakap?!
                “Err... Thank you Sarah.. I tak sangka you belikan I kek..”
                Ya.. nada suara aku agak mendatar.. apa lagi yang korang nak aku buat?!  Menjerit keriangan macam perempuan ke?
                “Awak kan sambut birthday hari ni.. mestilah ada kek hari jadi..”
                Dan.... Hani tersedak lagi!.
                “Ya... thank you very much Sarah.”
                Muka Hani sudah mula merah menahan ketawa. Aku ketap bibir. Aku takut Sarah terasa dengan perlakuan Hani tu. Budak ni memang tak tahu nak jaga hati orang ke?!
                “Sarah.. aku suka nak jadi third wheels(pengacau) kat sini.. tapi aku nak cari seseorang.”
                Aku mengecilkan mata memandang Hani. Dia nak cari seseorang? Ke nak cari seseorang yang boleh dia mainkan..
                “Okay..”
                Sarah tersenyum. Aduh.. manisnya dia ni.
                “Awak tak suka ya.. saya bawa kek ni..”
                Gulp.. telan air liur.
                “Eh.. apa pulak.. saya suka la..”
                Sempat aku ternampak mulut Hani bergerak mengatakan sesuatu. Penipu!  Tunggu kau Hani!
               
Hani POV
                “Pelik... orang lain tengah berparty  di dalam tu... you  sorang-sorang kat belakang rumah pulak..”
                Aku mendekati Que yang sedang bersendirian di taman belakang dan hanya di temani dengan minuman tin. Que merenung kemudian tersenyum apabila aku menegurnya. Ada yang lain dengan senyuman itu.. Senyuman yang ikhlas. Aku hampir terpaku di hadapan lelaki yang aku kenali sebagai Que itu.. tak mungkin dia QUE!
                “Saya tak suka dengan suasana bising.”
                Percakapannya lebih sopan. Aku mengecilkan mata merenung lelaki itu.
                “Wah... seorang Que., tak suka dengan kebisingan. Bertambah pelik.”
                Que tersenyum lagi. Pandangannya sudah dialihkan dari aku. Sudah tiada lagi pandangan tajam yang selalu dihadiahkannya. Selalunya hanya aku yang akan menundukkan kepala apabila bertentangan mata dengan lelaki dihadapan aku ini.
                “Semua orang boleh berubah..menjadi baik.”
                Que meneguk minuman lagi. Dia kelihatan tidak selesa. Apabila aku melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Que. Dia semakin gelisah.
                “Berubah? .  Sesuatu yang terlalu bagus untuk dijadikan kenyataan.”
                Que menundukkan pandangan. Aku berpeluk tubuh. Geram apabila tidak dapat melihat perubahan reaksi wajahnya dengan setiap perkataan yang aku katakan.
                “Tak terlalu susah untuk berubah. Awak dah berubah.”
                Ayat Que menyentap ke dalam hati. Mengatakan sesuatu tanpa berasa bersalah! Aku geram. Aku bertambah benci. Bila Que berdiri mahu meminta diri untuk masuk ke dalam rumah, aku hanya melihat wajahnya sambil mengetap bibir.
