Followers

New Novel

Tuesday, December 27, 2011

Diary isteriku, cerita cintanya 13

Bab 13

            “Puan Dya..”

            Dya tersenyum menerima sapaan dari gadis itu. Sofea tersenyum manis sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dya. Dya berpeluk tubuh. Kalau boleh dia tidak mahu lagi berjumpa dengan gadis itu. Namun bila mendengar perbualan telefon Fahmi semalam membuat hatinya menggelegak.

            “Saya faham kisah pernah tercatat dalam sejarah cinta Sofea dan Fahmi. Dan saya sedar kisah cinta tu belum pernah lagi bertemu titik akhir. Tapi saya juga sedar yang antara kekasih dan isteri, taraf isteri lagi tinggi sehingga hak kehidupan si suami adalah hak si isteri. Seperti mana juga suami. Tapi bila kekasih mula hadir semula dan memporak perandakan rumah tangga yang dibina atas alasan si isteri adalah perampas. Itu agak tidak adil Sofea.”

            “Apa yang adil di dalam dunia ni Dya.. Sekarang ni Allah membalas tunai setiap kesalahan yang hambanya lakukan. Buktinya seperti sekarang. Beberapa tahun lalu..Awak berada di atas, tapi sekarang rasanya roda sudah mula berpusing.”

            Sofea dan Dya masih lagi tenang walaupun hati mula bergelora hebat menahan rasa.

            “Apa kesalahan yang saya telah lakukan sehingga hanya saya seorang yang patut menerima balasan. Jangan hanya kerana nasib yang lebih menyebelahi awak ketika ini awak menjadi riak Sofea. Awak mahu cinta awak? Cinta yang hanya muncul seperti bintang yang hanya menjelma dimalam hari. Bila siang timbul, teranglah seluruh dunia Sofea. Tidak payah bersuluh-suluh lagi.”

            “Sedangkan malam pun boleh menjadi lebih gelap gelita kerana gerhana wahai Dya., Apatah lagi siang. Lagipun, selama beberapa tahun ni.. awak dah terjumpa siang?”

            Sofea tersenyum manis bila melihat riak wajah Dya mula berubah.

            “Dunia yang awak diami sekarang masih gelap kan?”

            Tanya Sofea masih lagi dengan penuh berkias. Dya mula tersenyum kemudian membetulkan duduknya.

            “Sampai masanya, malam akan bertukar siang cik Sofea.”

            Dya berdiri dari kerusinya. Malas mahu berkias lagi.

            “Dan jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh terkulai layu cik Sofea.”

            “Andai suratan sudah tertulis., kita berjalan pun boleh terjatuh Puan Dya.”

            Dya tersenyum sinis kemudian meninggalkan Sofea yang turut tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Apa yang awak buat tengah hari tadi?”

            Tanya Fahmi dengan wajah berangnya. Dya masih lagi berwajah tenang sambil tangannya melipat kain baju juga dengan penuh ketenangan. Fahmi menghempas badan ke sofa di hadapan Dya bila Dya masih lagi tidak menjawab persoalannya.

            “Saya tanya ni.. Apa awak buat petang tadi hah perempuan!!!”

            Fahmi sudah mula berang. Dya terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fahmi. Terjungkit juga badannya kerana terkejut. Baru kali ini Fahmi mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu.

            “Dia bagitahu?”

            Tanya Dya perlahan dengan memaksudkan ‘Dia’ sebagai Sofea. Fahmi menarik geram tali lehernya..

            “Tak perlu dia bagitaulah! Dia bukan perempuan pengadu macam kau! Aku nampak kau dengan dia di restauran waktu lunch dengan Client! Apa yang kau cakap dengan dia sampaikan dia menangis teresak-esak.”

            Dya mengerut dahi. Menangis. Setahu dirinya, Sofea sempat lagi memberi senyuman sinis kepadanya.

            “Kau buat dia serba salah? Hah?! Atau terasa hati sebab dia ada di antara kita?? Itu yang kau cakap dengan dia?”

            “Bukan itu ke yang sedang terjadi sekarang?”

            Jawab Dya. Dia sudah lelah dengan keadaan begini. Kadang-kadang dia terfikir, kenapa dia boleh berusaha melupakan cinta lamanya dan Fahmi tidak. Betul kata Sofea. Apa yang adil di dalam dunia ni.

            “Apa yang terjadi sekarang ni takkan terjadi kalau awak tak buat saya macam arwah kekasih awak tu. Apa yang terjadi sekarang takkan terjadi kalau saya tak kahwin dengan awak dan sekaligus hancurkan hati Sofea!!!”

