Prolog
“Kita main masak-masak, nak?”
Budak lelaki itu menggeleng laju.
“Kita main bola?”
Kini dia pula memberi cadangan, Laju
juga budak perempuan di depannya itu menggeleng. Tidak suka dengan cadangan
itu.
“Em....Kita main kahwin-kahwin nak?”
Budak lelaki itu mencebik.
“Tak nak!”
“Ala.... mainlah... awak jadi suami
saya.. saya jadi isteri awak..nak la...”
Budak perempuan itu mula memujuk.
Kawannya masih menggeleng laju.
“Tak nak.. bosan..”
“Ala... kita main kahwin-kahwin
la...”
Suaranya sudah serak seperti mahu
menangis.. Sedih kerana cadangannya ditolak oleh budak lelaki itu.
Lama-kelamaan menjadi tangisan..
“Kenapa ni Dannial, Dahlia?”
Puan Dahnia menghampiri kedua
kanak-kanak itu.
“Lia nak kahwin dengan Nial...”
“Nial tak mau!”
Dannial tidak mahu mengalah.
“Alahai... tu pun nak nangis ke?”
Terdetik rasa lucu dihati Puan
Dahnia.. Kanak-kanak seawal lima tahun sudah pandai memperkatakan tentang
perkahwinan.
“Mama.... nak main kahwin-kahwin
dengan Nial.......”
Pujuk anak kecilnya itu. Dannial
hanya membiarkan saja teman sepermainannya menangis.
“Okay.. jomlah main... lepas tu kita
main bola pulak..boleh?”
Akhirnya dia mengalah juga bila
melihat wajah sedih temannya. Dahlia tersenyum kesukaan..
“Jom kahwin!”
Bab
1
“Aku terima nikahnya Dahlia Zahirah dengan mas
kahwinnya RM300 tunai..” Dengan sekali lafaz Dahlia sudah menjadi isteri kepada
Dannial Mirzan. Lelaki di depannya itu.Mungkin kerana Dannial Mirzan tidak
merasai sebarang keresahan atau gementar seperti pengantin-pengantin yang
lain.. Dan mungkin juga kerana tiada rasa cinta di antara mereka membuatkan
Dannial senang melafazkan akad nikah seperti main kahwin-kahwin di waktu kecil
dulu. Dahlia?
Dia juga merasakan yang sama.. Cuma rasa sedikit tertekan dengan
majlis ini di mana dia sepatutnya berada di katil asrama di kala ini dan
membuat assignment yang diberikan oleh Puan Madhihah sebelum cuti pertengahan
semester ini bermula..Mungkin rakan-rakan tertanya-tanya sekarang ini kerana
dia masih lagi belum memunculkan diri di hadapan mereka.. Sekali lagi dia
menghela nafas panjang kemudian mengangkat pandangannya.. Dannial yang
memerhati Dahlia sedari tadi mengalihkan pandangannya apabila pandangan mereka
bertembung.
“Alhamdullilah, semuanya dah
selesai..” Kata ayah Dannial, Encik Harris. Ayah Dahlia, Encik Raziq pula
mengangguk dengan senyuman. Dahlia dan Dannial bersalam dengan semua tetamu. Cuba
tersenyum apabila di tanya soalan yang sama berkali-kali.. kenapa berkahwin
dalam usia yang terlalu muda? Jawapannya hanya pada kedua-dua ibu bapa
pengantin.. Bukan salah mereka bertanya, Cuma dalam usia 19 tahun mereka masih
belum sedia untuk memikul dua tanggungjawab sekali gus.. sebagai pelajar dan
suami atau isteri orang. Kerana janji..
ya, janjinya. Nazim di sebelah ayahnya direnung seketika. Itulah abang
angkatnya. Dia sanggup mengotakan janjinya walaupun dia dan Nazim tidak pernah
berdamai. Asyik bertekak. Dahlia tersenyum.