                “Dan siapa yang sebenarnya bersalah dengan perubahan aku ni?”
                Que yang sudah mula melangkah menuju ke pintu rumah menghentikan langkahnya. Kelihatan dia menarik nafas panjang.
                “Semua dah berlalu.”
                Dan Que terus meninggalkan aku menahan kesakitan yang mula mengetuk hati kembali. Oh Que... kau salah kalau kau ingat semuanya berlalu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                “Wei... kau dari mana?”
                Kaki aku baru melangkah ke ruang dapur ketika suara Safran yang berbisik itu menceroboh masuk ke dalam telinga aku.
                “Aku berada di hadapan pintu dapur. Kau rasa aku dari mana? KLCC?”
                Aku menjawab dengan sarkastiknya. Sarfan buat muka  menyampah. Aku mendekatinya kemudian mengambil gelas yang berisi jus oren di tangannya. Terasa sejuk semula hati yang panas sebentar tadi apabila jus oren yang sejuk itu melalui tekak aku. Safran bercekak pinggang bila melihat jus orennya habis diminum.
                “Ambik sendirilah kalau nak minum pun..”
                Aku menyerahkan semula gelas kepadanya. Tiada semangat nak mencuci gelas ketika ini. Aku mahu cepat-cepat mencari Que. Dan.. Dan.. aku tak tahu apa nak buat kalau jumpa dia selain menjerit meluahkan semua sakit yang terkurung di dalam hati aku ni.
                “Come here..”
                Belum sempat aku memulakan langkah, tangan Safran sudah melingkari pinggang aku. Aku menutup mata. Rasa marah sebentar tadi seperti hilang begitu sahaja. Aku tidak tahu apa yang Safran gunakan untuk membuatkan aku bertenang semula, dan aku tak kisah. Safran juga kelihatan tenang.
                “Your langsir dah tak sempurna.”
                Kata-kata Safran membuatkan aku membuka mata dengan besarnya.
                “What?!”
                Aku melepaskan diri dari pelukannya. Patutlah baik sangat. Rupanya ada ketam di sebalik batu.. aku tahu peribahasa tu salah. Tapi, Safran tu tak layak digelar udang.. Dia tu ketam yang selalu menyakitkan orang!.
                “Sorry okay... berlubang sikit je pun.. sikit je..Aku ganti nanti..”
                Aku berpeluk tubuh sambil mengelak dari tangan Safran yang mahu memeluk aku lagi. Dah buat salah, ada hati nak pegang-pegang aku..
                “Dengan set sofa baru.. Damn!”
                Safran menepuk kepala bila dia tersedar dengan kata-katanya. Memang dari bulan lalu aku minta sofa baru dari Safran ni. Tapi sebagai seorang yang kedekut seperti Safran, dia akan berusaha mencari seribu satu alasan untuk tidak membeli sofa baru.
                “Deal!”
                Jerit aku dengan gembira. Rasa marah sebentar tadi terus hilang dan diganti dengan perasaan tidak sabar untuk melihat kedai perabot pada besok hari. 