            “Fine!! Saya pun dah rimas dengan keadaan sekarang.. Bukan sahaja sekarang malah dari dulu lagi. Semuanya saya! Saya yang salah! Saya yang jadi penghalang.. Saya semuanya. Dan yang saya mahu dari dulu sampai sekarang cuma dihargai..”

            Dya menarik nafas panjang. Emosinya sedikit terganggu hari ini. Pertemuan dengan Sofea, Diarynya pula berada di dalam bilik kerja Fahmi. Dia tak tahu kenapa diarynya itu boleh berada di sana. Dalam penat berfikir, Fahmi pula datang mengamuk. Kepalanya seperti mahu pecah memikirkan semua benda.

            “Kalau awak nak kahwin dengan Sofea, awak kena ceraikan saya dulu. Saya takkan berkongsi kasih dengan sesiapa pun.”

            Putus Dya. Fahmi menarik nafas panjang.

            “Kalau itu yang awak mahu,..”

            “Fahmi.. Dya.. apa bising-bising ni. Sampai keluar dengar suara kamu berdua bertelaga.”

Puan Fatihah memerhati tingkah laku anak dan menantunya itu.

            “Baguslah mama dah datang. Dengan bersaksikan mama, saya ceraikan perempuan ni dengan talak satu!”

            Dya menarik nafas panjang. Dia terduduk di atas sofa sambil merenung tajam ke arah Fahmi. Dulu wajah itu yang memberi ketenangan di setiap harinya. Tapi wajah itu hanya memberi kelukaan di hatinya.

            “Astagfirullah al azim Fahmi!”

            Puan Fatihah mengurut dada. Terkejut dengan apa yang didengar sebentar tadi. Tanpa kata Fahmi meninggalkan rumah itu.

            “Fahmi.. hey! Kamu nak ke mana tu..”

            Puan Fatihah yang mahu mengejar menghentikan langkahnya bila mendengar esakan kecil dari Dya. Puan Fatihah cepat menghampiri Dya.

            “Dya minta maaf ma,. Dya dah tak boleh menipu diri sendiri lagi. Dya dah tak mampu. Dya redha ma.. Dya redha walaupun dya dah kehilangan kedua-duanya.”

            “Dya.. dya jangan cakap begitu.. Mama takkan terima Sofea tu jadi menantu mama...”

            Dya tertawa kecil. Entah apa yang mencuit hatinya dengan kata-kata Puan Fatihah itu.

            “Sudah masanya kita biar Fahmi cari kebahagian dia sendiri ma.. Jangan halang dia lagi.”

            “Kebahagian dia hanya dengan Dya.”

            “Kebahagian dia sudah menjadi ketentuan Allah ma,, Dya mohon, biarkan abang cari kebahagian dia sendiri.”

            Dya mencium tangan ibu mertuanya. Dia bukan siapa-siapa lagi di dalam rumah itu. Biarlah dia mencari ketenangan di tempat lain. Sepatutnya dari dulu lagi dia harus mencari titik tamat kisahnya bersama Izhar. Kesian Fahmi terlibat sama. Dya menarik nafas panjang. Dya, kau menipu diri sendiri lagi. .....

Monday, December 26, 2011

Diari isteriku, cerita cintanya 12


“Betul ke apa yang mama dengar?”

            Tanya Puan Fatihah dengan tegas. Fahmi yang sedang membaca surat khabar mengetap bibir. Saja mahu menyembunyikan muka disebalik surat khabar itu.

            “Apa yang mama dengar?”

            Puan Fatihah mendengus. Anaknya itu sengaja tidak mahu bercerita.

            “Sofea balik Malaysia?”

            Fahmi mengeluh. Kemudian melipat kembali surat khabar. Cuba berlagak tenang.

            “Malaysia ni tanah air dia juga ma,.. dia boleh balik ke sini bila-bila masa je dia mahu.. tiada yang menghalang.”

            Fahmi menghirup air kopi yang baru dituang oleh Dya. Dya Cuma mendiamkan diri mendengar perbualan Fahmi dan ibu mertuanya. Puan Fatihah mendengus.

            “Tapi kalau balik sini nak mengacau rumah tangga orang.. baik tak payah balik.. Duduk je kat luar negara tu. Tempat tu lebih sesuai untuk dia.” 

            Fahmi mengetap bibir.

            “Mama tak patut cakap Sofea macam tu. Dia dah banyak terluka ma. Kalau dia dengar apa yang mama cakap sekarang ni.. mesti dia bertambah sedih.”

            Dya menunduk merenung lantai. Menahan rasa hati.

            “Habis tu? Dya tak sedih? Dya ni isteri kamu Fahmi. Walau apa pun alasan dan sebab kamu kahwin dengan dia, dia tetap isteri kamu. Amanat buat kamu. Jaga, sayang, itu tugas kamu. Bukan keluar dengan perempuan lain. Walaupun kamu ada sejarah bersama.”