“Lepas ni sambung belajar tak?”
tanya Mak ngah Saidah kepada Dahlia. keluarga dari sebelah mama Dannial.
“Aa..masih belajar.. dekat Kolej
Angsana 2 cawangan Sabah.. lusa ni balik kena balik Sabah lah..” Jawab Dahlia
sopan. Dannial hanya memasang telinga tetapi tetap berdiri di sebelah Dahlia.
“Ooo…kena tinggallah hero Mak Ngah
sorang ni..” Kata Mak Ngah Saidah merujuk kepada Dannial. Dannial hanya
tersenyum. “Tak ikut pindah sana ke Dannial?” Tanya Mak Ngah Saidah lagi.
“Tak, sebab dah dekat pertengahan
semester. jadi susah nak pindah sekarang.. banyak benda lagi nak urus..” Jawab
Dannial. Dia kelihatan tampan dengan baju selangor warna putih ditambah lagi
dengan samping yang dipakainya yang menyerlahkan peribadinya sebagai lelaki
melayu.
“Dannial kat Kolej Angsana juga kan?
ambil bidang apa?” Sampuk Auntie Kira yang tua hanya dua tiga tahun dari
Dannial dan Dahlia. Adik bongsu kepada Ayah Dahlia.
“Ya, ambil bidang yang sama dengan
Lia.. Diploma Multimedia..” Dannial menolak cermin matanya yang sudah terlurut
di batang hidung dengan jari telunjungnya. Dahlia hanya melihat. Terkejut
dengan panggilan nama Lia yang Dannial sebut tadi.. Selama ni keluarganya hanya
memanggil dengan nama Ira.. mungkin Dannial mahu kelainan.. ‘I love glasses
man’ bisik hati Dahlia.
“Oo.. bolehlah calling Ira kalau ada
nak dibincangkan pasal pelajaran ni..” kata Mak Ngah pula..
“Ala.. sekarang ni senang nak buat
perhubungan jarak jauh.. kalau rindu-rindu bolehlah pasang webcam..tapi boleh
tengok rupa jelah.. pegang-pegang tak bolehlah..” Usik Auntie Kira pula..
Dahlia tunduk!.. malu.. Dannial dengan gaya machonya membetulkan cermin matanya.
“Amboi kamu ni.. kamu tu bila lagi..
anak Mak ngah pun masih ada yang available..” Mak Ngah mengusik Auntie Kira
pula.. Auntie Kira memang liat sikit nak ajak berbincang pasal Nikah-Kahwin
ni..
“Hehe… Lain tahun lah Mak Ngah..
lepas saya menjawat jawatan pengarah hospital..” Alasannya… sama seperti alasan
yang diberi kepada Atuk Dahlia untuk beberapa pinangan.. Cuma jawatannya saja
berbeza dari tahun ke tahun..mungkin tahun depan Auntie Kira akan cakap yang
dia akan berkahwin lepas menjawat jawatan Menteri kesihatan.
“ Jawabnya sepuluh tahun lagilah tu
Kak Ngah..” Mak Dahlia, Puan Dahnia menyampuk. Auntie Kira tersenyum lebar..
“Hei… kamu ni Kira.. tak lari mana
jawatan tu di kejar.. kahwin dulu.. kalau sakit ada orang jaga.. Asyik jaga
orang sakit je.. diri sendiri pun tak terurus..” Sampuk mama Dannial pula, Puan
Safiah. Auntie Kira mengaru kepala.. mungkin kerana serangan bertalu-talu dari
Puan Safiah dan Puan Dahnia. Mak Ngah juga mengutarakan topic yang tidak
mungkin menarik minat Auntie Kira.. KAHWIN..
“Belum puas bujanglah Kak Fia..”
Jawab Auntie Kira.. Dahlia dan Dannial lebih lega sekarang kerana perbualan
tidak mengenai mereka berdua.