Actually its mrs, not miss -> Miss & MRS

Alhamdulillah... keluar juga novel ni.. hehehe..Kalau nak tahu sambungan cerita Dannial dan Dahlia yang dah lama tertangguh.. bolehlah dapatkan novel ni..  Dah boleh buat tempahan kat kaki novel tau...  :)

Thursday, September 12, 2013

Iklan Miss& Mrs

Dah boleh buat tempahan utk novel Miss & Mrs d kaki novel.  :) click for details

Sunday, September 1, 2013

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 10

POV hani
                “Hani... hani!..”
                Aku memberhentikan kereta secara mengejut apabila Sarah memanggil nama aku dengan paniknya. Aku pandang ke cermin depan, Ema dan Fika menggeleng kepala. Bila pandangan beralih ke arah Sarah, aku menjungkit kening bila melihat sengihannya itu.
                “Kau apasal? Nasib tak jadi apa-apa tadi? Nak terkeluar jantung aku ni.”
                Ema memulakan bicara. Sengihan Sarah semakin lebar.
                “So sorry... aku hampir terlupa.”
                Jawab Sarah sambil menggosok kedua tapak tangannya tanda minta maaf.
                “Apa yang kau terlupa? Tadi membebel.. tak sabar nak jumpa boyfriend dia tu. Sekarang ni suruh berhenti pula.”
                Fika pula bertanya.
                “Aku lupalah nak ambil kek untuk Safran. Aku dah tempah petang tadi.. kita ambil kejap ya?”
                Aku hampir tertawa. Mamat tu dah besar panjang. Nak ke dia potong kek lagi. Apa-apalah Sarah.. Janji kau bahagia. Bisik aku di dalam hati.
                “Kat mana kau nak ambil kek tu?”
                Aku bertanya. Malas mahu memanjangkan cerita.
                “Love cafe. Kat sebelah blok sana tu..”
                Aku cepat menghidupkan kereta kembali dan menuju ke cafe yang Sarah maksudkan itu. Tidak mahu terlambat sampai. Takut nanti entah apa jadi dengan rumah tu. Habislah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~
                Ramai tetamu yang sudah ada sewaktu kami sampai.Kebanyakkannya menjemput budak-budak kelab hoki. Tapi itu pun sudah memenuhi perkarangan rumah. Minta-mintalah Safran tu dah bagitahu dekat jiran-jiran yang dia mengadakah party. Dah nak pecah gegedang telinga aku ni bila melangkah masuk ke dalam rumah. Setakat ini tiadalah party liar yang berlangsung. Sesetengah kumpulan sedang bertanding sesama sendiri dalam permainan hoki. Tak sangka pula Safran sanggup mengeluarkan permainan konsol dari bilik dan diletakkan di ruang tamu. Selalunya memang tak bagi orang lain pegang dia punya Wii tu. Di depan  rumah kelihatan ramai tetamu berkumpul di bawah khemah yang sudah disediakan. Kenduri kahwin ke? Ya, aku tengah sarkastik sekarang.
                “Meriahnya...”
                Sarah memegang kotak kek memandang ke kiri dan ke kanan,mungkin mencari kelibat Safran.
                “Temankan aku letak kek ni kat dapur.”
                Wah. Merokok dekat langsir aku!!! Hitamlah juga langsir tu disebabkan asap rokok. Tanpa mengendahkan Sarah. Aku kelam kabut mendekati salah seorang dari tetamu Safran kemudian mengambil rokok di tangannya dan cepat-cepat mematikan api rokok itu. Lelaki itu membuat muka bengang campur terkejut.
                “Tolong minta maaf dengan tetamu saya.”
                Aku berpeluk tubuh sambil mendongak sedikit untuk mencari wajah Safran. Walaupun nada suara Safran amat lembut, aku tahu dia sedang menahan hati, jiwa, raga dan lain-lain. Agaknya kalau hanya kami berdua di rumah ni memang sudah terjadi perang dunia ketiga.
                “Sooory...”
                Sarah cepat-cepat memegang tangan aku perlahan, seperti mahu menarik aku keluar dari situasi sekarang ini. Kek tadi mungkin sudah diserahkan kepada Ema ataupun Fika.       
                “Sarah.. bila you sampai?.. anyway, bukan i suruh you yang minta maaf..”
                “Ya.. saya tahu.. tapi Hani memang macam ni.. Dia fobia sangat kalau tengok orang merokok.. Maafkan dia ya..”
                “Aku tak rasa bersalah pun.”
                Safran menarik nafas panjang sambil cuba menghadiahkan senyuman tak ikhlas. Aku pandang ke arah lelaki yang merokok sebentar tadi. Kelihatan dia masih kebingungan.
                “Jangan merokok di dekat langsir Ak...”
                “Appa kata kita pergi tengok makanan dulu.”
                Mujur Safran cepat memintas ayat aku sebelum sempat aku membocorkan segala-galanya. Lelaki yang merokok tadi mengaru belakang lehernya apabila aku masih melihatnya dengan muka garang. Sempat aku terdengar dia mengatakan ‘pelik’ sambil berlalu dari tempat aku, Safran dan Sarah berdiri sekarang. Safran membesarkan mata tanda amaran apabila Sarah tidak melihat. Aku hanya membuat ekspresi wajah tidak terganggu dengan amaran Safran itu.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA 9