            Fahmi mula berdiri dan mencapai kunci keretanya. Malas mahu bertekak. Pasti Dya yang membuka cerita kepada ibunya. Dya memang pentingkan diri. Sempat dia merenung tajam ke arah Dya yang masih menunduk. Kemudian dia pergi tanpa sebarang kata.

            “Huh.. selalu begitu.. bukan nak dengar apa orang cakap!..”

            Bebel Puan Fatihah. Dya memegang tangan ibu mertuanya.

            “Tak payahlah marah abang Fahmi macam tu lagi. Mungkin Sofea dan Fahmi cuma berkawan je.”

            “Berkawan? Huh! Fahmi tu bukan boleh percaya.”

            Dya tersenyum tawar mendengar kata-kata Puan Fatihah.

Saturday, December 3, 2011

diary isteriku, cerita cintanya 11


“Its been two days.. sekarang cakap.. Apa yang buat abang moody ni?”

            Farina menaikkan keningnya sambil memandang Sofian yang sedang membasuh pinggan. Sofian mengeluh.

            “Apa yang buat abang mengeluh?”

            Sofian berhenti membasuh pinggan. Dia memandang Farina.

            “Not now sayang.. Dya ada kat depan tu.. Pergilah temankan dia..”

            Farina berpeluk tubuh.

            “Dya can wait. Dia dah biasa juga kat sini. Sekarang, baik abang cakap.”

            Sofian tersenyum kecil selepas mengeluh. Isterinya itu.. Langsung tidak mahu berkompromi!.

            “Ini pasal Dya dan Fahmi. Dan Sofea.”

            “Apa maksud abang? Kenapa ada Sofea?”

            Farina sudah mula risau.

            “Fahmi ingat dia berkorban. Ya., Dia memang banyak berkorban. Abang takut dia bosan dengan semua ni dan kembali kepada Sofea.. Takde siapa boleh halang dia untuk tinggalkan Dya..Kita semua pun dah maklum dengan keadaan ni.”

            “Kita maklum dengan keadaan ni sebab kita rasa Sofea takkan kembali ke Malaysia. Takkan datang kepada Fahmi lagi. Apa yang buat abang worry sangat..”

            Farina mengerut dahi. Buat apa pening kepala memikirkan perkara yang belum terjadi. Unless..

            “OMG.. Jangan cakap yang abang terjumpa Sofea.”

            Sofian mengangguk.

            “Dan Sofea jumpa Fahmi, Fahmi jumpa Sofea, Abang jumpa mereka berdua. Together.”

            “habis tu?”

            Farina kehilangan idea. Sofian menjungkit bahu. Kemudian terkejut bila Dya sudah berada dihadapan pintu dapur. Farina memandang Dya.Cepat menggenggam tangan Dya.

            “Dya..”

            “Aku dah kehilangan Izhar, Rina.. aku tak mahu kehilangan Fahmi pula.”

            “Aku tau..”

            Balas Farina. Sofian mendiamkan diri.

            “Aku tak boleh kehilangan kedua-duanya. Aku tak kuat.”

            Dya mula tidak tentu arah.

            “Dya.. kau ada ini.. kau mesti kuat.”

            Farina memegang perut Dya. Mahu Dya sedang yang dia tidak lagi keseorangan. Farina cuba bertenang walaupun hatinya sudah mula rapuh. Dia takut sahabatnya itu kehilangan semangat untuk hidup bila Fahmi mula mendapat kehidupannya dan meninggalkan Dya. Farina memandang Sofian. Sofian cuma menggeleng perlahan.

Thursday, December 1, 2011

diary isteriku, cerita cintanya 10

“Kita sedang mengenang kisah lama ke?”

Kata Sofea sambil melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Fahmi. Fahmitersenyum. Love Cafe inilah tempat pertama kali dia dan Sofea berjumpa setelah bergelar kekasih. Keadaannya masih macam seperti beberapa tahun lalu. Tempat duduk yang sama, dia, dan Sofea.

“Mungkin juga..”

Jawab Fahmi sambil membuka buku menu.

“I dapat rasa yang kita akan order menu yang sama..”

Teka Sofea. Fahmi tersenyum lebar sambil menutup kembali buku menu itu.

“Saya terlalu predictable ke?”

Tanya Fahmi. Sofea tertawa kecil.

“Kalau saya jadi awak, saya akan buat benda yang sama.”

“Ofcouse you do.., awak, saya, cafe ni.. like bring back old memory.. Macam muda semula.”

“Awak bercakap macam kita ni dah tua betul.”