Bab
2
Suasana
di bilik tidur suram sekali.. Dahlia yang duduk di tepi katil memainkan
jemarinya.. gugup dengan suasana itu.. Baru sekejap tadi ibunya menyuruh dia
mandi dan menyiapkan diri.. dan mungkin sekejap lagi Dannial akan memunculkan
dirinya di dalam bilik itu.. dan.. Banyak lagi ‘dan’ yang terfikir olehnya
sekarang.. Bilik yang dihias cantik tidak dapat menenteramkan dirinya..
Kelihatan lagi cebisan daun-daun bunga ros yang memenuhi katil saiz king itu..
bertambah lagi gerun hatinya.. Dan baju tidur yang di khaskan untuk malam ini..
Semakin kerap dia mengeluh.. mungkin dia patut berbincang dengan Dannial supaya
menangguhkan apa yang sepatutnya terjadi malam ini.. Alasannya? kerana dia
masih bawah umur.. ya! Bawah umur apanya, dah 19 tahun. bawah umur is a lame
excuses!..
Dannial sudah terpaku di depan pintu
biliknya yang bukan lagi miliknya seorang.. tapi dikongsi bersama isterinya..
Mahu saja dia tidur bertilamkan sofa yang berada di ruang tamu sebentar tadi..
tapi serangan bertubi-tubi dari sepupu sepapatnya yang tidak berhenti mengusik
sedari tadi membuatkan dia mengalah.. lebih baik menyembunyikan diri di dalam
bilik.. teragak-agak tangannya mahu
memusingkan tombol pintu di hadapannya itu..
“Aik? gabra sangat ke sampai berdiri
statik je kat depan pintu tu?” Usik Aidil sepupunya.. Sepupunya yang lain
berdiri di belakang Aidil sambil tahan senyum. mungkin mereka juga mahu masuk
tidur dan bilik mereka bersebelahan dengan bilik Dannial..
“Wei, dahlah.. pergilah masuk
tidur.. kami tak mengendap punya..” Sampuk Khadim lagi, sepupunya yang tua
setahun darinya.. Rizal mengetuk perlahan dinding bilik.. Mereka semua hairan
dengan perlakuan Rizal.. abang sepupu mereka.. Dia yang paling tertua antara
semua dan yang masih bujang.sedangkan abang sepupu mereka yang lain seusia
Rizal sudah pun mendirikan rumah tangga..
“Bilik ni sound proof ke? bukan
apa.. takut terdengar bunyi-bunyi yang… ehm-ehm.. kang aku yang tak tidur
malam..” Kata-kata Rizal membuatkan mereka tertawa tanpa dapat tertahan..
Dannial bercekak pinggang.. Selalunya dia juga seangkatan dengan mereka
mengusik pengatin baru.. tapi sekarang dia yang terkena… sabar jelah..
“Wei! Sudah-sudahlah nak mengusik
pun.. dahlah.. aku nak tidur.. dah lewat malam…” Dannial mengangkat tangan..
malas mahu bertekak dengan sepupunya yang agak nakal itu..
“Aik? awalnya tidur.. malam kan
masih muda..” Mengusik lagi.. Dannial hanya mengeluh.. inilah balasannya kerana
selalu mengusik orang.. terkena di batang hidung sendiri.. langsung tak
terkata..
“Yelah.. tadi aku duduk kat bawah
korang halau aku suruh naik atas.. sekarang ni aku nak tidur korang kata malam
masih muda lagi.. apa-apa hallah korang ni..”
Bebel Dannial..Dia memusing tombol pintu biliknya..
Tanpa mengedahkan sepupu-sepupunya yang suka mengusik itu.. pagi besok pasti
lebih teruk.. Di dalam bilik pula Dahlia semakin tertekan mendengar perbualan
Dannial dan sepupu-sepupunya di luar bilik.. mendengar saja tombol pintu
dipusing membuatkannya tidak senang duduk..