Hani POVs
                Sarah dengan penuh keceriaannya menarik tangan aku ke arah Safran dan..
                “Hazril.”
                Tegurku. Dia mengangkat pandangannya. Mulutnya seperti mahu berkata sesuatu sebelum dia mengeluh dan mengalihkan pandangannya. Safran menggigit bibir di hadapan aku. Sarah menjungkit kening kepadaku.
                “Kau kenal Que?.. kawan lama ke?”
                Aku menjungkit bahu mendengar pertanyaan Sarah.
                “Kenalan lama.”
                Jawapku sebelum meninggalkan mereka bertiga.
~~~~~~~~~~~
                ‘Rabu ni confirm .Jemputlah datang kalau mahu.’
                Mesej dari Safran menyebalkan hati aku. Rasanya perdebatan mengenai majlis sosial yang Safran mahu anjurkan di rumah kami dimenangi oleh aku. Keras kepala betul mamat ni. Siap menjemput datang lagi. Ingat aku orang luar? Suka hati akulah nak datang ke tidak walaupun tak di jemput. Itu rumah aku juga!.
                ‘Datang sebagai kawan Sarah semestinya.’
                Oh. Lupa tentang perhubungan dua hari milik Safran dan Sarah. Catatan rekod terlama hubungan Safran adalah dua bulan. Itupun sebab perempuan tu handal bermain ‘tarik tali’ dengan Safran.
                “Kenalan lama or kekasih lama?”
                Sarah seperti biasa sentiasa menarik diri aku keluar dari dunia khayalan. Dia duduk disebelah aku sambil mengerutkan kening apabila melihat skrin laptop milik aku. Apa yang peliknya? Ya, aku tengah menonton cerita hindustan. Tapi takkanlah sampai berkerut dahi macam tu sekali.
                “Kenalan lama dan menonton cerita hindustan tak pelik.”
                Sarah tertawa. Tidak tahu penyataan yang mana yang membuatkan dia tertawa, sama ada mengenai Que atau tentang cerita yang sedang aku sekarang ini.
                “Pertama sekali, keadaan kau dan Que tadi macam ada rahsia yang terpendam. Definately lebih dari kenalan lama. Kedua, tengok hindustan tak pelik kecualilah kalau orang yang menengok tu dari tadi asyik ulang tayang adegan yang sama.”
                Aku menjungkit bahu kemudian menutup monitor komputer ribaku kemudian beralih ke arah almari baju milik aku. Sarah masih berfikir sambil tersenyum.
                “Kau pelik.”
                Aku tersenyum di sebalik baju-baju yang bergantungan di dalam almari.
                “Sebab?”
                Sarah berjalan ke arah almarinya. Mungkin mahu mencari baju yang sesuai untuk berjumpa dengan Safran malam ini. Baru beberapa jam yang lalu dia terlalu teruja sehingga belum sempat masuk ke dalam bilik, dia sudah menjerit mengatakan Safran ingin keluar bersamanya lagi.
                “Sebab kau selalu mengulang babak-babak wayang. Tak bosan?”
                Sarah mengeluarkan sepasang baju kemudian mengenakan ke badannya untuk mendapatkan pendapat aku. Aku menggeleng. Untuk baju dan soalannya sebelum ini.
                “Warna baju tu terlalu terang.Nampak macam terdesak . Kau tak boleh tunjukkan yang kau terdesak sangat nak kan Safran. Dan tak.. aku tak bosan.”
                Sarah meneliti semua baju yang dipegangnya itu. Kemudian berlari ke almarinya untuk mencari baju yang sesuai.
                “Pertama kali pulak kau bagi pendapat secara panjang lebar. Kau nak pakai apa untuk malam ni? Aku bawa Ema dengan Fika tau.. kau boleh tumpangkan kami kan?”
                Aku menutup komputer riba di depan aku itu. Baru mahu mencari baju. Aku mula berjalan menuju almari aku yang berhadapan dengan almari Sarah.
                “Boleh.. takde masalah.”
                Aku mula binggung mencari baju yang sesuai. Aku mesti pakai baju yang agak menarik malam ni. Sebaba aku ada rancangan yang bernas untuk malam ni. Lepas beberapa minit termenung di depan almari yang penuh! Bila aku kata penuh aku betul-betul maksudkan penuh dengan baju sampaikan koleksi Sarah yang suka bergaya pun boleh kalah. Dengan muka penuh dengan kebenaran aku mula berkata..
                “Takde baju nak dipakailah...”
                Sarah tertawa kecil mendengar ayat hyperbola aku sebentar tadi. Aku rasa dah semua baju aku dah pakai. Aku tak rasa selesa kalau orang kata aku tak pandai nak cari baju yang sesuai. Senang kata tak pandai bergaya.
                “Aku akan pakai baju tidur je kalau kau tak tolong aku pilih baju-baju ni Sarah..”
                Sekali lagi Sarah tertawa sambil berjalan mendekati almari aku.
                “Banyaknya koleksi baju kau ni.. boleh pula kau kata takde baju? Perempuan betul!”
                Aku termenung di depan almari. Aku nampak macam semua dah aku pakai. Macam dah bosan dengan koleksi baju ni. Sarah masih terus membongkar baju-baju aku di dalam almari.
                “Apa kata kau pakai dress biru ni.. Cantik.. tudung pula kau pakai selendang cotton lycra warna biru ni.”
                Aku mengelip mata mendengar cadangannya. Kami ni nak pergimajlis formal ke? Fikir aku seketika.
                “Wow.. birunya aku.”
                Kata aku dengan nada sarkastik.
                “Okay-okay.. Baju tshirt lengan panjang warna kelabu  dengan pencil skirt labuh warna hitam ni.. dengan tudung corak polka dot warna kelabu-kelabu sikit.”
                Setelah puas hati dengan pilihan Sarah, kami mula bersiap-siap dan menunggu Ema dan Fika sampai ke bilik kami. Misi pertama bermula sekarang.