Pelayan cafe itu datang membawa makanan yang ditempah mereka sebentar tadi. Fahmi dan Sofea memberi ruang untuk pelayan itu meletakkan pinggan yang di isi dengan chicken chop dihadapan mereka. Sofea tersenyum kecil. Masa awal-awal bercinta,kawal ayu dan cover macho memang jadi keutamaan. Chicken Choplah jalan paling selamat bila nak makan. Tak messy sangat. Masa makan pun lambat-lambat, potongayam guna garfu pun dengan penuh keayuan.

“Kita akan makan benda ni je ke sepanjang malam?”

TanyaSofea dalam gurauan.

“Romantic apa.., cafe yang sama, menu yang sama, music jelah agak lain sikit..”

Jawab Fahmi pula.

“Dan pretend yang kita sedang melalui first date kita semula? Cover macho.. Control ayu.. Should I do that?”

Fahmitertawa kecil dengan sindiran dalam gurauan Sofea itu.

“I teringat masa tu.., you makan dengan penuh keayuan.. I pun jadi segan nak lepas laku.. Sedaya upayalah I control diri I jadi seorang yang macho malam tu.”

Sofea turut tertawa. Lucu bilang kenang masa itu.. Masa pertama kali berjumpa memanglah begitu. Tapi bila beberapa bulan bersama, mulalah keluar semua perangai. Fahmi dengan kenakalannya. Tidak berhenti mengusiknya. Bila dia merajuk bukan dipujuk, malah tambah pula diusik oleh Fahmi. Percintaan mereka tidak pernah sunyi dengan gelak tawa.

“Saya rindu masa lalu.”

KataSofea perlahan.

“Kenapa merindui kenangan yang sudah berlalu.., Awak, saya.. kita cuba buat kenangan baru. Sekarang.”

JawabFahmi sambil menarik pinggan Sofea kemudian memotong ayam di dalam pinggan itukepada bahagian-bahagian kecil. Setelah selesai, dia menolak perlahan pinggan itu kepada Sofea.Sofea tersenyum.

“You spoiled me.”

KataSofea dengan senyuman lebar.

“Tak..saya cuma taknak ayam awak tu hidup balik and melompat ke meja orang lain.”

Usik Fahmi. Sofea pura-pura menarik muka masam.

“saya bukan budak-budak yang tak tahu handle pisau dan garfu ni. saya belajar guna benda ni kat luar negeri tau.Chef Curtis Stone’s lagi yang ajar saya tau.”

Fahmi pura-pura mencebik bila Sofea membalas usikkannya.

“CurtisStone’s buat apa.. saya belajar dari Chef Wan pun senyap je.. You yang nak riak semacam. Tak baik tau bersikap riak.. nanti..auch..”

Fahmiterjerit kecil bila tangannya dicubit perlahan oleh Sofea.

“Awak memang tak pernah bagi saya menangla.. Saya je yang terpaksa mengalah.”

Kata Sofea sambil mencebik. Fahmi tertawa besar. Itu yang buat dia suka mengusik Sofea. Priceless sangat cebikan dari muka ayu milik Sofea itu.

“Fahmi..tak sangka jumpa kat sini.”

Fahmi mendongak untuk melihat siapa gerangan yang mengganggu makan malamnya itu.

“Sofian! Ingatkan siapalah tadi.. Kau buat apa kat sini?”

Sofian tersenyum. Dia memandang sekilas ke arah wanita itu. Betullah apa yang dijangkanya. Memang Sofea. Lama gadis itu menghilangkan diri dari mereka semua.

“Aku jumpa client tadi.”

“Eh..Pian. Kau masih ingat Sofea kan?”

Sofea tersenyum kepada Sofian.

“Ofcouse..You dah lama menghilang. Ingatkan you dah tak nak jejak kaki ke Malaysia nilagi.”

“Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga. Macam saya juga.”

Sofian dan Fahmi tersenyum.

“Anyway..welcome home Sofea.. And Fahmi.. aku chow dululah..”

“Ok..”

Sofea terasa serba-salah selepas Sofian pergi dari sana. Fahmi perasan perubahan riak wajah Sofea itu.

“What wrong?”

“Nothing.”

“Please Sofea..”

“Saya suka dengan apa yang awak buat.. Saya suka suasana sekarang.. Saya terlalu suka sehingga terlupa yang awak bukan lagi milik saya..”

“Jangan bangkitkan topik tu.”

Kata Fahmi tegas.

“Sampai bila kita tak mahu bercakap pasal tu Fahmi? Kesian Dya..”

“Semuaorang concern pasal Dya.. Dya itu.. Dya ini.. Dya hidup di dalam dunia dia..Dunia dia dengan Izhar.. Dia buat saya jadi Izhar..Awak.. and saya.. kita yang terluka Sofea.. Please.. let this be our moment. Saya dah penat jadi korban.”