“Good night!” Dannial sempat lagi
wish good night untuk sepupu-sepupunya yang nakal itu dan masuk ke
biliknya.. Dia hanya terdiam melihat
Dahlia dengan baju tidur yang….. fuh! peluh jantan meleleh di pipinya.. Dannial
mengambil tempat duduk di sofa yang ada di biliknya.. pandangan masih tertumpu
kepada Dahlia yang sedang tunduk meneroka jubin di kakinya.. 1 minit.. 2…3… dan
seterusnya 30 puluh minit mereka diam tanpa kata.. hanya sesekali bertentangan
mata..akhirnya..
“Lia tidurlah kat katil tu.. Nial
tidur kat sofa ni je..” Putus Dannial.. Dahlia mengangkat muka..Dannial
menanggalkan cermin matanya dan letakkannya di atas meja belajarnya. Dia
bergerak ke arah Dahlia. Dahlia mendongak
untuk bertentang mata dengan Dannial.
Dannial cuba mengukir senyuman dan mengambil sebuah bantal dari katil
itu.
“ Eh! takpelah.. Li..Lia tidur kat
sofa.. Nial kat katillah..” Dahlia tergagap mahu membahasakan diri dengan nama
Lia.. janggal rasanya..
“ That would not make me being a
gentleman right?” Dannial mengambil bantal yang berada di atas katil kemudian
membaringkan diri di sofa panjang itu.. Dahlia mengambil tempat di katil..
Dannial tidak dapat melelapkan mata..
memang penat menguruskan hal pernikahan mereka walaupun 90% diuruskan oleh
kedua mama papanya dan ibu ayah mentuanya,, penat berfikir dan menyiapkan
fizikal dan mental menghadapi pernikahan ini.. dan tidur di sofa panjang tidak
mungkin melelapkannya kerana tidak biasa tidur di atas sofa empuk itu.. Dia
merenung Dahlia yang sudah terlelap di atas katil itu.. perlahan-lahan dia
memulakan langkah dan mendaki katil itu perlahan-lahan.. tidak mahu mengejutkan
Dahlia.. terasa sesak nafasnya melihat tubuh isterinya yang terdedah.. pantas
tangannya menarik selimut di kaki dan menutup tubuh Dahlia yang kelihatan
kesejukan. Wajah Dahlia direnung lama...
“Lia... sekarang adalah realitinya..
kalau dulu kita boleh main kahwin-kahwin dan bercerai sesuka hati kita.. Tapi
sekarang Nial akan pastikan hubungan kita berkekalan.. Itu tekad Nial selepas menerima
cadangan mama dan papa untuk menyatukan kita...”
Bisik Dannial perlahan. Akhirnya dia
juga tertidur keletihan..
megalisa @ Hajar.A : Jeng-jeng-jeng....... Nak tahu sambungan kisah Dannial dan Dahlia.. kenalah beli novel miss and Mrs.. hehe.. Lain sikit dari yang saya post di blog.. Kalau ada kelemahan dari pihak saya.. (dari segi penulisan) harap dimaafkan.. masih merangkak nak belajar menulis.. kadang-kadang main hentam je nak menulis..Dan saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa hati,sentap, tak senang hati, pedih ulu hati.(ek?.. hehe) dengan nama pena yang digunakan di novel tu... terus terang saya katakan.. tak terniat nak guna nama pena tu.. saya lebih suka dengan nama pena megalisa (sampai sekarang tak tahu dari mana saya dpt idea nak pakai nama tu.. pelik pun pelik bunyi dia.. hehe) tapi kalau nasi dah jadi bubur.. kita tak bolehlah buang bubur tu.. campurkanlah pasti sedap ke.. secukup rasa ke.. boleh juga dia makan.. sedap pulak tu.. (saya membebel.. harap ada juga yg faham..) hehe... okay.. siapa yang dah ada novel miss&mrs... selamat membaca ek... :)
Waha.. rajin salin balik ... ;)
ReplyDeletetakdela salin balik..copy paste je... hehe
ReplyDeletecerita ni sya dapat bayangkan lah..dah 6 kali baca buku ni tak jugak jemu huhuhu..
ReplyDelete